Saturday, February 8, 2014

Terjebaknya aku dengan kpop (Boys group)

Macam mana aku boleh terjebak dengan group2 kpop nie sebenarnya masa di sem 1 masa degree dulu, aku seroomate dengan orang yang minat gilerr korea nie..aku ditempatkan di hostel mawar dan 1 bilik ada 4 orang dan roomate aku yang minat korea nie nama dia erin atau Nur Afrina (eh nama dia cmni?? kot lah sebab dah lost contact..hehe)..dia nie adalah pencinta kpop..sebab apa aku cakap pencinta?? sebab setiap petang mesti bukak laptop dan bukak music video kpop nie..group yang dia selalu bukak lagunya adalah Super Junior dan TVXQ...aku xpernah kenal ok kpop2 nie dulu..aku layan lagu melayu dengan omputih je..sejak aku seroomate dengan dia dan bila dia selalu bukak, bolah pulak aku terpengaruh kan..lagu famous suju dulu bertajuk "U"..masa tu suju agak naiklah berbanding sekarang..dan first group korea yang aku kenal suju lah dengan TVXQ..lagu TVXQ tu pulak dia selalu bukak lagu "Mirotic"..lagu tu hot kan dulu..ditambah lagi dengan dance yang agak seksi oleh kelima2 ahlinya membuatkan aku suka pulak lagu tu..awww~~(aihh gatai!!)

erin nie kalau korang tengok dia, korang xkan percaya yang dia suka kpop sebab penampilan dia ala2 ustazah ok! dengan pendiam nya lagi..aku pun xpercaya dia boleh pengaruhkan aku dengan kpop nie..masalahnya aku sorang je yang terpengaruh..roomate yang lain xpun..ok cukuplah tentang erin nie..sejak aku tau 2 group korea tadi, mulalah aku mengexplore kan diri aku untuk cari lagi lagu2 korea yang sedap2..dan xdisangka lagi, classmate aku pun ada sorang yang minat kpop..dia apa lagi, bagi aku 1 folder lagu kpop dia kat aku tau! amik kau xlarat aku nak dengar semua lagu! sejak tu mulalah aku kenal dengan Wonder Girls..lagu famous dorang mesti korang tau kan...lagu "Nobody" tu..sejak tu jugak, aku mulalah mengupdate kan diri dengan lagu kpop dengan cara selalu bertanya kat classmate aku tadi..kalau ada lagu baru je, mesti dia akan bagitahu aku dan terus bluetooth lagu tersebut..yelah camne aku nak cari lagu baru sedangkan aku xde laptop, xde internet..dengan bertanya jelah baru aku tahu..

selepas je aku terjebak dengan kpop nie, aku mula rasa minat dan sentiasa nak tahu apa lagu baru dan group baru yang baru debut dengan lagu baru pada masa tu..(pelik je ayat aku ni) sampaikan minat aku terhadap lagu2 melayu dan omputih tadi hilang! aura lagu korea! adalah 1 hari tu aku tumpangkan zaty balik dari uitm, dia bercerita pasal kpop nie masa dalam kereta..aku pun excitedlah cerita kan yang aku minat lagu nie lah, group nie lah, macam2lah yang kami borakkan..tengok2 dia pun dah terjebak dengan kpop nie melalui kawan2 dia..sama je kes dengan aku..zaty nie over sikit minat dia kat kpop sebab selalu download music video dan mp3..aku punya kerja adalah mengcopy semua apa yang dia downloadlah! bagi external hard disk kat dia, dia akan masukkan lagu..melalui zaty jelah aku tau lagu2 kpop dari semasa ke semasa..zaty nie minat giler dengan Bigbang sampaikan wallpaper desktop lappy dia pun letak gambar Bigbang! ahli bigbang yang dia paling minat adalah GD & TOP!! dalam gambar nie dia nak tunjuklah dia dah beli new external hard disk yang kebetulan sama kaler dengan lappy dia..mana xnya, external hard disk semua dah sarat dengan lagu korea!



