Saturday, March 8, 2014

Pertama Kali Merewang

Maksud aku bukannya merewang naik motor xtentu hala..merewang untuk orang kawen belakang rumah aku nie..pertama kali aku rewang aku rasa seronok sangat dengan suasana rewang tu sendiri..dengan riuh jiran2 sekeliling..gelak tawa sampai aku kecut perut..wahahaha..aku nie dulu kalau pikir nak pergi rewang aku akan fikir nak buat apa..sebabnya aku xberapa suka duduk kat dapur potong itu ini..sebab aku fikir tu kerja mak mak..sebab tu aku xnak..aku suka kerja kering2 macam bungkus telur ke..masukkan kerepek dalam bekas ke *pemalas betul ceh!* tapi tadi disebabkan betul2 belakang rumah buat kenduri kawen, makanya aku pun joinlah ikut ibu aku..dah ikut ibu aku kan confirm2 duduk dapur..aku pun layankan jelah..kerja aku potong bawang, labu, halia etc..weyh muka aku tahu kopek halia ke? seriously pegang halia setahun boleh kira pakai jari berapa kalilah..sadiss x? kesian sangat..tengok orang barulah terkebil2 aku kopek halia tu..xpe belajar dari bawah..*semangat nak kawen nie! yeahh!* huhuhu..dan part yang paling best sekali ialah makan time! kerja xbuat sangat pun makan je lebih! itulah aku! wahahaha..

teh tarik makcik belakang rumah aku nie memang superb gilerr babas..air lain memang xlakulah oii..2x kot makcik tu buatkan air untuk kami2 yang merewang nie..itupun aku yang mintak..xtahu malu betul minah nie..tapi gurauan2 macam tu yang buat suasana meriah sebenarnya..serius aku xngantuk..kalau x macam nie dah terbongkang ngorok2 dah macam enjin kapal nak berlepas tahu tak..tapi sekarang aku sempat lagi update blog tuuu..penangan rewang pertama kali..wuhuhuhu..

habis je kerja kat dapur plus aku lari jap sebab dengar bunyi cencorot plus aku lari lagi sebab nampak ulat bulu, aku ajak ibu aku ke depan tengok pelamin..well aku pun bakal pengantin kan nak tengok juga pelamin orang macam mana..3 minggu je lagi oiii! deboorr! hahahaha..disebabkan kerja2 potong memotong kat dapur dah siap, makanya aku ke depan untuk tolong masukkan kerepek ke dalam bekas..alah kerepek nak letak kat meja2 tetamu tu..mula2 aku dengan ibu aku je yang buat, dah lama2 orang2 dapur pulak join kami..dapur dah kosong depan pulak penuh..hahaha..mulalah misi kami memasukkan kerepek ke dalam bekas..xlama pun buat nie..sekejap sangat..lepas itu, kami2 nie bungkus telur pulak..biasalah kalau orang2 dah kawen berkumpul bungkus telur pulak tu, adalah sikit bab sensored2 tu..aku dengor kan aje..malu eh nak cerita! kome paham sendiri lah ye..hahaha..

borak punya borak, gelak punya gelak, xsedar jam dah pukul 11 lebih..disebabkan kerja semua dah setel, semua dah letih, perut dah kenyang, sooo balik time! esok ada rewang2 juga tapi aku nak pergi kawan aku nikah so xdapatlah join..meriah weyh rewang nie..aku nanti guna catering so xdelah suasana rewang nie..rasa rewang untuk kenduri orang jelah..macamlah kenduri aku, aku nak turun padang rewang jugak kan? *muka pemalas nie? impossible*

p/s: blog aku xde sangat gambar sebabnya aku xsuka sangat bergambar..*alah sebenarnya xde kamera* wahaha..tapi aku fikir orang lagi suka tengok gambar kot daripada baca entri aku yang meleret nie..entri rewang nie xkanlah orang rewang aku tetiba sibuk snap2 gambar pulak..kang xpasal2 kena bahan dengan makcik2 tu..jiran2 aku nie mulut boleh tahan xde insurans nya..kekeke..

