Monday, March 3, 2014

Movie Review: Non-Stop


Sebelum nie sesiapa yang dah baca entri aku yang INI, kan aku ada cakap nak bagi berapa bintang kat movie nie kan sebabnya aku baru je tengok movie nie petang tadi dan ternyata movie nie keseluruhannya sangat best dan aku sangat xngantuk..tapi banyak benda yang aku tertanya2 pada permulaan cerita macam apakah? kenapakah? siapakah? bagaimanakah?..so aku nak huraikan serba sedikit tanda tanya aku tu..

1. Kenapa masa kat airport Liam Neeson nie macam asek memerhati macam berjaga2 macam ada benda yang akan berlaku kelak..asek pandang orang tu lah orang nie lah..macam risau gituh..

2. Apa pekerjaan dia? sebabnya bila dia naik je kapal terbang, seolah2 pilot dan semua stewardess kat situ kenal dia..seolah2 macam selalu fly pergi marata tempat..

3. Siapa yang selalu bagi mesej kat dia? mesej ugutan pulak tu..

4. Bagaimana orang yang selalu mesej dia boleh ada no h/p dia? pelik..dan Liam Neeson nie xkenal pun orang tu..

5. Kenapa orang yang selalu bagi mesej nie, mesej dia? kenapa xde orang lain? kenapa dia? huhu..macam ada something wrong somewhere..

6. Kenapa mesej ugutan yang diterima? macam berdendam je..macam nak kena kan je..macam ada something yang xkena je..

7. Kenapa bila dah kat atas kapal terbang, ada beberapa passengers selalu memerhatikan dia? macam kerek2 sikit..

8. Siapa sebenarnya yang bagi mesej ugutan tu? sebabnya mesej yang diterima adakalanya memberitahu apa perbuatan dia pada waktu itu..contoh, apa yang Liam Neeson buat, orang tu tahu..adakah orang tu salah seorang passengers?

9. Bagaimana pilot dan 2 orang passengers boleh mati sedangkan xnampak sesiapa pun berjalan ke arah mangsa? mati yang sangat mengaibkan..

10. Kenapa ada bom dalam pesawat?

So, selepas aku tengok movie nie segala tanda tanya aku nie terjawab akhirnya walaupun aku lembab sikit nak paham movie omputih..dah kena terang dengan tunang aku banyak kali baru lah si lembab nie berjaya paham walaupun xseberapa..kalau nak copy paste cam xbest kan cam aku xtengok movie nie..jadi aku karang sendiri..OK! GET READY!! GO!

Sebenarnya kapal terbang tu akan menghala ke London..Liam Neeson atau Bill Marks nie macam ada tugas yang akan dilakukan di sana..kenapa dia selalu memerhati sebabnya mungkin gerak hati akan ada kejadian buruk menimpa kot..polis kan ada naluri yang tinggi..*memandai* yang nie aku kurang pasti..dia seorang agen persekutuan atau Air Marshall..seangkatan dengan polis barangkali..dan pekerjaan dia menyebabkan dia selalu fly merata..

Peliknya disini dia tiba-tiba mendapat mesej ugutan dan mesej yang diterima adalah, suspek akan bunuh setiap seorang passenger dalam kapal terbang selang 20 minit jika USD150000 tidak ditransfer ke akaun yang telah diberi..xcuak dapat mesej cenggitu? jadinya sebagai polis, dia harus memastikan keadaan semua passenger selamat dengan mencari tahu siapa dalang di sebalik semua ini secara senyap..macam2 cara dilakukan tapi tidak berhasil..dan dia telah terbunuh kawan baik sendiri yang dirasakan suspek tapi tidak sama sekali..salah oranglah kiranya..dan die serta merta menelefon TSA *headquarters polis kot* untuk siasat siapa pemilik no. akaun tersebut..

Dan setelah dia bunuh kawan dia nie iaitu agen Hommand, dia menerima lagi mesej ugutan tersebut..barulah dia tahu dia salah orang ghupenya..mesej itu menyuruh dia set kan jam dia selama 20 minit untuk mangsa yang akan mati seterusnya..lepas pada tu, untuk mencari tahu suspek, dia telah membuat pemeriksaan terhadap kesemua passenger dibantu oleh seorang pramugari bernama Nancy dan seorang wanita bernama Jen yang duduk bersebelahan dengannya..caranya dengan melihat CCTV siapa yang tengok h/p sejurus selepas dia memberi mesej kepada suspek..dan ternyata suspek yang dijumpai agak ramai dan dia terpaksa berkeras jika suspek tidak beri kerjasama atau info yang betul..dan tidak diketahui lagi ada seorang passenger telah merakam kejadian2 dan keganasan2 yang berlaku tadi dan video tersebut diupload di internet..oh ya jawapan kepada siapa pemilik no. akaun tu adalah dia sendiri! no. akaun tu didaftarkan ke atas nama dia..

