Thursday, February 6, 2014

Wanita berbadan besar sebelum dan selepas berkahwin: salahkah?

Malaysia adalah negara yang memegang ranking tertinggi dimana penduduknya mempunyai masalah obesiti..hati aku terusik untuk menulis entri pasal nie disebabkan aku rasa sekarang nie ramai je lelaki2 xsuka girlfriend2 atau isteri mereka berbadan besar malah dipaksa berdiet bila badan girlfriend2 atau isteri nie tadi mula mengembang2...aku sangat tidak setuju dengan pemikiran lelaki sebegini..kenapa?? adakah mereka nie semua mahu berbadan besar?? kalau dah xsuka perlu ke kamu bercinta dengan wanita berbadan besar lepas tu disuruh berdiet pulak?? tahukah kamu wahai orang lelaki, ada segelintir perempuan xsuka kalau disuruh berdiet..macam xterima seadanya kan..kalau dilakukan dengan rela hati xpe..nie yang dipaksa2 nie aku sangat xsetuju..lepas tu perli2 ke..banding2kan dengan orang lain ke..elok ke perangai macam tu?? xterasa ke orang yang di perli tadi?? kau perli orang yang kau sayang kot! 

lagi satu ada jugak suami2 yang xsuka bila isteri mereka hamil dan gemuk..well helloo!! orang pregnant ada yang kurus ke?? sedarlah isteri kamu tu pregnant anak siapa?? siapa pulak yang pregnant kan dia?? xkesian ke kat anak dalam perut tu kalau isteri kena berdiet sebab dipaksa berdiet..ye memang, pemakanan orang mengandung kena jaga..takut ada darah tinggi ke atau kencing manis ke..bahaya masa nak bersalin..tapi beragaklah xsuka isteri gemuk bila mengandung..ada jugak suami atau boyfriend yang malu jalan seiring dengan isteri atau girlfriend sebab mereka nie gemuk..boleh pulak cakap "u jalan dululah, i jalan kat belakang"..pemikiran lelaki macam nie memang dah parah..

ada jugak perempuan yang terlampau sayang sangat boyfriend dia sampai ikut je segala perintah suruhan semua..kalau suruh diet, ikut...sampaikan si perempuan nie takut nak makan sebab takut gemuk..bila badan naik sikit, mulalah si lelaki pulak bising suruh kuruskan balik..kenapa?? kalau dia gemuk kau nak tinggalkan dia lah?? kau xrasa kesian ke kat orang yang kau sayang sebab terseksa nak kuruskan badan?? ingat senang ke nak kurus..makan bulan tau atau makan tahun..dan bila dah kurus ingat senang nak maintain?? kalau nak sangat orang yang disayangi tu kurus, bawak pergi slimworld ke atau mayfair ke..xlah terseksa tengok hari2 si perempuan nie kena sekat makan dia..dah nak sangat kurus kena sangguplah korbankan duit!


buruk sangat ke orang gemuk nie?? hina sangat ke mereka?? mula2 masa nak tackle bukan main ayat semua manis2..bila dah dapat, suruh kuruskan badan..memang kuangg hajooo..

No comments:

Post a Comment