*agaknya macam nie kot aku asyik sangat snap gambar sebab pikir blog je xsudah..hahaha*








Wednesday, March 5, 2014

Bibimbap Ko-Hyang *Thumbs Up*

Disebabkan aku puasa hari nie dan dah sangap sangat nak makan bibimbap, makanya aku dan zaty ke Sunway Pyramid petang tadi untuk berbuka puasa bersama walaupun aku sorang je yang puasa..hikhik..Ko-Hyang terletak di dalam sunway depan ice skating dekat dengan lif dekat dengan roti Auntie Anne's dekat dengan dengan MCD..floor berapa aku xhengat..alah kalau dah jalan2 nanti mesti jumpa punyalah..kedai kecik je dan meja sangat kecik ok..letak je 2 mangkuk bibimbap yang gedabak besar tu dah penuh dah meja..belum masuk air..kalau ada yang nak cuba makan kat sana sila pesan air ALOE VERA..sedap gilerrr! ok aku maka bibimbap dan zaty try dol sot bibimbap..apa bezanya? bezanya bibimbap panas dan dol sot bibimbap sejuk..panasnya macam baru angkat dari kuali dan terus hidang..akan ada bunyi "ktik ktik" menandakan ia sangat2 lah panas..naseb xmelecur lidah aku oii..

*ini view kedai tu*~ too small rite?

*bibimbap*~ sooo nyummyyyyy!

*dol sot bibimbap*

Korang nampak xbeza 2 makanan nie walaupun nama lebih kurang sama?? bezanya bibimbap nie mangkuknya hitam sebab dimasak bersama mangkuk2 nya sekali dan terus hidang kat aku..mangkuk tu ibarat kuali..macam makan sizzling, kan dihidang bersama plate yang ibarat kuali jugak..sebab tu panas..dol sot bibimbap nie nasinya sejuk..tinggal letak lauk2 kat atas dan dihidang..

cara aku makan bibimbap nie aku gaul je semua yang ada..segala sampah sarap tu aku gaul dengan telur2nya sekali..zaty mintak extra sos dan aku apa lagi, mengextrakan lagi lah sos tu dalam mangkuk aku..serius sedappp! sedaplah pada aku yang boleh terima makanan korea..mungkin xsedap pada mereka yang xsuka makanan korea kan..boleh duduk korea nampaknya nie..kekekeke..

Makanan yang aku nak sangat try next time adalah..

*This is a korean lempeng - Pa Jeon* 

Sumber pengetahuan dari zaty sdn bhd..korea pun ada lempeng ok..aku ingat malaysia je pandai makan lempeng..tapi lempeng diorang sedikit special lah..ada lauk2 kat dalam..kitanya lempeng murni sangat..hanya sekadar tepung je..ada macam2 perasa contoh, boleh order lempeng nie dengan sayur atau mixed ke..kalau mixed dia akan campur dengan kimchi, ayam dan daging *ada lagi rasanya tapi apa entah* boleh jugak order letak ayam sahaja atau daging sahaja..sedap xsedap tunggulah aku rasa dulu orait..

Sumber gambar: Google jer..

p/s: Esok aku xnak puasa sebabnya ada stocktake kat sparepart department..penat woohhhh! so alarm, aku akan matikan kau sekarang jugak supaya kau xbunyi2 mintak aku bangun pukul 5.30 pagi nanti..




Monday, March 3, 2014

Movie Review: Non-Stop


Sebelum nie sesiapa yang dah baca entri aku yang INI, kan aku ada cakap nak bagi berapa bintang kat movie nie kan sebabnya aku baru je tengok movie nie petang tadi dan ternyata movie nie keseluruhannya sangat best dan aku sangat xngantuk..tapi banyak benda yang aku tertanya2 pada permulaan cerita macam apakah? kenapakah? siapakah? bagaimanakah?..so aku nak huraikan serba sedikit tanda tanya aku tu..

1. Kenapa masa kat airport Liam Neeson nie macam asek memerhati macam berjaga2 macam ada benda yang akan berlaku kelak..asek pandang orang tu lah orang nie lah..macam risau gituh..

2. Apa pekerjaan dia? sebabnya bila dia naik je kapal terbang, seolah2 pilot dan semua stewardess kat situ kenal dia..seolah2 macam selalu fly pergi marata tempat..

