Tuesday, January 28, 2014

~Perkara yang aku suka buat bila ada masa lapang~ (Part 3)

Sampai part 3 kau..kalau diikutkan banyak je perkara yang aku boleh isi bila free tapi aku letak yang mana aku rasa otak aku boleh pikir pasal perkara tu..yelah kan nak mengarang nie kan spontan..so perkara2 yang aku suka buat yang aku terpikir disaat aku nak mengarang, perkara tu la yang akan aku tulis..haishh membebel je aku nie!! bak kata tunang aku kalau aku membebel macam enjin v-tec kereta dia..v-tec nie ala2 enjin turbola..pernah dengar kan kalau kereta ada turbo dan macam mana lajunya kereta tu bila ada turbo?? ha macam tula aku membebel katanya..mengarut je semua tu!! sekarang aku nak sambung perkara yang kelima dimana ini adalah last entri aku tentang benda yang aku suka buat bila free..bermakna aku hanya share 5 perkara sahaja dalam banyak2 perkara yang aku buat..ok jomm laayannnn..

5. Sudoku time!!

Sudoku adalah permainan yang aku suka gilerr main..ia bukanlah hanya sekadar permainan, ia juga boleh meningkatkan IQ seseorang tu bila korang kerap main..ok aku nak share sikit maksud sudoku yang aku copy paste nie..

The name Sudoku or more correctly comes from Japan and consists of the Japanese characters Su (meaning 'number') and Doku (meaning 'single') but the was not invented in Japan. Sudoku originated in Switzerland and then traveled to Japan by way of America.

kalau xsilap aku ada 3 buah buku sudoku nie tapi xhabis main pun..banyak sangat dan bagi aku, kalau nak start main sudoku nie, kau kena ada masa..sebab ada part2 dalam buku yang aku main tu, aku kena ambil masa beberapa minit untuk siapkan..kalau akula, aku xsuka orang kacau aku time main game nie sebab nak fokus..hahaha..aku selalu main bila dalam bilik tengah relek2 sambil pakai ear phone dengar lagu..baru feeling tu datang maa..nie kalau tengok tv sambil main apa nak difokuskan nya?? kejap tengok tv, kejap main sudoku, lepas tu tengok tv balik then sambung main..terteleng2 kepala..kang xpasal2 terus terteleng keras baru tahu! sudoku nie banyak jenis tapi jenis yang selalu aku main macam kat bawah nie..




yang nie nama dia sudoku puzzle biasa2 je..ada lagi yang dasyat daripada nie..aku rasa ramai reti main yang nie..sudoku selalunya ada 4 peringkat..pertama, peringkat yang senang atau gentle, maksudnya senangla nak selesaikan..senang tu maksudnya dia bagi banyak number dan senangla nak siapkan..kedua, moderate, yang nie kompleks sikit lah dari gentle kan..tapi still senang lagi nak selesaikan..may be number dalam kotak tu akan dikurangkan lah sikit bagi adventure korang nak selesaikan..ketiga, tough, tough maksudnya susahla..number dalam kotak tu sikit sangat dan korang kena tahu banyak teknik untuk nak siapkan..peringkat nie kekadang aku ambil masa lama xlama lah nak siapkan..dan last sekali expert, peringkat yang paling susah nak diselesaikan..tapi kan walaupun susah, aku nak compare sikitla kan, ada certain stages dalam buku, aku boleh buat dan ada yang aku xboleh buat..maksudnya, yang expert tadi peringkat yang paling susah kan dan aku boleh buat dengan jayanya! *mata terkelip2 sambil tersenyum kambing macam nak kena lempang* dan kekadang aku try buat yang tough, dan aku xberjaya.pelik x?? aku selalu tertanya2..ke teknik aku yang xbetul?? ok kalau nak tau jenis2 sudoku yang lain?? jommm tengok gambar kat bawah..


~overlap~


     
~samurai~


                 
~killer~ 


~kakuro~ 

dasyat xsemua jenis2 sudoku nie?? aku xreti main 1 hape pun..saja share je untuk korang..kalau nak belajar main kena berguru..kalau setakat instruction dalam internet aku xboleh jalan lah..depends orangla..aku xsegenious itu..sudoku nie pun aku kenal masa belajar kat matrik..tu pon kawan aku yang ajar..tu yang asek main sampai beli buku tu..habisnya idakk ponn..sekarang nie aku nak share sikit cara-cara nak selesaikan sudoku nie..

ok first sekali korang kena tahu rules sudoku nie..xboleh ada nombor yang sama dalam satu kotak (3x3), dalam 1 row dan dalam 1 column..dan semua kotak2 kecil atau sel perlu diisi nombor dari 1-9..
                                                  

dia ada teknik..aku malas sikitla nak mengarang kan..so aku link kan jela cara-cara nak solve k--->How to solve sudoku..kalau korang xpaham yang aku link nie, boleh je google yang lain..ok sudoku nie jugak baik untuk kesihatan terutama boleh menyembuhkan penyakit Alzheimer..macam xcaya kan??? game je kot..tapi bagus untuk otak..bak kata sorang mat salih nie:

"Adults with hobbies that exercise their brains ... are less likely to have Alzheimer's disease," said Craig Atwood, research director for the Wisconsin Alzheimer's Institute. “Sudoku, is considered one such intellectually stimulating activity."

