Friday, October 9, 2015

Master Journey: Quantitative Science

Assalamualaikum everyone!!
Pergghh dah lama sangat tak berblogging nie..dah lebih 5 bulan tak story dalam nie..mungkin sebab busy uruskan anak tu yang tak sempat nak story apa2 pon walaupun macam banyak benda nak cerita..entry kali nie aku mendapat idea dari salah seorang reader yang request untuk tahu Master in Quantitative sc tu macam mana ye?? banyak baca ke mengira ke? etc..so aku terpanggil untuk buat entry nie sebab barangkali boleh sangat membantu bakal2 student yang nak ambil course nie..aku bercerita mengenai pengalaman aku sendiri kenapa aku nak ambil course nie..

First sekali terfikir nak sambung belajar sebab minat mendalam lagi nak tuntut ilmu walaupun tengah kerja waktu nie..dalam hati ah bolehlah kerja sambil belajar..ambillah part time..so tanpa ditunggu2 aku pun menggodek2 lah website UiTM..

Website nie aku spesifik kan kepada FSKM UiTM lah sebab course nie ada di fakulti nie sahaja..first sekali yang aku akan tengok subject die..untuk Specialization tu sebenarnya awak kena pilih berdasarkan awak dulu Degree in apa..contohnya macam Financial Engineering nie sesuai untuk student yang ambil Actuarial Science..mungkin sebab subject dia lebih kurang je macam degree ke something like that..aku kurang pasti tapi apa yang aku dengar macam tu lah..kalau aku nak ambil FE mungkin aku kena struggle lebih lah berbanding student actuary yang ada basic..giteww..

Untuk Operation management nie sesuai untuk student Management Math..aku ambil OM sebab pernah dulu aku masuk kelas Securities (FE) rasa jasad kat dalam kelas otak ke laut..owh lupa dulu aku register FE..bila dah jadi macam tu terus aku tukar OM..OM nie lebh faham sebab sesuai dengan degree aku dulu..

Untuk QE pulak sesuai untuk student Statistics..macam aku cakap tadi mungkin subject lebih kurang sama dengan Stat..

Walaupun awak ambil OM tapi salah satu elective course tu awak kena ambil subject dari FE atau QE..total subject 12 tapi kalau kira core dengan elective ada 11 je kan..yang lagi satu tu kena ambil dari path yang lain..aku dulu ambil Economic Analysis dari QE..

Bezanya core dan elective course nie adalah pemarkahan..macam biasa student master kalau nak lulus kena dapat kan A dan B je..B- pun dikira fail..ini untuk core subject tapi untuk elective pulak kalau dapat grade C pun dah lulus..tak payah struggle sangat lah orang kata..cehhh!

Duration untuk student part time dan full time berbeza..untuk full time 3 - 6 semester atau setahun setengah sampai 3 tahun..untuk part time 4 - 8 semester atau 2 tahun sampai 4 tahun..minima subject yang perlu diambil untuk full time student adalah 3( 9 jam kredit) subject berbanding part timer boleh ambil 2(6 jam kredit) subject sahaja..ini minima ok kalau nak ambil lebih pun boleh unless tak ada kelas yang clash..tapi kena pandai arrange masa lah sebab assignment sangat banyak..kadang2 every week ada quiz..depends on lecturer..sebab itu aku hanya ambil 2 subject sahaja setiap sem sebab tak nak pressure lebih..

Nak kata subject2 nie semua banyak mengira sebenarnya banyak membaca dari mengira..ada jugak yang 50:50 mengira dan membaca..tak payahlah risaukan yang itu..bila dah datang minat in shaa Allah lepas segala azab..

Aku sekarang baru di sem 5 dan aku rasa subject yang mencabar yang aku tengah ambil ialah Data Mining..subject nie berkenaan cara kita bina Decision Tree dalam software atau kita predict something..memang wajib guna software..ada 2 software yang digunakan iaitu IBM SPSS Modeller dan SAS E-Miner..dan paling menyedihkan kedua2 software nie tak ada jual kat luar..hanya di makmal komputer UiTM sahaja..jenuh kan? kalau nak buat kerja kena lah pergi UiTM weekend ke atau masa terluang..macam student yang ada komitment memang agak susah nak free kan masa untuk pergi..macam aku komitmen anak jelah..kalau anak dah 5 tahun aku angkut je jadi PA ibu dia..kalau full timer aku rasa tak ada masalah..tapi SAS E-Miner nie boleh ambil installer dengan juruteknik komputer kt lab dan install sendiri..cara nak memudahkan untuk buat kat rumah lah berbanding kena pergi UiTM on weekend..

Sedikit tips dari aku..

