Monday, February 24, 2014

Aku Malu!!!

Peristiwa yang aku rasa bila ingat je aku akan gelak xsedar diri a.k.a gelak setan...hahaha..nak tulis nie pun asik nak gelak je..hahahah..oklah aku cerita ye..macam nie ceritanya..

cerita nie, hari nie punya cerita..aku kan kalau dah pukul 6.00 pm tepat aku akan kemas2 barang aku siap2 nak baliklah walaupun office hour aku pukul 6.05 pm..aku kan bersemangat waja kalau nak balik..padahal 5 minit je dah sampai rumah..bersemangat xbertempat betul perempuan nie..hehehe..

ok habis je aku kemas2, aku teruslah naik lif turun bawah dengan ofismate aku..kat ruang bawah ofis tu ada receptionist dengan boleh dikatakan 2 orang director company jugaklah sebab anak bos kan tengah duduk kat kerusi nak balik jugaklah kot...main pintu ofis aku tu lutsinar tau..standard pintu ofislah..tiba-tiba jalan punya jalan..

gedegaaanngggg!! aku terlanggar pintu tu weyhhhh!!! malu sioootttt!! director tu siap gelak2 kat aku..yang lagi sorang terlopong tengok aku eksiden kat pintu tu...ofismate aku boleh terkezzuuuttt tengok aku eksiden...hahahahhahah...terkezuutt bukan apa, sebab bunyi kuat sangat macam gajah jatuh pokok tau x.. sakit kepala sampai balik terasa lagi..aiyyyoooo! serius aku xperasan pintu tu tutup..aku ingat bukak dengan sebesar2nya dan boleh aku keluar dengan selamat...dah takdir eksiden pulak...hahahaha..bukan mereka je yang perasan, pak guard yang berdiri kat main gate depan ofis aku tu pun nampak weyhh! 2 orang guard nampak...eeeee malu sangat!!! bila aku nak keluar kat main gate tu, pak guard tu cakap, "ha tulah nak cepat balik sangat"..heheheeh...aku hanya mampu tersenyum kambing sambil tangan pegang kepala..hehehehehe..

kalau korang nak tahu, nie dah kali ke-2 kot aku eksiden kat depan tu...tapi yang nie paling malu sebab ada 2 orang director tengok aku...apelah nasib badan malang sangat hari nie..huhuhuhuhu...

iklan jap bersama BTS - Boy In Luv dance practice..the best!!


first lagu diorang yang aku minat gileerrrr! dan dance yang daebakkkk sangat!!! enjoy!

p/s: next time aku akan lebih berhati2 dengan pintu tu..kejam kau pintu..kau rabunkan mata aku supaya aku nampak kau terbukak padahal kau tertutup rupanya.....isk isk isk...(-_-')

Friday, February 21, 2014

Perempuan Vs Lelaki. Siapa Kuat Cemburu?

Bila bosan2 tadi saja2 lah aku google search "cemburu images" dan aku jumpa images kat bawah nie..macam seronok pulak nak cakap tentang cemburu..lalu aku pun terdetik nak tulis 1 entri berkenaan ini..asal terdetik je baru nak tulis kan..tunggu hati berdetik detik ke baru nak update cik zurin ooiii!


perempuan vs lelaki. siapa yang kuat cemburu?? korang rasa?? aku xnak bercerita secara general sebabnya ak xtahu yang mana..so aku bercerita tentang aku dan tunang aku jelah..sebab kami dengan perkataan cemburu nie xdapat dipisahkan..yang terlebih lebihnya haku lah sapa lagi..wahahaha..

kalau bercakap tentang cemburu antara aku dan tunang aku, mestilah aku yang lagi kuat cemburu...kat sini aku boleh definisikan cemburu nie ada 2 jenis, 1 cemburu xbertempat atau cemburu buta dan 1 lagi cemburu bertempat *buta dah ada, yang nie apa pulak? rabun? hahaha..*..dan jenis cemburu yang aku ada adalah kedua-duanya sekali! wahahaha..*gelak padan muka kat tunang aku*..aku pun xtau mana datang nya cemburu aku tersangat nie...xboleh nak ubah pulak tu..bukan xboleh tapi susah dan xboleh..*kadang2 aku rasa ayat aku pelik*..tapi aku boleh huraikan kat sini, bunyinya camnie..

cemburu nie bagi akulah, ia datang dengan xsengaja..manusia xkan cemburu xbersebab..mesti ada sebab atau kisah silam seseorang itu yang membuatkan bila seseorang itu bersama pasangan nya yang lain, akan datang perasaan cemburu tu..contohnya bila kamu bercinta dengan pasangan kamu sekarang, cemburu kamu tu boleh dikawal lagi atau xberapa nak cemburu sangat..disebabkan kamu dah memberi sepenuh kepercayaan pada pasangan kamu..tapi bila pasangan kamu buat hal atau main kayu tiga, kepercayan tu serta merta patah dan perasaan sayang terus bertukar benci..dan bila kamu bercinta dengan orang lain pulak, diri kamu dah berubah menjadi seorang yang kuat cemburu sebab dah xde kepercayaan sangat dekat pasangan baru kamu..ataupun kamu lebih kepada berhati2..kalau pasangan kamu main2kan kamu, xdelah rasa sakit hati sangat kan? *aku cakap macam pro sangat*

bagi aku, cemburu nie bukan perempuan je..lelaki pun ada yang kuat cemburu..tu kes yang kongkong mengongkong tu, xke laki yang kuat cemburu?? sampai bunuh2 pun ada..zaman sekarang macam2..disebabkan perasaan cemburu, sebaik-baik manusia pun boleh berubah menjadi syaitan..betul x?? 

macam aku pulak, aku cemburu memang kuat..pengakuan jujur nie..sebab apa?? sebab dah mengalami pelbagai susah senang atau rencah kehidupanlah..pernah dicurangi, pernah jugak mencurangi..macam orang selalu kata "what you give, you get back" something like that lah..hehehe..dan terlampau sayang pun boleh jadi jugak..cemburu yang terlampau disebabkan terlampau sayang..ada kan?? korang pernah rasa perasaan tu?? aku pernah rasa..=)



cemburu tu kadang2 bagus jugak..ia menunjukkan betapa kamu sayangkan pasangan kamu..dan pasangan kamu nie kenalah hargai..kang xcemburu kang, kang xsayang kang..hehe..tapi cemburu buta pun xelok..boleh merosakkan hubungan satu sama lain sama ada yang dah kawen ataupun belum..ada jugak lelaki yang xsuka pasangan nya cemburu terlampau buta..maksudnya terlampau sangat2..lelaki akan rimas kalau berpasangan dengan perempuan sebegini..tapi bila lelaki pulak yang cemburu buta acaner pulak tu?? lain kan kalau lelaki yang cemburu..perempuan ibarat patung boneka dia ke hape sampai kena ikut segala arahan..



Beza cemburu perempuan dan lelaki..

Perempuan...
perempuan kalau cemburu buta kat pasangan dia, kalaulah laki tu xtahan, rasanya dah kena hempuk dah..biasalah kuasa di tangan lelaki..ibarat macam "you xboleh nak kongkong2 I, sukahati I nak keluar dengan sapa, nak pergi mana, nak buat apa"..kalau dapat laki camnie aku rasa dah kena tinggal dah..nie sayang ke xnie boleh pulak cakap camtu kat gf dia kan..kalau ada yang tahan, lantak pi lah...sayang hingga hujung nyawa sangat..puih!

tapi, tapi, tapi...bukan semua lelaki macam kat atas nie..ada jugak bila perempuan cemburu lelaki sanggup tinggalkan kawan ke atau scandal ke gf lain ke tau..disebabkan dah ada perasaan serius terhadap sorang perempuan, laki sanggup tinggalkan segalanya demi orang yang dia sayang...untung kalau dapat lelaki sebegini..bila dapat yang betul nak buat isteri, segala scandal mandal semua hilang campak entah kemana..