 Pada sesiapa yang belum cuba untuk main sudoku nie, tryla..challenge diri anda untuk main level yang susah..berjinak2 jinaklah dengan game nie sebab xrugi weyhhh..improve IQ korang tau..lepas tu try buat IQ test tengok improve ke x (padahal aku xbuat apa pun!) ok sampai kat sini sajalah story mory pasal sudoku nie..aku rasa sampai sini jela pasal tajuk nie..sebenarnya banyak je yang aku pikir tapi bila buat 1 pun da berjela2 panjang jadi aku pun da lupa nak letak apa..so hanya 5 nie jela dan aku kategorikan perkara2 nie semua yang paling aku suka buat bila free..ok korang jumpa next entri!! ^_^

Monday, January 27, 2014

~Perkara yang aku suka buat bila ada masa lapang~ (Part 2)

Entri nie adalah kesinambungan entri yang sebelum nie..okla sekarang da relek2 sikit bolehlah sambung..tadi penat sangat duk mengarang ayat..dala kat ofis kan, nampak sangat aku xbuat kerja kan?? hahahaa..xdela, aku buat je keje..cuma aku rasa nak update blog aku update la kan..tu pun curi2 bukak ok..tu pasalla berejam ambil masa nak siap 1 entri..so sekarang da kat rumah bolehlah mengarang dengan tenang..huhukss..ok sambung, aku da tulis 2 perkara yang aku suka buat bila aku free kan..ok yang nie ketiga, jommm zaass..

3. Makan

Of coursela makan!! aku suka sangat makan tau x sampai da kembang2 body I tau..hahahaha..aku nie duduk dengan family..duduk dengan mak kite kan mestila asek makan je..mak kan masak hari2..lagi 1 air tangan seorang ibu nie istimewa..lain daripada lain dan xkan dapat kat mana2 dan xboleh ditukar ganti..fuhh!! so memang aku makan jela kejenya..lauk feveret aku yang aku suka sangat makan adalah sambal tumis! xkisahlah ibu aku masak macam mana pun janji da nama dia sambal tumis, aku akan bedal..kadang2 sampai cirit..(oopppss!! terkantoi!) pengotorla kau nie zurin!! sampaikan tunang I marah tau makan sambal banyak2..xelok untuk kesihatan katanya..da sedap nak buat macam mana..aku sanggup cirit asalkan sambal tu lalu dekat tekak aku..perrhhh dasaatt x??!! baik incik tunang..saya akan try untuk kurangkan makan sambal tapi take timela..hahahahaa...macam orang merokok jugak susah nak stop, samalah macam aku jugak! tunang aku pernah cakap tau, nanti bila da kawin dia xnak beli cili pun sebab xnak aku makan cili..so what????aku boleh beli sendiri lah!! lepas tu nyorokkan..hahahah..(gelak setan!) jahat dowhh aku nie..^_^

pernah tau 1 hari tu aku kat rumah 1 hari, pelik tekak aku asek nak ngunyah je..serious weyyhh..padahal perut xlapar..habis aku selongkar biskutla dan aku makanlah biskut yang tinggal berapa kerat tu kan..kebetulan hari tu mak aku buat sambal sotong, ape lagi aku makan lah sambil cicah roti pulak..dalam 2 piring macam tu aku makan..aku xtaula mana datang nafsu makan aku nie sebab dalam adik beradik aku lah yang paling chubby! eh chubby2 pun comel tau! ada pipi boleh orang picit2 tau!

*terliur weyhh tengok sambal tumis sotong nie..nyummpphh!*

sekarang nie makanan yang aku tengah belajar makan adalah sambal belacan..aku xsuka gilerr dengan sambal belacan dulu..aku nie pelik sebab family aku semua pelahap sambal belacan dan kenapa sejak azali aku xsuka pun sambal belacan tu??? bila sekarang aku try2 makan lama2 jadi suka pulak..lagi2 bila ibu aku letak buah kuining tu..gilerrsss sedappsss!! lepas tu aku makan buah kuining jela sampai licin tinggal sambal je..uhukkss! kesimpulannya kat sini aku suka makanan pedas..

ha bercakap pasal pedas nie..adalah 1 malam tu member aku zaty ajaklah makan makanan korea dekat subang..aku lupa ape nama restoran tu sebab aku tau makan je..aku dengan makanan korea nie xpernah try banyak..aku pernah try makan bibimbap, teobokki, kimchi, kuah kimchi, ramyeon dan ada lagi satu mee tu tapi aku lupa apa namanya..sila abaikan ejaan makanan korea tu ye..aku eja ikut ape aku sebut je..hehehe..nak cerita pasal mee yang no name tu, zaty nie order mee tu..dia ada spicy dan biasa..kawan aku nie order spicy sebab xtau yang biasa tu pun da pedas..orang korea nie masakan dia guna pes cili..so rasa dia xsama dengan cili padi atau cili merah..dan pedas dia pun xsama..bagi aku pes cili tu lagi pedass laa..aku first time makan kat kedai tu dan zaty suggest aku makan bibimbap..takut makanan yang lain aku xsuka..ok bila kitorang da order dan makanan tu pun da sampai, zaty tryla makan, lepas tu terus muka dia merah dan terdiam, dan dia kata "pedas gilerr weyhh!kalau aku tau xde aku order spicy"..aku cuma makan sikit sangat tapi pedas dia makk aaaiiii...boleh terbakar perut kau weeyyhh!! sangat pedas dan zaty ambil masa untuk habiskan aku rasa dalam setengah jam kot..hahhaaha..sambil air mata meleleh sambil makan sambil berkata "sadis sungguh!"..hahahah..amik kau nak sangat spicy kan?? tips aku kalau makan mee pedas macam tu, kena makan je dan xboleh stop sebab kalau stop kau akan rasa mulut kau kembang dan terasa makin lama mulut kau akan dipenuhi pes2 cili tadi..macam mulut kau membesar..sukahati aku je!! maksud aku kau akan rasa pedass tersangatla..tapi betul tau sebab zaty makan tanpa henti, dia xrasa pedas pon..bila habis makan je..amik kau, aiskrim yang kau kata nak kongsi mula2, kau sorang je yang lahap!! tapi pedas2 pun mee tu sedap sebab ada potongan ayam macam gambar kat bawah nie..