Berdasarkan pengalaman aku sendiri kalau kita nak mahir sesuatu subject tu kita perlulah banyak buat exercise..tapi masalahnya master level tak ada spesifik exercise pon yang boleh kita buat..kebanyakannya general..buku pun banyak yang recommended je..so aku sarankan pada semua student master carilah PAST YEAR PAPER & SOLUTION dari senior sebab bila buat past year paper sangat2 lah membantu..kita boleh tahu bentuk soalan exam setiap sem..boleh jugak predict soalan apa yang akan masuk..kadang2 bila tengok past year dalam hati terdetik "nie yang mana eh?" sebab tak pernah nampak soalan sebegitu rupa..untuk master level bukanlah senang nak dapat past year paper dan solution..kalau dapat past year paper sahaja pun dah kira bersyukur..

Notes dari sources yang lain pun penting jugak..contohnya notes dari senior..kalau tertinggal atau tak dapat catch up apa yang lecturer ajar masa tu notes dari senior nie sangat2lah membantu..pastikan notes yang diambil tu difahami dari segi tulisan yang penting..kalau tak faham pun tak guna nak buat reference..

Pendrive dan hard disk sememangnya tersangat penting untuk simpan segala kerja..kalau hilang boleh pitam seminggu...aku pernah terhilang kan pendrive tau rasa macam nak menangis padahal pendrive tu terjatuh bawah seat kereta je..sekarang pendrive tu aku simpan dalam purse..more safety..bila aku nak keluarkan pendrive orang ingat aku nak keluarkan duit..*tipah tertipu oii*

Aku lebih prefer beli buku dari pinjam atau photostat..kalau ada recommended book yang memang guna dalam kelas aku sanggup cari melainkan edition buku tu dah lama dah tak ada jual barulah photostat..no choice..aku tak suka photostat sebab mesti akan ada page yang ter skip..perkara macam ni boleh buat aku naik angin..tapi dalam hati jelah tak ada lah sampai nak ngamuk kat kedai photostat tu..

Semua document yang diupload oleh lecturer lebih mudah kalau kita jadikan hard copy..aku tak suka scroll satu2 dekat laptop..naik berpinar mata..aku lebih suka pegang, conteng dan highlight guna highlighter dekat buku atau notes..lagi dapat masuk otak dari baca dekat laptop..

Baru2 nie aku ada beli calculator casio yang jenis baru dan lebih banyak function..sebab apa aku beli?? sebab susah untuk kira matrix form dalam calculator yang lama..bila guna calculator nie terus ada image matrix tu..lebih memudahkan.,aku fikir kalau dalam exam nanti terkial2 pulak guna calculator yang lama baik beli yang more function..lagipun calculator tak basi..harga pun baru RM50..recommended sangat untuk subject Econometrics..


Aku rasa ini sahaja yang aku terfikir sekarang..anak pun dah merengek aku choww dulu..

Thursday, April 9, 2015

Bersyukur

Hdup berumah tangga nie xkan boleh lari dari ditimpa musibah, masalah, cabaran, dugaan etc..masa bercinta ye aku admit segelintir daripada kita xkenal perangai sebenar suami atau isteri..nak buang angin pun malu ape tah lagi nak keluarkan semua sifat sebenar atau nak tunjuk belang lah kata orang..bukan main manis berkata-kata, baik budi bahasa, lemah lembut, dengar kata dan banyak lagilah..ada jugak yang kawan bertahun, tunang dengan orang lain, kawen dengan orang lain..ada jugak kawan daripada zaman sekolah sampai kawen..jodoh dan takdir tu Allah yang tentukan..perancangan Allah adalah yang sebaik baiknya..

Zaman sekarang pemikiran orang semakin terbuka..terbuka untuk bercerita kisah rumah tangga di laman sosial..nak kata buka aib sendiri xjugak sebab profile facebook pencerita dirahsiakan..macam mintak pendapat, nasihat dan berkongsi dengan ahli group yang lain..aku xnak dedahkan page apa tapi aku ada like page tersebut dan selalu baca jugak masalah2 orang nie..masalah2 yang diceritakan kadang2 aku terfikir "ada jugak orang macam nie", "cerita macam nie pun nak post kat sini??", "Eee jahatnya laki dia!", "Sampai hati dia nak bla bla bla..", ada yang aku tergelak sorang2..walau orang kutuk atau hina kisah pencerita tersebut kita xkenal dia sapa tapi orang beri komen tu kadang2 lagi over dan xtahu malu sebab kita boleh view facebook mereka..ada kalanya juga tanpa sedar komen2 mereka juga mengaibkan diri sendiri..xpasti dia sedar atau x..hurmmm macam-macam...

