Monday, March 30, 2015

Family Honeymoon - Cameron Highland

Lepas je habis pantang teruslah kepala aku duk ligat pikiaqq nak berjalan pulak..nie namanya balas dendam setelah 44 hari terperuk kat rumah xde buat apa..wahahaah (gelak keji gilerr)..

Pada awalnya plan aku nak ke pulau langkawi dan hanya kami bertiga sahaja..tapi suami i ajak pulak parents dan adik dia..so aku akur..(cehh cam sedehh jekk??)..yela baru nak berdating kehhnnn..tup2 kena pergi dengan family..meleleh jugak ayaq mata ni nohh..(awat cakap utgaha nie??bukan pergi pon..)

Planning nak naik kete je tapi bila memikirkan cuaca sekarang tengah panas tahap nak berendam dalam kolam satu hari jadinya planning pon berubah ke cameron highland..kesian pergi time tengah panas dengan bawak baby lagi..kang mengamuk xtentu pasal kang sebab panas..disebabkan itu plan pon bertukar arah..best jugak sebab sejuk..

Hari pertama..

Misi bermula hari isnin 9 Mac 2015..baru je awal bulan hari tu..macam biasa mak mertua aku bila pergi bercuti dia suka masak sendiri dari makan kat kedai..xsedap, membazir dan xbersih katanya..habis periuk belanga semua diangkut..hahaha aku tipu! xdelah periuk belanga mana pun..1 periuk je, telur 1 papan, kicap, pinggan dan ade lagilah barang yang penting2..ha dapur kecik ajaib xleh lupa! kang nak masak guna apa?? lagiii?? xpasti sebab bukan aku yang kemas! (menantu ke hantu nie??) lepas semua siap packing kami terus gerak dalam pukul 12.00 tengah hari..

Perjalanan kami non stop sampailah di simpang pulai kami berhenti jap nak ke toilet nak membuang..berapa lama duk dalam kereta menahan..hoho..kebetulan pulak sebelah stesen minyak ada orang jual nasi bajet dengan apam balik yang kecik kering tu..kami pon belilah apam balik tu RM2...dapatlah jamah sikit menghilangkan kelaparan yang melanda..lepas tu kami terus gerak ke destinasi..

Sampai di Cameron Highland pukul 4 lebih xsilap..masa kat atas tu barulah decide nak stay kat mana..adik ipar aku dulu pernah ke sana dan menetap di salah satu apartment tapi dia lupa yang mana satu..kami decide xnak stay kat brinchang sebab kat bawah xsejuk..so cari punya cari dah jumpa dah Rose apartment..Rose apartment nie terletak di belakang Key Farm..baru aku tahu belakang Key Farm nie ade apartment..ingatkan pasar semata..selepas beberapa minit cari owner call bagai nak sewa kami pon dapat sewa satu apartment kat tingkat 2..


*gambar aku cari kat pakcik google jek sebab gambar kat phone dah delete

Korang boleh google lah tengok gambar dalam apartment nie..malas nak letak gambar sebab dah xde..xbest ambik kat google..hohohoh..honestly sangat berpuas hati..masa tu kami dapat rate RM200 satu malam..kami stay 3 hari 2 malam..mula2 bangla tu letak RM280 tapi laki aku kan pandai temberang pusing sana pusing sini dapatlah RM200..okla agak murah untuk apartment..

Masuk je rumah tu perghhhhh sejukkk tahap bekuu macam pijak ais batu! so kenalah pakai selipar2 yang dah disediakan..kalau xpakai sejuknya tu masuk sampai terasa kat tulang nie..biasalah dah tempat sejuk kan so xdelah sediakan kipas ke aircond ke..1 rumah ade 3 bilik..1 master bedroom 2 lagi kecik siktlah..welll master bedroom tu menjadi hak akulah sebab ada baby perlukan ruang yang besar nak golek2 atas katil..hehe..(nasib dapat family yang memahami giteww)..

Masuk je rumah kami berehat2 sebentar..agak selesa dan best lah apartment nie..ada beranda..dan view kat beranda tu ladang teh boh dan apartment lain..cantik sangat..apartment nie betul2 atas bukit sebab tu sejuk sangat..untuk fasiliti aku bagi rate full 5/5..apartment nie recommended lah for those yang nak bercuti kat cameron..kalau brinchang xsejuk sangat..

Sampai pun dah petang so aktiviti malam hanya makan..seriously nak makan sangat kat restoran steamboat fauzi kat brinchang tapi tutup plak..alahaiii..ingatkan sebab hari isnin tapi malam kedua pon kami pergi tutup jugak..xde rezeki nak rasa steamboat sedap..yang nak makan steamboat kat cameron nie aku recommend jugaklah steamboat restoran fauzi nie..restoran agak terpencil kecik je kat hujung tapi sedappp!

Lastly kitorang makan kat restoran thailand kat brinchang jugak..restoran yang aku pernah makan dulu masa honeymoon ntah kali ke bape ntah time tu..hehee..alaaaaaa xde gambar sebab dah delete..well aku kan pembersih asek mengemas album phone je..gambar yang aku rasa xnak simpan ke tong sampah lah jawabnya..malam tu kami makan seafood..kuah tomyam agak masam2 sikit sebab biasalah thailand kan..lepas makan kami singgah kedai runcit jap nak beli barang dapur..

