Friday, April 18, 2014

Beza Aku Dulu & Sekarang

Orang kata lepas dah kawen nie life bujang kau akan berpusing ke 360 darjah. yeke? aku tetiba nak tulis entri berkenaan beza life aku sebelum dan selepas kawen.

DULU
- Handphone perlu disisi 24 hours. kalau xde meraung aku cari sampai dapat dan hidup jadi xtenang selagi xjumpa.

- Setiap sejam aku akan call tunang aku dan bertanya khabar. setiap sejam kau tanya khabar, xke sama je berita yang kau akan dapat. naik rimas dibuatnya. haha.

- Tidur sorang2. kau nak buat apa atas katil pun xde orang nampak. nak menonggeng nak golek nak kentut ke apa der hal. haha 

- Kerja rumah bereh ibu aku aku buat. 

- Masak? hmm masak mee segera jelah kalau lapar.

- Keluar rumah sorang2 tunang aku xnak teman sebab buzy memanjang.

- Keluar rumah xinform pun xpe. bukan ada apa2 lagi. tapi kalau dia xinform mulalah turbo aku keluar.

- Setiap habis kelas aku akan supper dengan tunang aku dan badan aku makin chubby sebab selalu makan malam.

- Selalu lunch sama.

- Selalu berantakan a.k.a bergaduh bagaikan anjing dan kucing.

- Kerap study malam sampai subuh.

- Susah nak percaya. kesetiaan tu ada tapi kepercayaan kurang.

- Kadang2 karok macam sebulan sekali 2 bulan sekali camtu.

- Kerap tengok wayang sebab aku sangat kaki wayang.

- Kerap keluar malam sebab suka dinner sama2 dan tengok wayang midnight. feeling tu datang bila tengok horror movie. ketaq!

- Suka jalan jauh2 macam ke genting atau jalan malam2 naik kereta sampai aku tidur dan baru hantar balik rumah. aku suka jalan2 naik kereta menikmati keindahan alam di malam hari. cewah!

- Aku seorang pekerja kilang di bahagian akaun.

- Setiap hari ahad kami akan meluangkan masa bersama. 1 hari berjalan dan aku xsuka hari itu aku diganggu oleh panggilan2 dari customer dia. fedup!

- Tak memahami kerjaya tunang aku. 

SEKARANG
- Solat berjemaah kalau sempat. rasa tenang dan best sangat berimamkan suami.

- Handphone entah kemana. kadang2 pagi lepas suami aku pergi kerja baru aku tercari2 handphone aku. ibaratnya aku akan ingat h/p bila suami aku xde.

- Jarang cas handphone.

- Sangat jarang call. kalau dulu sejam sekali, sekarang sehari sekali jer. aku bagi peluang dia buat kerja. bagi dia rindu lebih kat isteri dia nie. auwww! shuweeet! haha.

- Tidur dah berteman. aku nak kentut pun xselesa daa. kang tetiba bau dia boleh pulak tanya. "Sayang kentut eh?" pastu terus tekap muka dengan bantal. xkan aku nak tahan. sakit perut ooo. sebab tu sekarang aku letak pewangi ambi pur kat bilik. nyaman je bau.

- Lupa assignment2 apa yang ada dan perlu submit. sampaikan classmate aku cakap "Zurin, please spent your time." haha. orang baru kawen biasalah. dia xrasa lagi bolehlah cakap camtu. huhu.

- Kena bangun pagi JIKA di rumah mak mertua. kalau rumah aku pukul 9 pagi selalunya baru bangunlah. rumah mak mertua kena belajar masak pepagi kena buat breakfast. talam dua muka kah aku?

- Tak pernah study malam. katil tu bagaikan memanggil2 untuk aku golek2 atas dia.

- Touch n go ada orang reloadkan. weehuuuu!

- Minyak kereta pun ada orang tolong isikan weehuuuu lagii!

- Dah xkeluar dinner lepas kelas sebab malam dah jumpa. xde function nak dinner. haha.

- Setiap kali keluar kena inform kalau x rasa macam derhaka giler kat suami aku.

- Kena masak tapi aku hanya mampu buatkan air milo dan teh tarik setiap pagi. xde bahan nak masak camner kan.

- Dah kena basuh baju sendiri, baju suami. kena rajin kat rumah sebab xkerja. tolong ibu aku buat kerja rumah tapi bab lipat kain, kita serah pada yang pakar. wahahaha.

- Dah automatik rajin kemas bilik kalau x, ibu aku pernah cakap "Kau ni zurin kemaslah bilik tu dah macam kapal pecah tau x, kucing beranak pun xnampak". rasa macam diri ini pemalas giler. tapi sekarang dah berubah menjadi insan yang rajin. cett!

- Jarang gaduh. kalau gaduh kita setel cara baik.

- Dah makin memahami kerjaya suamiku.

- Kena taat dan ikut cakap suami. kadang2 aku perlukan tolak ansur juga.

- Dah ada 2 mak, 2 abah, 7 anak buah, ramai ipar2 (adik beradik dia 10 orang), ramai biras2 (5 orang dah kawen, maknanya aku ada 5 orang biras) dan aku menantu perempuan pertama selepas abg dia bercerai.

- Suri rumah tangga yang berjaya. mungkin xlama gelaran itu sebab nak jadi guru ganti pulak lepas nie.

- Selalu ikut kemana suami aku pergi selain ke workshop.

- Kena belajar masak, siang ikan, basuh ayam, etc. hmmm.

- Dah jarang keluar dengan Zaty. bukan xboleh zaty je yang xajak2 aku keluar. ingat lepas kawen aku kena kurung ke?

- Suami sentiasa boleh teman mana aku nak pergi atas urusan2 tertentulah. kalau ngengader nak jenjalan jangan harap.

- Aku happy dan makin sayang sangat suami aku. rasa nak nangis kalau dia nak pergi kerja. sobs. podah!

- Ada tanggungjawab yang lebih besar. kadang2 aku rasa bila berborak dengan suami aku bagaikan kami xkawen lagi. (xrelated tapi saja nak cakap)

- Aku nak sangat baby walaupun aku tahu bersalin itu sangat perit. bagi aku orang perempuan perlu rasa nikmat mengandung dan peritnya bersalin. laki xboleh tau. xke rare tu?

- Aku nak honeymoon lagi sebab sekarang nie dah bebas nak kemana2 xde orang tanya dah.

- Aku xboleh tidur kalau xde suami di sisi walaupun dia ngorok sangat kuat bagaikan enjin kapal mahu berlepas. wahahaa. gelak keji!

- Kalau xboleh tidur aku suka rakam suami aku ngorok dan esok pagi aku bagi dia dengar sebabnya dia xpercaya dia ngorok. bukti itu penting untuk menguatkan sesuatu perkara. hell yeahh!