Dah banyak sangat kisah, masalah2 yang aku baca di page tersebut..rata2nya memang berkenaan masalah suami isteri, kisah dalam kain pun ada..terdetiknya aku untuk nak tulis entry "Bersyukur" nie sebab BUKAN aku orang yang ada masalah macam tu..BUKAN aku yang jadi mangsanya..BUKAN aku yang ditempat pencerita2 tersebut..ada kalanya aku leka alpa tentang kebaikan orang2 sekeliling aku terutamanya suami aku sendiri..bila baca masalah orang hati nie sendiri terdetik YaAllah berterima kasih sangat kerana berikan suami yang sangat bertanggung jawab, penyayang, boleh jaga anak, memahami aku, serba serbi perfect 10 lah! senang cerita suami yang susah senang jatuh bangun nya kita, dia sentiasa di sisi..walaupun balik kerja tengah malam atau lewat pagi, sanggup bangun tukar lampin anak, pujuk anak bila menangis, tidurkan anak..terharu aku waktu tu..sobs sobs sobss..

Bersyukur...

Sebab apa saje yang diminta mesti dapat..cakap je nak makan apa, nak baju apa, nak bercuti kat mana semua tu xkurang dekat aku..dengan keadaan aku yang tidak bekerja dan xde duit poket, semuanya ditanggung suami tercinta..Alhamdulillah sangat2..

Bersyukur...

Belum setahun kawen dah dikurniakan cahaya mata yang cukup sifat, sempurna, comel dan sihat..ada orang bertahun nak dapat anak tapi xde rezeki..ada yang buat macam2 cara untuk dapatkan anak dan memakan kos yang beribu riban tapi hasilnya ada yang berjaya dan ada yang x..

Bersyukur...

Dapat mak mertua yang baik, terima seadanya menantu dia nie, sayang cucu, hari2 masak sedap2 untuk makan bersama, kadang2 basuhkan baju aku dan Areeq, basuhkan baju suami aku, sidaikan kain kalau aku xsempat, lipatkan kain, jaga aku dalam pantang, kemaskan bilik, uruskan Areeq..ya Allah banyak sangat dah jasa mak mertua nie..istilah mak mertua xboleh ngam dengan menantu dah xde dah dalam kamus hidup aku sebab mak mertua dah macam mak sendiri dah rasanya..bersyukur sebab aku bukan di antara mereka yang bermasalah dengan mak mertua..aku duduk dengan mak mertua dah nak masuk 3 bulan..

Kalau aku ditimpa masalah atau tengah stress fikir apa akan jadi di kemudian hari, aku akan duduk termenung sekejap dan fikir, ada jugak orang yang alami dugaan lagi teruk dari aku..so kenapa aku nak macam nie?? kenapa aku nak fikir sangat nie?? benda kecik je pun..ignore jelahh! mujur aku bukan ditempat nya..lepas tu terus aku refresh kan balik otak aku..syaitan ada dimana-mana suka bisik2 benda buruk & hasut otak kita..iman kena cekal..

Akhir kata bersyukurlah dengan apa yang ada..dugaan cabaran yang datang dekat kita tu bukan saja2 Allah nak bagi..prinsip aku senang je, jangan compare kehidupan susah senang kita dengan orang lain..hidup dah perfect dah kalau kita sentiasa bahagia, xstress (stress kerja tu lain eh) fikir pasal rumah tangga especially dan orang sekeliling..

P/s: Tak perlu kot nak bercerita atau berkongsi kisah rumah tangga dengan public..xmanis..selesaikan berdua dengan husband pun dah mencukupi..


Wednesday, April 8, 2015

Butik Review (The Choice is Yours)

Disebabkan tema raya tahun nie adalah maroon dan emerald green aku tersangat gigih untuk search baju2 di butik2 berdekatan aku sama ada pergi sendiri atau thru facebook atau IG..aku xtahulah lately nie banyak sangat baju aku borong..semuanya baju nursing & solat friendly semestinya..semenjak dah ada anak nie kena pakai baju yang sesuai..xpayah susah2 nak selak..butik2 kat shah alam yang berlambak2 belakang jakel tu kebanyakannya ada yang aku dah terjah antaranya Bella Ammara, Rina Salleh Clothing, Calaqisya, Zawara, Muslimah Clothing Couture & etc..tu kat belakang jakel..kat alam avenue pulak baru 1 butik aku pergi hari tu iaitu Fabelous Heejab..

Dalam banyak2 butik yang aku pergi nie aku sangatlah berkenan dengan baju2 di butik Muslimah Clothing Couture..tagline butik nie "your labuh & longgar specialist"..baca tagline je dah tau jenis baju yang macam mana ada kat butik nie..aku jenis simple dan suka berfashion tapi xdelah terlalu over..bagi aku baju yang selesa untuk dipakai tu mestilah longgar, labuh dan trendy..maknanya baju tu walaupun baju muslimah tapi dari segi design mesti updated..aku lebih suka dress atau jubah dress berbanding blouse tapi kalau jumpa blouse yang sedap mata memandang apa lagi memang aku grab lah! first time tengok blouse di butik Muslimah Clothing Couture ni aku terus berpuas hati dan jatuh cinta..jom review..