sampailah ke hari ini dan aku xtaulah bila aku akan quit korea nie, aku still minat dengan kpop dan sentiasa download dan update kan diri aku dengan lagu2 baru mereka..sekarang dah xpayah bagi zaty external dah, aku tengok kat tv je sebab aku follow SBS inkigayo dan Music Bank..selalunya group2 yang baru debut akan perform kat kedua2 rancangan dari korea nie..diorang perform every week k! so aku jadi seorang yang updatedlah! cehh! dalam USB kereta aku pun semua lagu korea..sampaikan tunang aku pun terjebak sekali dengan lagu2 korea yang aku selalu pasang! (pembawak virus betul aku nih!) hahahaha...

kenapa aku suka dengan kpop nie?? ha ada sebab tau kenapa aku minat..sebabnya bila aku tengok diorang perform, aku suka dengan penampilan diorang yang kemas sangat..baju, rambut etc..dan bila diorang dance, sangat smart dan sharp! koreografinya pun cantik je..lagu2 diorang pun mempunyai ryhthm atau melodi yang menarik bagi telinga akulah..aku xjemu nak dengar lagi dan lagi lagu mereka..bukan semua group korea yang aku suka..aku xde spesifik group yang aku minat..bila aku dengar lagu yang first time dengar aku dah suka, aku akan sukalah lagu tu tapi xsemestinya aku akan suka dengan penyanyi nya..ha macam tulah..aku bukannya paham apa yang diorang nyanyi..takut2 ada lagu yang memuji tuhan mereka kan..kan dah berdosa kalau kita selalu nyanyi dan dengar..makanya untuk berhati-hati, aku akan cari lirik lagu tersebut beserta translation nya..ha gitulahh gamaknya...

kalau aku nak listkan semua group2 yang aku minat memang tersangat lah panjang entri pasal nie..so aku nak share lah sikit group2 yang aku minat sekarang..

1. Bigbang (group yang aku paling minat!)


Bigbang start debut pada 19 Aug 2006..kalau korang nak tahu bukan semua lagu bigbang kena dengan jiwa aku tau..lagu mereka banyak kepada lagu R&B, hip hop, yo yo ooww2 tu..tapi aku paling suka group nie..bila nak tulis entri nie, first group yang aku paling ingat adalah bigbang! ahli yang paling aku minat yang tepi sekali dari kanan tu..TOP lah!! sebab TOP atau Choi Seung Hyun nie kat luar macam blurr2 malu2 gituuhh tapi bila perform, character terus tukar jadi seorang rapper yang daebakk! position TOP dalam kumpulan adalah seorang lead rapper dan vocalist..ada sorang lagi ahli bigbang nie yang aku suka character nya bila tengah perform iaitu GD / G-DRAGON atau Kwon Ji Yong..GD nie jugak ialah leader dan main rapper kepada ahli kumpulan dia..kat luar sangat manners dan soft spoken sangat tapi bila perform, sangat profesional! no wonder lah mereka nie sangat dibanggakan di agensi mereka iaitu di YG Entertainment..Yang Hyun Seok adalah pemilik YG Entertaiment dan yang memperkenalkan bigbang kepada dunia..jom tengok music video fantastic baby dari mereka..


bila aku karok lagu nie, aku akan automatik berdiri atas kerusi sebab aura lagu nie seolah olah aku yang buat konsert! *over betul perempuan nie*..cuma part Daesung je aku xboleh bawak sebab tarik tinggi sangat..terbatuk2 aku eh! hehehe..

kalau nak tahu keempat2 ahli mereka sudah mula bergerak secara solo..daesung ada solo debut ke?? macam xde..yang aku pasti 4 jelah..terjah sikit jom..