Lelaki...
kalaulah lelaki pulak yang cemburu tahap gaban nie, aku rasa perempuan ikut je apa kehendak laki tu..sanggup tinggalkan kawan2 rapat sebab bf xbagi kawan..sanggup xkeluar rumah sorang2 sebab bf xbagi..padahal sebelum nie boleh je merempit sorang2 sampai 1 kampung kenal..katanya kalau xikut semua arahan maksudnya dah xsayang..mungkin lelaki tu boleh buat perkara2 yang diluar jangkaan kalau gf dia degil xdengar cakap..sampai macam tu sekali tahap cemburu seseorang boleh jadi..

*aku nie bagi beza tapi macam xde beza je*

lelaki selalu cakap, "nanti dah kawen, you kena dengar cakap I tau 100%"..kadang2 aku annoying bila tunang aku cakap camnie, tapi bila pikir ada betulnya jugak..syurga dibawah telapak kaki suami..dan mungkin lelaki pikir, perempuan yang betul2 nak dijadikan isteri tu sudah hak milik walaupun belum berkawen..kiranya si lelaki mahu menjaga segala apa yang si perempuan miliki termasuk aurat..sebab tu perasaan cemburu tu datang..*hamboii pandainya lah aku bermotivasi*

macam aku, aku cemburu memang buta..buta eh bukan rabun..dulu cemburu aku tu memang teruk sebab dalam sehari tu aku rasa berpuluh2 kali aku akan call tunang aku untuk tahu dia buat apa..macam kena reportlah...kalau dia cakap tengah keluar ke apa, otak aku ligat pikir dia ni keluar dengan perempuan ke apa sampai xnak bagitahu aku..ha camtu..kalau keluar dengan lelaki pun aku akan hangin..owh keluar dengan aku xde masa tapi dengan kawan2 ada masa pulak..cemburu yang abnormal kan?? kalau ikutkan banyak je benda yang boleh buat aku cemburu..aku rasa aku akan ok atau xmarah2 bila jumpa je..bila dia xde depan mata mula aku nak pikir bukan2...kronik dah nie..

tapi sekarang aku dah xmacam tu..mungkin bukan totally berubah, tapi adalah sikit perubahan aku..aku rasa tahap cemburu aku tu menjadi2 sebab nak kan perhatian sebenarnya..aku nak tunang aku sentiasa call or mesej ke..berkepit selalulah..sekarang cuma aku mintak dengan dia, kalau nak kemana-mana even nak hangout dengan kawan2 dia macam pergi karok ke, informlah aku kan..atleast aku tahu kemana dia pergi..kalau h/p cas kena tinggal kat workshop atau rumah, tu pun aku nak dia inform..sebabnya aku call xkira masa..anytime aku akan call dia..dan bila dah call paling banyak 3x la eh xangkat, xmenyinge?? hehehe..oi lari topik nie..=p

aku nie kalau orang tanya "kau kuat cemburu x?"  jawapan aku...


rasa nak ego aku cakap lah "me? jealous? xlahhh" sambil gelak..dalam hati "YES I AM!" wahahahaha..

for incik tunang, this is for youu...


kesimpulannya bagi aku, xde istilah siapa lagi kuat cemburu..sebabnya dua2 boleh ada perasaan macam tu..melainkan ada manusia yang mampu nak buat survey ke research ke longitudinal study ke tentang cemburu nie..ha aku mula dah nak keluarkan istilah research method aku..dah bersemangat waja ke apa aku nie..tapi selalunya setiap pasangan nie kontra perangainya..kalau lelaki kuat cemburu, yang perempuan pulak relek je cool je..bila perempuan pulak kuat cemburu akan dapat lelaki yang cool ataupun kaki pujuk..aku rasalah..sebab aku dengan tunang aku sangat kontra..dia joyah aku pendiam! wahahaha..pendiamlah sangat! puih!

p/s: aku cakap je xnak cerita general tapi general jugak aku bagi..tentang entri nie cuma pendapat aku je..mungkin pendapat orang lain berbeza..biasalah manusia rambut sama hitam tapi hati lain2..*eh! apakah?* maksudnya pendapat lain2lah..aku dah lost xde idea dah sebab nak tidur punya pasal..nampak macam berterabur kan entri aku..xpelah yang penting bukan bahasa tamil..kbai!

How we met?? where?? and when??


Ok bercerita tentang perkenalan aku dengan tunang aku nie al-kisahnya kami bertemu masa aku sekolah menengah pada tahun 2004..masa tu form 3..sekolah aku ada anjurkan bengkel kecemerlangan PMR kat Pandamaran kalau xsilaplah..dah lupa dah sebab dah zaman tok kaduk sangat kan...bengkel tu selama 3 hari 2 malam..aku pun joinlah..niat nak join tu bukan nak belajar sangat pun..zaman budak2 baru nak up kan..geng2 aku pun join dan boyfriend I time tu pun join jugak..kiranya macam nak dating ke apa time nie entah aku pun dah lupa..hahahah..aku gerak ke Pandamaran naik bas hari jumaat tu..aktiviti2 yang ada kat sana aku dah lupalah apa dia..ok nie part perkenalan aku dengan tunang aku..

aku pun xtahu kenapa hari kedua tu ramai orang kenen2 kan aku dengan dia...kenapa?? aku xkenal lah dia..aku dah ada bf kot! mana boleh curang..eceh! bajet je xcurang masa tu..padahal..hahaha...pagi masa kitorang semua nak turun bawah sebab ada aktiviti pagi, aktivitinya macam kawad kaki lah lebih kurang, kawan aku tunjuk kat aku macam nie "tulah orangnya!" ha macam tu...kiranya sebelum tu aku rasa aku tanya sebab aku nak tahu kot lelaki mana yang bertuah sangat suka kat aku yang macam singa nie..hahahaha...pagi tu lah aku kenal dia..aku ingat lagi dia pakai baju putih dan berseluar biru..first impression aku pandang dia, aku xrasa apa2 pun..dalam hati, dahlah xreti kawad...kuikuikuikuikui...yela aku kan kawad sampai perigkat sekolah..masa tu kalau dah sampai peringkat sekolah dah kira hebatlah jugak..

disebabkan aku dah lupa kejadian macam mana kawan2 aku boleh kenen2kan aku dengan dia, ini huraian aku sendiri eh..makanya aku rasa dia nak kenal aku dulu kot..mungkin dia ada bercerita kat kawan2 aku pasal aku..dan dari situ boleh terjadinya kenen2 nie kan?? hehehe... sejak dari peristiwa yang aku dah kenal sapa orangnya, mulalah kawan2 aku dok sakat2 aku lagi dengan dia..moment yang aku ingat masa tu kejadiannya malam...dia ada say "hye" kat aku..hehehe..masa tu malu2 kambinglah I..dahlah aku dulu free hair dengan gaya ala2 tomboy..tahu aku pakai apa malam tu?? rambut aku sanggul..pakai sweater yang ada corak2 askar *sweater abg aku*..seluar tracksuit je rasanya..nampaklah aku bukan nya ala2 perempuan melayu terakhir..macam yo yo oww2 gituh..hehehe..

lepas dia say "hye" tu aku "hye" lah balik kat dia..memang xde nak borak2 pun sebab aku malu..dan nanti apa kata bf aku kan..huhuhuhu...tapi yang xbestnya aku dapat tahu bf aku ada berkenalan dengan sorang perempuan nie..aku apa lagi, dengan muka xmalunya masa nak balik tu, aku pergi mintak no. tunang aku nie..kenapa aku mintak no. kan? sebabnya dah bf aku buat hal sapa suruh?? dia nak kenal dengan perempuan lain, aku pun kenal lah dengan lelaki lain..nie namanya balas dendam!! hahaha..

ha dari situlah perkenalan kami dengan xsengajanya..dengan xsengajanya lagi aku pun call lah dia malam tu...kredit h/p ada rm20 xsilap..habes gitu je bergayut..hahahaha..sejak dari itu kami selalu mesej dan call sampailah datangnya perasaan suka, cinta, sayang dan seangkatan dengannya lah..hehehe..nak tahu kami jumpa balik bile?? setahun lepas tu...umur pun baru 16 tahun..first date kami di sunway lagoon..macam xmatang kan kat sunway lagoon..apa2 jelah yang penting aku happy! =p

kalau korang nak tahu aku nie dulu setahun tu boleh dikira berapa kali kitorang date..sebabnya masa form 4 dia bertukar ke sekolah teknik..sekolah asrama pulak tu dengan xbawak h/p nya..macam mana nak gayut kan..so dia akan call aku bila dia balik rumah bercuti..ataupun dia akan curi2 keluar hostel untuk pergi public phone sebab nak gayut..hahaha..

