Tuesday, March 31, 2015

Ostematrix membantu mengurangkan sakit sembelit

Entri nie aku xnak cerita panjang nak pendek2 je..

Ostematrix atau oste je aku panggil adalah product shaklee yang tengah famous sekarang nie..ubat nie mampu untuk mengurangkan sakit sembelit..seriously masa bersalin aku xde pon buasir..lepas bersalin sembelit pulak..dah sembelit confirm2 buasir kan..aku xtau macam mana nak hilangkan sakit ketika buang air besar nie sampailah kakak ipar aku suggest oste..sebelum tu aku ada makan pil untuk cairkan najis tapi xberkesan..

Bila dah buasir nie memang trauma lah nak membuang..macam nak tahan je berhari2 tapi nanti sakit perut pulak..so dengan memakan oste 4 biji sehari mampu mengurangkan sakit sembelit..mula2 aku makan 4 biji jugak tapi still sakit bila membuang..sekarang dah start makan 6 biji..alhamdulillah sakitnya semakin berkurang dan kerap membuang..kesimpulannya xdelah terseksa dan asek lap air mata je masa membuang..

Oste nie bukan mampu mengurangkan sembelit saja malahan banyak lagi khasiat yang terkandung di dalam nya..salah satunya memberi kalsium pada ibu mengandung..

Pada sesapa yang ade masalah sembelit nie boleh try makan oste dari ubat lembutkan najis ke hape..oste nie sangat membantu..belum cuba belum tahu..dah cuba korang xnak stop makan..macam aku nie jenis yang susah makan ubat pil..tapi oste hari2 aku boleh telan 6 biji pulak tu..

Khasiat oste..*tepeklah sikit gambar*

*sumber gambar dari google*

Sekarang bersepah agen shaklee..korang boleh dapatkan dari mereka2 ye..ok itu je yang nak sampaikan..adioosss!


Monday, March 30, 2015

Family Honeymoon - Cameron Highland

Lepas je habis pantang teruslah kepala aku duk ligat pikiaqq nak berjalan pulak..nie namanya balas dendam setelah 44 hari terperuk kat rumah xde buat apa..wahahaah (gelak keji gilerr)..

Pada awalnya plan aku nak ke pulau langkawi dan hanya kami bertiga sahaja..tapi suami i ajak pulak parents dan adik dia..so aku akur..(cehh cam sedehh jekk??)..yela baru nak berdating kehhnnn..tup2 kena pergi dengan family..meleleh jugak ayaq mata ni nohh..(awat cakap utgaha nie??bukan pergi pon..)

Planning nak naik kete je tapi bila memikirkan cuaca sekarang tengah panas tahap nak berendam dalam kolam satu hari jadinya planning pon berubah ke cameron highland..kesian pergi time tengah panas dengan bawak baby lagi..kang mengamuk xtentu pasal kang sebab panas..disebabkan itu plan pon bertukar arah..best jugak sebab sejuk..

Hari pertama..

Misi bermula hari isnin 9 Mac 2015..baru je awal bulan hari tu..macam biasa mak mertua aku bila pergi bercuti dia suka masak sendiri dari makan kat kedai..xsedap, membazir dan xbersih katanya..habis periuk belanga semua diangkut..hahaha aku tipu! xdelah periuk belanga mana pun..1 periuk je, telur 1 papan, kicap, pinggan dan ade lagilah barang yang penting2..ha dapur kecik ajaib xleh lupa! kang nak masak guna apa?? lagiii?? xpasti sebab bukan aku yang kemas! (menantu ke hantu nie??) lepas semua siap packing kami terus gerak dalam pukul 12.00 tengah hari..

Perjalanan kami non stop sampailah di simpang pulai kami berhenti jap nak ke toilet nak membuang..berapa lama duk dalam kereta menahan..hoho..kebetulan pulak sebelah stesen minyak ada orang jual nasi bajet dengan apam balik yang kecik kering tu..kami pon belilah apam balik tu RM2...dapatlah jamah sikit menghilangkan kelaparan yang melanda..lepas tu kami terus gerak ke destinasi..

Sampai di Cameron Highland pukul 4 lebih xsilap..masa kat atas tu barulah decide nak stay kat mana..adik ipar aku dulu pernah ke sana dan menetap di salah satu apartment tapi dia lupa yang mana satu..kami decide xnak stay kat brinchang sebab kat bawah xsejuk..so cari punya cari dah jumpa dah Rose apartment..Rose apartment nie terletak di belakang Key Farm..baru aku tahu belakang Key Farm nie ade apartment..ingatkan pasar semata..selepas beberapa minit cari owner call bagai nak sewa kami pon dapat sewa satu apartment kat tingkat 2..


