Wednesday, February 12, 2014

Kpop - girls group

Ok entri yang nie aku nak story pasal girls group pulak..banyak banyak dan sangat banyak group yang aku minat..seperti sebelum nie untuk boys group, aku xde spesifik group yang aku minatlah kecuali Bigbang..hehe..sama jugak untuk girls group..jadi aku hanya selitkan 10 group jelah macam entri sebelum ni..ok kan?? hehehe..

1. Sistar



anggota sistar nie yang paling seksi ialah Hyorin..semua seksi tapi dia terpaling seksi..lagu mereka yang "Give It To Me" tu aku layan gileerrr..lagu diorang yang famous ialah Alone, So Cool, Loving U etc..


Hyorin nie jugak ada buat comeback solo dan menurut kepada producer beliau, lagu2 dalam album solo dia tu boleh buat title album! semua bestt! korang mesti pernah dengar kan lagu solo Hyorin?? siapa yang belum pernah dengar ok aku sediakan untuk korang beberapa lagu solo Hyorin..



aku sangat suka Mad Clown nie rap!


Hyorin nie jugak pernah digabungkan dengan artis2 yang lain untuk perform dalam Gayo Daejun 2012..diorang perform nie untuk charity lah..tema Gayo Daejun 2012 tu adalah The Colour of Kpop..ada 4 group yang mewakili 1 warna..group Hyorin nie pulak kaler merah dan group nie dikenali sebagai Dazzling Red..anggota yang lain ialah Hyuna - 4 minutes, Hyosung - Secret, Nicole - Kara dan Nana - After School, lagu famous Dazzling Red ialah This Person..


ada 4 group tapi aku paling ingat group nie..sebab apa?? sebab lagu dalam keempat2 group tadi, lagu dari Dazzling Red yang paling aku suka!


selain bergerak secara solo, Hyorin jugak ada buat comeback dengan anggota kumpulan nya yang lain iaitu Bora..Bora nie main rapper dalam kumpulan nie..kumpulan nie dikenali sebagai Sistar19..


ok selain Hyorin, So You jugak telah buat comeback dengan Mad Clown tadi..lagu famous diorang bertajuk "Stupid in Love"..besttt!



2. A Pink



group nie lagu comel2 je..lagu yang aku first dengar dari mereka bertajuk "Hush"...aku boleh terimalah kecomelan diorang nie..eh ada jugak tau artis korea yang group comel2 camni aku xsuka tengok dan xboleh terima kecomelan diorang..


diorang ada buat comeback lagu bertajuk "No No No"..layaaannnn...


ada ahli kumpulan A Pink nie yang dah berlakon..siapa eh?? semestinya Jung Eun Ji...tahun lepas dia ada berlakon dalam drama That Winter The Wind Blows bersama Jo In Sung dan Song Hye Gyo..dia jugak telah memenangi anugerah 10 bintang baru terbaik semasa SBS Drama Award...


cantikkan Eun Ji?? badan kurus tapi muka bulat..comel! hehee..mula2 aku tengok dia dalam drama TWTWB nie, aku macam perasan muka dia macam pernah nampak...wah! pernah nampak macam dia jiran aku je kan? haha..xdelah macam familiar..aku pikir mungkin penyanyi tapi aku xtahu group yang mana..bila tengok betul2 baru perasan yang Eun Ji nie dari A Pink...hehehe..

selain Eun Ji, Yoon Bo Mi jugak ada comeback bersama M.I.B...lagu diorang yang aku suka ialah "Let's Talk About You"...

*Bo Mi ~ sama comel macam Eun Ji~*


lagu nie menarik..korang dengarlahhh...

3. T-ARA


korang tau x ada yang sebut T-ara nie "TARA" macam taraaaaa...ha paham x?? macam nak surprisekan orang kan selalu sebut taaarrraaaaa sambil jerit..ha camtulah...fuihh nak translate kepada tulisan untuk pahamkan orang nie bukan mudah sangat..huhuhu..pronounsation t-ara nie macam batu mutiara tu tiara bukan tara..hehehe..mula2 orang cakap kat aku kan, ekspresi aku, huh?? tara?? owh t-ara rupanya..hehehe..dalam banyak anggota t-ara nia aku minat Ji Yeon...


walaupun orang kata kat luar yang dia nie sombong, tapi aku minatlah! pedulilah lah kan bukannya kawan aku pun..hahaha..cantikkan?? dia menari pun aku nampak cantik je...berbanding ahli yang lain..memanglah tarian nya sama tapi bila Jiyeon menari aku nampak cantik movement dia..yelah ada sesetengah orang bila kita tengok dia menari macam kasar, xkemas, macam beriye2 macam tu..tapi jiyeon nie lembut dan bersahaja dan aku nampak cantikla..(bpe kali lah kan aku nak cakap?) haha..sebab tu jugak Jiyeon nie kedudukan dia bila menari selalunya di tengah2..




*lagu baru*

tarian lagu Roly Poly nie smart..


antara lagu diorang yang famous seperti Lovey Dovey, Cry Cry, Day By Day etc..korang carilah eh..=P

4. Girls Day


every day is Girls Day!! hahaha..tagline Minah dan Jae Suk dalam reality show Running Man..hehehe..lagu baru diorang " Something" bestt sangattt!! aku laayyyaannnn habess!


lagu Expectation pun best jugak..bab korus tu sekssiii yooww! hahaha..


bila dengar lagu nie aku teringat Jae Suk menari bersama Minah dan Yura dalam running man episode ke berapa ntahh..part lawak yang gelek tu...Jae Suk beriye2 gelek dengan ekspresi muka xboleh blahhh dowhh..hahahahaha..gelak setan aku bila tengok balik! 