~ HABIS DAH~

Life kau akan berpusing straight 360 darjah tu depends orang. aku xdelah totally berubah. mungkin hanya 180 darjah je sebab aku belum buat apa yang aku nak lepas kawen nie. masih banyak perkara yang aku belum realisasikan. dan aku rasa diri aku masih bujang bila suami aku pergi kerja. sebab aku still terperuk kat bilik dengan laptop, dengan kpop, berblogging, facebooking, download lagu, tengok mv kpop kat youtube dan banyak lagi. kehidupan aku masih sama. 

P/s: Kehidupan aku masih sama cuma bezanya ada suami jer di sisi. macam kau make up tapi muka kau xberubah. hanya ada warna jer. itulah kehidupan. life setiap manusia xpernah sama dan akan berbeza. ini life aku sekarang dan aku bersyukur.













Thursday, April 17, 2014

Akhirnya Saya Setuju Menjadi Pendidik Sementara

Aku xde buat apa2 sekarang dan rasa down sangat sebab xjumpa jawapan kepada case study aku. 

Presentation on next Monday tapi xprepare apa2 lagi. argh! nasib baik kerja grouping xdelah aku ternganga tercengang.

Disebabkan aku down sangat, jadinya aku nak tulis tentang ini. cerita ini kesinambungan kepada entri INI.

Setelah aku berfikir sehingga rentung, yes! aku bersetuju untuk menerima jawatan guru ganti bagi kakak aku di sekolah SMJK (C) Kwang Hua Klang selama 3 bulan. sekolah cina yang minoriti untuk student melayu belajar di sekolah tersebut. satu cabaran yang agak mencabar untuk aku hadapi. subjek yang akan aku ajar nanti adalah BM, Sivik dan Akaun. untuk BM dengan Sivik tu aku xrisau sangat tapi untuk akaun ye aku dah lupa semuanya dan segalanya! mampu ke nak ngajar budak kalau camni? makanya aku suruh kakak aku ajar siap2 ahad nie. sebelum perut dia meletup nak bersalin baik aku bersedia terlebih dahulu. haha.

Bila aku dah setuju nie so kenalah register permohonan jadi guru ganti nie secara online di esggs.juict.net. permohonan menjadi guru ganti bagi area selangor semua di laman web ini. ada sesiapa nak ke? cubalah nasib anda. aku saja promote sebab aku rasa sekarang banyak sekolah memerlukan guru ganti. 

So aku dah pun pergi ke laman web tersebut dan dah register password. tapi mula2 kalau dah register lepas tu nak log masuk mesti kau akan rasa pelik sebab apa ID dengan password sedangkan masa register tu dia xsuruh kau isi pun ID dan password. ini masalah besar aku sampaikan aku suruh kakak aku tengok balik web tu tapi mesej aku xberbalas2 dari tadi. malas nak layan agaknya. ah abaikan!

Abaikan sebab aku dah cari tahu camne nak log masuk. nak bertutorial di petang yang panas terik lagi bahang ini. jom!

First kamu masuk ke laman web yang aku dah tulis kat atas dan akan ke laman utama.


Klik pada "DAFTAR ID PENGGUNA" dan akan keluar seperti gambar di bawah.


Isikan semua maklumat yang diminta dan klik "HANTAR". ok dah siap! selepas itu kamu log masuk menggunakan NOMBOR I/C untuk ID dan kata laluan. mana nak tahu? ha sebabnya aku pun xtahu mula2. macam2 perkataan aku letak tapi "Sorry please try again letter". jadi aku terpanggil untuk buka emel aku. dan seperti yang diharapkan aku dapat emel dari web ini. dalam emel tu diberitahu untuk log masuk perlu menggunakan no i/c. aku try letak no i/c untuk kedua-duanya dan boleh! bawah kata laluan tu kamu kena scroll dan pilih "PEMOHON".

Untuk penganggur dan suri rumah tangga yang berjaya macam aku dan dah bosan duduk melepak kat rumah jomlah cuba nasib anda. register je dulu, panggil xpanggil belakang kira yang penting data anda sudah ada dalam data pemohon mereka. kalau ada kekosongan mereka akan panggil untuk interview kat PPD. jangan lupa fotostat sijil2 yang berkenaan. macam aku kena fotostat sijil degree, SPM dan transkrip. oh ya! sijil SPM aku dah lama hilang sejak aku kat matrik lagi. so aku pergi mintak kat Putrajaya di alamat :-

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BLOK E11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PRESINT 1
62604 PUTRAJAYA
TEL: 03 88843526 / 3528

Nak ambil sijil2 peperiksaan betul2 dihadapan pintu utama di bangunan tersebut. ada 1 kaunter kat situ. sijil aku siap kurang dari 30 minit ok sebab mungkin xramai orang yang datang. sangat pantas dan cepat. bayaran RM10 akan dikenakan terhadap 1 sijil. tapi yang paling buat aku menyampah adalah parking. so kalau nak ambil pergi pagi2 jangan tengah hari buta baru nak pergi. confirm kau akan berlegar2 kat situ sebab xde parking punya pasal. aku sampai dalam pukul 11.30 pagi dan ada 1 je parking kosong. bernasib baik sangat. 

Aku saja nak ambil pengalaman mengajar dan hopefully aku boleh mengajar dan semua student boleh faham apa aku ajar dan suka cara aku mengajar insyaAllah. manalah tahu ini adalah jalan masa depan aku. macam aku pernah cakap di entri yang dulu, kita yang mencorakkan hidup kita dan masa depan. cerah dan gelapnya masa depan bergantung kepada kita. mungkin perjalanan aku baru nak mula. 

P/s: Rasa teruja pulak nak ngajar. student cina pulak tu. camne lah aku handle kelas tu nanti ye. 1 perkataan je yang boleh gambarkan perasaan aku ialah nervous!




Wednesday, April 16, 2014

Serapat Rapat Kita Dengan Mak Mertua Masih Ada rasa Janggal Walaupun Sedikit

Ada orang cakap menantu perempuan xkan ngam dengan mak mertua..xkan baik dengan mak mertua..tapi aku ok je dengan mak mertua aku..xdelah ngam sangat tapi boleh berborak2..kalau duduk berdua boleh bergurau2lah orang kata..alhamdulillah mak mertua aku baik orangya..walaupun aku xreti masak, mak mertua aku ajar masak..tapi caranya sedikit berbezalah dengan mak sendiri masak sebab mak mertua aku orang terengganu..bila masak xletak ajinomoto dan belacan..susah bagi aku nak ikut cara mak mertua sebab baru lagi kan..lama2 insyaAllah boleh..pelan2 kayuh..walaupun xcerdik bab masak memasak nie, setiap kali memasak, aku akan ke dapur dan tengok cara mak mertua aku masak walaupun aku xberapa nak ketch up sangat..*tetibe terasa diri nie lembap*

Mak mertua aku nie pandai buat lawak..kadang2 terkeluar juga gelak setan aku..aku kalau dah gelak memang xcoverlah..xhipokrit orang kata..buat apa nak hipokrit depan mak mertua sedangkan dengan mak sendiri perangai kita lain..mak mertua sama je macam mak sendiri tapi yelah xlah se"ngam" dengan mak sendiri walaupun aku ngam dengan mak mertua aku..