 
*GD - Who you*

*TOP - Doom dada*

*Tae yang - Ringa linga*

*Seung ri - GG bebe*



2. EXO


memandangkan aku explore bigbang je jadi group nie aku xberapa kenal nama2 ahli kumpulan dia..kurang sorang je dari super junior..tapi yang aku tahu, ahli kumpulan nie ada yang datang dari china..group nie antara feveret group aku jugak..antara lagu2 yang famous seperti growl..aku kan lebih kepada lagu je so ahli kumpulan xdelah sangat..mula2 dengar lagu tu macam ntah hape2 tapi lama2 aku suka rentak lagu tu dan aku jadikan ringtone kat handphone..hehehe..bukan lagu je, dance mereka pun aku tersangat suka sebab bestlah bila tengok!! smart dan sama!! maksud aku sharplah dan bila menari sama je movement diorang..






lagi lagu yang best dari exo nie bertajuk Baby Don't Cry...aku suka tarian kai..lagu slow pun dia pandai tarikan..lagi2 part yang mula2 bila bunyi piano start, bila dia menari ala2 main piano dan ada pantulan piano di dinding (dinding ke??) hahaha..korang tengoklah sendiri...



3. BTOB (Born To Beat)


aku start kenal group nie sejak aku dengar lagu "Irresistible Lips"..sedap tau lagu nie! rasa apa?? rasa strawberry coklat..hahaha..lepas tu terus download dan follow lagu2 baru dari mereka..hehehe..ahli kumpulan yang paling aku suka adalah Jung Il Hoon!!!


kenapa aku minat dia?? sebab dia comel..dalam ahli kumpulan dia paling comel hehehe..dia lah yang create gwiyomi dulu..position Il Hoon nie adalah sebagai seorang rapper dan vocalist..tahu umur dia berapa?? baru 20 tahunnn! aku minat budak kot!! tua aku 5 tahun..hahaha..aku kan sebenarnya dengan group korea nie, aku paling suka yang rapper2 nie..walaupun I xgheti nak ber rap2 nie kan..tergeliat2 lidah aku nak sebut sampai terkadang tu tersembur2! ooii pengotoq! hahaha..jom tengok kejap video gwiyomi dari Il Hoon..


Il Hoon buat biasa2 je dah nampak gwiyomi nye..xmacam parody2 yang buat video nie..semua gedik dan nak nampak comel lah bila buat..puihh! menyampah! ceh tetibe emo..hahaha..^_^



selain lagu irresistible lips, lagu wow pun sedap jugak..memang wow lah kalau dengar!!






banyak je lagu diorang macam lagu insane, father etc..lagu baru mereka bertajuk thriller..nak dengar cari kat youtube eh..hehehe..aku paling suka 2 lagu nie..tu pasallah bagi video 2 lagu nie je..=P

4. Infinite


infinite sesuai pada sesiapa yang minat group nie sampai tahap infiniti! haha..part yang bestnya bila aku karok lagu diorang nie macam lagu Before The dawn dan Be mine, lagu Be Mine lah paling ketara, memang feeling gilerr sampai berdiri kat atas kerusi! lepas tu termengah2! mana xnya, nyanyi di luar batasan suara aku! hahaha..dan bila datangnya feeling, mood aku untuk nyanyi lagu Be Mine tu banyak kali memang datanglah kan! paling banyak 3x! syokkk giler waktu tu..sekarang lagu baru diorang bertajuk Destiny pun best..dengar kat lappy dah bosan dah lagu nie, tapi bila karok memang syokkk!! agaknya sebab sound kat karaoke tu dan music mula2 lagu tu buat aku berdiri jugak atas kerusi kot..hahaha.. 


lagu first aku dengar ialah Before The Dawn atau sebelum subuh..hehehe..tarian dia besttt!! 


nie lagu Be Mine..one of my favourite song dari Infinite..tarian lagu nie pun best jugak!! aku nak ikut tapi xreti..hahaha..


nie antara lagu Infinite yang aku sukalah..ada lagi lagu diorang macam Man in Love..aku kalau lagu aku dengar xkena kat telinga, aku xkan follow lagu tu..lagi satu ahli kumpulan nie ada yang buat lagu solo tau..featuring dengan another artis iaitu Sungkyu..


eh silap! Kanto featuring Kim Sung Kyu..bukan Sungkyu feat Kanto..lagu bertajuk What you want..oklah not bad lagu nie..Sungkyu nyanyi part chorus je..aku first time dengar lagu nie masa tengah makan makanan korea kat subang..depan meja aku tv besar tau..so owner tu pasang mv2 lagu korea nie..tetibe ada lagu nie..eh macam sedap je! macam best je! balik tu terus aku download..hehe..