3. Siapa yang selalu bagi mesej kat dia? mesej ugutan pulak tu..

4. Bagaimana orang yang selalu mesej dia boleh ada no h/p dia? pelik..dan Liam Neeson nie xkenal pun orang tu..

5. Kenapa orang yang selalu bagi mesej nie, mesej dia? kenapa xde orang lain? kenapa dia? huhu..macam ada something wrong somewhere..

6. Kenapa mesej ugutan yang diterima? macam berdendam je..macam nak kena kan je..macam ada something yang xkena je..

7. Kenapa bila dah kat atas kapal terbang, ada beberapa passengers selalu memerhatikan dia? macam kerek2 sikit..

8. Siapa sebenarnya yang bagi mesej ugutan tu? sebabnya mesej yang diterima adakalanya memberitahu apa perbuatan dia pada waktu itu..contoh, apa yang Liam Neeson buat, orang tu tahu..adakah orang tu salah seorang passengers?

9. Bagaimana pilot dan 2 orang passengers boleh mati sedangkan xnampak sesiapa pun berjalan ke arah mangsa? mati yang sangat mengaibkan..

10. Kenapa ada bom dalam pesawat?

So, selepas aku tengok movie nie segala tanda tanya aku nie terjawab akhirnya walaupun aku lembab sikit nak paham movie omputih..dah kena terang dengan tunang aku banyak kali baru lah si lembab nie berjaya paham walaupun xseberapa..kalau nak copy paste cam xbest kan cam aku xtengok movie nie..jadi aku karang sendiri..OK! GET READY!! GO!

Sebenarnya kapal terbang tu akan menghala ke London..Liam Neeson atau Bill Marks nie macam ada tugas yang akan dilakukan di sana..kenapa dia selalu memerhati sebabnya mungkin gerak hati akan ada kejadian buruk menimpa kot..polis kan ada naluri yang tinggi..*memandai* yang nie aku kurang pasti..dia seorang agen persekutuan atau Air Marshall..seangkatan dengan polis barangkali..dan pekerjaan dia menyebabkan dia selalu fly merata..

Peliknya disini dia tiba-tiba mendapat mesej ugutan dan mesej yang diterima adalah, suspek akan bunuh setiap seorang passenger dalam kapal terbang selang 20 minit jika USD150000 tidak ditransfer ke akaun yang telah diberi..xcuak dapat mesej cenggitu? jadinya sebagai polis, dia harus memastikan keadaan semua passenger selamat dengan mencari tahu siapa dalang di sebalik semua ini secara senyap..macam2 cara dilakukan tapi tidak berhasil..dan dia telah terbunuh kawan baik sendiri yang dirasakan suspek tapi tidak sama sekali..salah oranglah kiranya..dan die serta merta menelefon TSA *headquarters polis kot* untuk siasat siapa pemilik no. akaun tersebut..

Dan setelah dia bunuh kawan dia nie iaitu agen Hommand, dia menerima lagi mesej ugutan tersebut..barulah dia tahu dia salah orang ghupenya..mesej itu menyuruh dia set kan jam dia selama 20 minit untuk mangsa yang akan mati seterusnya..lepas pada tu, untuk mencari tahu suspek, dia telah membuat pemeriksaan terhadap kesemua passenger dibantu oleh seorang pramugari bernama Nancy dan seorang wanita bernama Jen yang duduk bersebelahan dengannya..caranya dengan melihat CCTV siapa yang tengok h/p sejurus selepas dia memberi mesej kepada suspek..dan ternyata suspek yang dijumpai agak ramai dan dia terpaksa berkeras jika suspek tidak beri kerjasama atau info yang betul..dan tidak diketahui lagi ada seorang passenger telah merakam kejadian2 dan keganasan2 yang berlaku tadi dan video tersebut diupload di internet..oh ya jawapan kepada siapa pemilik no. akaun tu adalah dia sendiri! no. akaun tu didaftarkan ke atas nama dia..

Ini menimbulkan salah faham di media sosial setelah melihat video tersebut..mulalah keluar kat berita yang kisah2 silam Bill Marks yang semuanya menunjukkan kehidupan dia dimasa lalu..kehidupan buruklah..berita menyatakan si Bill nie nak rampas pesawat pulak sebab akaun no. tu nama dia, berita tentang ada benda yang mencurigakan yang polis jumpa kat kereta dia, *aku lupa amende* dia ada masalah mental lah apa lah lebih kurang macam tu..jadi hilanglah kepercayaan passenger terhadap dia dimana niat sebenar adalah untuk menyelamatkan semua orang..