*gambar aku cari kat pakcik google jek sebab gambar kat phone dah delete

Korang boleh google lah tengok gambar dalam apartment nie..malas nak letak gambar sebab dah xde..xbest ambik kat google..hohohoh..honestly sangat berpuas hati..masa tu kami dapat rate RM200 satu malam..kami stay 3 hari 2 malam..mula2 bangla tu letak RM280 tapi laki aku kan pandai temberang pusing sana pusing sini dapatlah RM200..okla agak murah untuk apartment..

Masuk je rumah tu perghhhhh sejukkk tahap bekuu macam pijak ais batu! so kenalah pakai selipar2 yang dah disediakan..kalau xpakai sejuknya tu masuk sampai terasa kat tulang nie..biasalah dah tempat sejuk kan so xdelah sediakan kipas ke aircond ke..1 rumah ade 3 bilik..1 master bedroom 2 lagi kecik siktlah..welll master bedroom tu menjadi hak akulah sebab ada baby perlukan ruang yang besar nak golek2 atas katil..hehe..(nasib dapat family yang memahami giteww)..

Masuk je rumah kami berehat2 sebentar..agak selesa dan best lah apartment nie..ada beranda..dan view kat beranda tu ladang teh boh dan apartment lain..cantik sangat..apartment nie betul2 atas bukit sebab tu sejuk sangat..untuk fasiliti aku bagi rate full 5/5..apartment nie recommended lah for those yang nak bercuti kat cameron..kalau brinchang xsejuk sangat..

Sampai pun dah petang so aktiviti malam hanya makan..seriously nak makan sangat kat restoran steamboat fauzi kat brinchang tapi tutup plak..alahaiii..ingatkan sebab hari isnin tapi malam kedua pon kami pergi tutup jugak..xde rezeki nak rasa steamboat sedap..yang nak makan steamboat kat cameron nie aku recommend jugaklah steamboat restoran fauzi nie..restoran agak terpencil kecik je kat hujung tapi sedappp!

Lastly kitorang makan kat restoran thailand kat brinchang jugak..restoran yang aku pernah makan dulu masa honeymoon ntah kali ke bape ntah time tu..hehee..alaaaaaa xde gambar sebab dah delete..well aku kan pembersih asek mengemas album phone je..gambar yang aku rasa xnak simpan ke tong sampah lah jawabnya..malam tu kami makan seafood..kuah tomyam agak masam2 sikit sebab biasalah thailand kan..lepas makan kami singgah kedai runcit jap nak beli barang dapur..

Hari pertama xde aktiviti sangat..malam tu fikir banyak kali nak mandi ke xnak..tapi rasa badan macam xsedap so mandilah jugak..lepas mandi je ape lagi golek2 atas katil dan tidoqq!

Hari kedua..

Aktiviti bermula pada hari kedua..untuk breakfast mak mertua aku yang masak..simple menu je pagi tu..sardin, sayur kobis, telur goreng, air nestum..tu je rasanya..oklah dah memadai nak isi perut yang tengah lapar nie..sedap jugak masak sendiri dari makan luar..baru terasa nikmatnya walaupun menu yang agak simple sangat..thanks makk!!

First place kitorang pergi semestinya Lavender Garden..jom tengok gambar..malas nak taip..

*Inilah kami..aku yang peace not war sangat tuh*

Lepas sampai terus bergambar reramai..Lavender Garden ni berbukit tau..nak masuk je kena mendaki..bapak mertua aku guna wheelchair so yang tukang tolak nye laki aku lah..agak susah sebab naik bukit kan..


Lavender garden nie ade 2 tingkat..nie lepas penat mendaki bersantailah dulu makan kek, cheese tart dan hot milo..harga?? mahal lah jugak..

Lepas makan kami berselpiaqq kat taman bunga..

*Candid bau bunga padahal bukan wangi pon tapi nice pic*


*Gambar ni aku nampak kuyusshh lahhh..kawan I cakap..aku xkata apa2 pon*

*Selfie sendiri sebab laki aku ntah mana..adik ipar aku tuh kat belakang pon tengah selfie sendiri*

Tu je gambar yang aku nak letak..malas nak download bebanyak..huhu..destinasi seterusnya ke sungai palas pulak..nama je sungai tapi xdak pon..bukit bukau je merata..


Bila tengok ladang teh teringat mak mertua aku pernah cakap..ladang teh tu macam rumput yang ditampal2..ntah kenapa macam lawak sikit aku rasa..aku soranglah rasa lawak kan??cett!! ok dahh jom tengok gambar lain pulak..(maluuuu)

*Nyenyak areeq tidur..seronok berjalan macam nie*

Jom mendaki Mossy Forest pulak!! tinggi giler kot nak naik..kereta pon mengaum je bunyi nak daki pergi tempat nie..