tapi hubungan kami xdelah straight 10 tahun kawan..ada putus2 jugak..ada dugaan2 jugak, ada susah payah jugak..tapi alhamdulillah kami jumpa balik pada tahun 2011 sampailah ke hari ini..dan nak kawen pun lagi sebulan..bila ingat balik perkenalan tu macam xsangka aku dah nak kawen dengan lelaki yang dulunya playboy, naughty, suka sakitkan hati aku..tapi tulah perasaan suka nie bukan aku yang nak..Allah yang bukak pintu hati aku nie untuk dia..aku terima lah seadanya...hehehe..

ibaratnya masa bercinta asek putus couple putus couple lah..bila putus aku still nak tahu perkembangan dia..begitu jugak dia..kenapa putus tu ada yang aku buat hal, ada yang dia buat hal..alah budak2 lagi..masih xtahu erti cinta sebenar..walaweeiiii!!! nie aku ke yang cakap nie??? macam xpercaya je..malu aku kalau tunang aku baca entri nie..hahahaha..

kalau nak cerita tentang kami dalam masa 10 tahun kawan nie memang panjanglah..tu pasallah entri aku bertitle HOW WE MET? WHERE? AND WHEN?..

p/s: Kalau nak cakap pasal sayang, sapa yang sayang sapa lebih, nampak macam akulah yang sayang dia lebih..yang terkilan nya hati nie bila aku tanya dia "camne dah suka?dah sayang?" dan dia boleh jawab "baru nak berputik"..tapi sekarang nie bila aku tanya lagi dia akan jawab "dah berbunga2 dah pun"..hooowww sweetttt!!hahahah..eh dahlah aku sebenarnya macam ada perasaan geli2 sikit bila nak cerita pasal nie..malu pun ada..ok aku stop sekarang! bye!






Thursday, February 20, 2014

Aku Ada Perasaan Tapi Macam Tak Ada Perasaan

Normally perempuan2 yang selalu excited lebih kan kalau lagi sebulan je majlis kawen...lelaki ada yang excited x?? ke takut nak akad nikah?? huhuhu...aku saja je tulis entri nie sebab majlis aku kan xlama lagi..sebulan je lagi sebelum aku bergelar puan atau mem besar...wahahaa..tapi aku rasa diri aku nie pelik sebab aku belum rasa excited tu...boleh x aku rasa cmnie?? eh jangan salah anggap..aku memang nak kawen tapi excited nya lambat..macam masa tunang dulu, ingat bila harinya dah tiba aku nervous ke?? korang rasa?? excited dengan nervous aku datang bila bakal mak mertua aku masuk bilik nak sarung cincin...hahahaa..bila dah sarung cincin excited dengan nervous tu hilang pudar pergi begitu saja..hahaha..

aku pelik kat diri aku sendiri sebabnya bila aku nak exam ke test ke datang pulak rasa cuak takut semua..bila tunang ke atau nak kawen lagi sebulan nie sepatutnya dah rasalah nervousnya tu kan..tapi aku?? tetap begini ...slumber badak orang kata..eh badak2 nie sensitip tau! hahaha...

ada satu sebab yang aku rasa aku macam xde perasaan nie..tapi aku bukan nya orang yang xde perasaan hati batu macam tu..aku nie sensitip tau x..kuat nangis touching bagai..ok sambung, aku rasa sebabnya aku dah kenal tunang aku tu almost 10 years kot...dan dekat2 nak kawen nie lah kitorang kerap keluar date semua..kadang2 bukan date semata, banyak urusan orang dah nak kawen nie..so kami setelkan berdua..tapi sebab tu ke huh?? lepas tu sambil menyelam minum airlah..aaiip! jangan pikir bukan2! maksudnya sambil uruskan kawen sambil tu lah dating sekali..ha siap hipotesis lagi aku bagi nie..hahaha..

korang nak tahu sapa yang lagi excited?? of couselah ibu aku! semalam siap uruskan goodies yang nak bagi kat tetamu, siap masukkan kad kat dalam sampul..haihlah ibu aku nie..yang goodies tu ibu aku just staple2 tag terima kasih kat goodies je..tapi banyak kot goodies nya..siap semua hokey! aku?? balik kerja je dah setel dah semua..aku nak tolong apa?? tolong tengoklah jawabnya..hehehe..tapi betullah sebab orang tua atau parents nie ketua rumah..maybe ibu aku nervous nya dari segi macam ada ke orang datang nanti, cuaca pulak hujan ke panas ke..kalau hujan kan susah..lancar ke majlis aku..lauk pauk nya nanti cukup ke untuk tetamu..xnaklah bila tetamu datang ada lauk yang dah habis..ibu aku kata lagi bagus kalau berlebih daripada xcukup...

ha tapi aku xterpikir macam tu..maksud aku nervous parents aku dengan aku lainlah...aku xnervous mungkin sebab aku pikir semuanya dah ok...tinggal majlis je..oh borang xsetel lagi! tinggal tu jelah...tapi ibu aku nervousnya dalam hal2 yang sedemikian...

nie macam quick postlah sebab tengah tunggu nak balik nie kan...macam mana aku boleh kenal tunang aku??

to be continue...

p/s: sampai sekarang nie aku masih terpikir tentang study kat overseas..masih tercari2 uni mana yang sesuai..agent mana yang boleh diharap..sengal kan?? hahahah..

Tuesday, February 18, 2014

Terdetik Sekejap. Tiba-Tiba Rasa Macam Nak Sambung Belajar Kat Luar Negara.



Terdetik sekejap. terdetik cuma. cuma beberapa minit lepas..erm xminitlah beberapa jam lepas aku tiba tiba terdetik nak stop belajar kat UiTM dan apply sambung belajar overseas...boleh x aku pikir cam nie??

aku terpikir masa dalam pukul 5 lebih tadi..aku sebenarnya kalau xde kerja kan aku dok blogwalking blog orang..aku adalah follow sorang blogger nie..dia ambil master kat UK dan post2 dia kebanyakan nya tentang student life dan course dialah..nampak inspired aku sangat tau! walaupun course dia jauh beza dengan course aku..sebelum nie kan aku nak sangat study overseas..macam xsabar dan nak stop study kat uitm dan apply uni luar..aku kan kalau nak sangat aku akan usahakan..kang xpasal2 aku pergi apply jugak kang! aku nie unpredictable..hahaha..

bukannya aku dah putus harapan sebab ada paper repeat, aku memang nak sangat study overseas..kalau nak tunggu PhD macam susah sangat je kat overseas..so aku nak lah buat time master nie..aku xcakap kat siapa2 lagi kerja gilerr aku nie..kang aku apply senyap2 kang..kalau dapat boleh aku yehaa2!! kalau xdapat senyap jelah..aku xdelah malu..kan? hehehe..

tapi bila study overseas, aku akan jauh dengan family terutamanya..jauh dari rumah..jauh dari kengkawan..dan aku takut nak adapt dengan environment kat sana..yelah study overseas aku nak kena communicate kot dengan orang sekeliling..dengan lecturers..dengan accent diorang..hengat senang nak paham?? fiuuhh~~ mencabar sangat! kang tercengang2 pulak aku kang..subject aku pun nanti belum tentu susah senangnya..tapi aku nak lah cabar diri aku..tengok orang travel europe memang best..tapi aku bukan sekadar travel tapi kena jugak struggle..

terang2 lah nanti aku nak sambung aku dah kawen..kalau rezeki aku dapat baby cepat, camne aku nak sambung?? dah ada anak kena ada tempat tinggal yang selesa..husband aku pulak?? mestilah kena ikutkan..mana boleh tinggal..nanti husband aku nak kerja mana?? semua tu aku kena pikir...complicated kan?? tapi kalau nak seribu daya, xnak seribu dalih..aku tahu tunang aku sentiasa support dengan apa yang aku nak buat janji aku bahagia dan akhirnya aku berjaya..pesan dia lagi kalau dah berjaya jangan lupa dia..mestilah aku xkan lupa orang yang banyak membantu kan dari luar dan dalam dari dulu sampailah sekarang..luar dalam? apekah? hohohoho..

