Thursday, April 9, 2015

Bersyukur

Hdup berumah tangga nie xkan boleh lari dari ditimpa musibah, masalah, cabaran, dugaan etc..masa bercinta ye aku admit segelintir daripada kita xkenal perangai sebenar suami atau isteri..nak buang angin pun malu ape tah lagi nak keluarkan semua sifat sebenar atau nak tunjuk belang lah kata orang..bukan main manis berkata-kata, baik budi bahasa, lemah lembut, dengar kata dan banyak lagilah..ada jugak yang kawan bertahun, tunang dengan orang lain, kawen dengan orang lain..ada jugak kawan daripada zaman sekolah sampai kawen..jodoh dan takdir tu Allah yang tentukan..perancangan Allah adalah yang sebaik baiknya..

Zaman sekarang pemikiran orang semakin terbuka..terbuka untuk bercerita kisah rumah tangga di laman sosial..nak kata buka aib sendiri xjugak sebab profile facebook pencerita dirahsiakan..macam mintak pendapat, nasihat dan berkongsi dengan ahli group yang lain..aku xnak dedahkan page apa tapi aku ada like page tersebut dan selalu baca jugak masalah2 orang nie..masalah2 yang diceritakan kadang2 aku terfikir "ada jugak orang macam nie", "cerita macam nie pun nak post kat sini??", "Eee jahatnya laki dia!", "Sampai hati dia nak bla bla bla..", ada yang aku tergelak sorang2..walau orang kutuk atau hina kisah pencerita tersebut kita xkenal dia sapa tapi orang beri komen tu kadang2 lagi over dan xtahu malu sebab kita boleh view facebook mereka..ada kalanya juga tanpa sedar komen2 mereka juga mengaibkan diri sendiri..xpasti dia sedar atau x..hurmmm macam-macam...

Dah banyak sangat kisah, masalah2 yang aku baca di page tersebut..rata2nya memang berkenaan masalah suami isteri, kisah dalam kain pun ada..terdetiknya aku untuk nak tulis entry "Bersyukur" nie sebab BUKAN aku orang yang ada masalah macam tu..BUKAN aku yang jadi mangsanya..BUKAN aku yang ditempat pencerita2 tersebut..ada kalanya aku leka alpa tentang kebaikan orang2 sekeliling aku terutamanya suami aku sendiri..bila baca masalah orang hati nie sendiri terdetik YaAllah berterima kasih sangat kerana berikan suami yang sangat bertanggung jawab, penyayang, boleh jaga anak, memahami aku, serba serbi perfect 10 lah! senang cerita suami yang susah senang jatuh bangun nya kita, dia sentiasa di sisi..walaupun balik kerja tengah malam atau lewat pagi, sanggup bangun tukar lampin anak, pujuk anak bila menangis, tidurkan anak..terharu aku waktu tu..sobs sobs sobss..

Bersyukur...

Sebab apa saje yang diminta mesti dapat..cakap je nak makan apa, nak baju apa, nak bercuti kat mana semua tu xkurang dekat aku..dengan keadaan aku yang tidak bekerja dan xde duit poket, semuanya ditanggung suami tercinta..Alhamdulillah sangat2..

Bersyukur...

Belum setahun kawen dah dikurniakan cahaya mata yang cukup sifat, sempurna, comel dan sihat..ada orang bertahun nak dapat anak tapi xde rezeki..ada yang buat macam2 cara untuk dapatkan anak dan memakan kos yang beribu riban tapi hasilnya ada yang berjaya dan ada yang x..

Bersyukur...