Yang part dia jumpa bom dalam beg agen Hommand tadi aku lupa macam mana dia boleh tahu tentang itu..aku kurang paham kat situ..aku ingat kawan dia pun adalah salah seorang mangsa ugutan disuruh membunuh Bill Marks dan duit tebusan akan dikongsi..bom tadi diletakkan di dalam beg beserta dadah kokain..mula2 bukak macam xtahu ada bom dalam tu..tapi setelah h/p nya di hack, dan tertera angka 30 minit dan makin lama makin kurang masanya, dan ternyata itu adalah bom yang ada di dalam pesawat..tu pasallah dia cari tahu dimana letaknya bom tu dan ternyata di dalam beg kawan dia..

Bila dia buat plan segala orang xpercaya dan dia dibelasah teruk..makanya untuk mendapat kepercayan passenger dia menyatakan semua orang akan dapat free ticket travel kemana sahaja selama setahun ditaja oleh airlines tersebut..*part yang nie orang semua gelak* baru semua follow je apa dia cakap..plan dia adalah bom tadi diletakkan di pintu pesawat dan dihimpit oleh beg2 passenger..bila meletup xdelah terjejas sangat badan pesawat..

ada 1 scene tu dia menerima call dari TSA yang menyatakan tentang berita tergempar yang semua passenger tengok tadi sebab dia xtahu apa2 tentang berita itu..sedang dia bercakap2 di telefon dia terperasan ada seorang budak lelaki tengah sibuk merakam..makanya dia merampas h/p tersebut dan melihat video2 yang ada..ada 1 video yang dia tengok dan bila diulang banyak kali, macam ada kecurigaan disitu *korang tengoklah sendiri, macam payah aku nak terang*, jadinya ada seorang passenger/suspek telah berdiri dan acu pistol kat dia..suspek tu adalah orang yang dalam video tadi..dan ternyata orang itulah dalang disebalik ugut mangugut nie..*cara bunuh mangsa, tengok sendiri*

kenapa dia ugut? sebabnya suspek nie sebenarnya kenal siapa Bill Marks dan ada peristiwa silam yang berlaku antara bapa suspek dan Bill Marks nie macam pertempuran ke apa aku kurang pasti, bapa suspek telah terbunuh disebabkan si Bill nie tadi..kiranya balas dendam untuk bapa tersayang kononnya..dan suspek telah dibantu oleh seorang rakan atau hacker..aku yakin yang hack h/p dia tadi adalah rakan subahat suspek..disebabkan ada bom yang lagi beberapa minit akan meletup, Bill telah minta pilot untuk turunkan pesawat ke 8000 kaki supaya xterjejas sangatlah kalau bom tu explode..

Tentang no. akaun yang didaftarkan ke atas nama dia tu kisahnya jika Bill mati, duit tu mereka akan ditransfer ke 27 buah negara lah negerilah apa entah *confuse aku* mereka yakin yang Bill nie akan mati disebabkan bom tadi..*yeke? tengok aku dah lupa plot cerita..wahaah* ok apa2 pun belum sempat kawan suspek nie nak hentikan masa atau bom, dia ditembak oleh suspek sendiri tapi xmati..Bill sempat tembak kepala suspek sebelum bom tu meletup..kawan suspek xsempat lari makanya meletuplah juga bersama bom tadi..

Masa pilot tu nak landingkan pesawat agak cuak sikit sebab badan pesawat dan enjin dah hancuss..meletup sana meletup sini..tapi dapat landing dengan sempurna dan semua passenger satu pun xde yang terkorban kecuali yang dibunuh tadi tulah..hebat! macam real..kalau realiti aku rasa dah mayat dah semua..

Ternyata segala berita atau benda yang dijumpai di kereta, adalah plan suspek untuk kenakan Bill..kan namanya balas dendam..lepas tu bersihlah nama dia sebagai seorang polis atau wira sejati..