*Wall facebook MCC*

Antara baju yang aku dah beli xde pulak dekat facebook..mungkin admin xupdate tapi dekat IG ada..aku nak tunjuk sikitlah beberapa dress & blouse yang cantik2 tu..






Abaya Ballerina Luna nie ada 5 kaler..korang boleh tengok kat fb MCC ok..size yang ada sampai XXL tapi yang available sampai M je kot..yang lain dah out of stock..cantik kan design dress nie? aku xbeli sebab xde saiz..huhu..jom tengok blouse pulak..





Blouse nie cutting besar sebab tengok shoulder & bust size XXL aku dah tau besar..kalau nak beli baju online nie first measurement yang aku akan tengok dulu shoulder & bust sebab bidang aku besar..yang lain dah xkisah dah..semua baju di MCC sesuai untuk nursing..so pada mak2 yang tercari2 baju nursing yang cantik, elegan, labuh, longgar, dan menutup aurat boleh cari di MCC..selain dress & blouse terdapat jugak shawl, instant shawl, cardigan dan skirt..semuanya owesome2 oulsss..


Ala alamat xfull..korang boleh review sendiri lah kat fb MCC kalau nak tengok alamat ok..kalau IG pulak korang taip "muslimahclothing" je..senang cerita butik nie disebelah menara Jovian mandagie..

Selain butik yang ada kedai aku jugak terjumpa 1 page butik online nie iaitu Pesonasara..baju2 di butik ini pun aku berkenan walaupun xbanyak pilihan..butik nie 100% online dan nama admin page nie Pn Isma..


Antara baju yang dijual di butik online ini..




Aku dah order dah pun jubah dress nie..cantik sangat design nya walaupun simple..measurement pun mengikut ukuran badan aku..harga pun berpatutan dan affordable..





Yang nie pun aku grab jugak..pembolot betul kau nie weyh! selain blouse dan jubah dress butik ini juga menjual cardilatch atau nursing cover multifunction..bukan sahaja nursing cover tapi boleh juga dijadikan cardigan..bagi aku unik..




Multifunction sangat..aku nak beli tapi aku xpasti cardilatch nie boleh digayakan dengan baju apa..banyak kaler yang ada..korang boleh review fb Pesonasara ok..kalau berminat dengan baju2 yang ada di Pesonasara boleh berurusan dengan Pn Isma..

P/s: Baju kaler emerald green susah betul nak dapat..kalau ada pun xda saiz..ciss! eh aku baru je nak cuba red bella body wash..hope dapat selim seperti anak dara..eh time anak dara aku slim ke?? ok baii..


Tuesday, April 7, 2015

Bercuti Satu Hari Sambil Celebrate Anniversary di Bukit Tinggi Pahang

Sebenarnya cerita nie dah basi tapi aku nak cerita jugak sebab cerita nie tentang anniversary aku yang pertama hari tu..tup tup dah setahun dah kawen..xsangka gilerr sekejap sangat rasanya..rasanya macam baru semalam je nikah..over!

29 Mac 2015 hari tu ialah tarikh anniversary aku yang pertama..alhamdulillah sangat dengan perkahwinan ini..bertemu jodoh pulak dengan seorang insan yang sangat bertanggung jawab terhadap keluarga kecil dia nie..belum setahun kawen dah dikurniakan cahaya mata tercinta..bersyukur sangat ya Allah kau hadirkan insan2 tersayang ini untuk aku..sayang kamu semua much muchhh!(ayat apa nie?)

Sebenarnya plan ni xberapa nak plan pun sebab last minute decision..plan nak ke bukit tinggi tu ada tapi bukan time anniversary..first time nie memang xtahu apa ada di bukit tinggi tu..plan nak pergi hari jumaat..tarikh pergi hari ahad..so sebelum pergi bercuti aku akan buat sedikit research lah macam biasa..baca belog orang lah ape lagi..kebanyakan blog yang aku baca semua bagi positive feedback lah dan ada 1 blog nie aku baca dia hanya ke bukit tinggi sehari je..dan adalah sebab musabab dia ceritakan kenapa 1 hari..so aku terfikir why not celebrate kat sana? sehari je pon! so hari jumaat tu aku cadang2kan kat husband and serta merta dia setuju..

Tapi hari ahad tu xkena timing sebab beratur kenduri kawen walaupun xdelah panjang sangat..2 rumah je pon..dah orang jemput kan pergi jelah nanti time anak kita kawen xde pulak orang nak datang..kami gerak je dah pukul 2.30 petang..sampai mestilah petang jugak dalam pukul 3 lebih macam tu..jalan nak naik atas tu adventure lah jugak tapi nak ke genting lagi adventure kot..yang xbestnya bila follow belakang kereta yang drivernya ala bercintan cintun dalam kereta...sendu rasa follow belakang kereta orang camni..nak potong xboleh..ikut jelahh..

