Friday, February 21, 2014

Perempuan Vs Lelaki. Siapa Kuat Cemburu?

Bila bosan2 tadi saja2 lah aku google search "cemburu images" dan aku jumpa images kat bawah nie..macam seronok pulak nak cakap tentang cemburu..lalu aku pun terdetik nak tulis 1 entri berkenaan ini..asal terdetik je baru nak tulis kan..tunggu hati berdetik detik ke baru nak update cik zurin ooiii!


perempuan vs lelaki. siapa yang kuat cemburu?? korang rasa?? aku xnak bercerita secara general sebabnya ak xtahu yang mana..so aku bercerita tentang aku dan tunang aku jelah..sebab kami dengan perkataan cemburu nie xdapat dipisahkan..yang terlebih lebihnya haku lah sapa lagi..wahahaha..

kalau bercakap tentang cemburu antara aku dan tunang aku, mestilah aku yang lagi kuat cemburu...kat sini aku boleh definisikan cemburu nie ada 2 jenis, 1 cemburu xbertempat atau cemburu buta dan 1 lagi cemburu bertempat *buta dah ada, yang nie apa pulak? rabun? hahaha..*..dan jenis cemburu yang aku ada adalah kedua-duanya sekali! wahahaha..*gelak padan muka kat tunang aku*..aku pun xtau mana datang nya cemburu aku tersangat nie...xboleh nak ubah pulak tu..bukan xboleh tapi susah dan xboleh..*kadang2 aku rasa ayat aku pelik*..tapi aku boleh huraikan kat sini, bunyinya camnie..

cemburu nie bagi akulah, ia datang dengan xsengaja..manusia xkan cemburu xbersebab..mesti ada sebab atau kisah silam seseorang itu yang membuatkan bila seseorang itu bersama pasangan nya yang lain, akan datang perasaan cemburu tu..contohnya bila kamu bercinta dengan pasangan kamu sekarang, cemburu kamu tu boleh dikawal lagi atau xberapa nak cemburu sangat..disebabkan kamu dah memberi sepenuh kepercayaan pada pasangan kamu..tapi bila pasangan kamu buat hal atau main kayu tiga, kepercayan tu serta merta patah dan perasaan sayang terus bertukar benci..dan bila kamu bercinta dengan orang lain pulak, diri kamu dah berubah menjadi seorang yang kuat cemburu sebab dah xde kepercayaan sangat dekat pasangan baru kamu..ataupun kamu lebih kepada berhati2..kalau pasangan kamu main2kan kamu, xdelah rasa sakit hati sangat kan? *aku cakap macam pro sangat*

bagi aku, cemburu nie bukan perempuan je..lelaki pun ada yang kuat cemburu..tu kes yang kongkong mengongkong tu, xke laki yang kuat cemburu?? sampai bunuh2 pun ada..zaman sekarang macam2..disebabkan perasaan cemburu, sebaik-baik manusia pun boleh berubah menjadi syaitan..betul x?? 

macam aku pulak, aku cemburu memang kuat..pengakuan jujur nie..sebab apa?? sebab dah mengalami pelbagai susah senang atau rencah kehidupanlah..pernah dicurangi, pernah jugak mencurangi..macam orang selalu kata "what you give, you get back" something like that lah..hehehe..dan terlampau sayang pun boleh jadi jugak..cemburu yang terlampau disebabkan terlampau sayang..ada kan?? korang pernah rasa perasaan tu?? aku pernah rasa..=)



cemburu tu kadang2 bagus jugak..ia menunjukkan betapa kamu sayangkan pasangan kamu..dan pasangan kamu nie kenalah hargai..kang xcemburu kang, kang xsayang kang..hehe..tapi cemburu buta pun xelok..boleh merosakkan hubungan satu sama lain sama ada yang dah kawen ataupun belum..ada jugak lelaki yang xsuka pasangan nya cemburu terlampau buta..maksudnya terlampau sangat2..lelaki akan rimas kalau berpasangan dengan perempuan sebegini..tapi bila lelaki pulak yang cemburu buta acaner pulak tu?? lain kan kalau lelaki yang cemburu..perempuan ibarat patung boneka dia ke hape sampai kena ikut segala arahan..



Beza cemburu perempuan dan lelaki..

Perempuan...
perempuan kalau cemburu buta kat pasangan dia, kalaulah laki tu xtahan, rasanya dah kena hempuk dah..biasalah kuasa di tangan lelaki..ibarat macam "you xboleh nak kongkong2 I, sukahati I nak keluar dengan sapa, nak pergi mana, nak buat apa"..kalau dapat laki camnie aku rasa dah kena tinggal dah..nie sayang ke xnie boleh pulak cakap camtu kat gf dia kan..kalau ada yang tahan, lantak pi lah...sayang hingga hujung nyawa sangat..puih!

tapi, tapi, tapi...bukan semua lelaki macam kat atas nie..ada jugak bila perempuan cemburu lelaki sanggup tinggalkan kawan ke atau scandal ke gf lain ke tau..disebabkan dah ada perasaan serius terhadap sorang perempuan, laki sanggup tinggalkan segalanya demi orang yang dia sayang...untung kalau dapat lelaki sebegini..bila dapat yang betul nak buat isteri, segala scandal mandal semua hilang campak entah kemana..