Begitulah alkisahnya..fiuuhh~~ tahan mata tau nak habiskan cerita..@_@

Ada beberapa scene aku ke toilet bentarr makanya aku kurang tahu disituhh..lebih kurang macam nielah plot cerita walaupun agak berterabur..nak lagi paham, sila tengok sendiri dan nilai sendiri..kadang-kadang kesian kat Liam Neeson sebab dia dah tua berlakon aksi sampai luka2..isk isk..*tetibe*

p/s: 5 star for this movie! bagi aku cerita sangat suspen dan tertanya2 siapa yang hantar mesej non-stop nie..dan tajuk Non-Stop nie aku rasa sebab dia asek menerima mesej tanpa henti..oklah aku puas hati..siapa2 yang belum tengok silalah tengok pasti anda xrugi sebab aku macam nak tengok lagi..huhuhu..

Sunday, March 2, 2014

Lately..

Sejak kebelakangan nie tetiba rasa nak letak gambar pre wedding gedabak besar kat header blog aku..dah rasa teruja ke apa nie..huhuhu..gambar pre weding nie saja je aku nak ambil sebagai kenangan orang kata..credit juga kepada Syera sebagai photographer pada hari itu..nak upah orang memang xlah sebab mahal kot..so hanya syera je yang sudi nak tolong tangkapkan gambar kami sebab dia ada DSLR eh? yang camera besar tu panggil apa? haha..apa2 jelah..meh aku tunjuk beberapa gambar pre wedding yang aku berkenan sangat..

*This is me and my fiance* ~kami sangat giler kentang, sporting, malu, banyak cakap dan kelakar kot~


*mula2 aku nak letak gambar nie kat header blog tapi spoil sebab ada orang kat belakang*





*gaya dalam gambar nie ala2 gambar masa tunang tapi xmenjadi sebab tangan tunang aku xnampak..hampehh*



*aaahhh cak aaahhh cakk*~ala2 agah2 baby bagi ketawa..huhuhu~


gambar candit2 nie semua diambil di taman Setia City Mall..masa tu dah lambat sangat nak ber pre wedding sebab dah pukul 6.30 petang..so redah jelah..dah masa tu baru nak redup..berapa jam tunggu sampai betul2 redup..kalau ambil juga mahu rentung kami bertiga..hehehe..gambar yang last nie diambil berdekatan hidro kat kapar..hidro eh?? entahlah aku xfamiliar tempat kat kapar nie..sungai klang aku tahulah..hahaha..ini semua gambar ori sebab belum di edit lagi..aku xgheti nak edit mengedit nie..xedit pun cantik kan I?? wahh berlagak ghetis sangat! haha..

p/s: nie baru pre wedding..nanti gambar kawen aku akan muatkan untuk 1 entri akan datang..orait! time to sleep..nite peeps!



Saturday, March 1, 2014

#Whatever#Me#: Nothing To Say


#happy with yourself#
#behave yourself#
#be yourself#
#love yourself#
#believe yourself#
#that's you are#
#nothing on me#
#nothing to say#


Agak2 ada xorang buat kek nie untuk hantaran?? mestilah ada kan dah ada gambar..adoii aku pun..huhu.cantik dan nampak sangat kreatif sebab nak buat kek macam nie kena teliti..hasil tangan yang sangat memuaskan bagi aku..mahal xpe janji berbaloi dan mengikut kehendak kita..kepuasan hati tu penting..

kepada pengantin2 yang suka make up sesuai sangatlah order kek macam nie..macam sayang je nak ngapp kan..macam nak simpan sampai basi..wahaha..

p/s: nothing to say..just wanna say goodnight and sweet dream..hopefully tomorrow is better than yesterday..^_^

Sudah Tiba Masanya...


Sudah tiba masanya aku berundur atau berlalu pergi..macam sadis sangat je ayat aku nie..haha..resignation letter dah siap tinggal bagi je kat bos minggu depan..bos aku tu cuti bersalin..jadinya dia masuk je next week 4 March, aku akan bagi resignation letter tu..nasib dah inform awal2 kalau tak, tak terkejut beruk? kenapa aku nak resign?? banyak sebablah..aku xnaklah aibkan company yang dah bagi aku makan selama 2 tahun nie..cuma aku terkilan kenapa kerja dengan persekitaran semua melayu tapi semuanya haprakk..orang sekeliling, orang atasan yang berpangkat2 tu, director company etc..aku stress..bukan stress dengan kerja tapi surrounding..yang aku rasa kadang2 ketat sungguh peraturan2 yang aku patut ikut tapi xrelevan..