Sampai je kat atas tu destinasi pertama mestilah ke Colmare Tropicale..almaklumlah expectation orang first time pergi nie tinggi..bila masuk je colmar tropicale tu dalam hati *alaa macam nie je ke tempatnya??* korang faham kan perasaan aku?? huhuhu..sendu sangat! bangunan ala2 french tu memang cantik tapi aku ingat kawasan nya besar & boleh jalan round2 ambil masa yang lama tapi sekitar situ je rupanya..masa aku pergi tu panas ok! sapa cakap bukit tinggi sejuk?? pang kang! bila dah petang2 tu redup sikit & barulah rasa sejuk2 sikit..

Orang2 yang sampai sana aku tengok macam2 gaya bergambar..so si hantu selfie nie nak lah jugak!

*Eh eh! cenyum lah areeq..omeyyy omeyy!*







Banyak je restoran kat sana & pilih je nak makan apa..yang tekak makan belacan memang xdelah..semua tekak italiano ala2 omputih je makanan nya..dalam banyak2 makanan aku teringin pizza..so masuklah restoran pizza & western yang tersangatlah worst service mereka..dah duduk beberapa minit pun still xde waiter or waitress yang layan kami..xtahulah kurang pekerja ke atau pekerja yang kurang kasih sayang majikan sampai xnampak kami duduk kat belakang..last2 husband aku yang panggil..dah lambai tangan pun xpandang kan..xsuggest lah restoran nie..cari lainlah kalau nak makan..

Seriously nama pizza kat atas nie tersangatlah susah nak sebut..bila dah order harap2 sedaplah..aku rasa pizza homemade aku lagi tip top kot..pizza yang terlampau simple cuma roti prata je macam roti kebab tu..topping nya ada ayam roasted dan apa lagi ntah tu..aku order sebab ayam roasted jerr..aku bukan pencinta beef..harga pizza small nie dan air guava segelas RM40++..mahal x?? korang nilailah sendiri..

*alolooo comel sangatlah tu cantik sangatlah tu..puiihh!*



*Nak saranghae tapi malu sebab tu xsaranghae sangat*

*Aku xtahu apa function rumah kecik nie*

*Air pancut kat belakang tu cantik rasa nak rendam kaki*


*Eeee itew malu senanye wat cenggini macam over sangat*



*Pegang kuda macam kuda tu ada janggut*

Banyak gambar aku sebab husband kesian tengok aku nak bergambar sangat tapi xde orang nak tangkapkan..so dialah juru camera hari tu..gambar kami bertiga guna monopod je..last sekali time nak balik ada sorang uncle india tu baik sangat macam memahami jiwa raga aku nie nak tangkapkan gambar kami..senyum sampai mata aku rasa time tu..berbesar hati gilerr bagi phone kat die..thumbss upp uncle!

Ok mata dah kuyu dah nie..sambunglah next entri ye..selamat malam!

P/s: Banyak je aktiviti kat bukit tinggi tapi aku sempat pergi Colmar Tropicale jer sebab dah petang..teringin nak pergi japanesse village tapi dah tutup..xpelah xde rejeki di situhh..maybe next time..

Wednesday, April 1, 2015

Red Bella Skincare Terbaikk!

Kalau korang nak tahu dulu aku pernah mengalami masalah kulit sensitif..time sekolah dulu kulit aku memang bersih dan cantik (ehem!angkat bakul sendiri nampak??) seriously aku xpernah guna apa2 produk kecantikan pon seperti pencuci muka..tapi krim muka aku pakailah..huhu..sampaikan kawan aku sendiri tegur "kau pakai pencuci muka ape?"..and i said "nope"..buat apa nak pakai sedangkan kulit muka dah bersih kan..aku pernah jugak cuba pakai macam2 pencuci muka tapi tidak pernah serasi dengan kulit muka aku..sadis kan?? so aku decide untuk tidak pakai apa2 pencuci muka pon..
Tu time sekolah..bila masuk je matrik xlama tu aku perasan muka aku mula tumbuh jerawat..mungkin sebab terlampau banyak sangat study (eh kau rajin sangat ke??)..bila kita stress pon sebenarnya muka kita akan ditumbuhi jerawat2 degil..krim muka yang pernah aku pakai antaranya Hazeline Snow dan Safi..kesan pakai Hazeline Snow dulu ia mampu hilangkan jerawat muka aku..tepeklah sikit kat jerawat beberapa hari lepas tu hilang..tapi dengar cerita Hazeline Snow xhalal..bila kita dah was2 haram kalau pakai jugak so sejak tahu tu terus aku dah xpakai langsung..

Kulit muka sebelah mata aku nie dulu kasar dan gatal..kalau kerap garu akan jadi merah, pedih dan jadi kulit yang mengelupas tu tapi xmengelupas pon..xtahulah apa puncanya..bila stop pakai safi ok plak..so nak mengelakkan kulit muka jadi cenggitu aku stop pakai safi..