Lelaki...
kalaulah lelaki pulak yang cemburu tahap gaban nie, aku rasa perempuan ikut je apa kehendak laki tu..sanggup tinggalkan kawan2 rapat sebab bf xbagi kawan..sanggup xkeluar rumah sorang2 sebab bf xbagi..padahal sebelum nie boleh je merempit sorang2 sampai 1 kampung kenal..katanya kalau xikut semua arahan maksudnya dah xsayang..mungkin lelaki tu boleh buat perkara2 yang diluar jangkaan kalau gf dia degil xdengar cakap..sampai macam tu sekali tahap cemburu seseorang boleh jadi..

*aku nie bagi beza tapi macam xde beza je*

lelaki selalu cakap, "nanti dah kawen, you kena dengar cakap I tau 100%"..kadang2 aku annoying bila tunang aku cakap camnie, tapi bila pikir ada betulnya jugak..syurga dibawah telapak kaki suami..dan mungkin lelaki pikir, perempuan yang betul2 nak dijadikan isteri tu sudah hak milik walaupun belum berkawen..kiranya si lelaki mahu menjaga segala apa yang si perempuan miliki termasuk aurat..sebab tu perasaan cemburu tu datang..*hamboii pandainya lah aku bermotivasi*

macam aku, aku cemburu memang buta..buta eh bukan rabun..dulu cemburu aku tu memang teruk sebab dalam sehari tu aku rasa berpuluh2 kali aku akan call tunang aku untuk tahu dia buat apa..macam kena reportlah...kalau dia cakap tengah keluar ke apa, otak aku ligat pikir dia ni keluar dengan perempuan ke apa sampai xnak bagitahu aku..ha camtu..kalau keluar dengan lelaki pun aku akan hangin..owh keluar dengan aku xde masa tapi dengan kawan2 ada masa pulak..cemburu yang abnormal kan?? kalau ikutkan banyak je benda yang boleh buat aku cemburu..aku rasa aku akan ok atau xmarah2 bila jumpa je..bila dia xde depan mata mula aku nak pikir bukan2...kronik dah nie..

tapi sekarang aku dah xmacam tu..mungkin bukan totally berubah, tapi adalah sikit perubahan aku..aku rasa tahap cemburu aku tu menjadi2 sebab nak kan perhatian sebenarnya..aku nak tunang aku sentiasa call or mesej ke..berkepit selalulah..sekarang cuma aku mintak dengan dia, kalau nak kemana-mana even nak hangout dengan kawan2 dia macam pergi karok ke, informlah aku kan..atleast aku tahu kemana dia pergi..kalau h/p cas kena tinggal kat workshop atau rumah, tu pun aku nak dia inform..sebabnya aku call xkira masa..anytime aku akan call dia..dan bila dah call paling banyak 3x la eh xangkat, xmenyinge?? hehehe..oi lari topik nie..=p

aku nie kalau orang tanya "kau kuat cemburu x?"  jawapan aku...


rasa nak ego aku cakap lah "me? jealous? xlahhh" sambil gelak..dalam hati "YES I AM!" wahahahaha..

for incik tunang, this is for youu...


kesimpulannya bagi aku, xde istilah siapa lagi kuat cemburu..sebabnya dua2 boleh ada perasaan macam tu..melainkan ada manusia yang mampu nak buat survey ke research ke longitudinal study ke tentang cemburu nie..ha aku mula dah nak keluarkan istilah research method aku..dah bersemangat waja ke apa aku nie..tapi selalunya setiap pasangan nie kontra perangainya..kalau lelaki kuat cemburu, yang perempuan pulak relek je cool je..bila perempuan pulak kuat cemburu akan dapat lelaki yang cool ataupun kaki pujuk..aku rasalah..sebab aku dengan tunang aku sangat kontra..dia joyah aku pendiam! wahahaha..pendiamlah sangat! puih!

p/s: aku cakap je xnak cerita general tapi general jugak aku bagi..tentang entri nie cuma pendapat aku je..mungkin pendapat orang lain berbeza..biasalah manusia rambut sama hitam tapi hati lain2..*eh! apakah?* maksudnya pendapat lain2lah..aku dah lost xde idea dah sebab nak tidur punya pasal..nampak macam berterabur kan entri aku..xpelah yang penting bukan bahasa tamil..kbai!

No comments:

Post a Comment