aku adalah buat survey2 nie..alah survey2 uni mana aku nak belajar kat overseas..*nampak x macam aku batak sangat??*..first uni yang aku nak sangat masuk adalah University of Manchester..


aku tengok adalah course yang aku nak tu..environment pun best..ramai student dari malaysia..xdelah aku macam sengal2 kan bila kat sana..atleast aku jumpalah orang 1 negara dengan aku..bolehlah geng..xdelah aku takut2 nak communicate ke ape..lagi 1 yang aku suka tentang U nie adalah laman web dia..senang nak cari postgraduate programme, how to apply, entry requirements, IELTS score untuk student dari malaysia..dan macam2 lagilah..semua U nie sediakan..xbermakna lah U lain xsediakan..aku kan explore U nie je..hahahaha! aku kan sebenarnya dengan uni2 kat luar negara nie aku tertarik dengan struktur bangunan dia walaupun aku bukan study architecture..nampak old school kan?? tapi serius cantik siot!

memandangkan banyak perkara lagi yang aku pikirkan..bukan saja di Man Uni nie je, bila pikirkan kerjaya suami aku nanti adalah seorang mekanik kereta, terpikir jugak untuk sambung belajar di Jepun..kenapa Jepun? sebab tunang aku nie ada bengkel sendiri..dia bos dia jugaklah kuli..*kejam x statement nie??* jadi barang2 yang dia supply or betulkan kereta orang or halfcut ke spareparts ke entah aku pun xpaham semuanya datang dari jepun, makanya untuk memudahkan dia bekerja, terdetiklah hati nak sambung di Jepun..dia pun ada kawan yang bekerja di sana..xdelah mati kutu gamaknya..bolehlah dapat duit menyara aku dan anak2...ewahh2! 

terdetik jugak lagi nak ambil course.....erm macam mana aku nak terangkan nie ye..ok camnie, dulu aku ada ambil kelas bahasa jepun untuk 3rd language, dan lecturer yang ajar aku tu belajar dekat jepun tau..then jadi lecturer ajar bahasa jepun..yang dia belajar kat jepun tu course apa?? aku nak cakap aku terdetik nak ambil course sebegitu sebab boleh aku jadi lecturer ajar bahasa jepun..ye x?? ke sebab dia ambil course lain dan disebabkan dia fasih berbahasa jepun, dia apply sebagai lecturer yang ajar bahasa jepun?? diluar bidang kuasa I nie..

dannnnn....aku pun ada buat2 survey di uni2 kat Jepun antaranya Universtity of Tokyo..first ranking eh kat jepun..mampu nak belajar kat sini?? yang xbestnya...aduh kena terang lagii..contohnya course yang aku nak ambil tu adalah mathematical sciences, jadinya aku ke laman web tersebut dan yang xbestnya, laman web itu tulisan jepun! hampeh aku nak paham..memang xpaham lah 1 hape kan..dala xde translation...xtaulah uni lain camne..nanti aku pergi terjah kalau ada masa..

*cantik dowh bangunan dia*

aku sebenarnya nak sangat belajar overseas tapi takut nak apply..sebab apa tau x?? sebab kena ambil IELTS! weyhhh muet pun pass x pass je nie kan nak ambil IELTS??? paling2 pun nak band 7/9..xmampos aku nak struggle?? lagi2 kalau examiner nya memang mat salihh tulen..mampu aku nak bercakap?? masa muet dulu, examiner mat salih celup pun aku just boleh cakap "Sorry, I don't know how to say" nie apa lagi kalau mat salihh tulen, terus bisu sekejap..bila aku cakap macam kat atas nie korang paham2 lah aku dapat band berapa..xpayah cakaplah rasa senak di dada bila ingat balik result muet..*ceh terlebih emo pulak*

tapi tadi kata nak cabar diri sendiri kan..tu yang terdetik nak cabar diri sendiri ambil IELTS..aku macam xnak ambil kelas dia..mahal nak mampos eh!! cekik darah betul..aku rasa beli buku beserta CD dan practice sendiri...ok kot..eh? cakap sorang2 depan cermin..ok ke? meluat x tengok diri sendiri membebel depan cermin? wahahaha..InsyaAllah dapat baucer buku 1 malaysia kang aku pi beli sat..hohohoho..*semangat!*

MARA pulak pinjaman kan?? pinjam lagi?? dala PTPTN nie aku xhabes bayar..keliling pinggang hutang piutang mak nie ooiii! tu 1 hal, aku dengan kereta nak berbayooo bulan2..tapi kereta xpe boleh setel lagi..bab PTPTN nie, boleh mintak tangguh kan kalau nak study overseas?? wah2 guarantee confirm je nak fly tanya soalan cenggini..wuhuhuhuhu..

apa kata kawen dulu dan tengok ekonomi dan keadaan lepas kawen camne kan?? nie melulu je decide itu ini xbincang..xdelah ini cuma terdetik sekejap, sedetik lebih..*eh macam lagu anuar zain* hehehe..angan2 aku sebenarnya ini semua...aku hanya mampu terdetik sekarang dan mungkin dah xterdetik dah sampai bila2...yeke?? tapi bab sambung belajar overseas nie memang aku akan terdetik banyak kali sebab ini impian..aku nak lah impian jadi kenyataan..bukan hanya impian dalam mimpi je..huhuhu..

p/s: kan tadi aku cakap aku terdetik pukul 5 lebih kan..sekarang pukul 11 lebih baru nak post..sebab tadinya sambil mengarang, sambil keluar makan jap..tu yang lambat nya..aku tengah seseme dan sakit tekak sekarang, so aku nak makan ubat seseme dan sakit tekak dan terus tidur! nite korang!




Sunday, February 16, 2014

Solve If You Are Genius

Aku memang suka IQ test tapi aku xreti2 camne nak jawab..jadi tadi aku on facebook dan terjumpa 1 IQ test nie...


bila aku tengok soalan nie terus aku ambil calculator dan kira..first sekali otak aku ligat pikir solution nya begini..

8*7=56
7*6=42
6*5=30
5*3=20????

macam mana bole 5*3=20 kan?? nampak sangat dia nak kero kan mata aku xnak bagi 4..padahal kalau dia letak 4 kat situ, 5*4=20..dan terus boleh kira macam nie...

8*7=56
7*6=42
6*5=30
5*4=20
4*3=12
3*2=6

saja je hilangkan nombor 4 supaya kita pening2 lalat..haha..tapi dah namanya IQ test kan..kenalah bijak berfikir dan cari tahu punca mana datang nombor 20 tu..kena pandai pusing2..nie baru sikit, tu ha kat dalam buku aku beli banyak soalan yang super extreme..tapi aku mampu tengok sambil mata terkelip2 jelah..wahahaha..

ada cara lain lagi nak kira..nie aku tengok comment2 orang ye bukan aku memandai..yang aku terdetik cara nak kira macam kat atas nie jelah..cara nak kira boleh jugak guna formula (n*n)-n *macam belajar algebra* huhu..

(8*8)-8=56
(7*7)-7=42
(6*6)-6=30
(5*5)-5=20
(3*3)-3=6

masuk akal jugak kan?? sebabnya dia kira betul2 ikut soalan xmacam haku memandai tambah nombor 4..siapa yang pikir macam nie genius jugaklah..dan xsemestinya kalau pikir macam first solution kat atas xgenius..*macam angkat bakul sendiri je* hahaha..xdelah bukan aku sorang je pikir macam tu..ramailah aku tengok kat comment2 orang banyak yang bagi solution macam tu..

ok aku rasa solution kepada soalan nie depends on cara kita solve soalan tu lah..aku rasa dia xnak letak nombor 4 sebab saje xnak letak nak kita pikir macam mana cara nak solve nombor 3 tu..tapi bila tengok solution yang kedua macam yang tu lagi betul sebab betul2 ikut soalan..

so readers?? how?? which are the solution that give you the right answer?? nie namanya think out of the box! ataupun think beyond of your brain ke head ke whateverlah! sebab xtahu mana betul..macam dua2 betul jekk..hehee..

p/s: sebenarnya penimbang rumah aku rosak! sebenarnya berat aku maintain jekk!! kuang asam + kuang hajoo kan?? so dalam hati aku berkata redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah! *tetibe ombak rindu* ok chiooww doluuu! =B

Saturday, February 15, 2014

Berat aku turun!! Seriously?? Aku tak percaya!