Masalah besar bila dengan mak mertua adalah komunikasi..biasalah orang terengganu ada loghat2 dia..manalah aku faham 1 hape..kadang2 aku "huh? huh? huh?" wahahaha..kelakar bila ingat balik..

Walaupun hanya beberapa hari aku duduk dengan mak mertua, aku dah selesa dengan environment dalam rumah..tapi kadang kala aku rimas jugak sebab kena bertudung setiap masa bila ada ipar2 aku..bila rasa dah panas aku akan ke bilik dan sejukkan badan duduk bawah kipas..hehehehe..ada x yang pernah rasa keadaan macam aku? tapi aku belum boleh tinggal dengan keluarga mertua tanpa suami aku..aku belum boleh biasakan diri..xpe one day aku akan cuba..

Tapi ngam2 aku dengan mak mertua aku pun, kadang2 aku terdetik kalau aku xtolong masak atau bangun lambat ke, apa pulak yang mak cakap ye..aku xnaklah mak cakap aku malas asik tidur je..xpernah masak..mintak dijauhkanlah perkara sebegitu..bukan dengan mak mertua je, alhamdulillah dengan ipar2 pun aku dah semakin rapat..beza layanan sebelum dan selepas kawen..alhamdulillah sangat2..

So apa perkara yang boleh merapatkan kita dengan mak mertua? nie pada siapa yang xberapa nak rapat dengan mak mertualah ye..setelah difikir2 jawapannya adalah anak..anak itulah penghubung sillaturahim..nenek mana xgembira bila dapat cucu? mesti akan sayang cucu sama macam sayang menantu..ye x? ada ke nenek yang xgembira bila dapat cucu? tu yang xsuka betul menantu yelah kot..

Aku tulis berdasarkan pengalaman aku di rumah mak mertua sejak 2 minggu dah aku kawen..ini life aku..life orang mungkin berbeza dengan aku..

Memandangkan rumah aku dan rumah mak mertua xjauh, aku akan keraplah balik rumah aku dan kerap jugak balik rumah mak..(aku panggil mak mertua "mak", mak aku "ibu")

Kadang2 bukan xnak lama2 kat rumah mak, cuma hiburan tu xde..haih rasa macam jahat sangat pulak cakap camnie..huhuhu..maklumlah kat rumah astro PVR yang boleh rekod dan ada banyak cerita feveret yang aku xsempat tengok..so sebab tu aku balik..hiburan tu kena ada maaa..sebab kita yang kena happykan diri kita sendiri kalau x sapa? makhluk mana yang free2 nak happykan kau orang? rumah mak mertua xde astro beyond, xde PVR, xde Fox Movies, xde channel One..*banyaklah pulak cekadak kau kat rumah orang!*

Pada sesiapa yang xberapa nak rapat dengan mak mertua, aku rasa mungkin korang kena behave..ambillah hati mak mertua macam selalu ke dapur tengok dia buat apa..borak2 dengan dia..jangan asek berkepit dengan laki kau je..ringan2kan lah mulut tu berborak bertanya ke atau apa2 saja yang boleh buat situasi kau pada masa itu x janggal..mudahkan senyuman jangan asek cemberut je (bahasa jawa)..rapat2kanlah diri tu dengan bapak mertua juga..dengan ipar duai ke biras ke..yang penting kena pandai bawak diri di rumah orang..anggap rumah mak mertua ibarat rumah sendiri..jangan pulak setiap pagi mak mertua je buat air untuk kau..ringan2kan tulang buat apa yang patut kat dapur tu..kadang2 tu pun cara mak mertua tengok kita sama ada rajin ke malas ke etc..

Pada menantu2 yang dah sehabis baik dah dengan mak mertua tapi tetap mak mertua xboleh terima, xpelah ujian Allah pada sesiapa yang tabah menghadapinya..pelan2lah ambil hati mak mertua..banyakkan doa supaya lembutkan hati dia untuk terima dan anggap kau macam anak sendiri..mungkin makan masa tapi kena banyak bersabar..

Selalunya perkara camnie terjadi pada menantu perempuan kan? menantu lelaki selalu lantak kau lah labu..xsuka sudah yang penting anak kau dibawah kuasa veto aku..ewah2! tapi memang ye pun..kalau lelaki nie kurang sedikit sensiviti terhadap perkara sebegini..mereka lebih "let it go jelah" ignore je mak mertua..tapi kalau perempuan sampai nangis lebam2 mata..tu maknanya wanita berjiwa lembut dan jangan sesekali kaum adam nie mempermainkan dan mempersendakan kaum hawa eh..dayus! eh dah lari jauh dah ni..(^___*)

P/s: Aku tulis entri nie sebab tetibe teringat kat mak mertua dan malam nie pun aku tidur rumah mak..happy ada 2 mak..xtermasuk mak tiri ke mak angkat ke terangkat tercampak ke ok..nie betul2 the real mothers..chow dulu!

Tuesday, April 15, 2014

LinkWithin Tak Berkesan Disebabkan "Playlist.me"

Aku suka letak lagu kat blog aku..pada siapa yang suka view blog aku korang akan terjerumuslah dengan lagu2 kpop aku..dan aku suka tukar2 lagu..mana lagu sedap aku masukkan lah..kadang2 aku buang apps tu lepas tu install balik..depends pada aku..pelik kan perangai aku?

Tapi masalahnya sekarang bila aku install apps tu linkwithin aku xberkesan..bila aku klik post2 lama mesti error dan akan keluar "Sorry, this page does not exist in this blog"..lebih kurang camnilah ayat dia..sejak bila xboleh sebabnya aku dah install lama dan petang tadi saja2lah aku klik post2 aku..terkejut sebab error..puas aku cari cara camne nak elokkan balik linkwithin aku..

Sampailah aku tergerak hati nak buang playlist.me tu..aku try lah buang..bila dah buang tetibe ok pulak..hurmmmm oklah xde rezeki nak bagi blog aku meriah dengan lagu2..so aku dah delete dah pun..T__T

Entri yang pendek sebab aku nak straight to the point..

P/s: Macam bosan je kan tulis pasal nie..yelah sebab tengah xde nak buat apa..terbanyak masa sejak dah berhenti kerja..lepas nie akan banyaklah post2 aku..orait 10 minit tulis untuk hilangkan rasa bosan sambil tunggu suami balik..

Aku Tak Pernah Terfikir..Tapi..

Impian aku waktu kecil selain nak jadi saintis aku nak jadi guru atau pendidik..tapi bila besar...

Aku xpernah terfikir pun nak mengajar sebab aku ambil jurusan Management Math dan aku bekerja di dalam ofis..aku fikir untuk mengajar biarlah aku habiskan master dulu dan kalau ada rezeki sambung PhD insyaAllah..dah dapat gelaran Dr baru boleh mengajar..jauh sungguh perjalanan aku..

Aku xpernah terfikir nak jadi guru sekolah sebab nak jadi guru sekolah perlu ambil KPLI atau DPLI..belajar lagi..orang kata susah nak lulus..daripada guru sekolah baik aku jadi pensyarah..bukan nak sombong bangga diri..cuma itu je jalan nya sebab aku dah ada degree..malas untuk berpatah balik..