Ini menimbulkan salah faham di media sosial setelah melihat video tersebut..mulalah keluar kat berita yang kisah2 silam Bill Marks yang semuanya menunjukkan kehidupan dia dimasa lalu..kehidupan buruklah..berita menyatakan si Bill nie nak rampas pesawat pulak sebab akaun no. tu nama dia, berita tentang ada benda yang mencurigakan yang polis jumpa kat kereta dia, *aku lupa amende* dia ada masalah mental lah apa lah lebih kurang macam tu..jadi hilanglah kepercayaan passenger terhadap dia dimana niat sebenar adalah untuk menyelamatkan semua orang..

Yang part dia jumpa bom dalam beg agen Hommand tadi aku lupa macam mana dia boleh tahu tentang itu..aku kurang paham kat situ..aku ingat kawan dia pun adalah salah seorang mangsa ugutan disuruh membunuh Bill Marks dan duit tebusan akan dikongsi..bom tadi diletakkan di dalam beg beserta dadah kokain..mula2 bukak macam xtahu ada bom dalam tu..tapi setelah h/p nya di hack, dan tertera angka 30 minit dan makin lama makin kurang masanya, dan ternyata itu adalah bom yang ada di dalam pesawat..tu pasallah dia cari tahu dimana letaknya bom tu dan ternyata di dalam beg kawan dia..

Bila dia buat plan segala orang xpercaya dan dia dibelasah teruk..makanya untuk mendapat kepercayan passenger dia menyatakan semua orang akan dapat free ticket travel kemana sahaja selama setahun ditaja oleh airlines tersebut..*part yang nie orang semua gelak* baru semua follow je apa dia cakap..plan dia adalah bom tadi diletakkan di pintu pesawat dan dihimpit oleh beg2 passenger..bila meletup xdelah terjejas sangat badan pesawat..

ada 1 scene tu dia menerima call dari TSA yang menyatakan tentang berita tergempar yang semua passenger tengok tadi sebab dia xtahu apa2 tentang berita itu..sedang dia bercakap2 di telefon dia terperasan ada seorang budak lelaki tengah sibuk merakam..makanya dia merampas h/p tersebut dan melihat video2 yang ada..ada 1 video yang dia tengok dan bila diulang banyak kali, macam ada kecurigaan disitu *korang tengoklah sendiri, macam payah aku nak terang*, jadinya ada seorang passenger/suspek telah berdiri dan acu pistol kat dia..suspek tu adalah orang yang dalam video tadi..dan ternyata orang itulah dalang disebalik ugut mangugut nie..*cara bunuh mangsa, tengok sendiri*

kenapa dia ugut? sebabnya suspek nie sebenarnya kenal siapa Bill Marks dan ada peristiwa silam yang berlaku antara bapa suspek dan Bill Marks nie macam pertempuran ke apa aku kurang pasti, bapa suspek telah terbunuh disebabkan si Bill nie tadi..kiranya balas dendam untuk bapa tersayang kononnya..dan suspek telah dibantu oleh seorang rakan atau hacker..aku yakin yang hack h/p dia tadi adalah rakan subahat suspek..disebabkan ada bom yang lagi beberapa minit akan meletup, Bill telah minta pilot untuk turunkan pesawat ke 8000 kaki supaya xterjejas sangatlah kalau bom tu explode..

Tentang no. akaun yang didaftarkan ke atas nama dia tu kisahnya jika Bill mati, duit tu mereka akan ditransfer ke 27 buah negara lah negerilah apa entah *confuse aku* mereka yakin yang Bill nie akan mati disebabkan bom tadi..*yeke? tengok aku dah lupa plot cerita..wahaah* ok apa2 pun belum sempat kawan suspek nie nak hentikan masa atau bom, dia ditembak oleh suspek sendiri tapi xmati..Bill sempat tembak kepala suspek sebelum bom tu meletup..kawan suspek xsempat lari makanya meletuplah juga bersama bom tadi..

Masa pilot tu nak landingkan pesawat agak cuak sikit sebab badan pesawat dan enjin dah hancuss..meletup sana meletup sini..tapi dapat landing dengan sempurna dan semua passenger satu pun xde yang terkorban kecuali yang dibunuh tadi tulah..hebat! macam real..kalau realiti aku rasa dah mayat dah semua..

Ternyata segala berita atau benda yang dijumpai di kereta, adalah plan suspek untuk kenakan Bill..kan namanya balas dendam..lepas tu bersihlah nama dia sebagai seorang polis atau wira sejati..

Begitulah alkisahnya..fiuuhh~~ tahan mata tau nak habiskan cerita..@_@

Ada beberapa scene aku ke toilet bentarr makanya aku kurang tahu disituhh..lebih kurang macam nielah plot cerita walaupun agak berterabur..nak lagi paham, sila tengok sendiri dan nilai sendiri..kadang-kadang kesian kat Liam Neeson sebab dia dah tua berlakon aksi sampai luka2..isk isk..*tetibe*

p/s: 5 star for this movie! bagi aku cerita sangat suspen dan tertanya2 siapa yang hantar mesej non-stop nie..dan tajuk Non-Stop nie aku rasa sebab dia asek menerima mesej tanpa henti..oklah aku puas hati..siapa2 yang belum tengok silalah tengok pasti anda xrugi sebab aku macam nak tengok lagi..huhuhu..

No comments:

Post a Comment