ayam tu dipotong kecil2 dan campur dalam mee tu..terasa rangupla..dalam mee tu jugak ada teobokki..aku cerita nie pun aku rasa mood makan makanan korea aku da datang..padahal baru makan hari ahad lepas hahaha..ok lagi gambar makanan korea yang aku pernah makan..

 


 

yang atas tue ramyeon dan yang bawah tu kimchi..ramyeon nie macam maggie malaysia biasa je cuma kuah dan lauk pauk dalam mee nie je lain..mee die sangat banyak dan lauk dalam mee tu pun banyak..gilerr kentang kenyang lah kalau makan..first time makan aku xdapat nak habiskan sebab banyak sangat..kimchi pulak aku xberapa suka sangat sebab ada rasa masam2..nie kimchi je, kalau kuah kimchi sedap! aku suka makan kuah jela sampai perut aku kembong macam mak buyung..


ok yang nie teobokki..first makan sedapla..dia macam kuey teow tau dan dicampur dengan sambal pedas..aku rasa kesedapan teobokki nie depends on kuah sambal dia..kalau kuah dia sedap automatik teobokki nie sedap sebab teobokki nie xde rasa ape pun..kuah tu je yang menyedapkan makanan nie..banyak lagi makanan korea yang aku xtry sebab takut xkena dek tekak oden nie haa..abaikan bahasa nogori aku ye..aku nie sesuka hati!

                                                                     

nie bibimbap..niela yang aku suka sangat makan..cara makan dia, kena gaul semua lauk2 kat atas tu sampai sebati..lepas tu ngaappp!! restoran kat subang tu, aku makan xde pulak dia letak sambal..hari ahad lepas makan kat sunway ada pulak sambal..seriously ada sambal lagi sedap + lauk pauk kat atas tu buat makin sedap walaupun aku xgemar sayur..tapi aku telanlah jugak sebab sedap sangat..licin weyhh aku makan!

asal entri nie aku bercerita panjang pasal makanan korea pulak??  elok tajuk dia bukan makanlah..kena buat "makanan korea yang aku suka makan!" sesuai sikit..konklusinya kat sini bagi aku, makanan korea ada sesetengah nya xkena dekat tekak orang malaysia..aku diberitahu bahawa makanan korea kat malaysia, diorang masak ikut tekak orang malaysia..kalau betul fresshh dari korea memang xmasukla kat tekak..may be kurang sedap kot..

aku rasa belajar pun salah satu faktor yang buat otak aku nie asek ingat nak makan..dan perut aku nie asek bunyi mintak nak isi..mana xnya, habis je kelas mesti aku akan pergi makan..xnasi, meehun2 ke atau yang ringan2 la..aku pelik orang boleh kurus sebab belajar..aku xpun?? lain orang lain la badannya zurin ooiii..kalau aku lapar aku sanggup stop buat keje dan pergi dapur melahap..tapi ada orang sanggup tidur?? haih aku sangat xpaham..perut bunyi2 mana lalu nak tidur..kang xpasal2 terbawak2 dalam mimpi pulak..kan xbest ending mimpi kau, kau kebulur nak makan..ye tak??

okla ini je yang aku boleh pikir pasal makan walaupun terkeluar topik sikit pasal makanan korea pulak kan..yang penting tetap pasal makan dan aku suka makan..apa2pun makanan malaysia jugak tip top!! xleh compete lahh!! 

panjangnye hujah2 aku kan?? jom sambung perkara yang keempat pulak..

4. Download lagu

Alahai nak cerita pasal nie pun berkenaan korea jugak..sebab lagu2 yang aku download semua nya lagu korea!! tapi memang itu pun yang aku buat bila ada masa lapang..aku selalu download kat 4shared je..taip je penyanyi dan tajuk lagu kat google, kena tambah 4shared la kat belakang, lepas tu da keluar da kat google tinggal klik untuk download..xbanyak yang aku nak cerita pasal download lagu nie..kang kalau aku teruskan kang meleret2 pulak pasal korea..kan aku nk muatkan 1 entri pasal korea..so tunggu jela entri tu..xde apela yang aku nak cakap dekat sini..cuma aku nak cakap aku suka download lagu daripada beli2 CD buat collection..download kan senang terus masuk komputer..aku lebih kepada mp3 la berbanding music video nie..music video tengok kat youtube je tapi tu pun jarang2 bukak..bagi aku xbeli CD pun xpe kot..tapi depends..ada orang puas bila beli CD..kepuasan yang diorang dapat tu bila beli CD original padahal lagu berapa kerat je dalam CD..rugi ohh rugii!!

p/s: aku nak muatkan 1 entri untuk 2 perkara..tapi entri yang last nanti aku just letak 1 perkara je lagi..cukuplah 5 kan..xpayah banyak2..so aku publish dulu yang nie k sebab panjang sangat..untuk part yang akan datang, tungguuuuuu~~

~Perkara yang aku suka buat bila ada masa lapang~ (Part 1)

Aku ada masa lapang bila tengah cuti sem macam sekarang niela..bila kelas da start jangan haraplah ada masa lapang sangatkan..masa lapang untuk menghadap assignment2 yang melambak tu adalah..hehe..ok disebabkan tengah cuti sem dan aku ada banyak sangat masa lapang, so aku nak share la sikit apa aku suka buat bila aku free..