Aku xpernah terfikir nak jadi pendidik sebab aku xde skill mengajar orang..aku xtahu tahap kesabaran aku setinggi mana..aku takut aku xdapat buat..aku takut student tu lagi pandai dari aku..xde keyakinan diri pun susah untuk aku berdiri di khalayak manusia bergelar pelajar..macam presentation dan I really2 HATE presentation!!

Tapi...

Aku pernah terfikir nak jadi guru di kolej swasta untuk dapatkan pengalaman mengajar..aku pernah rasa berkobar2 untuk mengajar sebab aku rasa bidang aku lebih sesuai ke arah itu..

Tapi..

Aku xconfident..
Aku takut..
Aku risau..
Aku pernah apply mengajar tapi permohonan xdiluluskan..

Subjek apa pulak yang aku boleh ajar?? ada ke?? kalau orang kata aku pandai math..aku xrasa aku dah layak digelar pandai semata mata aku ada ijazah sarjana muda dalam management math..kalau orang kata aku boleh mengajar math..aku xyakin..nampak macam aku underestimate diri aku sendiri kan? xcuba  maka xtahu..xkenal maka xcinta..(motivate diri sendiri)

Kenapa aku merepek dan membebel nie?? sebabnya..

Hari ahad yang lepas aku terima panggilan dari ibu aku berkenaan menjadi guru ganti di salah sebuah sekolah di Klang..bukan ganti sesiapa pun..ganti kakak aku nak bersalin bulan nie tinggal tunggu hari je..disebabkan sekolah tersebut kekurangan guru, makanya kakak aku rekemenlah position guru ganti nie..

Aku macam nak macam xnak..daripada aku xbuat apa2 kat rumah baik aku mengajar..balik pun tengah hari..aku kan dah jadi penganggur kehormat kelas pertama sekarang..hampir 2 minggu jugak aku dah duduk rumah..tujuan berhenti kerja sebab nak belajarlah..nak focus konon tapi assignment berlambak xsentuh2..buruk perangai eh! 

Dan semalam aku dah confirmkan dengan kakak aku tentang persetujuan aku nak jadi guru ganti..dan baru je tadi kakak aku call, sekolah dia boleh ambil aku tapi kena attend interview kat PPD..kena bawak segala dokumen yang ada macam sijil degree etc..kalau aku betul2 boleh mengajar, sekolah tu boleh serap aku sebagai guru tetap..

Tapi..

Aku masih terfikir nak ke xnak...

So?? agaknya apa keputusan eku eh?? kalau korang jadi aku, korang nak x??

Hurmmmm..entahlah..masih berfikir...sambunglah next entri..

P/s: Bosan jugak duduk rumah tapi kadangkala seronok xpayah bangun pagi2 sangat..hahakkss!





Monday, April 14, 2014

Movie Review: Oculus


Sabtu malam yang lepas aku ajak suami aku pergi tengok wayang sebab dah lama xjadi kaki wayang..so cerita yang aku nak sangat tengok ialah Captain America tapi muvie tu dah agak lama kat wayang..bila dah jadi lama sangat akan adalah muvie baru..so aku tergerak hati nak tengok muvie "OCULUS" bila tengok gambar kat atas..macam muvie seram..bila nak imagine muvie nie kisah apa pun xboleh sebab aku xfaham apa itu "Oculus"..

Movie nie berada di pawagam di Malaysia pada 10 April..jenis aku, aku suka tengok movie baru..kalau best aku tengok kalau x aku pergi makan then balik rumah..pilihan movie pertama yang aku akan tengok adalah genre seram, action dan thriller..feveret aku tu..nasib baik suami pun support..yang lain macam cintan cintun aku xberapa suka baik muvie melayu atau hollywood..

Aku nak translate maksud Oculus nie pun aku xreti camne..so aku akan karanglah sedikit sinopsis muvie nie mengikut apa yang aku faham..

Kisahnya begini...

Ada sepasang adik beradik lelaki dan perempuan bernama Kaylie dan Tim..Kaylie kakak dan Tim adik..mula2 cerita je sepasang adik beradik nie masa mereka kecil tengah nyorok kat dalam bilik dan terintai2 di luar bilik kat pintu tu..then bila ada seorang lelaki yang pegang pistol pergi ke bilik lain, mereka nie pun keluar dari bilik seolah2 nak melarikan diri atau keluar dari rumah tu..bila dah sampai kat pintu depan dan sedang berupaya bukak pintu tu, si Tim tadi ternampak lembaga perempuan berambut panjang dan mata berlampu di satu ruang bilik gelap di bahagian kiri mereka..dalam mereka tengah terkejut dan bising2 tu, lelaki tadi telah acu pistol ke arah Kaylie dan tembak..rupanya2 cerita suspen tadi adalah mimpi semata mata oleh Tim..kiranya dia tengah bercerita kat doktor psikiatri tentang mimpi yang dia selalu alamilah sebab Tim nie duduk kat hospital mental.. mula2 dah suspen..

Cerita si Kaylie nie pulak aku xpasti siapa dia dan apa pekerjaan dia..aku xberapa nak alertlah pasal kaylie nie..ada 1 malam tu dia telah pergi ke sebuah hotel ke apa entah tempat tu..tempat orang bidding2 barang..selalunya mak2 datin lah suka pergi tempat cmnie..ada sebuah cermin antik akan dijual..cara Kaylie pandang cermin tu macam ada sesuatu..macam cermin tu berpenghuni..dan xlama lepas tu cermin tu sudah pun dijual dan reaksi kaylie nie tiba2 happy dan senyum sorang2..banyak part aku xfaham di awal2 cerita..bila Kaylie nie pergi ke tempat simpanan barang yang dah di jual tadi, dia tenung je cermin tu dah sentuh2 sikit..cara dia berborak dengan cermin tu macam dia tahu sejarah cermin tu dan apa yang terjadi sebelum nie memandangkan di bawah belah kanan cermin ada sedikit retak..part nie ada sedikit seram sebab bila dia tenung je cermin nie, jauh sikit di belakang dia ada 3 benda berbalut berdiri tegak dan ketiga-tiganya bergerak seolah2 tengah pandang dia kat cermin..Kaylie nampak agak cuak jugak muka dia dan pergi ke 3 benda tadi..dia tarik satu2 sebab nak tengok amende yang bergerak nie kan..so bila dia nak tarik benda yang ketiga, ada orang kejutkan dia..dan benda tadi hilang! xde kat situ..lepas tu sebelum dia pergi, dia ada cakap, "See you at home" sambil pandang cermin tadi..konklusinya kat sini dia lah yang beli cermin tadi..dia nak buat apa dengan cermin tu??