Aku xpercaya lagi...berat aku turun lagiiii...lalalalaala~~ wahh nak nyanyi2 pulak! 

ok aku nak confess yang aku dah banyak kali diet sejak di bangku sekolah lagi..sejak form 3 aku dah start diet k sebab aku rasa kawan2 sebaya aku semua xseberat aku masa tu...tapi diet aku xpernah menjadi! menjadi pun hanya setakat 2 3 bulan je..lepas tu jadi dugong balik..xboleh nak kawal nafsu makanlah..

semakin aku membesar semakin bertambah berat aku...tinggi xbertambah pun..pendek jugak..tapi bila compare nafsu makan aku dulu dan sekarang sama je..dulu pun aku kuat makan..tapi xsebesar sekarang..tapi kenapa sekarang berat aku makin menjadi2 walaupun nafsu makan aku sama je macam dulu?? ke hormon??

aku xnaklah cakap berat aku berapa..malu I! dan tadi bila aku timbang berat aku turun sebanyak 9 kilo??? OMG!! nie sebab penangan roti telur aku makan hari2 ke?? ke sebab aku dah xmakan nasi berminggu2?? ke sebab penimbang berat tu rosak?? boleh jadi lah kan..kejam kau penimbang! saje bagi aku terkejut beruk terover excited sekarang nie!

aku xpercaya berat aku mudah sangat turun banyak camni..aku xrasa pun besar badan aku nie seberat berat aku..pahe dok?? aku xrasa berat aku turun pun..aku bukannya jaga makan sangat..malam pun kadang2 aku melantak sate, rojak etc..baru malam tadi aku makan sate dengan rojak walaupun perut aku dah kenyang makan mee ibu aku masak..paham xkenafsuan makan aku sampai macam tu??

konklusi nya aku xpercaya! wahahaha! gelak keji kat diri sendiri..xpe esok aku timbang lagi tengok progress esok pulak..=p

p/s: ok entri nie pendek sebab aku nak cepat nak siap pergi rumah kakak aku! ada saudara datang dan nak bagi kad kawen..bye!


Kadang kadang dalam hidup ada masanya kita perlu bangkit

Aku rasa macam xde mood pulak nak tulis entri nie tapi aku adakan jugak mood tu sebab aku nak tulis jugak..hehehe..semua orang dalam hidup pernah jatuh dan bangkit semula kan? kengkadang dalam hidup nie kita rasa down sangat..rasa macam nak give up..rasa macam dah fedup..rasa macam lantaklah nak jadi apa pun..tapi terkadang dalam hati terdetik berkata "ye! aku perlu bangkit! aku perlu tunaikan impian aku sendiri! aku perlu buktikan kat orang yang aku boleh buat! yes I can do it!" xsemestinya dah jatuh sekali xboleh nak bangun semula..xsemestinya dah gagal sekali xboleh berjaya..gagal sekali xbermaksud gagal untuk selama lamanya..aku percaya kalau aku bangkit semula dengan usaha yang gigih, xlupa jugak doa dan tawakal, aku yakin aku boleh berjaya..ye aku yakin..

impian aku untuk menjadi seorang pensyarah pada masa akan datang...dalam hati berkata "layak ke aku?" nak jadi pensyarah sekarang nie perlu ada PhD..layak ke aku nak memegang segulung ijazah kedoktoran? layak ke aku nak membimbing anak2 bangsa untuk berjaya? menjadi pendidik bukannya satu kerja yang mudah..disebabkan impian, aku gigih menyambung pelajaran aku ke peringkat ijazah sarjana..disebabkan minat jugaklah aku further study aku..tapi kenapa terkadang dalam hati rasa macam nak quit? rasa macam susah nya subject yang aku belajar...cepatlah habis belajar tappiii....susahnya! dan last sekali dalam hati terdetik, layak ke aku nak memegang ijazah sarjana?? impian aku jugak untuk sambung PhD di luar negara..janganlah impian hanya sekadar impian..aku nak buktikan..

nampak macam aku merungut kan?? hehehe..masa sem 1 rasa bestnya dapat dekan! pertama kali dalam hidup! kelegaan apakah ini?? seronok heboh2 kan dekat family..bila kawan2 tanya rasa macam ye aku harus berterus terang..macam bangga sangat kan?? hahaha..bangga macam aku sorang je dekan! *over*  tapi bila dapat result sem 2..hurmmmmm..ini je emosi yang aku dapat tunjukkan..dah xde kelegaan..yang ada hanya kesedihan..paham kan kenapa?? pahamkan kenapa aku luahkan kat entri kali nie..blog umpama diari..aku akan tulis apa yang aku suka, aku sedih, aku gembira, semua aku akan tulis kalau rajinlah..haha..sekadar luahan perasaan..

aku kenal diri aku..tersangat kenal...ada orang kita nampak dia study workhard gilerr tapi hasilnya xmemuaskan..ada orang kita nampak, sambil pensyarah mengajar di depan, sambil dia dibuai mimpi di belakang..tapi hasilnya sangat menakjubkan..ada orang kita nampak dia study biasa2 je, selak2 note je, tapi hasilnya...sangat membanggakan..well otak manusia semua sama..tapi cara kita corakkan nya itu yang akan jadi berbeza..aku xcompare aku dengan sesiapa..aku adalah aku...aku tahu kenapa sem 1 result aku gempak..sebabnya aku boleh buat! aku boleh perform dalam exam! dan result yang aku dapat tu adalah result yang aku jangkakan! aku yakin aku dekan! ayat tipikal yang student selalu cakap "aku rasa macam xboleh buatlah paper tadi", "eeee susahnya exam tadi!", "aku xprepare apa2 pun untuk paper hari nie, tawakal dan berserah jela", "aku xbaca apa2 pun!"..tapi bila result keluar, semuanya gempak2 plus dekan lagi xmacam apa yang mereka cakap..adakah mereka xboleh jangka result diorang gempak?? ke saja xnk riak?? kalau aku cakap macam ayat2 kat atas tu maknanya aku memang xboleh buat dan akan dapat result yang biasa2 je..aku xnak jadi hipokrit..

terkadang manusia mempunyai instinct atau naluri yang kuat...aku rasa aku ada...aku ada instinct yang kuat tu..aku dapat rasakan sem 2 nie result aku down! jatuh! tapi xtahulah teruknya macam mana..aku xnak berharap sangat sebabnya nanti kalau xdapat aku yang akan sedih..dan pagi tadi ternyata sangkaan aku betul! tepat! terang dan nyata! hahaha...mula2 tengok result rasa macam xde apa2..tapi bila classmate aku call tanya result aku dan suara sedih2 sikit, senangnya air mata aku keluar..aku xnak nangislah..aku dah cuba sehabis baik tapi itu yang aku dapat, nak buat macam mana?? sebab tu aku perlu bangkit dari jatuh tersungkur terduduk macam nie...

aku pelik kenapa air mata aku mudah je mengalir bila kawan aku call tadi...entah kenapa aku rasa sedih sangat..kenapa hati aku mudah rapuh..mudah tersentuh..huhu..dulu masa degree pun aku pernah ada paper repeat..dan paper tu aku repeat sebanyak 3x! tapi bila setiap kali aku tengok result, aku xmenangis pun..sedih tu memang sedih..tipulah kalau aku kata aku xsedih..hengat aku robot transformer xde hati dan perasaan??

aku rasa sekarang nie aku macam nak terjun swimming pool, berfrog kick walaupun hakikatnya aku akan tenggelam..aku rasa sekarang nie aku nak drive sorang2 pergi jauh tapi nanti balik aku sesat camne??..aku rasa sekarang nie aku nak lepak2 kat depan pantai ke laut ke sambil mendengar bunyi ombak, sambil ada orang buatkan aku barbeque..weehuuu! hooii berangan xsudah! aku rasa sekarang nie aku nak pergi mall nak jalan2 sampai kaki sakit, aku rasa sekarang nie aku nak naik genting..sejuk je ada kabus2..sekarang nie aku rasa aku nak manja2 dengan tunang aku..eh! motipp?? tapi bila aku pikir, aku buat benda2 kat atas nie aku boleh tenang ke?? boleh hilang ke segala duka dan lara aku nie ha?? ewah ayat xboleh blaarrr..kuikuikuikuikui..