1. Baca novel

Aku nie sebenarnya minat sangat baca novel..novel2 yang aku suka baca adalah novel2 yang tebal2, muka surat ribu2 tu..ha yang tu aku suka sebab lambat habis dan masa aku habis dengan baca novel yang tebal gedebuk tu jela..yang nipis2 nie aku kurang sikit sebab macam xde feel kalau baca..xtaula..aku sorang je kot yang xde feel..huhuhu..sekarang nie aku tengah layan novel "The Wedding Breaker" dari penulis Evelyn Rose..citer ariana rose yang famous pukul 7 sekarang..tergerak hati nak beli novel nie sebab xsabar nak tengok next episode sebenarnye..tu yang duk baca dulu biar aku tahu dulu jalan cerita drama tu..dan bolehla aku berlagak xsedar diri dengan ibu aku kan..hahaha!!..lagu OST drama tu pun sedap kan nyanyian Dayang Nurfaizah tapi xtahu tajuk..dengar sedap je..hahakss..

*nie muka depan novel TWB*

kalau korang nak tau aku susah nak suka drama melayu dan aku pun xtau kenapa..mungkin disebabkan kekangan waktu yang membuatkan aku xde masa nak tengok drama2 pukul 7 nie..mana xnya kelas aku start 6.30 pm sampai 9.30 pm..macam mana aku nak luangkan masa aku yang teramat busy nie untuk tengok drama kan..haih panjang aku bebel..ok lagi, drama nie aku layan sebab jalan cerita mula2 lagi da besttt dan pelakon yang berlakon especially Tengku Adam Kamil yang sweetooo tu yang membuatkan aku nak lagi tengok drama nie sampai habis..^_*

ok bukan novel nie je yang aku layan, banyak sangat dan yang paling ketara, aku follow novel dari hasil tulisan Siti Rosmizah. nak tau kenapa???sebab novel yang beliau tulis sangatla menyentuh perasaan..aku ingat lagi first novel beliau bertajuk "Andai Itu Takdirnya", first time aku baca aku nangis, second time baca pun nangis, xkira la berapa kali aku baca aku akan nangis..xdela 1 buku tu aku baca nangis, adela part2 sedih dia gituuu..bukan aku sorang je, ibu aku baca pun nangis jugak..adooiyaaiii..terbukti kan novel nie bestt dan mudah buat orang menangis terutama orang sensitive macam aku nie..*ala2 dalam hati ada tisu + taman*
ok aku nak sediakan lah sedikit sebanyak novel2 Siti Rosmizah yang aku follow..

   
                             





beliau nie adalah penulis baru, jadi novel2 beliau yang aku ada cuma 4 jenis nie jela..semua tebal2..so syokla bila baca..kalau korang nak tau jalan cerita setiap novel beliau, pergila beli novelnya atau google je..xkanla aku nak karang 1 novel 1 sinopsis kan..hamboiii!!~wink!wink!~ 


novel beliau yang paling latest adalah "Curi-Curi Cinta"..novel nie aku xberkesempatanla nak beli sebab bila aku cari novel nie kat popular, xde pun????kenapa xde???persoalan yang aku pun xboleh nak jawab..tu pasal aku tanya korang!hahaakkss..kesimpulannya banyak lagi novel yang aku layan seperti novel dari penulis Siti Nur Dhuha tapi novel SR nie jugak yang aku suka follow sebab mula2 baca novel beliau dan itu adalah first novel, first novel da bestt kan, sejak tu aku follow..da first novel bestt, novel2 yang akan datang pun mestilah best jugakkan..

ok habis novel cintan cintun nie..beralih pulak pada novel yang genre nya sangat lain dan suspen hasil tulisan Ramli Awang Murshid..sapa xkenal penulis novel nie kan..memang legendla kalau novel yang genre nya seram, suspen, bunuh2 nie..keseluruhannya novel beliau nie berunsur thriller..sangat best sebab xsabar nak tau penghujung cerita..kalau baca novel beliau, perlu bagi tumpuan sepenuhnya sebab kalau kelalen (bahasa jawa yang susah, nie je yang aku tau) atau cuai, aku akan lost lepas tu mula baca balik part yang aku faham..lepas tu angguk2 kepala sendiri tanda aku paham part yang xpaham tadi..aduhh macam2!! kat bawah nie antara novel2 beliau yang aku follow..







xbanyakla sebab aku lagi suka novel cintan cintun nie, sebab bila baca akan ada fefeeling2 sweet gituuu.. *dalam mata ada love besar kecik besar kecik sambil tersengih2* cuma novel yang bertajuk "ADAM" nie je yang aku xsempat2 nak baca..daripada zaman tok kaduk da beli tapi xbaca2..nanti ada masa aku akan baca novel nie sampai habis..bagi aku untuk novel beliau nie aku akan baca sinopsis dan tengok tajuk dulu la sebelum beli sebab xsemua novel beliau kena dengan jiwa aku..yang aku rasa berkenan aku akan belila..sapa2 penggemar novel tu, luangkan lah masa anda dengan membaca..walaupun bukan buku2 ilmiah tapi tabiat membaca nie kan bagus..daripada buat benda yang bukan2, baik habiskan masa dengan membaca novel kan..kalau xasek mengangkang je tengok tv! (nie tabiat buruk aku!!).