Muvie nie cerita atas cerita..ada jugak flashback tentang mereka masa kecil dan baru pindah rumah..mereka ada mak yang bernama Marie dan ayah yang bernama Alan..part nie ada orang angkat2 barang nak masukkan dalam rumah dan paling mengejutkan rupa2nya cermin tadi pernah dibeli oleh parents mereka dan diletakkan di dalam pejabat ayah diorang nie..nampak mula2 family nie bahagia dengan adanya 2 orang anak..macam xde masalahlah..tapi bila adanya cermin nie di pejabat ayah mereka, si Alan nie jarang naik tidur kat bilik..kerap menghabiskan masa di pejabat sampai si isteri marah dan tertanya2..Alan jugak selalu pesan kat anak dan isteri dia supaya jangan sesekali masuk dan main2 dalam ofis tadi..senang cerita, hidup mereka mula kucar kacir dengan adanya cermin tadi didalam rumah..buktinya, sedang bermain2 diluar rumah dengan adiknya, Kaylie nie ternampak kelibat seorang perempuan bersama ayahnya di ofis..sapa perempuan tu? ibarat perempuan tu menginap disitu sebab Tim jugak pernah nampak perempuan tersebut..

Bila hari dah malam dan Marie nie pergila ofis laki dia sebab nak ajak tidurlah kot dan tetiba terdengar suara suami dia tengah berborak dengan perempuan..lagi menghairankan bila Alan bukak pintu dan xde sorang pun perempuan kat dalam bilik tu..stress bini dia nie..makin hari setiap malam mereka sering bergaduh tentang kehadiran suara perempuan tu dan kerapnya laki dia ada diofis..ibaratnya makan tidur makan tidur kat ofis..sampai 1 hari tu si Marie nie tanya anak2 dia tentang perempuan yang selalu ada dalam ofis laki dia..anak lelaki dia Tim telah cerita tentang apa yang dia nampak..lagi stress lah mak dia nie sampaikan dia pergi ke ofis laki dia dan mengamuk..dengan xsengajanya dia terbaling pen kat cermin tadi dan cermin tadi tetiba macam mengamuk dan ada suara2 macam whispering..tetiba ada imej Marie kat dalam cermin tengah tunjuk parut kat perut yang berdarah2..macam iblislah kat cermin tu..dan Marie pun menjerit dan didengari oleh anak2 dia..cepat2lah anak2 dia turun tengok keadaan mak dia..bila anak lelaki dia hampir je, mak dia nie tetiba ubah karakter jadi jahat nak cekik anak dia..cepat2lah anak2 dia nie lari dan masuk bilik..mak dia kejar ok macam kena rasuk..

*Reaksi Marie bila tengok imej dia kat cermin*

Yang selamatkan anak2 dia tadi ialah ayah mereka yang baru balik dari kerja..si Alan mula tenangkan isteri dia dari dirasuk dan mula tarik isteri dia nie masuk ke 1 bilik..karakter ayah dia nie pun berubah terus jadi jahat dan xendahkan makan minum anak dia..mak diorang nie pun ayah mereka xbagi jumpa..ada 1 part yang Kaylie pergi kebilik mak dia dan tengok keadaan mak dia..terkejutnya sampai aku pun terjerit sebab tetiba mak dia sergah anak dia tau..keadaan mak dia sangat teruk dan dirantai di leher xbagi makan dan minum dan berdiri..merangkak je boleh..macam orang gilalah..sejak tu anak dia try panggil doktor untuk tengokkan keadaan mak dia dan dihalang oleh ayah dia kat muka pintu bila doktor tu nak masuk..dia ada show yang kuku jari ayah dia habis dicabut oleh ayah dia sendiri..disebabkan supernatural cermin tu ayah dia jadi cmtu..mula2 ada 1 scene yang jari Alan nie luka di plaster dan dia bukaklah plaster tu sebab dah baik, bila dia sambung buat kerja, ada lagi plaster kat jari tapi kan dah bukak..dan bila nak dicabut, xboleh..makanya ayah dia guna ketip kuku kot untuk cabut tapi ketat sangat..bila dah cabut didapati dia telah cabut kuku dia sendiri..ibaratnya cermin tu buat mereka2 nie berhalusinasi..ada 1 scene yang anak dia Tim nie pergi ke ofis ayah dia daaannnn....


hantu nie yang bukak pintu dan selama nie ayah dia telah digoda oleh iblis nie..

Dipendekkan cerita adik beradik 2 orang nie plan untuk pecahkan cermin tu..mereka pecahkan guna kayu golf dan bila dihentak2 kat cermin, kebal! cermin tu xpecah langsung! si Marie nie tadi telah dilepaskan dari kurungan oleh suami dia..dah malas nak jagalah kot..mulalah mak dia nie buru anak2 dia..last2 sekali mak dia nie telah ditembak oleh bapak dia sendiri..dan ayah dia mati kena tembak dengan Tim sebab cekik Kaylie..sebelum2 tu mereka bergaduh2 dulu dan ayah dia terjatuh dan badan terhempap cermin tu sikit..dan itulah sebabnya cermin tu retak kat belah bawah..

Nie kisah masa mereka kecil..berbalik kepada tujuan Kaylie beli cermin tadi adalah untuk musnahkannya..dia telah bawa cermin tadi ke rumah lama mereka..adik dia mati2 tidak percaya yang cermin tadi penyebab mak dan bapak dia mati oleh supernatural..Tim nie macam dah lupa2 sikit kisah silam lepas keluar dari hospital mental..cermin tu diletakkan di 1 buah bilik dan bilik tu ada laptop, kamera yang banyak dan alarm..sebelum nak pecahkan cermin tu, Kaylie nie ceritalah macam buat presentation tentang kejadian cermin tu..rupanya cermin tu pada zaman dahulu dah ada dan setiap kali cermin tu terjual, orang yang beli akan mati dengan ngeri..banyak kejadian aneh berlaku dan kaylie nie siasat..cara nak pecahkan cermin tu mereka guna sauh..kaylie akan setkan timer untuk sauh tu jatuh dan tercacak kat cermin..

Masa diorang kat rumah tu, banyaklah kejadian2 aneh berlaku..yang nie aku xnak cerita sebab xtahu camne nak tulis..entah sebab rasa payah sangat aku nak terang..korang patut tengok sendiri..kan cermin tu buat kita berhalusinansikan..bila Tim nie nak jatuhkan sauh, dia xnampak kakak dia ada kat cermin tu tengah berdiri..bila dia jatuhkan...


Terkenalah kakak dia dan Tim nie telah ditangkap atas tuduhan membunuh kakak sendiri..dia pun nangis2lah dan jerit kat polis yang cermin tu penyebab kakak dia mati..masa nak pergi dari situ, dia perasan kelibat kakak dia dengan mata berlampu dengan iblis2 tadi kat dalam rumah..

~THE END~

Secara umumnya cerita nie, cermin nie tadi memang berpenghuni dan tiada sapa2 boleh pecahkan kecuali orang yang tergoda atau yang sudah dipukau oleh cermin nie tadi macam Alan..buktinya bila Alan terjatuh terhimpap cermin tu, cermin tu serta merta retak..tapi cerita nie tergantung sebab xtahu kenapa cermin tadi banyak iblisnya..kalau korang tengok korang tahulah..