Takut jugak nak bawak areeq keluar sebab hutan kan..budak kan nampak macam2..time nie lepas breastfeed die sebab tu die senyap..


Sempadan perak pahang tuuuu!! tinggi nak daki sampai sini..akhirnya aku berjaya!! sebenarnya laki aku dah kedepan..aku mendaki berdua dengan adik ipar..kuanggg ajaaqqq!

*Hengat badan besar gemokk xboleh mendaki ke?? biar gambar berbicara..*

Sebenarnya aku xtahu sampai mana penghujung laluan2 berkayu tu..kalau foreigner mereka mungkin akan daki atas lagi..kami daki sampai sini jekk..penat mengah tahap gaban time nie tapi muka ceria sebab puas hati dah naik sampai sini..next time xnaik dah kot..


Time nie nak turun nak balik..laki aku suka betul tangkap gambar kat signboard nie..mungkin sebab nak tunjuk yang *aku sampai sini jugak akhirnya!!(sambil hidung kembang kuncup berkobar2)* errkk mungkinlah kot..hehehe..aku pun tumpang sekaki jugak..

Next ke Raju farm lahhh kiterrr...Rajuu oohhh rajuu!

*Sebenarnya xperasan roti tu separuh*

Kat raju farm nie kami makan jelah..aku makan kek dan makanan kat atas ni adik ipar aku yang makan..sedap..nama makanan nie ape aku dah lupa..tapi compare raju farm dan sungai palas, scone kat sungai palas sedap sesangat! refer gambar kat atas, scone tu yang roti bulat gebu gebass dimakan bersama jem, mentega dan krim sepatutnya..kat raju farm ni hanya krim dan jem je..scone nie pon recommended jugak kalau nak order makan..


Yang nie kami dinner di steamboat snack corner..rate aku boleh bagi 4/5 untuk steamboat..tapi aku makan chicken chop..bolehlahh bagi 3/5..gambar makanan xdakkk sebab sibuk makan xhengat nak ambil gambar ponn..

*Pergghhhh gigillll!!*

Sempat singgah copthorne ambil gambar jap..lepas tu kami terus balik dan tidurr..zzZZZzzZ...

Hari ketiga..

Bersiap sedia untuk balik..packing time! balik je kami singgah di Bharat Tea House..kotlah sebab lupa nama..hehe..tengok jelah gambar..




Ok dah habis dah ngantuk nak tidur..byee!

P/s: Tunggu next trip plak mungkin ke Melaka atau Penang..tunggulah entri aku kalau nak tahu aku kemana..











19 January 2015..fuhh lega!

Hai semua!! ape khabar?? fuhh dah lama betul tinggal kan dunia blogging nie..malas nak menaip sebab dah sarat pregnant masa tue..(apa kena mengena sarat pregnant dengan malas nak menaip ye dokk??)..haha..kalau korang tengok entry aku yang sebelum2 nie kan aku bagitahu yang aku excited sungguh bila rasa baby dalam perut gerak kan..so sekarang ni aku nak bagitahu yang aku dah selamat bersalin pada 19 January 2015! yeayyyyhhh lepas segala azab sakit bersalin weyhh!!

Akhirnya rasa jugak sakit bersalin tu macam mana..sakit yang tak boleh digambarkan langsung..dulu masa pregnant beriya nak gap anak first dengan second tu dekat..bila dah rasa sakit azab bersalin tu terus tanamkan tekad dalam diri nak gap anak lepas nie 2 tahun..phewww sakit oiii..(kalau termelekat awal rejeki tu namanye..hahaha)

Meh aku share sikit time2 kemuncak aku dah nak bersalin tu..

16 hb hari jumaat sebenarnya dah keluar tanda lendir plus darah..sebelum tu pon dah keluar lendir putih hari2..bila dah keluar darah ni aku kena get ready jelah..anytime je boleh sakit..so sepatutnya kalau dah keluar tanda begitu aku kena terus ke hospital tapi aku xrasa sakit langsung..xsuka stay hospital punya pasal aku buat derkk jelah..sampai hari ahad pagi tu aku dah rasa sakit pinggang kejap2..first baby kan so xtau sakit contraction tu cmna..sampai petang aku rasa makin sakit tapi xpergi hospital lagi..aku try nak pergi klinik untuk cek bukaan je..tapi semua klinik tutup sebab hari ahad..last sekali aku try pergi klinik salina klang..kebetulan klinik tu bukak..aku cerita lah kat doktor semua pasal sakit aku then doktor tu suggest aku terus ke hospital takut jadi apa2 dekat baby..lepas tu terus aku direct ke PPUM..