Dapat mak mertua yang baik, terima seadanya menantu dia nie, sayang cucu, hari2 masak sedap2 untuk makan bersama, kadang2 basuhkan baju aku dan Areeq, basuhkan baju suami aku, sidaikan kain kalau aku xsempat, lipatkan kain, jaga aku dalam pantang, kemaskan bilik, uruskan Areeq..ya Allah banyak sangat dah jasa mak mertua nie..istilah mak mertua xboleh ngam dengan menantu dah xde dah dalam kamus hidup aku sebab mak mertua dah macam mak sendiri dah rasanya..bersyukur sebab aku bukan di antara mereka yang bermasalah dengan mak mertua..aku duduk dengan mak mertua dah nak masuk 3 bulan..

Kalau aku ditimpa masalah atau tengah stress fikir apa akan jadi di kemudian hari, aku akan duduk termenung sekejap dan fikir, ada jugak orang yang alami dugaan lagi teruk dari aku..so kenapa aku nak macam nie?? kenapa aku nak fikir sangat nie?? benda kecik je pun..ignore jelahh! mujur aku bukan ditempat nya..lepas tu terus aku refresh kan balik otak aku..syaitan ada dimana-mana suka bisik2 benda buruk & hasut otak kita..iman kena cekal..

Akhir kata bersyukurlah dengan apa yang ada..dugaan cabaran yang datang dekat kita tu bukan saja2 Allah nak bagi..prinsip aku senang je, jangan compare kehidupan susah senang kita dengan orang lain..hidup dah perfect dah kalau kita sentiasa bahagia, xstress (stress kerja tu lain eh) fikir pasal rumah tangga especially dan orang sekeliling..

P/s: Tak perlu kot nak bercerita atau berkongsi kisah rumah tangga dengan public..xmanis..selesaikan berdua dengan husband pun dah mencukupi..


Wednesday, April 8, 2015

Butik Review (The Choice is Yours)

Disebabkan tema raya tahun nie adalah maroon dan emerald green aku tersangat gigih untuk search baju2 di butik2 berdekatan aku sama ada pergi sendiri atau thru facebook atau IG..aku xtahulah lately nie banyak sangat baju aku borong..semuanya baju nursing & solat friendly semestinya..semenjak dah ada anak nie kena pakai baju yang sesuai..xpayah susah2 nak selak..butik2 kat shah alam yang berlambak2 belakang jakel tu kebanyakannya ada yang aku dah terjah antaranya Bella Ammara, Rina Salleh Clothing, Calaqisya, Zawara, Muslimah Clothing Couture & etc..tu kat belakang jakel..kat alam avenue pulak baru 1 butik aku pergi hari tu iaitu Fabelous Heejab..

Dalam banyak2 butik yang aku pergi nie aku sangatlah berkenan dengan baju2 di butik Muslimah Clothing Couture..tagline butik nie "your labuh & longgar specialist"..baca tagline je dah tau jenis baju yang macam mana ada kat butik nie..aku jenis simple dan suka berfashion tapi xdelah terlalu over..bagi aku baju yang selesa untuk dipakai tu mestilah longgar, labuh dan trendy..maknanya baju tu walaupun baju muslimah tapi dari segi design mesti updated..aku lebih suka dress atau jubah dress berbanding blouse tapi kalau jumpa blouse yang sedap mata memandang apa lagi memang aku grab lah! first time tengok blouse di butik Muslimah Clothing Couture ni aku terus berpuas hati dan jatuh cinta..jom review..

*Wall facebook MCC*

Antara baju yang aku dah beli xde pulak dekat facebook..mungkin admin xupdate tapi dekat IG ada..aku nak tunjuk sikitlah beberapa dress & blouse yang cantik2 tu..






Abaya Ballerina Luna nie ada 5 kaler..korang boleh tengok kat fb MCC ok..size yang ada sampai XXL tapi yang available sampai M je kot..yang lain dah out of stock..cantik kan design dress nie? aku xbeli sebab xde saiz..huhu..jom tengok blouse pulak..