ye sekarang memang aku rasa down tapi sampai biler?? sampai biler aku nak sedih2 camnie? sampai biler nak rasa down camnie? ramai je student kat luar sana yang dapat result lagi teruk dari aku...ada yang kena buang dari uni..ada yang quit sebab dah memang xboleh bawak langsung...ada yang 1 sem tu semua paper repeat...aku? aku xdiuji sebegitu tapi masih sedih disebabkan kena repeat hanya 1 paper? dan aku rasa life aku hancur disebabkan kena repeat hanya 1 paper?? xmasuk akal kan??

aku sangat memerlukan kata2 seperti di bawah! THANKS A LOT BILL GATES!!


dan aku sedar ini semua ujian dari Allah untuk aku...dah takdir aku ditulis sebegini..mungkin ada hikmahnya semua ini terjadi...hidup kita ibarat roda yang sedang berputar..kadang2 kita diatas dan kadang2 kita di bawah..ingat orang berjaya tu xpernah gagal ke untuk berjaya? dan ingat orang yang gagal tu xpernah rasa berjaya dalam hidup? xde orang yang hidup dia xpernah rasa kegagalan..kegagalan membawa kejayaan..macam orang kata belajar dari kegagalan..so bila kita pernah gagal, kita akan bersungguh lagi di masa akan datang...

Research Method..bila cakap pasal research of course kena buat research lahh..aku xsuka thesis! aku xsuka research! aku xsuka nak attend kelas nie lagi! project baru?? method apa?? supervisor siapa?? aarggh! runsing! pening! tetibe aku rasa macam nak karok, nak main bowling..bila karok rasa nak jerit kuat2 walaupun lagu slow..bila main bowling rasa puas dapat jatuhkan pin2 tu..10 pin ibarat 1 subject research method yang aku dapat bunuh! bunuh??

ye bunuh! kalaulah aku dapat bunuh nyamuk2 yang berleluasa kat bawah meja aku nie, rasanya aman kaki aku nak bersilang..aman aku nak menulis..aman idea2 aku nak datang..apesal aku nie? dah merapu macam nak kena penyapu! hahaha..

I need some motivational qoutes rite now!


and now I will start to think to change my self! for a better person may be??


yeah! forget it! don't even remember anything! look forward to tomorrow's new beginning and don't look back!


and I must to think outside of the box!


step 2..I have 6 steps left..its long journey..InsyaAllah..=)


sangat memotivasikan diri!


ye! mungkin ada aura dalam diri aku yang belum keluar?? mungkin bila aura tu dah keluar, akan dibangga orang sekeliling?? who knows...

Never Say Never lyric by Justin bieber..


berusahalah, berusahalah, berusahalah..never and never give up! xde orang yang boleh tolong kita berjaya..hanya nasihat yang menjadi dorongan dan keputusan di tangan kita sendiri..cerahnya dan gelapnya masa depan kita tu semua kita yang tentukan sendiri..bila jatuh kena bangun sendiri..kita corakkan masa depan kita..kita juga yang warnakan masa depan kita..semuanya datang dari diri sendiri..Allah ada all the time..berdoalah sebanyak mungkin..xperlu nak jerit mintak Allah dengar..hanya doa dalam hati pun sudah cukup..Quran pun janganlah dibiarkan berhabuk sekian lama..hati yang tenang tu datang dari membaca Quran..InsyaAllah kalau ini adalah rutin harian, kejayaan yang akan kita peroleh! InsyaAllah!=)

Thursday, February 13, 2014

Bila aku dah bosan...

Aku bosan, bosan dan bosan!! teramat bosan sekarang! nampak macam aku nak mengamuk kan?? haha..aku bosan sebab hari nie kat ofis macam makan gaji buta je..sebab apa?? sebabnya UBS system kat ofis aku nie tengah diupdate..daripada semalam sampailah sekarang xboleh guna lagi sebab aku pun xtau kenapa entah...xtahulah bila aku boleh buat kerja2 aku yang makin berlambak tu..bila nak bukak internet kat tempat aku, payahlah pulak sebab finance manager a.k.a bos akulah duduk kat belakang..so dia akan nampak straight pc aku kecuali kalau dia rabunlah..hehe..makanya aku akan ke pc depan aku yang sangat terlindung! nak tidur ke hape kat situ memang orang xtau..kerja aku hari nie duk berblogwalking blog orang jela..yelah dah xtahu nak buat apa kan..facebook pulak kena block..bila dah tahap kebosanan aku nie da makin menjadi2, makanya aku tulislah entri nie..

pada 1.53 pm, waktu sekarang nie waktu rehat..aku lagilah bertambah bosan bila hari2 aku makan roti telur..dah berapa minggu aku xingat tapi dah berminggu jugaklah..lepas aku makan roti telur, aku order kat kawan aku yang kebetulan diorang pergi KFC nak makan..aku hanya order chessy wedges..memanglah feveret..nak2 lagi chesse dia berchessy2..mulalah aku berselera nak makan..tapi apakan daya mayonis nya pulak kureeennngggg...lagilah bertambah mood bosan aku kan?? *ada kene mengena ke?*

yang part roti telur tu, alkisahnya aku makan roti telur sebab aku nak lah diet sikit2..nak kurangkan makan nasi..aku kan dah naik pelamin bulan depan..tapi aku kisah apa! gemuk2 pun naik jelah pelamin..ingat makan roti telur hari2 boleh badan aku solid ke? hahaha..tapi aku dah turun sekilo weyhh! SEKILO AJEE?? nampak x macam aku xteruja?? memang pun sebab sekilo tu berminggu minggu baru turun tapi kalau nak naik berkilo2 sehari je!

bila aku bosan nie aku rasa macam nak tidur pun ada..kang aku tidur sampai ngorok2 kang terkejut pulak orang sekeliling..hahaha..memandangkan kerja2 aku semua guna UBS sistem, dan system xboleh guna, aku pun mulalah berpoye2..ha mulalah aku nak merapu! haha..

bila aku dah bosan, dan duduk kat tempat aku sendiri, mulalah aku nak pandang depan je..depan ada apa?? mestilah partition! lepas tu aku nak buat apa?? buat bodoh jelah...haha..aku xbusy tapi buat2 pegang kertas sambil kepala tunduk dan tangan pegang pen..lagi bila aku nak cover yang aku xde kerja, mulalah aku nak menongkat kepala sambil tangan pegang pen daann...mata aku pejam..maknanya aku tengah tidur sambil air liur meleleh! cett pengotor! 

oklah readers..kang aku makin menulis aku akan makin merepek..baik aku stop sekarang! bye lah!

How to install LinkWithin into your blog

LinkWithin nie aku pun baru je letak dalam blog...sebabnya aku nak letak benda nie, bila aku view blog orang lain, aku nampak title "Anda mungkin juga meminati" kat ruangan bawah blog diorang..macam ada link untuk view post yang lama2..jadinya aku macam tertariklah..lepas tu bila nak buat, kenapa lah macam payah sangat aku nak install benda nie?? bila baca guide pun xboleh2..x sesimply apa yang dalam guide tu cakap..then aku cari punya cari sampailah aku terjumpa blog sorang mat salih nie..memang detail dan aku paham sangat! so sekarang aku dah install..anda bila lagi?? cehh! hahaha..lepas dah dapat tahu cara2 nak install, aku nak lah share pada sesiapa yang belum tahu caranya..

first kamu semua kena pergi ke laman web linkwithin seperti di bawah ini..


lepas tu isi apa yang dia nak tu..untuk platform kamu kena pilih blogger untuk URL nya ".blogspot.com"..width pulak adalah kelebaran post2 yang kamu nak tunjuk..normally orang akan letak 4 atau 5..seterusnya klik "Get Widget"..