Itu dulu..bila dah kerja kulit muka tetiba jadi kasar dan gelap..untuk elakkan kasar kat muka tu aku pakai apa ntah nama serbuk tu ada buluh2 kat belakang..masa mandi lenyek kat tempat yang kasar tu..memang akan lembut tapi kena pakai hari2 kalau xkulit kasar tu akan jadi balik.. 

Dan sekarang produk Red Bella Skincare nie makin famous di media sosial..tengok testimoni orang kemain glowing muka mak ngah! so aku decide untuk try 1 set..set yang aku ambil hanya skincare sahaja iaitu krim siang, krim malam dan facial soup..jom tengok hasilnya..

Tadaaaaaaaaaa!!!


Aku dah pakai produk nie hampir sebulan..nie gambar latest tau..no 360 no edit2..natural beauty hokeyy..tengok dulu kulit muka aku kusam..time ni terpaksa pakai safi jugak sebab xtahu nak pakai krim ape..kalau xpakai langsung muka macam orang bangun tidur..actually kat dahi tu ada jerawat2 tegar yang payah nak hilang..

Selepas penggunaan hanya selama 3 hari dah nampak dah perubahan kat muka..makin licin dan glowing..xlama lepas tu husband aku tegur "eh dah licinlah kulit..dah hilang hitam2 kat hidung"..actually aku ada blackhead yang sangat teruk di hidung dan pipi..bila husband dah tegur maknanya blackhead tu dah kurang..so produk nie amat berkesan terhadap kulit sensitif macam kulit aku..

Produk Red Bella nie diperbuat daripada bahan organic atau semula jadi..lepas guna kena simpan dalam peti sejuk kalau x kaler krim tu akan bertukar dan bila sapu kat muka kulit muka akan rosak..aku pernah terlupa masuk kan dalam peti sejuk tapi nasib baik tengok kaler still sama..aku xpasti suhu yang macam mana sesuai nak simpan produk nie..tapi nak selamat aku simpan dalam peti sejuk je..

*Antara produk Red Bella*

*Gambar memang separuh*

Yang aku guna hanya skincare sahaja..maybe next time aku nak try body wash pulak..tengok testimoni boleh kuruskan badan..cuba apply kat aku pulak boleh ke x badan aku nie selim..teringin nak cuba foundation tapi memandangkan aku xberapa nak make up sangat bila keluar so lupakan terus ye hasrat tu zurin! 

Korang boleh review Red Bella Klang/Shah Alam dan boleh berurusan terus dengan admin page nie kalau berminat ye..

P/s: Start taip petang tadi dah malam baru siap entri pendek nie sebab kena tidurkan anak dulu..phewww~~





Tuesday, March 31, 2015

Ostematrix membantu mengurangkan sakit sembelit

Entri nie aku xnak cerita panjang nak pendek2 je..

Ostematrix atau oste je aku panggil adalah product shaklee yang tengah famous sekarang nie..ubat nie mampu untuk mengurangkan sakit sembelit..seriously masa bersalin aku xde pon buasir..lepas bersalin sembelit pulak..dah sembelit confirm2 buasir kan..aku xtau macam mana nak hilangkan sakit ketika buang air besar nie sampailah kakak ipar aku suggest oste..sebelum tu aku ada makan pil untuk cairkan najis tapi xberkesan..

Bila dah buasir nie memang trauma lah nak membuang..macam nak tahan je berhari2 tapi nanti sakit perut pulak..so dengan memakan oste 4 biji sehari mampu mengurangkan sakit sembelit..mula2 aku makan 4 biji jugak tapi still sakit bila membuang..sekarang dah start makan 6 biji..alhamdulillah sakitnya semakin berkurang dan kerap membuang..kesimpulannya xdelah terseksa dan asek lap air mata je masa membuang..

Oste nie bukan mampu mengurangkan sembelit saja malahan banyak lagi khasiat yang terkandung di dalam nya..salah satunya memberi kalsium pada ibu mengandung..

Pada sesapa yang ade masalah sembelit nie boleh try makan oste dari ubat lembutkan najis ke hape..oste nie sangat membantu..belum cuba belum tahu..dah cuba korang xnak stop makan..macam aku nie jenis yang susah makan ubat pil..tapi oste hari2 aku boleh telan 6 biji pulak tu..

Khasiat oste..*tepeklah sikit gambar*

*sumber gambar dari google*

Sekarang bersepah agen shaklee..korang boleh dapatkan dari mereka2 ye..ok itu je yang nak sampaikan..adioosss!


Monday, March 30, 2015

Family Honeymoon - Cameron Highland

Lepas je habis pantang teruslah kepala aku duk ligat pikiaqq nak berjalan pulak..nie namanya balas dendam setelah 44 hari terperuk kat rumah xde buat apa..wahahaah (gelak keji gilerr)..