p/s: aku ada 1 rak buku yang aku letak semua novel yang aku beli dan rak tu da penuh ok!(bangga tetibe, puihh!)..xde gambar sebab sekarang kat ofis..nanti aku letak gambar ..=D

2. Noraebang (Karaoke)
  

Noraebang tu adalah dalam bahasa korea..kenapa noraebang??sebab aku minat sangat kpop!! kalau karok, kpop songs nie memang xketinggalan lah aku nak nyanyi kan..aku ada sorang kawan nama dia zaty yang kpop dia sangat bombastic gilerrla!! disebabkan minat sangat dengan kpop nie, dia sanggup belajar tulisan hangul..sampai begituhhh! aku pun xreti..yang paling gilerrr sanggup pergi konsert super junior, 2pm dengan bigbang yang tiketnya berharga beratuihh ratuihhh..haish! tu namanya minat kan..aku pun minat tapi xdela sampai ke konsert..I xloaded..hahaahkkss! bukan apa, kalau ke konsert korang kena berdiri lebih kurang 12 jam!! kematu kaki aku eh! baik aku download je konsert tu kat internet..sambil bersandar di kerusi malas pun aku boleh tengok k! aku selalu karok kat greenbox JJ bukit tinggi..tu tempat feveret I sebab aku rasa lagu2 korea kat situ banyak yang latest, microfon dia best..sekarang screen pilih2 lagu tu da touchscreen uollss..xde remote2 nie..lagi port karok aku kat neway klang..situ korea dia kuranglah bagi aku tapi member2 aku pergi baru2 nie dia kata ok pulak..yang best nya kat neway banyak diskaun untuk yang gurgirlll2 nie..yang laki2 xdak langsung! gambar kat atas tu adala macam ala2 aku nyanyi tapi aku sopan sikitla..eceh!! oh terlupa nak cakap, kawan yang aku cerita kat atas nie adalah partner karok aku lerr..kalau dia da nyanyi aku xd chance langsung! atau pun dia suka "next" kan lagu aku walhal aku xhabis nyanyi lagi kot..sentap!!

xdela semua korea aku sental nyanyi, adela beberapa lagu yang aku hafal, lagu tu jela yang aku nyanyi..almaklumlah xboleh nak baca hangul kan..huhuhu..berkenaan dengan lagu ape, korean group yang aku minat, drama korea, video2 dance yang aku suka chreography nya semua aku akan muatkan dalam 1 entri yang akan datang..kang aku membebel xingat dunia kang memang panjag gilerr jadinya..jadi aku hanya story yang simple2 jela..bukan korea je ok, omputih pun I layan..yang nie pun aku nak letak kat entri aku jugak nanti..

p/s: aku karok bila terlebih2 duit je..peace yoww!!^_^

~nie baru part 1..ada banyak part lagi..da letih da jari2 aku nak menaip..so aku stop kat sini dulu..daa~~


Friday, January 24, 2014

Si Tomey Shayee!!

Entri yang mula2 dulu aku ada cakap nak share tentang anak buah aku kan??ok jom tengok apa yang aku da sediakan untuk korang..

taarraaaa!!

*omeynye shaayee!*

ha nie la gambar anak buah aku tapi nie time kecil la..nama dia Azeem Aqil Syahmi dan merupakan anak kakak aku yang sulung..sekarang dia nak masuk 3 tahun da..comel x??hahaah..masa nie umur dia dalam lingkungan 5 bulan kot..geram sangat time die kecil2..tersangatla bambam sampai nak gigit2 ontot die tau..haha..time nie dia dalam stroller tengah suka sebab ada org ambil gambar dia..tu yang senyum cover2 tu..hehehe..si ajim nie (aku panggil die ajim je) dia cepat cakap dan lambat jalan..cakap pun pelat2la dan masa dia nak berdiri betul2 dan agak lama tu, kebetulan rumah aku ada kenduri doa selamat, dan tengah masa kenduri tu orang ramai dan saudara mara aku semua agah2 dia suruh berdiri, dan akhirnya, agaknya berkat doa masa kenduri tu, si ajim boleh terus berdiri tanpa dipegang..dia berdiri sendiri ye..sebelum nie ada orang pegang dia baru die boleh berdiri dengan betul tapi masa nie dia boleh berdiri atas tapak kaki sendiri!! (mestila xkan atas tapak kaki mak lang dia pulak kan) haishh excited pulak aku bercerita..hehee..macam tula al kisah cerita anak buah aku tu..

tapi sekarang bukan berdiri je..menyakat adalah perkara yang dia paling suka..dia suka sakat adik bongsu aku..cara sakat dia yang paling manja adalah menyondol mana2 bahagian badan adik aku..hahaah..nakal kan??haih..kadang2 xterlayan kerenah si ajim nie..baru sorang anak buah belum 2 lagi tapi akan datang yang num 2 tu sebab kakak aku pregnant lagi!!baby girl pulak..elokla sepasang..buat kawan main2 die..meh aku story sikit dialog yang aku susah nak lupa bila main dengan ajim nie..almaklumla aku jumpa dia pon jarang2..