P/s: Terpanjang pulak sinopsis aku..pada yang faham alhamdulillah dan terima kasihlah..pada yang xfaham maknanya kena tengok sendiri eh..dari 5 aku bagi 4 sebab aku xngantuk dan still tertunggu2 apa akan terjadi seterusnya..for your info, aku tengok cerita nie midnight pukul 12.00 pagi dan habis pukul 2.00 pagi..balik terus tidur..sapa2 yang belum tengok silalah tengok..enjoy your horror movie!!





Saturday, April 12, 2014

~My 2nd Honeymoon - Redang Island~

Wehuuuuuu!!! kenapa aku happy sangat nie?? sebabnya nak cerita sikitlah pengalaman berbulan madu aku..huhuhu..memandangkan aku dah upload gambar honeymoon aku kat fb, so sekarang nie nak upload kat blog pulaklah..ia menjadi 2nd honeymoon sebabnya 1st honeymoon aku di Genting Highland hari tu..malaslah nak upload sebab 1 malam je pun..dan xde gambar sangat pun nak tangkap..aku suka tidur kat sana sebab sejuk gilerrrr dan berkabus..perjalanan nak naik atas tu berkabus je..suka tengok..tu yang ajak suami aku pergi tidur kat sana..then pagi tu kami naik cable car dan jalan2 kat indoor je memandangkan outdoor kat dah ditutup untuk renovation..ok2 aku nak cerita pasal honeymoon kat Redang pulak nie..

Masa Kejadian: 05.04.14 - 07.04.14
Tempat Kejadian: Redang Island, Terengganu

Hari pertama: 5 April 2014
Sebenarnya xplan pun nak ke redang masa awal2 nak kawen dulu..plan nya honeymoon ke 1 Malaysia..contoh, pergi Cameron, Penang pastu masuk Langkawi dan banyak tempat lagilah nak pergi..mungkin ambil masa seminggu lebih kot..plan nya cenggitu..kebetulan pulak ada sepupu belah suami aku kawen pada 4 Apr yang lalu, dan akan ikut rombongan menghantar ke Kerteh, Terengganu, kami decide nak pergi..dah alang2 kat Terengganu kan ape lagi jomlah masuk Redang..suami aku pun on kan je..sepupu suami aku tu nikah malam Jumaat dan kami bertolak korang tahu pukul berapa??? pukul 4 petang hari jumaat tu jugak..dan betapa pecutnya suami aku bawak kereta sebab 4 jam je dah sampai Terengganu..lenjan kereta aku punya pasal lah tu..xpe yang penting service kereta nanti free...wahahahaha (gelak kejam)

Ok sekarang aku nak cerita terus lah ekspedisi aku ke Redang eh..kalau xbanyak je nanti aku nak merapu tapi nanti jadi out of topic pulak..so straight to the point k..kami memulakan ekspedisi kami ke Merang sebab nak naik boat dari sana..first impression bila bercakap pasal jeti nie, mati2 aku ingat jeti Merang tu macam ada sebuah bangunan yang besar umpama jeti dari Kuala perlis ke Langkawi..bila sampai je kat Merang aku tanyalah suami aku, mana jeti nya?? suami aku pun xtahu sebab xpernah pergi..so kami stop kan kereta kat tepi dan tanya orang..tapi dalam hati aku bila sampai je kat jeti tu, memang dah agak dah nie jetinya sebab nampak boat2 banyak terdampar..bayangan jeti tu xde bangunan besar, cuma ada jeti papan yang ada kerusi2 dari papan dan tangga papan untuk turun ke boat..tu je..sangat mendukacitakan aku..hahaha..suami aku pun keluar kereta dan tanya orang..lama jugak deal dengan orang tu pasal pakej itu ini..dan setelah kami bincang berdua kami setuju untuk ke Redang..tapi yang xbestnya dapat chalet yang katil single ada 3 buah dalam 1 bilik..yang lain full!! mahal lah berbanding katil queen kan? kira 3 orang punya harga lorrhhh..tapi xpelah nak merasa jugak pergi redang sebab orang kata air dia cantik..so kami setuju jugaklah walaupun mahal sikit..sekali sekala kannnn...kami duduk kat chalet paling cikai sekali iaitu Redang Lagoon dan satu2nya chalet melayu..yang lain semuanya hotel yang gah2..

Dari Merang ke pulau redang memakan masa selama 45 minit..agak lama jugak dalam boat..asik terhantuk je perut nie kena ombak..kalau orang pregnant bahaya naik boat..mahu gugur dibuatnya..sebab tu aku nak honeymoon before I pregnant..barulah boleh rasa nak freedom2 sikit..huhuhu..dalam boat xramai pun orang..hanya aku dan 1 pasangan dari Taiwan..ke ada lagi?? entah lehh aku lupa..penyakit aku kalau naik kereta ke atau apa2 je yang memakan masa yang lama nak sampai, aku akan........kkkrrrrrrrr...pehe dok?? ngorok lah..tidur yang teramat lena..bunyi boat tu macam dalam mimpi aku naik cruise je tahu...sampai kan h/p aku jatuh dari tangan dan terkena kaki aku barulah aku sedar sebab rasa pedih2 kat kaki..hehehehe..masa aku sedar tu xsampai2 jugak..lama benor kan..tapi aku xdelah sambung tidur..aku mulalah menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah..nampak pulau2, air laut yang cantik..dan xlama lepas tu sampailah kami ke Pulau Redang..

Perkara pertama check in dulu dan letak barang2..kami sampai dalam pukul 2.30 petang dan kebetulan masa tu memang masa untuk pergi snorkeling!!! mula2 aku macam xnak pergi sebab letih tapi macam rugi pulak sebab dah bayar..chalet kami hanya provide snorkeling trip sebanyak 3 kali..so dengan letih2 tu jugaklah kami join jugak..agak ramai jugak petang tu..dari pulau ke tempat snorkeling hanya beberapa minit je..xlama mana pun..aku ingatkan kami akan ke pulau lain dan snorkeling kat tepi2 je..maksud aku tu kitorang akan berjalan untuk masuk kat air..rupa2nya dia bawak kitorang pergi kat tengah2 laut kat tepi batu dan bila nak snorkeling, kitorang kena terjun dari boat..weyhh aku dah lama stop belajar berenang dan dah lama xberendam..keberanian apakah yang aku akan hadapi, tempuhi, hayati, ada lagi ke?? dan sebagainyalah..ada lagi ke keberanian dalam badan aku nak terjun kat laut dalam..so pelan2 aku turun kat dalam air dan kaki memang sah2 xcecah dasar..suami aku pakaikan gogle dan slow2 aku masukkan kepala dalam air..mak aiiiiii!! dalamnya!! aku dah mula panik..aku pegang je lifejacket suami aku padahal aku pun pakai lifejacket jugak..aku takut bukannya apa, sebab aku terkejut dalam benor airnya..cantik memang cantik..tapi seriously aku xmenikmati keindahan dasar laut tu sebab takut..biasalah dah lama xberendam badan pun keras je dalam air..tu yang aku rasa macam nak tenggelam timbul je badan aku nie..xlama lepas tu aku pun naik ke boat balik...hurrmmmmm serius xhappy for the first snorkeling..aku hanya tengok suami aku je snorkeling sorang2...huhuhuhu..