5. Beast / B2ST (Boys of The East Standing Tall or Boys To Search For Top)


dulu zaty bila cerita kat aku apa2 pasal group nie macam orang histeria..sebab minat sangat dengan Doo Joon atau Yoon Doo Joon! leader group nie..siap xbagi aku ambil lagu atau gambar group nie kot! apa2 jelah kau zaty! aku pun minat jugak..tapi sekarang group nie dah macam menyepi je..mungkin tengah buat album tapi belum comeback kot..sebab xkeluar pun kat inkigayo ke music bank ke..aku kan follow rancangan tu je jadi kalau xkeluar kat rancangan tu makanya aku xtau! yang paling comel dalam group nie ialah Yang Yo Seob..gambar dia yang kat tengah2 tu yang tangan kat poket tu..hehehe..yang paling macho aku rasa Doo Joon lah..






lagu Midnight nie aku xpernah jemu dan bosan bila dengar..yang kecewa sikit bila diorang xbuat comeback lagu nie..dulu lagu nie xde mv..bila aku cari tadi kat youtube dah ada dah..mungkin atas permintaan peminat kot diorang buat..


disebabkan group nie sangat diminati di Jepun, jadi terhasillah mv Midnight nie in Japanesse version..tapi aku suka lagi Korean Version..banyak lagu beast yang aku suka macam Fiction, The Fact, On Rainy Days etc..
eh silap aku lupa yang dorang dah comeback dengan lagu "Shadow"..aiyooo!



antara ahli2 Beast yang dah mula bergerak solo ialah Jun Hyung sebagai main rapper..lagu baru dia dan baru debut awal tahun hari tu bertajuk "Flower"


memandangkan Jun Hyung nie rapper jadi lagu dia pun lagu rap lah..aku cuma boleh nyanyi part korus je..meh aku nyanyi sikit.. "oh flower..you're so sweet, sweet, sweet, sweet..oh flower you're so deep, deep, deep, deep.." ~~aawww!! hahaha..bagi clap sikit meh! haha..alah bukan dengar aku nyanyi pun kan..padahal masa tulis korus tu aku nyanyi kot sambil tulis..hehe..

lagi ahli yang bergerak solo ialah Hyun Seung..dia nie ada buat duo comeback bersama Hyuna dari 4 minutes dan dikenali dengan nama Trouble Maker..uuiiihhh hyuna seksiii gileerrr masa duet lagu dengan hyun seung..aku rasa terbeliak mata2 lelaki tengok keseksian si hyuna nie..korang rasa hyun seung tergugat x dengan keseksian hyuna nie?? well who knows kan??






*lagu baru trouble maker bertajuk Now*

6. Teen Top


clap! clap! clap! clap! hehehe..kenapa aku tetibe clap2 nie?? ha lagu mereka yang first sekali aku dengar bertajuk clap..aku xberapa minat sangat Niel..dia nie yang kat tengah2 tu sebab bibir dia besar! motipp?? hahaha..tapi korang perasan x yang Niel nie kebanyakan nya kedudukan dia menari tu kat tengah2?? sebab apa tau sebab antara ramai2 ahli kumpulan nie, Niel nielah yang aku tengok badan dia sangat lembut bila menari..kann?? ke aku sorang je yang perasan?? hehee..aku rasa begitulahh..walaupun rupa xseberapa, bakat tu yang paling utama..cehh! xcaya kan meh aku nak tunjuk..