masa nie dia tengah main highlighter adik aku..duk conteng2 kat kertas sampai kadang2 tu kena badan die..masa nie rasanya kitorang tengah bersiap nak keluar dan dia main dengan adik aku..aku mulalah sakat die..

aku: ucu ikut alang ye ajim main lah sorang2..

ajim: nape yang yang (sorang2)??

aku tergamam sebab pandainya dia tanya aku balik???macam dia faham perkataan tu kan??hahaahah..pastu kakak aku translate la ape dia cakap..lepas aku tau dia pandai cakap macam tu, aku sakat dia lagi dengan perkara yang sama..bagi dia cakap "yang yang" tu banyak kali sampai menjerit2..aku yang gelak setan..hahahahaha..

aku kan sebenarnya bangga sebab anak buah aku nie di didik dengan cukup sempurna daripada ibu dengan abah dia..masa dia baru beberapa hari dilahirkan kakak aku da suapkan dia dengan kurma..besar sikit makan kismis pulak sampaila sekarang..kalau kismis tu xpayah suruh dia makan, dia yang akan mintak sendiri dan makan macam makan gula2..disebabkan ajim nie setiap hari akan dihantar ke rumah pengasuh, kakak aku akan bekalkan dia kismis sebotol..macam tula cara kakak aku ajar dia untuk jadikan kismis makanan harian selain nasi..kismis kan bagus untuk otak dan ajim pon tersangat dan terlebih bijak bercakap sekarang..kalau borak dengan dia macam borak dengan orang tua..hahaah..


~nie la kismis yang kakak aku bagi ajim makan~

kakak aku jugak akan sukat pemakanan dia tapi bukanla sukat macam xbagi dia makan langsung..tapi sukat untuk kesihatan dia..xnak die terlebih gemuk atau obess..macam susu ke, ada sukatan2 nya yang kakak aku ikut..makan pulak, kakak aku xbagi dia makan langsung segala jenis gula2, manisan ke atau coklat sebab bole merosakkan gigi..sebab tu si ajim nie gigi dia cantik berseri suci dan murni..hahah.. dan dan dan lagi satu dia pernah mintak aku gosokkan gigi dia masa aku mandikan dia.. dia cakap nak "nak ocok igi, nak ocok igi" pandaikan?? tapi xgosokkan pun sebab ubat gigi dia xbawak..jom aku nak tunjuk lagi beberapa gambar ajim chumeelll nie ^_^..
.

*encem xshayeee oshinggg??*


*habis semua di explore nya bila kat rumah orang*


*shayee da andai alan la!!yeaaayy!!*


*memang xnak balik kalau da dapat main benda nie*

*malunye ibu amik ambar shayeee!!tapi nk osshhiingg jugak!!^_^*

kalau sesiapa nak tengok lagi gambar atau nak tau kerenah anak buah aku nie, bolehla singgah ke blog kakak aku di sini---->Salina Aizat..ok sampai sini saja..see ya!

Thursday, January 23, 2014

aku akan marah pada sesiapa yang parking kereta depan rumah aku!

Tajuk entri nie macam aku marah kan??memang tengah marah tapi tu tadila sekarang da cool..ok sebenarnye banyak perkara yang boleh membuatkan aku marah antaranya orang yang suka blok kereta die sesuka hati depan rumah aku..nampak macam perkara kecil kan tapi aku paling xsuka bile ada kereta blok depan rumah dan aku xboleh parking dalam rumah..tu yang membuatkan aku kena parking merata-rata dan blok depan rumah orang jugak..normal la perkara yang aku xsuke orang buat kat aku dan aku pon xsuka la buat kat orang lain kan..pleasela pemandu2 kat luar tu kalo nak park pikir dulu sesuai ke nak park depan rumah orang, xmengganggu owner rumah tu ke..walaupun owner rumah yang di park kan (sesuka hati english campur2..) kereta tu xkemana2, adakah beliau jugak suka rumahnye di blok oleh kereta ntah sapa2 kan??kita xtau hati orang..kalau sekejap xpe..nie sampai berjanggut tunggu dia alihkan..

pernah terjadi suatu ketika dulula masa belajar dekat uitm..dala penat2 balik kelas hari pon da malam..bila sampai depan rumah tengok ada kereta lain park kat depan rumah aku..sebenarnya aku ada jiran yang baru pindah dan pekerjaan suaminya adalah sebagai mekanik kereta..jadi bila customer dia hantar kereta, dia park la kat depan rumah aku sebab da xde tempat nak park sebab rumah aku perumahan dan lokasinya di tengah2..jalan pon kecil so dia sesuka hatila park kat depan rumah aku..kebetulan ibu aku tengah menyapu kat halaman rumah..aku keluar je kereta dan dengan nada marah aku tanya ibu aku..

aku: ibu sapa punya kereta parking kat tengah2 nie???

ibu: shhhh..(sambil tunjuk rumah sebelah)

aku speechless..terdiam sekejap dan terus masuk rumah..malu dan marah waktu itu..yela malu la sebab tuan rumah tu dengar kan aku marah dia..haha..masa tu jiran aku tu tengah repair kereta depan rumah..aku pulak xperasan..tapi beberapa minit lepas aku marah terus jiran aku tu alihkan kereta customer die..hehehe..tulah sapa suruh park kat depan rumah singa betina kan??kan da menyinge2!!hahahaha..masalahnya kes macam ni bukan sekali je jadi..da banyak kali sebab tu aku menyinge..garang kan I??haha..