Kami kat situ hanya sejam je dan lepas habis beronok2 snorkeling selama sejam kami pun balikkkkk!!!! kegembiraan tersangat sebab dapat tidur!!! wuuhuuuuuu!!! turun je dari boat kami terus ke bilik dan kkkkrrrrrrrr.... sebelum tu kami pergi melantak dulu..nak tidur kena perut kenyang..prinrip aku daa..

Malam tu kami dijamu dengan BBQ..tapi yang xbestnya kitorang lambat ke kafe dan BBQ dah nak habis..sempat ambil sotong dengan beberapa ketul ayam yang kecik2 pulak tu..tapi puaslah sebab kebulur gilerr tidur xingat dunia..hahahahaha..aku sebenarnya kan sengal2 sikit sebab xpernah pergi pulau dan kena buat BBQ sendiri..mati2 aku ingat ada orang akan serve tau..aku pun berdiri je tengok ada sorang abang tu..aku ingat dia kerja kat kafe tu dan akan serve orang..tapi asal dia buat xtahu kat aku?? bila aku tengok suami aku ambil alat nak bakar tu dan mula susun2 sotong dan ayam, barulah imaginasi aku mati yang ingatkan ada orang serve..wahahaha..aku pun pergilah tolong susun2 jugak dan bakar....dan akhirnya kami pun melahap xingat dunia...then habis makan balik bilik dan tidur kumpul tenaga untuk snorkeling esok pagi..berenang perlukan tenaga tau walaupun pakai life jacket..ekekekeke...

Hari Kedua: 6 April 2014
Aku dah pesan awal2 kat suami aku untuk sewa underwater digital camera tapi kedegilan tahap xboleh nak kata apa, kami pun pergilah snorkeling pagi tu ke Marine Park Centre pada pukul 9.30 pagi..kebetulan aku ternampak banner ada sewa underwater digital camera..yelah datang pulau mestilah nak kenangan bergambar..penting tau bagi aku walaupun remeh bagi suami aku..bak kata dia "xpe xde gambar yang penting dalam hati"..puihh! wahahahah..aku nak gambar!!! bila pergi snorkeling kat Marine Park tu barulah rasa nyesal xsewa camera sebab dasar laut dia sangat cantik beb!!! batu karang besar, ikan nemo banyak..banyak ikan yang cantik2 lah dan mesra alam dengan pengunjung..hulur je roti ikan2 tu akan kerumun..tapi xsyookkkk sebab aku xde gambar..kami bersnorkeling sampai ke tengah rasanya..hampir2 ke tengah tapi aku tengok cam dalam sangat je makanya aku ajak suami aku ke tepi balik..yang kat tengah tu lagi cantik pemandangan nya kalau korang nak tahu..tapi ketakutan melanda diri aku yang xkental nie..apa boleh buat daa..

Kami di Marine Park hanya sejam lebih..rasanya xpuas berendam dah kena panggil..xsedar weyh dalam air..kau akan rasa khayal menikmati dan bila kau berenang sambil menghayati, kau xsedar pun yang kau dah kat tengah laut..bila keluarkan kepala dan nampak macam dah jauh barulah panik..wahahaha..nie akulah! bila badan mula dah rasa selesa dalam air, kau xkan ingat apa kecuali swim, swim and swim!! sampai suami pun tertinggal kat belakang..hehehehe..

Sampai je kat pulau balik, kami pun pergi isi perut..schedule chalet nie bagi aku baguslah sebab lepas snorkeling balik terus boleh makan..xpayah nak tunggu2..nie kiranya terus lunch lah sebab nak snorkeling belah petang pukul 2.30 ptg dah kena berkumpul..sempatlah aku bilas badan aku balik sebab dah berendam lama kat air masin..lepas kami dah bersiap2 nak snorkeling aku ajak suami aku pergi sewa camera..suami aku kenalah setuju sebab dah nyesal pergi marine park xbawak kamera kan..xmahal pun sewa untuk 150 shots above hanya RM50 sahaja dari pukul 8.30 pagi hingga ke pukul 6.00 petang..untuk 40 shots sahaja sewa RM40 ke RM30 camtu..tapi orang bisness pandailah..bagi bateri cikai2 agaknya sebab cepat benor habisnya..tapi aku sempatlah bergambar before naik boat..nak tengok x?? teruja nak tunjuk nie..hahahahah..

*testing2..keringnya bibir aku..baru perasan*

*tadaaa..jadi pun lepas testing2..huhuhuhu..nice shot!*

Jom tengok beberapa gambar aku kat atas boat dan beberapa gambar ikan cun2..

*muka gembira naik boat*

*suami aku lagi excited siap duduk kat atas lagi*

Nampak xplastik tergantung tu?? tu lah roti nak suruh ikan2 tu makan..hingat kita je makan roti ke..ikan pun tau apa itu roti lorrhhh..



*mulut ikan tu terbukak besar nak makan roti punya pasal..kebulur ke hape..*


*ikan pelik - kepala belang kaler merah kuning badan kaler kuning..unik gilerrr*




*nie view dasar laut..camtulah dasar dia*


*suami aku tengah bagi ikan makan..nampak xdia tengah pegang plastik tu..nampak xdia berkobar2 supaya ikan tu makan roti dia*


*close up muka aku..dalam air pun sempat lagi nak berselfie..haihlah zurin..kau sedar xlaki kau mana time nie??*


*Garangnyalah muka ikan ala2 shark nie tapi mesra alam*


*Ikan belang2 kuning biru nie aku nampak sangat berleluasa kat laut nie*






*Peace yoowww!! V(^__*)V*

*Peaceee yoooowwww jugakk!! V(^_^)V*

*Aku dah xtakut jauh dari suami aku dalam air..double peace yoo oo oowww!! V(^__^)V*

*Apakah yang sedang kamu buat nie abg bucukkkk + masaam mencuka..ekekeke..*





*Ikan nie memang selalu inteprem..xsabo dah nak lahap roti tu*

*Nie pun dia jugak..kan aku cakap dia nie berleluasa conquer kawasan*



*Serpihan2 roti beterbangan untuk dimakan oleh ikan2 yang buas*


*Ikan kat tengah tu macam shark..hasil tangkapan gambar yang sesuka hati aku*





*Kami beromantika dalam air..sempat ok..ikan je tengok pun..auuwwwww!! winnk winkk~~

*Nak tangkap kami dua tapi nampak muka aku je..abg..abg xde rezeki nak masuk dalam gambar nie k*

On the way nak balik pulau dalam boat sempat bergambar..



