Wednesday, April 1, 2015

Red Bella Skincare Terbaikk!

Kalau korang nak tahu dulu aku pernah mengalami masalah kulit sensitif..time sekolah dulu kulit aku memang bersih dan cantik (ehem!angkat bakul sendiri nampak??) seriously aku xpernah guna apa2 produk kecantikan pon seperti pencuci muka..tapi krim muka aku pakailah..huhu..sampaikan kawan aku sendiri tegur "kau pakai pencuci muka ape?"..and i said "nope"..buat apa nak pakai sedangkan kulit muka dah bersih kan..aku pernah jugak cuba pakai macam2 pencuci muka tapi tidak pernah serasi dengan kulit muka aku..sadis kan?? so aku decide untuk tidak pakai apa2 pencuci muka pon..
Tu time sekolah..bila masuk je matrik xlama tu aku perasan muka aku mula tumbuh jerawat..mungkin sebab terlampau banyak sangat study (eh kau rajin sangat ke??)..bila kita stress pon sebenarnya muka kita akan ditumbuhi jerawat2 degil..krim muka yang pernah aku pakai antaranya Hazeline Snow dan Safi..kesan pakai Hazeline Snow dulu ia mampu hilangkan jerawat muka aku..tepeklah sikit kat jerawat beberapa hari lepas tu hilang..tapi dengar cerita Hazeline Snow xhalal..bila kita dah was2 haram kalau pakai jugak so sejak tahu tu terus aku dah xpakai langsung..

Kulit muka sebelah mata aku nie dulu kasar dan gatal..kalau kerap garu akan jadi merah, pedih dan jadi kulit yang mengelupas tu tapi xmengelupas pon..xtahulah apa puncanya..bila stop pakai safi ok plak..so nak mengelakkan kulit muka jadi cenggitu aku stop pakai safi..

Itu dulu..bila dah kerja kulit muka tetiba jadi kasar dan gelap..untuk elakkan kasar kat muka tu aku pakai apa ntah nama serbuk tu ada buluh2 kat belakang..masa mandi lenyek kat tempat yang kasar tu..memang akan lembut tapi kena pakai hari2 kalau xkulit kasar tu akan jadi balik.. 

Dan sekarang produk Red Bella Skincare nie makin famous di media sosial..tengok testimoni orang kemain glowing muka mak ngah! so aku decide untuk try 1 set..set yang aku ambil hanya skincare sahaja iaitu krim siang, krim malam dan facial soup..jom tengok hasilnya..

Tadaaaaaaaaaa!!!


Aku dah pakai produk nie hampir sebulan..nie gambar latest tau..no 360 no edit2..natural beauty hokeyy..tengok dulu kulit muka aku kusam..time ni terpaksa pakai safi jugak sebab xtahu nak pakai krim ape..kalau xpakai langsung muka macam orang bangun tidur..actually kat dahi tu ada jerawat2 tegar yang payah nak hilang..

Selepas penggunaan hanya selama 3 hari dah nampak dah perubahan kat muka..makin licin dan glowing..xlama lepas tu husband aku tegur "eh dah licinlah kulit..dah hilang hitam2 kat hidung"..actually aku ada blackhead yang sangat teruk di hidung dan pipi..bila husband dah tegur maknanya blackhead tu dah kurang..so produk nie amat berkesan terhadap kulit sensitif macam kulit aku..

Produk Red Bella nie diperbuat daripada bahan organic atau semula jadi..lepas guna kena simpan dalam peti sejuk kalau x kaler krim tu akan bertukar dan bila sapu kat muka kulit muka akan rosak..aku pernah terlupa masuk kan dalam peti sejuk tapi nasib baik tengok kaler still sama..aku xpasti suhu yang macam mana sesuai nak simpan produk nie..tapi nak selamat aku simpan dalam peti sejuk je..

*Antara produk Red Bella*

*Gambar memang separuh*

Yang aku guna hanya skincare sahaja..maybe next time aku nak try body wash pulak..tengok testimoni boleh kuruskan badan..cuba apply kat aku pulak boleh ke x badan aku nie selim..teringin nak cuba foundation tapi memandangkan aku xberapa nak make up sangat bila keluar so lupakan terus ye hasrat tu zurin! 

Korang boleh review Red Bella Klang/Shah Alam dan boleh berurusan terus dengan admin page nie kalau berminat ye..

P/s: Start taip petang tadi dah malam baru siap entri pendek nie sebab kena tidurkan anak dulu..phewww~~





11 comments:

  1. Serius kah akk...????? 😅.. Nk beli camne ni... Hee

    ReplyDelete
  2. Sis msh jual lg ke redbella skincare ni x?? Nk beli..

    ReplyDelete
  3. Sis msh jual lg x redbella skincare nih..

    ReplyDelete
  4. Ada sesiapa nak beli redbella boleh dptkan dgn sy ditalian 012 9597642

    ReplyDelete
  5. Siapa nak dapatkan red bella skincare boleh direct saya (018-7644761) Harga kasih sayang , yg pasti original. Thank you ��

    ReplyDelete