nah amik aku tunjuk lagi lagu To You pulak..


ke sebab dia main vocalist?? ntahlah tapi banyak aku tengok mv teen top nie, kebanyakannya mesti Niel kat tengah..aku nie macam xpuas hati je kan? hahaha xdelahhh..aku ok je..teen top antara feveret group aku jugaklahh..lagu To You nie best gilerr kot..


yang nie lagu baru bertajuk Rocking..baru ke? xkot..lagu tahun lepas..tapi diorang xbuat comeback lagi..kiranya lagu barulah..dan ada 1 lagu diorang yang aku baru dengar dan ternyata sangat besttt! kesian x sebab aku baru tau lagu tu masa aku tengok Gayo Daejun beberapa hari lepas..lagu nya bertajuk Miss Right..diorang perform lagu nihhhh!!!


aku rasa lagu nie seangkatan dengan lagu Rocking..1 albumlah kiranya..aku baru tengok mv lagu nie..alahai kesian..hahaha..oklah aku suka! first time dengar aku dah suka tau! see! Niel lagi kat tengah2! hahaha..udah2 lah kan aku asik nak alert je kat Niel nie..apa kena aku nie?? hahaha..

7. CN Blue


aku suka gilerr tengok lelaki pakai putih! smart dowhh! macam ahli2 CN Blue nie semua smart bila pakai putih! hahaha..lagu mereka nie yang aku paling xbosan dengar adalah lagu I'm a loner..boleh x?? lagu lama kot...hahaha..dan lagu nie memegang carta lagu yang paling lama bertahan dalam USB aku! hehe..aku suka semua ahli2 cn blue nie..semua handsome! paling aku minat Yong Hwa lah..sebab apa tau sebab dia sweet..sejak reality show we got married yang dia berpasangan dengan Soo Hyun dari SNSD, aku ter falling in love dengan dia weyhh..melampau x?? xdelah aku tengok cara dia treat soo hyun as a wife tu yang aku rasa kalau dia dengan girlfriend dia, mesti dia treat macam tu jugak..dia pun berlakon tau..aku suka dia berlakon dalam drama Heartstrings dengan Shin Hye...tu pun sweet angaatt!! mula2 ego lama2 suka..hehe..ok2 da stop it zurin! out of topic nihh!

antara lagu famous mereka yang aku layannn...








nie semua lagu lama..lagu baru banyak je..tapi aku suka lagu cn blue nie yang lama2...sebab aku dengar lagu2 lama mereka lagi sedap..tu akulah kan..hehehe..eh jap nak cakap lagi, bukan yong hwa saja yang berlakon, min hyuk pun dah menceburkan diri dalam dunia lakonan nie..min hyuk yang main drum tu..lakonan kedua dia adalah dalam drama The Inheritors..drama pertama drama heartstring..watak bodoh2 blurr2 camtu..dalam the heirs, watak dia digandingkan dengan krystal dari F(X) iaitu sebagai Lee Bo Na..nama dia pulak ialah Chan Young..pandai jugak dia berlakon..xawkward langsung..dan baru2 nie dia dapat anugerah 10 bintang baru terbaik di SBS Drama Award tau! syabas bete syabas! *eh hindustan tetibe*

8. FT Island



group nie aku xpernah suka dulu ok! sampai lah diorang debut lagu "Love Love Love" terus aku tersuka diorang nih! leader group nie yang tepi sekali dari kanan tu..tapi dulu aku ingat Hong ki..mungkin sebab dia vocalist kot..aku suka group nie sebab suara hong ki yang xkan ada kat artis2 yang lain..suara dia unik tau..tulah uniqueness yang hong ki nie ada..suara dia! oh ya group nie macam band..sama macam cn blue tadi..ada yang main gitar, bass dan drum..xde menari2 nie..


sebelum nie aku tahu je ft island banyak lagu bestt tapi aku xfollow..lagu2 mereka nie mungkin genre nya boleh dikategorikan ala2 tangkap leleh punya lagu...lagu jiwanglahh..slow2 je semua..macam lagu2 kat bawah nie..