Blouse nie cutting besar sebab tengok shoulder & bust size XXL aku dah tau besar..kalau nak beli baju online nie first measurement yang aku akan tengok dulu shoulder & bust sebab bidang aku besar..yang lain dah xkisah dah..semua baju di MCC sesuai untuk nursing..so pada mak2 yang tercari2 baju nursing yang cantik, elegan, labuh, longgar, dan menutup aurat boleh cari di MCC..selain dress & blouse terdapat jugak shawl, instant shawl, cardigan dan skirt..semuanya owesome2 oulsss..


Ala alamat xfull..korang boleh review sendiri lah kat fb MCC kalau nak tengok alamat ok..kalau IG pulak korang taip "muslimahclothing" je..senang cerita butik nie disebelah menara Jovian mandagie..

Selain butik yang ada kedai aku jugak terjumpa 1 page butik online nie iaitu Pesonasara..baju2 di butik ini pun aku berkenan walaupun xbanyak pilihan..butik nie 100% online dan nama admin page nie Pn Isma..


Antara baju yang dijual di butik online ini..




Aku dah order dah pun jubah dress nie..cantik sangat design nya walaupun simple..measurement pun mengikut ukuran badan aku..harga pun berpatutan dan affordable..





Yang nie pun aku grab jugak..pembolot betul kau nie weyh! selain blouse dan jubah dress butik ini juga menjual cardilatch atau nursing cover multifunction..bukan sahaja nursing cover tapi boleh juga dijadikan cardigan..bagi aku unik..




Multifunction sangat..aku nak beli tapi aku xpasti cardilatch nie boleh digayakan dengan baju apa..banyak kaler yang ada..korang boleh review fb Pesonasara ok..kalau berminat dengan baju2 yang ada di Pesonasara boleh berurusan dengan Pn Isma..

P/s: Baju kaler emerald green susah betul nak dapat..kalau ada pun xda saiz..ciss! eh aku baru je nak cuba red bella body wash..hope dapat selim seperti anak dara..eh time anak dara aku slim ke?? ok baii..


Tuesday, April 7, 2015

Bercuti Satu Hari Sambil Celebrate Anniversary di Bukit Tinggi Pahang

Sebenarnya cerita nie dah basi tapi aku nak cerita jugak sebab cerita nie tentang anniversary aku yang pertama hari tu..tup tup dah setahun dah kawen..xsangka gilerr sekejap sangat rasanya..rasanya macam baru semalam je nikah..over!

29 Mac 2015 hari tu ialah tarikh anniversary aku yang pertama..alhamdulillah sangat dengan perkahwinan ini..bertemu jodoh pulak dengan seorang insan yang sangat bertanggung jawab terhadap keluarga kecil dia nie..belum setahun kawen dah dikurniakan cahaya mata tercinta..bersyukur sangat ya Allah kau hadirkan insan2 tersayang ini untuk aku..sayang kamu semua much muchhh!(ayat apa nie?)

Sebenarnya plan ni xberapa nak plan pun sebab last minute decision..plan nak ke bukit tinggi tu ada tapi bukan time anniversary..first time nie memang xtahu apa ada di bukit tinggi tu..plan nak pergi hari jumaat..tarikh pergi hari ahad..so sebelum pergi bercuti aku akan buat sedikit research lah macam biasa..baca belog orang lah ape lagi..kebanyakan blog yang aku baca semua bagi positive feedback lah dan ada 1 blog nie aku baca dia hanya ke bukit tinggi sehari je..dan adalah sebab musabab dia ceritakan kenapa 1 hari..so aku terfikir why not celebrate kat sana? sehari je pon! so hari jumaat tu aku cadang2kan kat husband and serta merta dia setuju..

Tapi hari ahad tu xkena timing sebab beratur kenduri kawen walaupun xdelah panjang sangat..2 rumah je pon..dah orang jemput kan pergi jelah nanti time anak kita kawen xde pulak orang nak datang..kami gerak je dah pukul 2.30 petang..sampai mestilah petang jugak dalam pukul 3 lebih macam tu..jalan nak naik atas tu adventure lah jugak tapi nak ke genting lagi adventure kot..yang xbestnya bila follow belakang kereta yang drivernya ala bercintan cintun dalam kereta...sendu rasa follow belakang kereta orang camni..nak potong xboleh..ikut jelahh..