Contoh, on internet waktu kerja..aku akui salah kalau tengok internet waktu kerja..tapi salahnya tu kalau ber facebook je memanjang...salah aku sebab berblogging je kot..rules yang aku boleh terima tapi xberapa..bila aku compare big company dengan company yang xberapa nak big nie, rules nya sangat berbeza..dulu sewaktu aku practical di Sime Darby..on internet adalah perbuatan yang xsalah tapi pandailah cover..camera kiri kanan depan belakang..aku on internet steady je..small issue kot..janji kerja complete dan balik on time! haha.. tapi bila pikir balik lain company lain polisi...kerja aku sekarang nie pun xbanyak dan gaji yang aku dapat setimpal lah dengan kerja2 yang aku buat..aku xbising..cuma terlalu banyak gangguan bila diri tengah duduk senang lenang dan mood nak berborak berleluasa..agaknya dengki eh tengok orang xde kerja nie duk berpoye2?? 

Salah sikit dapat email, salah sikit HR panggil..pleaselahh nobody perfect! kalau nak everything is perfect, bagi bonus lebih sikitlah..insyaAllah kami semua akan bekerja dengan rajin dan jayanya..mendoakan supaya awak dapat untung lebih..dan kasi semua pekerja naik gaji tiap tahun..baru xde pekerja yang kerja berhenti kerja berhenti..ok?

Lagi, macam belangkas. maksudnya disini jalan berdua kemana2 sahaja tanpa hala tuju walaupun company cuma ada 3 tingkat..yang nie lagi aku xsetuju 100% sebab aku xbuat..xkan jalan berdua dengan partner nak turun HR ambil kertas A4 pun xboleh?? ambil fail 1 kotak, 1 kotak ada 20 fail..logik xkalau xboleh? membantu antara satu sama lain kan amalan mulia..nak solat berdua pun xboleh?? masuk akal x? bukannya aku merewang xtentu pasal kot..tolonglah paham..benci bila benda aku xbuat dikatakan aku buat..tapi aku relek je..cool selagi boleh cool..

Lagi, buat assignment waktu bekerja..ok aku admit benda nie salah..biasalah xberkesempatan nak buat kat rumah..sebab tu aku ada 1 paper repeat dan result pun xmemuaskan..tidur pun xcukup..I'm deserve it lah kan..bukannya hardcore sangat pun aku buat assignment..touch up sikit2 je before submit, baca sikit2 je before test petang tu..tapi apakan daya dah tetiba kau ternampak sedikit kertas berbeza kat atas meja aku dan terus report kat HR..what can I do?? aku lagi suka kalau kau direct je cakap kat aku..kan senang..aku terima teguran orang..lagi2 kau tu one of the director company..aku akan hormat..pelik nya manusia bila mintak sesuatu bukan main baik lagi berkata2, tapi kesalahan sikit yang xaffect business kau pun kau sangat nampak..oh ya, senyum tu kan sedekah..sedekah tu amal jariah..belajar2lah senyum kat pekerja..kita semua kan melayu macam family gituhh..xbaik tau kalau pagi2 dah masam muka, bila terserempak buat2 tengok handphone, pandang ataslah..kan bagus kalau kau balas senyuman pekerja kau di pagi hari..naiklah sikit semangat nak kerja..jangan riak jadi bos, jangan pandang rendah kat pekerja..bila2 Allah boleh tarik nikmat selesa kau sekarang..

Company yang mencorakkan pekerja..kalau kau buat taik kat pekerja, kau akan dibalas sebegitu juga..jangan tengok pada untung sahaja..fikir juga keringat pekerja..kata2 lecturer aku, kalau kita business selalu fikir untung, memang xkan maju..tapi aku tengok macam tulah cara kau corakkan business kau..aku xnak cakap kau xkan maju..mungkin level kau statik atau kaku..kalaulah kau terfikir sejenak tentang pekerja, fikirlah juga cara untuk bagi keselesaan kat pekerja..contoh, upgrade kan facilities..kalau xmampu upgrade kan semua, kau upgrade jelah PC2 pekerja..sekarang teknologi dah canggih dah ada banyak jenis microsoft, tapi kau still guna microsoft 2003..dah ketinggalan sangat dah tu..PC aku yang xboleh nak install UBS version baru, ada kau nampak? 2 minggu aku merempat kat tempat orang lain sebab nak buat kerja dan kerja banyak tergendala..buat dunno je..pelik sebab bila pekerja yang dah kerja lama atau exec2 je boleh guna PC baru..company yang produce PC aku tu dah lama bubar tapi company nie still guna PC dia..try imagine dah berapa abad punya PC..come on lah, pekerja yang bagi kau untung beriban sampai tukar2 kereta..tapi jasa mereka kau buang tolak tepi habis punah segala..sepatutnya kau bersyukur ada jugak pekerja yang bertahan berbelas tahun bekerja dengan kau..