ok kamu akan jumpa page seperti yang tertera di atas...percayalah kalau kamu terus klik "Add Widget", akan error sebab bahagian "Edit Content" tu xboleh kosong..kes aku, aku xjumpa code nie..mana aku nak cari nie kan? ok senang je, kamu "Back" balik dan akan pergi ke laman utama...untuk Platform kamu pilih "Others" dan klik "Add Widget" semula..selepas itu kamu akan jumpa code ini..apa lagi, copy paste lah! ulang step pertama tadi, dan copy paste code tadi di ruangan "Edit Content"..then klik "Add Widget" semula..untuk title selalunya blogger2 akan letak "Anda juga mungkin meminati"..tapi terpulang..nak letak ayat yang lain macam pun boleh yang penting orang paham..hehehe..


step seterusnya apa eh?? aku dah lupa dah..hahaha..aku rasa lepas klik, kamu akan terus ke bahagian "Layout" blog kamu dan drag "Anda juga mungkin meminati" tadi ke ruangan bawah..seterusnya klik "Save Arrangement"..its done! bila kamu view blog kamu, dah appear lah linkwithin tadi..its simple kan?? simple lah pada yang tahu buat...pada yang xtahu, selamat mencuba tutorial ini! ^_^


Wednesday, February 12, 2014

Bagaikan model

Perempuan2 zaman sekarang nie ramai je kan suka berselfie2..termasuklah aku! hahaha..xdelah kengkadang bosan xde buat apa hanya kamera handphone menjadi peneman..lepas snap tengok gambar then sengih sorang2..haha..adakah perempuan2 yang ada minat cmnie boleh dikatakan perempuan gedik?? xlahhh..ini namanya meluangkan masa dikala bosan..kan?? (yelah sebab haku pun suka buat!) tengok gambar sendiri pun terhibur apa..hahaha..lagi2 bila ada aplikasi2 handphone yang boleh edit2 gambar cantik2 macam photowonder...mesti ramai yang dah guna aplikasi photowonder nie..aplikasi nie macam camera 360 tu lah..snap gambar baru bangun tidur lepas tu edit touch up2 sket, sekelip mata rupa anda bagaikan model! huahuahua..dulu aku ada aplikasi nie so aku nak lah tunjuk gambar sebelum dan selepas aku yang ala2 model lah sangat tuh! hehehe..

*muka penat banyak kerja*


berubah kan?? nampak macam aku pakai eye shadow pun ada..nampak macam aku make up lah..aku letak blusher sikit kasi itu pipi merah2..padahal aku xreti nak make up2 nie..kang muka aku jadi macam hape pulak kang..hanya di photowonder jelah aku edit macam aku make up..hahahaha..lepas tu nak nampak cantik aku letaklah frame dengan bunga kat sweater aku tu..tau gambar nie kat mana?? kat toilet! nampak aku macam xde koje kan?? hahaha..ada lagi aku nak tunjuk..




ha nie gambar profile picture aku..perasan x?? hahah..aku lupa apa nama background nie..macam ada red2 cmtu lah belakang dia..saje aku test tengok sesuai ke x..kan nampak macam aku pakai lipstick kan..oklah xdelah muka aku pucat..ramai orang kata bibir aku sama kaler dengan kulit muka..huh! sentap! hahaaha..


perasan x aku letak gambar nie kat mana? tu kat atas blog archive tu..ha yang tu selepas..aku tambah bagi shining2 sikit..korang nampak gambar yang tergantung kat dinding dalam gambar kat atas nie?..tu yang macam gambar orang grad tu..bukan macam, memang gambar orang grad ambil kat studio..tu aku lah tu! hehehe..*saja nak over*

aku memang xreti make up daripada dulu..kalau keluar pun aku hanya pakai bedak compact / powder dan lipstick or lip balm sahaja..aku sajelah beli lipstick kat avon tu..saje nak bagi bibir aku nie merah, bila aku pakai adalah sorang mamat ofismate aku nie asek gelak2 je pandang aku! pahal dia nie! pastu dia cakap bibir aku merah sangat..asal?? pelik?? ooiii aku pernah jelah pakai make up! cuma sekarang aku dah xpakai..malas tau x! tapi cantik pe merah2..seksi! aawww~~

dan sampai ke hari nie bila aku pakai lipstick dia akan gelak! kejam! lagi 1 aku xboleh pakai apa2 krim ke, pencuci muka ke, toner ke sebab kulit aku sangat sensitif..mudah ruam dan jerawat..lepas tu kulit aku yang dekat sebelah mata tu bertukar jadi kasar..maksudnya permukaan kulit tu kasar..mula2 gatal dan bila aku kerap garu2, dia akan kasar..tapi aku geram sangat, aku pakai je krim muka..kalau x muka aku xeloklah..aku xtahu nak guna produk apa..takut xsesuai dan kulit muka bertambah teruk..perangai aku bila kulit muka aku tengah elok aku pergi pakai krim, bila dah xelok aku stop! sampai bila nak perangai cenggini?? eloknya kena jumpa pakar kulit nih!

p/s: sekarang aplikasi photowonder nie dah xde kat h/p aku sebab aku dah reset dah semua! sebabnya terlampau banyak sangat aplikasi dan h/p aku pun mudah hang..tu antara gambar2 aku yang aku sempat edit kat aplikasi nie..hehehe..ok tu je nak cakap xnak cakap banyak nanti orang kata aku suka bebel macam mak mak..bye aku nak tido! zzzzzzz...


Kpop - girls group

Ok entri yang nie aku nak story pasal girls group pulak..banyak banyak dan sangat banyak group yang aku minat..seperti sebelum nie untuk boys group, aku xde spesifik group yang aku minatlah kecuali Bigbang..hehe..sama jugak untuk girls group..jadi aku hanya selitkan 10 group jelah macam entri sebelum ni..ok kan?? hehehe..

1. Sistar



anggota sistar nie yang paling seksi ialah Hyorin..semua seksi tapi dia terpaling seksi..lagu mereka yang "Give It To Me" tu aku layan gileerrr..lagu diorang yang famous ialah Alone, So Cool, Loving U etc..


Hyorin nie jugak ada buat comeback solo dan menurut kepada producer beliau, lagu2 dalam album solo dia tu boleh buat title album! semua bestt! korang mesti pernah dengar kan lagu solo Hyorin?? siapa yang belum pernah dengar ok aku sediakan untuk korang beberapa lagu solo Hyorin..



aku sangat suka Mad Clown nie rap!


Hyorin nie jugak pernah digabungkan dengan artis2 yang lain untuk perform dalam Gayo Daejun 2012..diorang perform nie untuk charity lah..tema Gayo Daejun 2012 tu adalah The Colour of Kpop..ada 4 group yang mewakili 1 warna..group Hyorin nie pulak kaler merah dan group nie dikenali sebagai Dazzling Red..anggota yang lain ialah Hyuna - 4 minutes, Hyosung - Secret, Nicole - Kara dan Nana - After School, lagu famous Dazzling Red ialah This Person..


ada 4 group tapi aku paling ingat group nie..sebab apa?? sebab lagu dalam keempat2 group tadi, lagu dari Dazzling Red yang paling aku suka!


selain bergerak secara solo, Hyorin jugak ada buat comeback dengan anggota kumpulan nya yang lain iaitu Bora..Bora nie main rapper dalam kumpulan nie..kumpulan nie dikenali sebagai Sistar19..


ok selain Hyorin, So You jugak telah buat comeback dengan Mad Clown tadi..lagu famous diorang bertajuk "Stupid in Love"..besttt!



2. A Pink



group nie lagu comel2 je..lagu yang aku first dengar dari mereka bertajuk "Hush"...aku boleh terimalah kecomelan diorang nie..eh ada jugak tau artis korea yang group comel2 camni aku xsuka tengok dan xboleh terima kecomelan diorang..


diorang ada buat comeback lagu bertajuk "No No No"..layaaannnn...


ada ahli kumpulan A Pink nie yang dah berlakon..siapa eh?? semestinya Jung Eun Ji...tahun lepas dia ada berlakon dalam drama That Winter The Wind Blows bersama Jo In Sung dan Song Hye Gyo..dia jugak telah memenangi anugerah 10 bintang baru terbaik semasa SBS Drama Award...


cantikkan Eun Ji?? badan kurus tapi muka bulat..comel! hehee..mula2 aku tengok dia dalam drama TWTWB nie, aku macam perasan muka dia macam pernah nampak...wah! pernah nampak macam dia jiran aku je kan? haha..xdelah macam familiar..aku pikir mungkin penyanyi tapi aku xtahu group yang mana..bila tengok betul2 baru perasan yang Eun Ji nie dari A Pink...hehehe..

selain Eun Ji, Yoon Bo Mi jugak ada comeback bersama M.I.B...lagu diorang yang aku suka ialah "Let's Talk About You"...