Sampai je kat atas tu destinasi pertama mestilah ke Colmare Tropicale..almaklumlah expectation orang first time pergi nie tinggi..bila masuk je colmar tropicale tu dalam hati *alaa macam nie je ke tempatnya??* korang faham kan perasaan aku?? huhuhu..sendu sangat! bangunan ala2 french tu memang cantik tapi aku ingat kawasan nya besar & boleh jalan round2 ambil masa yang lama tapi sekitar situ je rupanya..masa aku pergi tu panas ok! sapa cakap bukit tinggi sejuk?? pang kang! bila dah petang2 tu redup sikit & barulah rasa sejuk2 sikit..

Orang2 yang sampai sana aku tengok macam2 gaya bergambar..so si hantu selfie nie nak lah jugak!

*Eh eh! cenyum lah areeq..omeyyy omeyy!*







Banyak je restoran kat sana & pilih je nak makan apa..yang tekak makan belacan memang xdelah..semua tekak italiano ala2 omputih je makanan nya..dalam banyak2 makanan aku teringin pizza..so masuklah restoran pizza & western yang tersangatlah worst service mereka..dah duduk beberapa minit pun still xde waiter or waitress yang layan kami..xtahulah kurang pekerja ke atau pekerja yang kurang kasih sayang majikan sampai xnampak kami duduk kat belakang..last2 husband aku yang panggil..dah lambai tangan pun xpandang kan..xsuggest lah restoran nie..cari lainlah kalau nak makan..

Seriously nama pizza kat atas nie tersangatlah susah nak sebut..bila dah order harap2 sedaplah..aku rasa pizza homemade aku lagi tip top kot..pizza yang terlampau simple cuma roti prata je macam roti kebab tu..topping nya ada ayam roasted dan apa lagi ntah tu..aku order sebab ayam roasted jerr..aku bukan pencinta beef..harga pizza small nie dan air guava segelas RM40++..mahal x?? korang nilailah sendiri..

*alolooo comel sangatlah tu cantik sangatlah tu..puiihh!*



*Nak saranghae tapi malu sebab tu xsaranghae sangat*

*Aku xtahu apa function rumah kecik nie*

*Air pancut kat belakang tu cantik rasa nak rendam kaki*


*Eeee itew malu senanye wat cenggini macam over sangat*



*Pegang kuda macam kuda tu ada janggut*

Banyak gambar aku sebab husband kesian tengok aku nak bergambar sangat tapi xde orang nak tangkapkan..so dialah juru camera hari tu..gambar kami bertiga guna monopod je..last sekali time nak balik ada sorang uncle india tu baik sangat macam memahami jiwa raga aku nie nak tangkapkan gambar kami..senyum sampai mata aku rasa time tu..berbesar hati gilerr bagi phone kat die..thumbss upp uncle!

Ok mata dah kuyu dah nie..sambunglah next entri ye..selamat malam!

P/s: Banyak je aktiviti kat bukit tinggi tapi aku sempat pergi Colmar Tropicale jer sebab dah petang..teringin nak pergi japanesse village tapi dah tutup..xpelah xde rejeki di situhh..maybe next time..

Wednesday, April 1, 2015

Red Bella Skincare Terbaikk!