Pada awalnya plan aku nak ke pulau langkawi dan hanya kami bertiga sahaja..tapi suami i ajak pulak parents dan adik dia..so aku akur..(cehh cam sedehh jekk??)..yela baru nak berdating kehhnnn..tup2 kena pergi dengan family..meleleh jugak ayaq mata ni nohh..(awat cakap utgaha nie??bukan pergi pon..)

Planning nak naik kete je tapi bila memikirkan cuaca sekarang tengah panas tahap nak berendam dalam kolam satu hari jadinya planning pon berubah ke cameron highland..kesian pergi time tengah panas dengan bawak baby lagi..kang mengamuk xtentu pasal kang sebab panas..disebabkan itu plan pon bertukar arah..best jugak sebab sejuk..

Hari pertama..

Misi bermula hari isnin 9 Mac 2015..baru je awal bulan hari tu..macam biasa mak mertua aku bila pergi bercuti dia suka masak sendiri dari makan kat kedai..xsedap, membazir dan xbersih katanya..habis periuk belanga semua diangkut..hahaha aku tipu! xdelah periuk belanga mana pun..1 periuk je, telur 1 papan, kicap, pinggan dan ade lagilah barang yang penting2..ha dapur kecik ajaib xleh lupa! kang nak masak guna apa?? lagiii?? xpasti sebab bukan aku yang kemas! (menantu ke hantu nie??) lepas semua siap packing kami terus gerak dalam pukul 12.00 tengah hari..

Perjalanan kami non stop sampailah di simpang pulai kami berhenti jap nak ke toilet nak membuang..berapa lama duk dalam kereta menahan..hoho..kebetulan pulak sebelah stesen minyak ada orang jual nasi bajet dengan apam balik yang kecik kering tu..kami pon belilah apam balik tu RM2...dapatlah jamah sikit menghilangkan kelaparan yang melanda..lepas tu kami terus gerak ke destinasi..

Sampai di Cameron Highland pukul 4 lebih xsilap..masa kat atas tu barulah decide nak stay kat mana..adik ipar aku dulu pernah ke sana dan menetap di salah satu apartment tapi dia lupa yang mana satu..kami decide xnak stay kat brinchang sebab kat bawah xsejuk..so cari punya cari dah jumpa dah Rose apartment..Rose apartment nie terletak di belakang Key Farm..baru aku tahu belakang Key Farm nie ade apartment..ingatkan pasar semata..selepas beberapa minit cari owner call bagai nak sewa kami pon dapat sewa satu apartment kat tingkat 2..


*gambar aku cari kat pakcik google jek sebab gambar kat phone dah delete

Korang boleh google lah tengok gambar dalam apartment nie..malas nak letak gambar sebab dah xde..xbest ambik kat google..hohohoh..honestly sangat berpuas hati..masa tu kami dapat rate RM200 satu malam..kami stay 3 hari 2 malam..mula2 bangla tu letak RM280 tapi laki aku kan pandai temberang pusing sana pusing sini dapatlah RM200..okla agak murah untuk apartment..

Masuk je rumah tu perghhhhh sejukkk tahap bekuu macam pijak ais batu! so kenalah pakai selipar2 yang dah disediakan..kalau xpakai sejuknya tu masuk sampai terasa kat tulang nie..biasalah dah tempat sejuk kan so xdelah sediakan kipas ke aircond ke..1 rumah ade 3 bilik..1 master bedroom 2 lagi kecik siktlah..welll master bedroom tu menjadi hak akulah sebab ada baby perlukan ruang yang besar nak golek2 atas katil..hehe..(nasib dapat family yang memahami giteww)..

Masuk je rumah kami berehat2 sebentar..agak selesa dan best lah apartment nie..ada beranda..dan view kat beranda tu ladang teh boh dan apartment lain..cantik sangat..apartment nie betul2 atas bukit sebab tu sejuk sangat..untuk fasiliti aku bagi rate full 5/5..apartment nie recommended lah for those yang nak bercuti kat cameron..kalau brinchang xsejuk sangat..

Sampai pun dah petang so aktiviti malam hanya makan..seriously nak makan sangat kat restoran steamboat fauzi kat brinchang tapi tutup plak..alahaiii..ingatkan sebab hari isnin tapi malam kedua pon kami pergi tutup jugak..xde rezeki nak rasa steamboat sedap..yang nak makan steamboat kat cameron nie aku recommend jugaklah steamboat restoran fauzi nie..restoran agak terpencil kecik je kat hujung tapi sedappp!

Lastly kitorang makan kat restoran thailand kat brinchang jugak..restoran yang aku pernah makan dulu masa honeymoon ntah kali ke bape ntah time tu..hehee..alaaaaaa xde gambar sebab dah delete..well aku kan pembersih asek mengemas album phone je..gambar yang aku rasa xnak simpan ke tong sampah lah jawabnya..malam tu kami makan seafood..kuah tomyam agak masam2 sikit sebab biasalah thailand kan..lepas makan kami singgah kedai runcit jap nak beli barang dapur..