lagi satu aku nak cakap pasal park kereta merata2 bila ada jiran aku buat event..aku xla kejam sangat sampai xboleh nak bagi orang park depan rumah..kalau majlis kahwin ke atau majlis besar2 aku xmarah dan aku paham keadaan tu..aku sanggup parking jauh sebab hormat majlis orang..nie jiran aku hanya buat makan2 kot untuk keluarga terdekat dan mybe keluarga jiran aku nie besar..so sekampung diangkutnya dan parking merata termasuk depan rumah aku..almaklumla halaman rumah aku nie kecil dan keluarga aku mempunyai 3 buah kereta untuk di parking..so kalau kereta lain da ambil tempat biasa kami, kat manalah pulak ibu aku nak park kereta dia??abah aku pulak nak park kt mane??nak park pon kena consider jiran tetangga yang lain..bukan kami je yang guna kereta..kadang2 benda kecil macam tu yang boleh buat hangin satu badan..

ok sambung..family jiran aku yang sangatla ramai nie dan berbuah2 kereta akan masuk kat lorong nie hanya untuk pergi ke rumah jiran aku nie..bagi akula secara peribadi, apa salahnya pakcik/makcik/abg/kakak/ (ha semua aku sebat) sekalian parking tu jauh sikit..apa salah jalan sikit kan..jangan mengganggu orang lain..nak parking tu kalau keluar je kereta jalan selangkah da masuk rumah..xbolehla kan..entri kali ni bukanla aku nak mengutuk ke mengata jiran sendiri..cuma memberi kesedaran je dan untuk diri aku sendiri supaya bila parking tu xmenyusahkan orang lain..sebab aku pon xsuke menyusahkan orang lain (nie ayat perasan ke ape nie??) harap paham..xspesifik pada sapa2 pon..hanya luahan hati je..eececcecehhh..hahaah..

p/s: sebenarnya petang tadi terjadi lagi perkara sebegini dan nasib baik bila aku pandang je pemandu tu terus je dia alihkan kereta dia..macam nie la yang aku nak..memahami..huhuhu..

Who am I????

Who am I??I am spiderwoman..hahaaha..melawak pulak ko kan zurin..zurin tu nama panggilan aku..nama betul aku ialah Zurina bt Mohd Yusoff..aku dilahirkan di kampung akula kg jawa klang..orang klang ni..huhu..ak dilahirkan di dalam rumah tau guna mak bidan lagi..kau hadooo??hahaah..tapi tapi tapi bila dekat sekolah rendah sampaila sekarang bila kena isi-isi form apa2 tentang tempat lahir aku akan isi aku lahir dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang..tak tau la kenapa automatik tangan tu akan tulis nama hospital tu (sengal jugak ko kan zurin!)..ok seterusnya aku ada 4 orang adik beradik semuanya dan aku yang ketiga..kakak aku yang sulung tu da kawen da pon dan ada sorang anak..anak buah aku comel gileeeerrr macam nak gigit2 pipi dia..hahaa..next entry aku akan tulis pasal anak buah aku tu k..yang lain belum kawen lagi termasuk aku..aku ada sorang kakak, sorang abang dan sorang adik..pakej cukup lengkap!

ok pendidikan awal aku di sekolah kebangsaan taman klang utama dekat je dengan rumah..kalau jalan kaki 10 minit kot sampaila sebab dulu sekolah masa form 4 form 5 jalan kaki je pergi sekolah tu..orang kata exercise kan memecahkan lemak2 terkumpul tapi tak pecah2 pon sampai sekarang..makin mengembang2!!hahah..ok tu sekolah rendah, sekolah menengah aku bersebelahan dengan sekolah rendah & nama sekolah pon sama je cume tambah "menengah"..haha! masa belajar takdelah pandai sangat tapi aku bersyukur sangat sebab lepas je SPM aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Perlis in accounting field..nie ibu aku la beriya2 suruh apply matrik..bak kata ibu aku sape dapat belajar kat matrik tu semua pandai..nak takutkan akula tu sebab kalau tak dapat masuk akan dilabel tak pandai..tu yang gigih apply tu (gigihla sangat padahal kakak aku yang applykan. uhuks!) kesimpulannya aku pon pandaila ye??? (minah nie perasantan betul!!) takdela bagi aku pandai ke tak ke tu depends on cara seseorang tu belajar..macam mana someone tu beri tumpuan pada pelajaran die..faktor utama rajin atau tak je and solat 5 waktu cukup alhamdulillah..ha ok nak cerita sikit pasal pengalaman bekerja sebagai jurutol nie..before aku diterima masuk ke matrik perlis, aku bekerja sebagai jurutol. ok fullstop!!entri akan datang aku akan cerita panjang pasal nie k haha.

