Thursday, April 9, 2015

Bersyukur

Hdup berumah tangga nie xkan boleh lari dari ditimpa musibah, masalah, cabaran, dugaan etc..masa bercinta ye aku admit segelintir daripada kita xkenal perangai sebenar suami atau isteri..nak buang angin pun malu ape tah lagi nak keluarkan semua sifat sebenar atau nak tunjuk belang lah kata orang..bukan main manis berkata-kata, baik budi bahasa, lemah lembut, dengar kata dan banyak lagilah..ada jugak yang kawan bertahun, tunang dengan orang lain, kawen dengan orang lain..ada jugak kawan daripada zaman sekolah sampai kawen..jodoh dan takdir tu Allah yang tentukan..perancangan Allah adalah yang sebaik baiknya..

Zaman sekarang pemikiran orang semakin terbuka..terbuka untuk bercerita kisah rumah tangga di laman sosial..nak kata buka aib sendiri xjugak sebab profile facebook pencerita dirahsiakan..macam mintak pendapat, nasihat dan berkongsi dengan ahli group yang lain..aku xnak dedahkan page apa tapi aku ada like page tersebut dan selalu baca jugak masalah2 orang nie..masalah2 yang diceritakan kadang2 aku terfikir "ada jugak orang macam nie", "cerita macam nie pun nak post kat sini??", "Eee jahatnya laki dia!", "Sampai hati dia nak bla bla bla..", ada yang aku tergelak sorang2..walau orang kutuk atau hina kisah pencerita tersebut kita xkenal dia sapa tapi orang beri komen tu kadang2 lagi over dan xtahu malu sebab kita boleh view facebook mereka..ada kalanya juga tanpa sedar komen2 mereka juga mengaibkan diri sendiri..xpasti dia sedar atau x..hurmmm macam-macam...

Dah banyak sangat kisah, masalah2 yang aku baca di page tersebut..rata2nya memang berkenaan masalah suami isteri, kisah dalam kain pun ada..terdetiknya aku untuk nak tulis entry "Bersyukur" nie sebab BUKAN aku orang yang ada masalah macam tu..BUKAN aku yang jadi mangsanya..BUKAN aku yang ditempat pencerita2 tersebut..ada kalanya aku leka alpa tentang kebaikan orang2 sekeliling aku terutamanya suami aku sendiri..bila baca masalah orang hati nie sendiri terdetik YaAllah berterima kasih sangat kerana berikan suami yang sangat bertanggung jawab, penyayang, boleh jaga anak, memahami aku, serba serbi perfect 10 lah! senang cerita suami yang susah senang jatuh bangun nya kita, dia sentiasa di sisi..walaupun balik kerja tengah malam atau lewat pagi, sanggup bangun tukar lampin anak, pujuk anak bila menangis, tidurkan anak..terharu aku waktu tu..sobs sobs sobss..

Bersyukur...

Sebab apa saje yang diminta mesti dapat..cakap je nak makan apa, nak baju apa, nak bercuti kat mana semua tu xkurang dekat aku..dengan keadaan aku yang tidak bekerja dan xde duit poket, semuanya ditanggung suami tercinta..Alhamdulillah sangat2..

Bersyukur...

Belum setahun kawen dah dikurniakan cahaya mata yang cukup sifat, sempurna, comel dan sihat..ada orang bertahun nak dapat anak tapi xde rezeki..ada yang buat macam2 cara untuk dapatkan anak dan memakan kos yang beribu riban tapi hasilnya ada yang berjaya dan ada yang x..

Bersyukur...

Dapat mak mertua yang baik, terima seadanya menantu dia nie, sayang cucu, hari2 masak sedap2 untuk makan bersama, kadang2 basuhkan baju aku dan Areeq, basuhkan baju suami aku, sidaikan kain kalau aku xsempat, lipatkan kain, jaga aku dalam pantang, kemaskan bilik, uruskan Areeq..ya Allah banyak sangat dah jasa mak mertua nie..istilah mak mertua xboleh ngam dengan menantu dah xde dah dalam kamus hidup aku sebab mak mertua dah macam mak sendiri dah rasanya..bersyukur sebab aku bukan di antara mereka yang bermasalah dengan mak mertua..aku duduk dengan mak mertua dah nak masuk 3 bulan..

Kalau aku ditimpa masalah atau tengah stress fikir apa akan jadi di kemudian hari, aku akan duduk termenung sekejap dan fikir, ada jugak orang yang alami dugaan lagi teruk dari aku..so kenapa aku nak macam nie?? kenapa aku nak fikir sangat nie?? benda kecik je pun..ignore jelahh! mujur aku bukan ditempat nya..lepas tu terus aku refresh kan balik otak aku..syaitan ada dimana-mana suka bisik2 benda buruk & hasut otak kita..iman kena cekal..

Akhir kata bersyukurlah dengan apa yang ada..dugaan cabaran yang datang dekat kita tu bukan saja2 Allah nak bagi..prinsip aku senang je, jangan compare kehidupan susah senang kita dengan orang lain..hidup dah perfect dah kalau kita sentiasa bahagia, xstress (stress kerja tu lain eh) fikir pasal rumah tangga especially dan orang sekeliling..

P/s: Tak perlu kot nak bercerita atau berkongsi kisah rumah tangga dengan public..xmanis..selesaikan berdua dengan husband pun dah mencukupi..


No comments:

Post a Comment