Hari pertama xde aktiviti sangat..malam tu fikir banyak kali nak mandi ke xnak..tapi rasa badan macam xsedap so mandilah jugak..lepas mandi je ape lagi golek2 atas katil dan tidoqq!

Hari kedua..

Aktiviti bermula pada hari kedua..untuk breakfast mak mertua aku yang masak..simple menu je pagi tu..sardin, sayur kobis, telur goreng, air nestum..tu je rasanya..oklah dah memadai nak isi perut yang tengah lapar nie..sedap jugak masak sendiri dari makan luar..baru terasa nikmatnya walaupun menu yang agak simple sangat..thanks makk!!

First place kitorang pergi semestinya Lavender Garden..jom tengok gambar..malas nak taip..

*Inilah kami..aku yang peace not war sangat tuh*

Lepas sampai terus bergambar reramai..Lavender Garden ni berbukit tau..nak masuk je kena mendaki..bapak mertua aku guna wheelchair so yang tukang tolak nye laki aku lah..agak susah sebab naik bukit kan..


Lavender garden nie ade 2 tingkat..nie lepas penat mendaki bersantailah dulu makan kek, cheese tart dan hot milo..harga?? mahal lah jugak..

Lepas makan kami berselpiaqq kat taman bunga..

*Candid bau bunga padahal bukan wangi pon tapi nice pic*


*Gambar ni aku nampak kuyusshh lahhh..kawan I cakap..aku xkata apa2 pon*

*Selfie sendiri sebab laki aku ntah mana..adik ipar aku tuh kat belakang pon tengah selfie sendiri*

Tu je gambar yang aku nak letak..malas nak download bebanyak..huhu..destinasi seterusnya ke sungai palas pulak..nama je sungai tapi xdak pon..bukit bukau je merata..


Bila tengok ladang teh teringat mak mertua aku pernah cakap..ladang teh tu macam rumput yang ditampal2..ntah kenapa macam lawak sikit aku rasa..aku soranglah rasa lawak kan??cett!! ok dahh jom tengok gambar lain pulak..(maluuuu)

*Nyenyak areeq tidur..seronok berjalan macam nie*

Jom mendaki Mossy Forest pulak!! tinggi giler kot nak naik..kereta pon mengaum je bunyi nak daki pergi tempat nie..


Takut jugak nak bawak areeq keluar sebab hutan kan..budak kan nampak macam2..time nie lepas breastfeed die sebab tu die senyap..


Sempadan perak pahang tuuuu!! tinggi nak daki sampai sini..akhirnya aku berjaya!! sebenarnya laki aku dah kedepan..aku mendaki berdua dengan adik ipar..kuanggg ajaaqqq!

*Hengat badan besar gemokk xboleh mendaki ke?? biar gambar berbicara..*

Sebenarnya aku xtahu sampai mana penghujung laluan2 berkayu tu..kalau foreigner mereka mungkin akan daki atas lagi..kami daki sampai sini jekk..penat mengah tahap gaban time nie tapi muka ceria sebab puas hati dah naik sampai sini..next time xnaik dah kot..


Time nie nak turun nak balik..laki aku suka betul tangkap gambar kat signboard nie..mungkin sebab nak tunjuk yang *aku sampai sini jugak akhirnya!!(sambil hidung kembang kuncup berkobar2)* errkk mungkinlah kot..hehehe..aku pun tumpang sekaki jugak..

Next ke Raju farm lahhh kiterrr...Rajuu oohhh rajuu!

*Sebenarnya xperasan roti tu separuh*

Kat raju farm nie kami makan jelah..aku makan kek dan makanan kat atas ni adik ipar aku yang makan..sedap..nama makanan nie ape aku dah lupa..tapi compare raju farm dan sungai palas, scone kat sungai palas sedap sesangat! refer gambar kat atas, scone tu yang roti bulat gebu gebass dimakan bersama jem, mentega dan krim sepatutnya..kat raju farm ni hanya krim dan jem je..scone nie pon recommended jugak kalau nak order makan..


Yang nie kami dinner di steamboat snack corner..rate aku boleh bagi 4/5 untuk steamboat..tapi aku makan chicken chop..bolehlahh bagi 3/5..gambar makanan xdakkk sebab sibuk makan xhengat nak ambil gambar ponn..

*Pergghhhh gigillll!!*

Sempat singgah copthorne ambil gambar jap..lepas tu kami terus balik dan tidurr..zzZZZzzZ...

Hari ketiga..

Bersiap sedia untuk balik..packing time! balik je kami singgah di Bharat Tea House..kotlah sebab lupa nama..hehe..tengok jelah gambar..




Ok dah habis dah ngantuk nak tidur..byee!

P/s: Tunggu next trip plak mungkin ke Melaka atau Penang..tunggulah entri aku kalau nak tahu aku kemana..