Yeayyhhh dah sampai kat pulau!! disebabkan air laut bergelora petang tu, boat kami terpaksa park dekat jeti Laguna Resort..resort paling mahal dan ada jeti sendiri untuk tetamu dia turun kat situ k..yang lain2 boat hantar kat tepi2 je..dan pandai2lah kau turun sendiri..masa nak turun dari boat kami terpaksa cross 4 boat sebelum ke darat..dan yang paling menyakitkan hati dan badan aku sekalian, kitorang kena pijak karpet getah dengan panas teriknya petang tu..korang bayangkan karpet getah kalau berjemur kat tengah panas, panas nya kalau kau bakar ikan kat atas tu pun ikan boleh rentung tahu..nie kau kena pijak dan terpaksa pijak untuk turun kat jeti..mahu xmelecur kaki aku..bagaikan pijak bara api yang tengah membara..pulak tu empat2 boat ada karpet getah yang terdampar cantik untuk dipijak..memang rasa macam nak terjun laut balik nak sejukkan kaki..kalau aku tahu turun kat situ, dah siap2 bawak seliper jepun..

Kalau korang nak tahu Laguna Resort nie letaknya di tepi dan paling hujung antara deretan hotel yang ada..dan kami kena berjalan sebanyak berapa kilometer aku xpasti tapi dalam 15 minit ke 20 minit ada kot..jauh siooott..dan sampai je kat Laguna apa lagi..berposing bagaikan kami duduk kat resort tu..gah lah sikit kan..meh tengok gambar yang ada..

*Kaki aku tengah kepanasan tu sebenarnya tapi aku tahan*

*Suami aku lagi cerdik..mentang2 seluar dia labuh bolehlah alas tapak kaki tu..xaciiii!! ciss!*


*Kegembiraan terserlah sebab dapat berlagak kat hotel mewah*



*Saranghae oppa..(^___^)*

*Time to makan..makan jumput dan minum teh ada, neskepe ada, kopi ada, air kosong pun ada..mana 1 mau? (ala2 mamak cakap) lai lai lai pilih pilih..hehehe*

*Muka penat jerr..siannn*


*Saranghaeeee..my namja, my chingu, my oppa..saranghaaeeee!!*



*Buang tebiat ke hape nak kiss tu..ada2 je laki aku nie..huhuhu..*

Jom snorkeling lagi!!! kali nie aku snorkeling betul2 kat depan chalet aku..cantik sioott ikan2 dia..suami aku beli lagi roti untuk bagi ikan tu makan..berselera siootttt..







*Gogle ketat sangat sampai menghalang mata aku nak bukak besar*



Time gambar last nie bateri dah kong gilerr tapi suami aku try on jugak dan dapatlah tangkap 1 gambar aku yang sempat bukak mata nie..actually masa tengah bersnorkeling tu dan tengah2 suami aku tengah bagi ikan makan, ada 1 ikan yang gilerr besar ngaapppp roti kat tangan suami aku..bila aku nak tangkap bateri kong..adeesssss!! rugi oooooo!! ikan tu sekor je yang aku nampak..entah dari mana datangnya pun aku xtahu..masa dia makan roti tu terus je ikan tu berenang2 dan hilang..lepas tu datang balik tapi bateri dah kong..aku tengok jelah dan ikan tu menjadi tumpuan orang2 yang tengah bersnorkeling jugak..haihhh macam nak tangkap nak bela kat rumah bagi air tawar lepas tu mati teruss..hahahaha..

Puas bersnorkeling kami pun pergi pulangkan kamera dan burn gambar dalam disk..total gambar yang kami ambil sebanyak 240 shots ok!! xsedar pun..tapi agaknya bateri cepat kong sebab aku view semua gambar yang kitorang tangkap..orang tu dah pesan jangan view atau delete sebab bateri memang nyawa2 ikan je dia bagi..tapi xpelah 240 shots banyak tu..nie gambar seberapa je aku bagi..

Suami aku berangan malam terakhir kami kat sini, dinner kami akan dihidangkan BBQ..tapi salah tafsiran mu wahai suamiku..makan makanan berlauk je ok..oh ya chalet nie provide hanya 1 hidangan BBQ sahaja..hehehe..lepas je makan kami ke bilik untuk mandi dan bersiap2 untuk jalan2 cari souvenir untuk kawan dan family..sambil jalan2 di tepi pantai kami pun.....

Bergambar sakannn, riang dan happpyyyyy...feeling loved with my hubby bucukkk..ekekekek..




*Abg suka an buat muka cenggitu..bajet comel lerr tuu..hehehe*

Malam terakhir kami decide nak pergi jalan2 kat tepi laut..jalan kat sepanjang hotel tengok souvenir lagi..masuk je kedai souvenir kami beli seliper..seliper aku dah teruk..so esok berseliper barulah kiteeee...kitorang duduk kat kerusi yang omputih suka duduk nak berjemur tu..tangkap gambar di malam hari..sekejap je jalan2 sebab panas..suami aku kata baik duduk bilik sejuk ada air cond..hahaha..

Hari Ketiga: 7 April 2014 
Kami perlu checkout pukul 9.30 pagi..pagi tu jugak kemas barang2..baju basahlah, baju xgunalah..beg aku macam nak tidur seminggu dengan seterika nya lagi..almaklumlah aku kan bertudung bawal..so kena rajin bawak iron kemana2..hehehe..lepas checkout kami diberitahu oleh owner chalet boat akan sampai pada pukul 10.30 pagi dan kami perlu berjalan ke Laguna Resort lagi macam semalam disebabkan air laut bergelora..tapi xpelah berseliper..xdelah rasa panas melecur kaki aku dah..sambil jalan2 kami singgah beli aiskrim kat kedai souvenir..setiap hotel ada 1 kedai souvenir tapi barang2 kat dalam tu sama je..aku tertarik macam nak beli pun ada gogle snorkeling tu..tapi aku pikir bila pulak aku nak bersnorkeling..kalau rumah tepi laut xde ikan buat apa..xkan nak bersnorkeling kat swimming pool pulak..

Jalan punya jalan kami sampai sudah di Laguna Resort dan bergambar sekejap..

*Beze x kaler kulit tangan dengan kaki?? apa function sunburn yang aku pakai tu?? xberkesannn! cisss bedebah!! dah lah mahal!!*




*Woww my peruutt..sudah ada isikah?? hahahah..hoii banyak nya aku makan sampai borooiii camtu???!!! (marah kat diri sendiri)*

Kenangan honeymoon di Redang..seronok dan menyeronokkan tapi nak hotel best duit pun nak best jugaklah..dapat jugak jejakkan kaki di Redang..sebenarnya dah lama nak pergi tapi xsangka akan honeymoon kat sini..Oh Redang! aku rasa sekali jelah aku jejakkan kaki kat sini..banyak lagi tempat lain yang aku teringin nak pergi..mungkin next honeymoon..kemanakah kamiiiii???

P/s: Next honeymoon aku tuntut dengan suami aku nak pergi ronda 1 Malaysia..bukan sesuka hati tau..suami aku yang dulu nak honeymoon cmnie..aku cuma merealisasikan je impian dia dan impian aku jugaklah..wahahahah..nanti aku boleh update lagi kat blog..kan seronok baca ada gambar2 cantik..asik tulisan berjela2 buat apa..ok shiooww!!