Kat PPUM plak bila aku bagitahu je dah keluar lendir plus darah terus kena tahan dalam labor room dulu untuk cek bukaan..masa tu doktor cek dah bukak 2cm..terkejut jugak masa tu..terus kena tahan wad..masuk wad dalam pukul 6.30 ptg..kat PPUM 1 bilik share 4 orang tapi wad aku tu ada 2 orang je..2 lagi kosong..patient sebelah aku tu dah sakit2 dah sampai nangis2,.lepas ibu dan husband hantar aku kat wad terus diorang gerak balik..tinggallah aku berdua je..lepas maghrib jiran aku tu dah ditolak ke labour room sebab dah bukak 5cm..tinggal lah aku sorang..xlama lepas tu aku dah rasa lain macam dah..sakit contraction tu datang tiap 5 minit..bila nurse cek baru bukak 3cm..apesal sakit sangat nie padahal baru bukak 3cm kot!! bila dah sakit2 tu kalau baring atau duduk makin bertambah sakit..so aku berjalan2 lah kat wad tu..ada sampai satu tahap tu aku nak mintak czer je sebab xtahan sakit tapi otak aku waras lagi dan masih boleh fikir susah nak jaga perut kalau czer..so time tu terpaksa tahan jugaklah sakit tu..sampai bukak 5cm aku ditolak masuk ke labour room..

Masuk labour room pukul 1.30 pagi..bukak je 6cm aku terus rasa nak teran..rasa macam ada benda nak keluar tapi tersekat..aku hanya diberi gas untuk disedut untuk hilangkan rasa sakit tapi sakit tu still rasa kot..cuma kau lalok jela kalo sedut gas tu sampai xboleh bukak mata..lama jugak bertarung nyawa dalam labour room..sejam setengah aku teran untuk keluarkan kepala baby sahaja! bayangkan betapa seksanya time tu..tepat 5.23 pagi aku dah selamat bersalin..tu yang fuuhhhh lega sangat tu! keluar je baby terus baby diletak atas dada aku untuk digunting tali pusatnya..aku pegang dan bagi salam kat umat nabi muhammad yang baru nak tengok dunia..alhamdulillah..hilang segala sakit lepas baby keluar..sakit kena jahit pon hilang lepas tengok baby terkedip2 mata nye kat sebelah aku..happy sangat time nie tapi letih ooiii!!

Masa berpantang pulak aku nie jenis xpantang betul2..jalan pon laju xslow2..yela aku rasa macam dah xsakit sebab tu main redah jalan laju..bila pantang rumah mak mertua, bapak mertua aku selalu tegur jalan slow2..selalu tungku..tapi aku malas sikitlah nak bertungku bagai nie..hehee..mula2 je rajin..dah pantang beberapa minggu mulalah kemalasan melanda diri..tapi kadang2 aku buat jugak cuma xhari2..tapi weyhh bila dah jalan laju xingat dunia tu baru aku rasa kaki kanan aku kerap sakit dan lenguh..tu maknanya sistem dalaman kita belum betul2 pulih..so kesimpulannya?? berpantanglah secara berhemah ye!

3 hari berpantang aku dah pergi mengurut..3 hari jek ngurut..kalau nak ambil banyak hari pon xpe..depends kita lah..badan kita kan..cuma lepas berpantang pon sepatutnya kena mengurut jugak tapi tukang urut yang biasa urut aku tu sakit masuk hospital..so terpaksalah tunggu dia betul2 pulih untuk urut aku balik..hurmmmm..

Bab makan pulak aku xjaga sangat..wahahaah..tu pasallah sekarang ni dah habis pantang pon badan aku xberapa sihat sangat..bila makan tu kadang2 aku cuit sikit2 meehun..makan makanan berangin..kesannya kena pada anak..ha padanlah muka aku kan!! anak aku breastfeed so memang 100% kena jaga makan macam elakkan makanan sejuk dan berangin ni sampai baby 6 bulan..secara xsengajanya ia mendidik aku supaya bersabar..hurrmmmm lagiiiii..

Dari segi pemakaian bengkung pulak..pakailah hari2 ye mommies2 yang tengah berpantang!! jangan jadi macam aku pakai pon kadang2..rimaslah bengkung xsuka sebab sekarang musim panas..pakai bengkung kan kena ketat2 so bila nak susukan anak tu jadi xselesa..so aku malas nak pakai just sapu je krim halia kat perut..that's it!

Jomlah tengok gambar baby aku pulak!winkk!


Nama diberi Areeq Alfy Hazimy bin Mohd Zubair..berat masa lahir 3,30 kg..gambar ni umur die dah sebulan lebih..sebulan checkup berat dah naik 4,40 kg..2 bulan checkup naik lagi 5,30 kg..penangan susu badan gamaknya nie..

Oklah nak stop sebab banyak lagi story yang aku nak cerita next entry..bye!