Aku nak quit nie pun bukan sebab2 kat atas nie..dah lama decide untuk beri tumpuan pada pelajaran..cuba untuk naikkan balik pointer aku yang jatuh tersungkur..itu sebabnya..faktor2 kat atas nie adalah penyebab aku stress kat ofis..kalau rasa dah stress better aku blarr kan..*macam punca sebenar lah pulak kenapa aku nak quit*..aku suka kerja kat company nie sebab dekat dengan rumah..aku rasa gaji aku tu bersih xpayah tolak tol minyak segala..tapi mungkin dah takdir aku xlama bertahan kerja kat sini..mungkin juga segala kesabaran aku dah tahap maksimum sampai aku boleh decide nak quit..dan decision aku tu di approved! alhamdulillah..perjalanan aku masih jauh..mungkin lepas kawen aku nak relek2 dulu kat rumah..kerja ke x ke kemudian aku fikir..aku akan ada suami nanti..tempat bergantung harap dan tempat luahan perasaan itu ini selain blog..*rasa teruja pulak akan ada suami* hehe..banyak impian belum tercapai..yang penting habiskan master dulu dengan jayanya! yeayhhh!

p/s: Aku bukan nak condem tapi hakikat..aku berada di situasi ini sekarang..dan ini luahan hati aku yang sangat jujur..indeed! tapi bukanlah semua melayu macam nie..segelintir atau minoriti barang kali..aku pun melayu xkan aku nak condem bangsa aku sendiri..jangan lah condem aku pulak..cuba letakkan diri anda di keadaan aku sekarang..anda akan memahami..fikir positif setiap masa..InsyaAllah anda akan maju dan berjaya..peace no war! V(^_^)V


Hampa dengan NON-STOP


Hari tu aku tengok sedutan kt tv movie nie akan ditayangkan pada 27 feb..tapi bila aku nak tengok movie nie malam tadi xde pulakk kat wayang..hampa sekejap..aku salah tengok ke?? oh mungkin bukan seluruh malaysia..mungkin kat JJ Bukit Raja belum ditayangkan lagi..its ok esok aku check it out lagi movie nie dah ada ke belum..

Agak2 kenapa eh hero2 dalam movie omputih nie makin tua makin laku?? dan aku pun salah seorang peminat movie2 omputih kalau heronya dah tua..macam Bruce Wilis, Liam Neeson, Jason Statham, Rambo, Van Diesel dan banyak lagi..nak kata rupa, dah tua kan mestilah ada kedut2 kat muka..rupa dah failed..tapi Jason Statham segak lagi..kedut belum ada..coming soon..huhu..apa lagi? badan ketul ketul? yeke? mungkin..watak? boleh jadi..dah berumur tapi dapat movie action macam tembak2, lawan tumbuk semua..tu pasallah agaknya faktor badan ketul ketul tu penting..barulah nampak realitinya filem itu..tak kan hero kurus kering main tumbuk lawan tapi akhirnya menang..xlogik kan? filem tamil bolehlah..

Agaknya berapa bintang yang aku boleh bagi kat movie nie?? dulu Liam Neeson dalam movie Taken aku suka..aku suka movie tu..menjadi sorang bapa dan suami yang sangat bertanggung jawab terhadap keluarga..sanggup buat apa je untuk isteri dan anak..dari 5 bintang, 5 bintang jugaklah aku bagi..tapi movie nie? just wait and see..

p/s: I think I feel hot..you know hot?? ini menandakan aku perlu mandi dengan kadar segera..hanya quick post dikala bosan..fullstop!