kan ala2 tangkap leleh kan lagu2 lama diorang nie..lepas je lagu love love love tadi debut, diorang agaknya tukar genre seperti lagu kat bawah nie..







lagu still jiwang tapi adalah rancak2 sikit..xdelah kejiwangan sangat macam lagu2 lama diorang kan..lagu I wish paling aku suka..petikan gitar start2 lagu tu nice sangat bunyinya..lagu baru diorang pun bestt! meh layann..





kan genre lagu diorang sekarang kan dah lain kan...diorang ada je lagi lagu baru..tapi memory tu bestlahh..tunang aku pun layann..

9. History


kenal ke dengan group nie?? group nie agak barulah..lagu mereka yang aku dengar tapi cam xbest adalah lagu What Am I To You...lama2 dengar baru bestt pastu download..tulah kerja aku kan! hahaah..kekadang lagu2 korea nie xdelah first time dengar sedap..kena dengar banyak kali baru rasa cam sedap je lagu nie..ha cenggitu..hehe..actually aku xtahu sorang pun nama mereka...aku mula suka sebab tarian lagu what am i to you tu lah..lagi lagu diorang nie macam ala2 tango pun ada..aku tau lagu diorang nie 2 jenis je..jommm..


aku suka giler tarian diorang masa mula2 lagu...comeyyy sangat!! aku sediakan dance version..jap aku bagi lagi yang live punya..


ada lagi 1 lagu diorang bertajuk Tommorow...besttt gilerrr!! aku dengar sampai bosan!! sama je genre nya..ala2 tango gituuhh..


untuk lagu nie diorang xbuat mv..so korang dengar jelah macam dengar mp3..hehehe..group nie baru nak meningkat naik..mungkin ada yang dah tahu kewujudan mereka nie dan ada yang belum pernah dengar tentang mereka..siapa history?? walaupun banyak je group yang aku nak letak tapi aku letak diorang nie jugak sebab suka hati aku lah kan! hahaha..xdelah saja nak bagi korang kenal mereka nie ha..lagi pun aku suka lagu diorang..nak explore lagi group nie pergi cari sendrreee! xkuasa aku nak letak semua kat sini! ^_^

and last but not least...

10. Bangtan Boys (BTS)



pelik xnama group nie?? bangtan boys...macam bentan pon ada..hahaha..mula2 aku dengar group nie cam kenapa bangtan kan..xde nama lain ke?? hehe..tapi nak sedap BTS lah..tapi lama2 dengar ok lah sebab dah familiar dengar nama bangtan nie..group nie agak kasar sikit..maksud aku group ala2 Block B lah..kasar2 cenggitulah..tapi not bad lah lagu diorang...aku suka tarian mereka sebab sangat sharp gilerr!! jom dengar dan tengok sikit..

*No* ~dance lagu nie paling aku suka~



*No more dreams*


ha ok ke korang?? pening2 lalat x? hahaha..aku xdelah suka semua lagu BTS nie..hanya 2 lagu nie je yang aku berkesempatan nak dengar..sebab aku xsuka genre kasar2 camni..bukan jiwa gituuhh..aku downloadlah sebab nak dengar ok ke x lagunye..tu je..

weyhh aku tulis entri nie daripada pukul 3 petang sampai ke 11 malam...tersangat letih ok..kaki badan semua dah lenguh2..aku sebenarnya nak cerita yang girls group pulak tapi letihhh..so next entri lah ye..part 2 pulak..kan aku kata banyak kalau nak cerita benda yang aku minat..nie pun banyak je lagi group yang aku minat tapi cukuplah setakat ini...huhuhu..(-.-')

p/s: perasan x makin aku menulis makin lama ayat aku makin sikit..sebabnya aku dah penat dan nak stop sekarang..ok aku dah ngantuk esok aku update lain..kbai!


No comments:

Post a Comment