Kalau korang nak tahu dulu aku pernah mengalami masalah kulit sensitif..time sekolah dulu kulit aku memang bersih dan cantik (ehem!angkat bakul sendiri nampak??) seriously aku xpernah guna apa2 produk kecantikan pon seperti pencuci muka..tapi krim muka aku pakailah..huhu..sampaikan kawan aku sendiri tegur "kau pakai pencuci muka ape?"..and i said "nope"..buat apa nak pakai sedangkan kulit muka dah bersih kan..aku pernah jugak cuba pakai macam2 pencuci muka tapi tidak pernah serasi dengan kulit muka aku..sadis kan?? so aku decide untuk tidak pakai apa2 pencuci muka pon..
Tu time sekolah..bila masuk je matrik xlama tu aku perasan muka aku mula tumbuh jerawat..mungkin sebab terlampau banyak sangat study (eh kau rajin sangat ke??)..bila kita stress pon sebenarnya muka kita akan ditumbuhi jerawat2 degil..krim muka yang pernah aku pakai antaranya Hazeline Snow dan Safi..kesan pakai Hazeline Snow dulu ia mampu hilangkan jerawat muka aku..tepeklah sikit kat jerawat beberapa hari lepas tu hilang..tapi dengar cerita Hazeline Snow xhalal..bila kita dah was2 haram kalau pakai jugak so sejak tahu tu terus aku dah xpakai langsung..

Kulit muka sebelah mata aku nie dulu kasar dan gatal..kalau kerap garu akan jadi merah, pedih dan jadi kulit yang mengelupas tu tapi xmengelupas pon..xtahulah apa puncanya..bila stop pakai safi ok plak..so nak mengelakkan kulit muka jadi cenggitu aku stop pakai safi..

Itu dulu..bila dah kerja kulit muka tetiba jadi kasar dan gelap..untuk elakkan kasar kat muka tu aku pakai apa ntah nama serbuk tu ada buluh2 kat belakang..masa mandi lenyek kat tempat yang kasar tu..memang akan lembut tapi kena pakai hari2 kalau xkulit kasar tu akan jadi balik.. 

Dan sekarang produk Red Bella Skincare nie makin famous di media sosial..tengok testimoni orang kemain glowing muka mak ngah! so aku decide untuk try 1 set..set yang aku ambil hanya skincare sahaja iaitu krim siang, krim malam dan facial soup..jom tengok hasilnya..

Tadaaaaaaaaaa!!!


Aku dah pakai produk nie hampir sebulan..nie gambar latest tau..no 360 no edit2..natural beauty hokeyy..tengok dulu kulit muka aku kusam..time ni terpaksa pakai safi jugak sebab xtahu nak pakai krim ape..kalau xpakai langsung muka macam orang bangun tidur..actually kat dahi tu ada jerawat2 tegar yang payah nak hilang..

Selepas penggunaan hanya selama 3 hari dah nampak dah perubahan kat muka..makin licin dan glowing..xlama lepas tu husband aku tegur "eh dah licinlah kulit..dah hilang hitam2 kat hidung"..actually aku ada blackhead yang sangat teruk di hidung dan pipi..bila husband dah tegur maknanya blackhead tu dah kurang..so produk nie amat berkesan terhadap kulit sensitif macam kulit aku..

Produk Red Bella nie diperbuat daripada bahan organic atau semula jadi..lepas guna kena simpan dalam peti sejuk kalau x kaler krim tu akan bertukar dan bila sapu kat muka kulit muka akan rosak..aku pernah terlupa masuk kan dalam peti sejuk tapi nasib baik tengok kaler still sama..aku xpasti suhu yang macam mana sesuai nak simpan produk nie..tapi nak selamat aku simpan dalam peti sejuk je..

*Antara produk Red Bella*

*Gambar memang separuh*

Yang aku guna hanya skincare sahaja..maybe next time aku nak try body wash pulak..tengok testimoni boleh kuruskan badan..cuba apply kat aku pulak boleh ke x badan aku nie selim..teringin nak cuba foundation tapi memandangkan aku xberapa nak make up sangat bila keluar so lupakan terus ye hasrat tu zurin! 

Korang boleh review Red Bella Klang/Shah Alam dan boleh berurusan terus dengan admin page nie kalau berminat ye..

P/s: Start taip petang tadi dah malam baru siap entri pendek nie sebab kena tidurkan anak dulu..phewww~~