5. AOA


group nie aku xminat sangat tau dulu sampai diorang comeback dengan lagu "Confused" baru aku rasa macam sedap jugak lagu nie...


lagi lagu mereka yang paling latest "Miniskirt"..lagu yang bila aku bukak, aku akan dengar banyak kali!


lagu pun tajuk "Miniskirt" kan..so diorang pakai skirt pun pendek2 lah..siap belahh lagi..heheeh..

6. After School


nie adalah satu2 nya lagu After School yang aku minat..


cuma 1 je yang aku xsuka tarian lagu nie nampak macam melampau sangat...menari kat tiang..lagi ok kalau diorang menari macam performance kat bawah nie..


dalam group nie aku rasa yang paling banyak keluar tv atau famouslah senang citer adalah Uee..kenapa?? sebab selain menyanyi, dia adalah seorang pelakon dan satu2 nya permanent guess perempuan dalam reality show "Barefoot Friends"..dalam lakonan pulak..drama yang aku ingat, dia ada berlakon bersama Jang Geun Seuk dalam drama You're Beautiful..digandingkan jugak dengan Park Shin Hye..watak dia watak jahat..alah korang familiar kan dengan drama nie..xpayahlah aku nak cerita..hehe..


beberapa ahli kumpulan nie jugak iaitu Nana, Raina dan Lizzy telah debut sebagai 1 kumpulan yang dikenali sebagai Orange Caramel...macam mana aku nak cakap ye? susah nak translate nie..haha..ok aku cuba..After school nie boleh dikatakan group seksi lahh..yelahh kan bila kita tengok mv girls group, then anggotanya menari macam menggoda2 gituh, tu kira seksilah..xsama macam A Pink yang yang bila kita tengok diorang menari macam comel2, tu bukan group seksi tapi group yang menunjukkan kecomelan diorang atau group comel lah..paham ke? ntah xgheti aku nak terang eh! korang comparelah bila tengok mv diorang..bukan apa, aku cuma nak cakap, Orange Caramel nie debut sebagai group yang comel..lain genre nya dengan After School..dia menari tu macam buat muka comel2, pakai baju comel2, tarian comel2, semua comellah! hahahaha..


ha nie lagu mula2 dorang first debut..." Magical Girl"




comel kaaannnn?? aku suka 3 lagu nie! lagu lain aku kurang minat..lagu baru korang cari sendiri ye...=D

7. Secret



mereka nie pun group comel2..lagu, tarian semua comel..tapi kekadang tu seksi macam Beyonce pun ada..jom tengok beberapa lagu mereka dari yang lama sampai yang baru..

sorrylah korang mv lagu nie xberapa cantik..pecah..aku xjumpa yang lain..


lagu nie bestt!!




nie lagu baru "I Do"...

8. Miss A


mereka nie dari agensi JYP Entertainment...sama agensi dengan 2PM, Wonder Girls, Baek Ah Yeong etc..ada 2 orang dari anggotanya kalau xsilaplah, datang dari China..dalam group nie yang paling famous of course lah Suzy...si Suzy nie selalu jadi guess kat dalam reality show "Running Man"..lagu baru diorang bertajuk "Hush"..sedap jugak aku dengar...bolehlah layan dikala bosan..hehehe..



9. F(X)



lagu2 dalam group nie aku xminat langsung..ntahlah macam ntah hape2 ntah bila dengar lagu mereka..tapi sejak diorang comeback dengan lagu "Pinocchio (Danger)", barulah aku layan group nie..selain lagu nie, lagu "Hot Summer" dan "Electric Shock" pun aku layan jugak..




lagu baru mereka "Rum Pum Pum Pum"..lagu nie xberapa masuk dalam jiwa so aku xlayanlah..tapi bila dengar korus lagu nie agak bestlah..dengar lagu nie betul2 dari mula sampai habis masa tengok Gayo Daejun..hehehe..


dalam entri aku sebelum nie kan aku pernah tulis yang pasangan Chan Young kan Lee Bo Na..ha Lee Bo Na adalah Krystal dari kumpulan ini..dalam kelima2 ahli group nie, aku suka sangat tengok Victoria..dia cantik..aku baru perasan yang dia cantik sejak dia digandingkan dengan Nickhun dalam reality show We Got Married..diorang tersangat sweett! kalau xsebelum nie aku xkenal pun Victoria nie..hehee..


dalam reality show tu jugak Victoria dan Nickhun nie ada buat video sendiri..video lagu Nu Abo tu diorang buat video diorang sendiri..cute gilerr! meh aku share sikit walaupun citer dah basi..biasalah si zurin tu suka bagi citer basi..hahaha..khuntoria video in da house!


selain Krystal, Sulli pun pernah berlakon jugak dalam drama "To The Beautiful You" bersama Choi Min Ho dari Shinee dan Lee Hyun Woo..selain berlakon Sulli jugak pernah jadi MC dalam SBS Inkigayo pada tahun 2010..

10. Spica



kenal ke Spica?? aku xkenal sangat tapi aku suka lagu mereka yang bertajuk "Russian Roullete" (betul ke aku eja nie??) lagu "Painkiller" pun best..




banyak lagi group2 yang aku suka macam Dalshabet, Jewelry, Girls Generation dan banyak lagilah..baru2 nie aku ada dengar lagu The Seeya bertajuk "Tell Me"..oklah korang..aku sukalah lagu tu..korang trylah dengar..aku da malas nak letak kat entri nie dah..penat!

p/s: artis2 kpop nie semua dah popular sampai tahap international kan..bagi aku 1 je kelemahan diorang adalah english..susah macam mana pun aku rasa diorang kena belajar english supaya senang communicate dengan orang luar..xpayah lah nak guna translator je kan...kalau diorang improve lagi gempak kot! oraitt dah habess..aku nak kerja..bye!

No comments:

Post a Comment