Hari pertama xde aktiviti sangat..malam tu fikir banyak kali nak mandi ke xnak..tapi rasa badan macam xsedap so mandilah jugak..lepas mandi je ape lagi golek2 atas katil dan tidoqq!

Hari kedua..

Aktiviti bermula pada hari kedua..untuk breakfast mak mertua aku yang masak..simple menu je pagi tu..sardin, sayur kobis, telur goreng, air nestum..tu je rasanya..oklah dah memadai nak isi perut yang tengah lapar nie..sedap jugak masak sendiri dari makan luar..baru terasa nikmatnya walaupun menu yang agak simple sangat..thanks makk!!

First place kitorang pergi semestinya Lavender Garden..jom tengok gambar..malas nak taip..

*Inilah kami..aku yang peace not war sangat tuh*

Lepas sampai terus bergambar reramai..Lavender Garden ni berbukit tau..nak masuk je kena mendaki..bapak mertua aku guna wheelchair so yang tukang tolak nye laki aku lah..agak susah sebab naik bukit kan..


Lavender garden nie ade 2 tingkat..nie lepas penat mendaki bersantailah dulu makan kek, cheese tart dan hot milo..harga?? mahal lah jugak..

Lepas makan kami berselpiaqq kat taman bunga..

*Candid bau bunga padahal bukan wangi pon tapi nice pic*


*Gambar ni aku nampak kuyusshh lahhh..kawan I cakap..aku xkata apa2 pon*

*Selfie sendiri sebab laki aku ntah mana..adik ipar aku tuh kat belakang pon tengah selfie sendiri*

Tu je gambar yang aku nak letak..malas nak download bebanyak..huhu..destinasi seterusnya ke sungai palas pulak..nama je sungai tapi xdak pon..bukit bukau je merata..


Bila tengok ladang teh teringat mak mertua aku pernah cakap..ladang teh tu macam rumput yang ditampal2..ntah kenapa macam lawak sikit aku rasa..aku soranglah rasa lawak kan??cett!! ok dahh jom tengok gambar lain pulak..(maluuuu)

*Nyenyak areeq tidur..seronok berjalan macam nie*

Jom mendaki Mossy Forest pulak!! tinggi giler kot nak naik..kereta pon mengaum je bunyi nak daki pergi tempat nie..


Takut jugak nak bawak areeq keluar sebab hutan kan..budak kan nampak macam2..time nie lepas breastfeed die sebab tu die senyap..


Sempadan perak pahang tuuuu!! tinggi nak daki sampai sini..akhirnya aku berjaya!! sebenarnya laki aku dah kedepan..aku mendaki berdua dengan adik ipar..kuanggg ajaaqqq!

*Hengat badan besar gemokk xboleh mendaki ke?? biar gambar berbicara..*

Sebenarnya aku xtahu sampai mana penghujung laluan2 berkayu tu..kalau foreigner mereka mungkin akan daki atas lagi..kami daki sampai sini jekk..penat mengah tahap gaban time nie tapi muka ceria sebab puas hati dah naik sampai sini..next time xnaik dah kot..


Time nie nak turun nak balik..laki aku suka betul tangkap gambar kat signboard nie..mungkin sebab nak tunjuk yang *aku sampai sini jugak akhirnya!!(sambil hidung kembang kuncup berkobar2)* errkk mungkinlah kot..hehehe..aku pun tumpang sekaki jugak..

Next ke Raju farm lahhh kiterrr...Rajuu oohhh rajuu!

*Sebenarnya xperasan roti tu separuh*

Kat raju farm nie kami makan jelah..aku makan kek dan makanan kat atas ni adik ipar aku yang makan..sedap..nama makanan nie ape aku dah lupa..tapi compare raju farm dan sungai palas, scone kat sungai palas sedap sesangat! refer gambar kat atas, scone tu yang roti bulat gebu gebass dimakan bersama jem, mentega dan krim sepatutnya..kat raju farm ni hanya krim dan jem je..scone nie pon recommended jugak kalau nak order makan..


Yang nie kami dinner di steamboat snack corner..rate aku boleh bagi 4/5 untuk steamboat..tapi aku makan chicken chop..bolehlahh bagi 3/5..gambar makanan xdakkk sebab sibuk makan xhengat nak ambil gambar ponn..

*Pergghhhh gigillll!!*

Sempat singgah copthorne ambil gambar jap..lepas tu kami terus balik dan tidurr..zzZZZzzZ...

Hari ketiga..

Bersiap sedia untuk balik..packing time! balik je kami singgah di Bharat Tea House..kotlah sebab lupa nama..hehe..tengok jelah gambar..




Ok dah habis dah ngantuk nak tidur..byee!

P/s: Tunggu next trip plak mungkin ke Melaka atau Penang..tunggulah entri aku kalau nak tahu aku kemana..











No comments:

Post a Comment