aku kat matrik tu setahun je tapi pengalaman gilerr best beb!!dapat classmate semua yang gilerr macam aku..tingtong macam aku..tingtong2 pon diorg tip top bila belajar..aku je tak berapa nak tip top (humble pulaakkk...) ok dulu nama kelas aku A5T3 means Account 5 Tutor 3 kalau tak silapla..may be maksud secara terperincinye lagi kelas aku kelas akaun yang kelima dan kelas tutor yang dalam kelas kecil tu kelas yang ke tige..paham x??mestila tak sebab aku memandai!!aku da lupala maksudnya apa!!da 7 tahun tinggalkan KMP maaa..mana ingat..okla abaikan tentang tu..sekarang nak cerita tentang classmate aku yang semuanya gilerr kentanggg lagi giler dari kentanggg!! aku rapat dengan semua baik perempuan ataupun lelaki..dalam kelas tu ada dalam lingkungan 17 orang je kot..semua ngam!!tapi kawan baik aku sorang nie nama dia Diana..dia la yang paling rapat dengan aku dulu..happy2 moment dengan dia dan satu kelas sebenarnya banyak la contoh kitorg pernah pergi makan KFC dekat pekan Arau tu, naik basikal pusing2 KMP, joging 1 KMP tapi tak la 1 KMP tu baru je separuh da sempot terus duduk dekat kerusi tepi2 tu..haha..takpe entri akan datang aku akan share kenangan menetap di negeri orang, (bajet kat negara orang ke ape ayat tu??) belajar di matrik perlis dan course accounting yang mengantoikan aku masa sem 2!

untuk pengetahuan umum bahawasanya sijil matrik nie tak laku kalau student nak mohon sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi..so sesiapa lepasan matrik wajib kena sambung degree di mana2 universiti kalau tak menganggur tanam jagung belakang rumah jela..macam aku, disebabkan subjek akaun tu terlebih pandai sangat sampai terkantoi masa sem 2, so aku try untuk apply course yang aku minat selain akaun adalah math..aku apply di serata universiti di malaysia termasuk UiTM dihatiku..hahaha..kenapa uitm dihatiku???sebab dalam banyak2 U, uitm je yang sudi menerima aku untuk jadi student dia..course aku masa degree ialah Mathematics Management ke Management Mathematics macam tula...(BI aku pon boleh tahan sengal nya kan??) aku belajar dekat uitm shah alam je..masa sem 1 je duduk kolej mawar..masuk sem 2 je ulang alik naik kereta dari rumah..dulu naik kancil yang umur kereta tu dalam lingkungan 7 tahun kot..kalau aku racing sampai stereng kancil tu gegar2, aku boleh sampai uitm dalam 10 ke 20 minitla (eh yeke??) dan bersyukur sangat sebab ibu aku sanggup pinjamkan kereta untuk aku menimba ilmu ketika itu..uhuks terharu gituu..sayang ibu muchukkss2..hahaha..

rasenye da panjang sangat da perkenalan diri ni..(nie perkenalan diri ke ape nie??aku rase da boleh buat cerpen tajuk tentang aku!!) so aku pendekkan la sikit. lepas je habis pengajian aku, aku menjadi seorang trainee di salah sebuah syarikat terkemuka di malaysia nie iaitu di Wisma Sime Darby..selama 4 bulan aku menjadi trainee di situ..kalau nak tahu aku nie selalu kena marah dengan mentor aku yang bekerja di situ..aku pun tak taula kenapa selalu kena marah..agaknya aku suka tanya banyak soalan kot kat dia..yela da diajar tak paham kenala tanya kan..kan orang kata jangan bodoh sombong..hahah..tapi terima kasih jugak pada akak tu sebab aku mula gigih untuk catch up semua apa yang di ajar..maksudnya kerja2 aku la..tapi jangan kena marah hari2 baru nak fokus! salah kefahaman di situ..alhamdulillah 2 minggu aku bekerja di situ, akak tu puji aku dan mengatakan aku ada improvement..biasala kan budak baru nak belajar dan xpernah bekerja..lambat sikitla..dan faktor utama aku gigih sebab da xnak kena marah da dengan dia..hehe..pensyarah aku pernah nasihat.."takpe kena marah sebab dia xnak ajar awak..nanti mana tau one day awak yang kena ajar orang lain pulak"..aku ingat sampai bila2 apa yang pensyarah nie nasihat kat aku..di pendekkan cerita, hari2 terakhir aku bekerja disitu..dalam seminggu sebelum aku blaarrrr dari situ, orang atasan aku beri arahan supaya aku mengajar sedikit kerja aku atau apa yang aku buat pada department lain..sebenarnya ada bahagian kerja aku tu sepatutnya department lain yang kena buat tapi ntah kenapa kerja tu diberi pada department akaun..dan masa tu diorang nak tukar sistem dan beri semula kerja tu kepada department yang berkenaan..paham x??fuhhh jenuh mak jemah nak terangkan..see!!masin tau mulut pensyarah aku tu..hahahkkss..kesimpulannya dekat sini, usaha tangga kejayaan!!sesusah mana kita membuat sesuatu pekerjaan, bersungguh2la dan pasti ada hasilnya kelak..cceeewwaaaaahh!!ayat macam kau pun bagus sangat kan zurin!

disebabkan aku nie masih ada rase minat untuk belajar, makanya aku pun membuat keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master of Quantitative Sciences..alhamdulillah sudah setahun pengajian aku di uitm shah alam..sekarang nie tengah menunggu result yang akan keluar bulan 2 nanti..deborrr weyhhh..sebenarnye nak cerita panjang sangat pasal diri aku..pasal pekerjaan aku..oh ya! sebelum aku menyambung pengajian aku sekarang, aku bekerja di salah sebuah syarikat atau lebih senang kilang la..belajar tu adalah part time aku..pagi aku kerja malam ke kelas pulak menuntut ilmu..gitula rutin harian aku..

okla aku nak kerja. nanti aku update lagi k. insyaAllah..daaa~~