*Bo Mi ~ sama comel macam Eun Ji~*


lagu nie menarik..korang dengarlahhh...

3. T-ARA


korang tau x ada yang sebut T-ara nie "TARA" macam taraaaaa...ha paham x?? macam nak surprisekan orang kan selalu sebut taaarrraaaaa sambil jerit..ha camtulah...fuihh nak translate kepada tulisan untuk pahamkan orang nie bukan mudah sangat..huhuhu..pronounsation t-ara nie macam batu mutiara tu tiara bukan tara..hehehe..mula2 orang cakap kat aku kan, ekspresi aku, huh?? tara?? owh t-ara rupanya..hehehe..dalam banyak anggota t-ara nia aku minat Ji Yeon...


walaupun orang kata kat luar yang dia nie sombong, tapi aku minatlah! pedulilah lah kan bukannya kawan aku pun..hahaha..cantikkan?? dia menari pun aku nampak cantik je...berbanding ahli yang lain..memanglah tarian nya sama tapi bila Jiyeon menari aku nampak cantik movement dia..yelah ada sesetengah orang bila kita tengok dia menari macam kasar, xkemas, macam beriye2 macam tu..tapi jiyeon nie lembut dan bersahaja dan aku nampak cantikla..(bpe kali lah kan aku nak cakap?) haha..sebab tu jugak Jiyeon nie kedudukan dia bila menari selalunya di tengah2..




*lagu baru*

tarian lagu Roly Poly nie smart..


antara lagu diorang yang famous seperti Lovey Dovey, Cry Cry, Day By Day etc..korang carilah eh..=P

4. Girls Day


every day is Girls Day!! hahaha..tagline Minah dan Jae Suk dalam reality show Running Man..hehehe..lagu baru diorang " Something" bestt sangattt!! aku laayyyaannnn habess!


lagu Expectation pun best jugak..bab korus tu sekssiii yooww! hahaha..


bila dengar lagu nie aku teringat Jae Suk menari bersama Minah dan Yura dalam running man episode ke berapa ntahh..part lawak yang gelek tu...Jae Suk beriye2 gelek dengan ekspresi muka xboleh blahhh dowhh..hahahahaha..gelak setan aku bila tengok balik! 


5. AOA


group nie aku xminat sangat tau dulu sampai diorang comeback dengan lagu "Confused" baru aku rasa macam sedap jugak lagu nie...


lagi lagu mereka yang paling latest "Miniskirt"..lagu yang bila aku bukak, aku akan dengar banyak kali!


lagu pun tajuk "Miniskirt" kan..so diorang pakai skirt pun pendek2 lah..siap belahh lagi..heheeh..

6. After School


nie adalah satu2 nya lagu After School yang aku minat..


cuma 1 je yang aku xsuka tarian lagu nie nampak macam melampau sangat...menari kat tiang..lagi ok kalau diorang menari macam performance kat bawah nie..


dalam group nie aku rasa yang paling banyak keluar tv atau famouslah senang citer adalah Uee..kenapa?? sebab selain menyanyi, dia adalah seorang pelakon dan satu2 nya permanent guess perempuan dalam reality show "Barefoot Friends"..dalam lakonan pulak..drama yang aku ingat, dia ada berlakon bersama Jang Geun Seuk dalam drama You're Beautiful..digandingkan jugak dengan Park Shin Hye..watak dia watak jahat..alah korang familiar kan dengan drama nie..xpayahlah aku nak cerita..hehe..


beberapa ahli kumpulan nie jugak iaitu Nana, Raina dan Lizzy telah debut sebagai 1 kumpulan yang dikenali sebagai Orange Caramel...macam mana aku nak cakap ye? susah nak translate nie..haha..ok aku cuba..After school nie boleh dikatakan group seksi lahh..yelahh kan bila kita tengok mv girls group, then anggotanya menari macam menggoda2 gituh, tu kira seksilah..xsama macam A Pink yang yang bila kita tengok diorang menari macam comel2, tu bukan group seksi tapi group yang menunjukkan kecomelan diorang atau group comel lah..paham ke? ntah xgheti aku nak terang eh! korang comparelah bila tengok mv diorang..bukan apa, aku cuma nak cakap, Orange Caramel nie debut sebagai group yang comel..lain genre nya dengan After School..dia menari tu macam buat muka comel2, pakai baju comel2, tarian comel2, semua comellah! hahahaha..


ha nie lagu mula2 dorang first debut..." Magical Girl"




comel kaaannnn?? aku suka 3 lagu nie! lagu lain aku kurang minat..lagu baru korang cari sendiri ye...=D

7. Secret



mereka nie pun group comel2..lagu, tarian semua comel..tapi kekadang tu seksi macam Beyonce pun ada..jom tengok beberapa lagu mereka dari yang lama sampai yang baru..

sorrylah korang mv lagu nie xberapa cantik..pecah..aku xjumpa yang lain..


lagu nie bestt!!




nie lagu baru "I Do"...

8. Miss A


mereka nie dari agensi JYP Entertainment...sama agensi dengan 2PM, Wonder Girls, Baek Ah Yeong etc..ada 2 orang dari anggotanya kalau xsilaplah, datang dari China..dalam group nie yang paling famous of course lah Suzy...si Suzy nie selalu jadi guess kat dalam reality show "Running Man"..lagu baru diorang bertajuk "Hush"..sedap jugak aku dengar...bolehlah layan dikala bosan..hehehe..



9. F(X)



lagu2 dalam group nie aku xminat langsung..ntahlah macam ntah hape2 ntah bila dengar lagu mereka..tapi sejak diorang comeback dengan lagu "Pinocchio (Danger)", barulah aku layan group nie..selain lagu nie, lagu "Hot Summer" dan "Electric Shock" pun aku layan jugak..




lagu baru mereka "Rum Pum Pum Pum"..lagu nie xberapa masuk dalam jiwa so aku xlayanlah..tapi bila dengar korus lagu nie agak bestlah..dengar lagu nie betul2 dari mula sampai habis masa tengok Gayo Daejun..hehehe..


dalam entri aku sebelum nie kan aku pernah tulis yang pasangan Chan Young kan Lee Bo Na..ha Lee Bo Na adalah Krystal dari kumpulan ini..dalam kelima2 ahli group nie, aku suka sangat tengok Victoria..dia cantik..aku baru perasan yang dia cantik sejak dia digandingkan dengan Nickhun dalam reality show We Got Married..diorang tersangat sweett! kalau xsebelum nie aku xkenal pun Victoria nie..hehee..


dalam reality show tu jugak Victoria dan Nickhun nie ada buat video sendiri..video lagu Nu Abo tu diorang buat video diorang sendiri..cute gilerr! meh aku share sikit walaupun citer dah basi..biasalah si zurin tu suka bagi citer basi..hahaha..khuntoria video in da house!


selain Krystal, Sulli pun pernah berlakon jugak dalam drama "To The Beautiful You" bersama Choi Min Ho dari Shinee dan Lee Hyun Woo..selain berlakon Sulli jugak pernah jadi MC dalam SBS Inkigayo pada tahun 2010..

10. Spica



kenal ke Spica?? aku xkenal sangat tapi aku suka lagu mereka yang bertajuk "Russian Roullete" (betul ke aku eja nie??) lagu "Painkiller" pun best..




banyak lagi group2 yang aku suka macam Dalshabet, Jewelry, Girls Generation dan banyak lagilah..baru2 nie aku ada dengar lagu The Seeya bertajuk "Tell Me"..oklah korang..aku sukalah lagu tu..korang trylah dengar..aku da malas nak letak kat entri nie dah..penat!

p/s: artis2 kpop nie semua dah popular sampai tahap international kan..bagi aku 1 je kelemahan diorang adalah english..susah macam mana pun aku rasa diorang kena belajar english supaya senang communicate dengan orang luar..xpayah lah nak guna translator je kan...kalau diorang improve lagi gempak kot! oraitt dah habess..aku nak kerja..bye!