Thursday, May 12, 2016

Let's workout!

Bosan sangat malam ni xtau nak buat apa so update bloglah. Kan aku ada cakap di previous post aku nak treadmill kan. Sebenarnye Hajat aku tu last week lagi dah tercapai! Aku dah pon start diet hari Isnin hari tu. Serious Penat lari atas treadmill and bosan jugak kadang2. So aku variety kan exercise aku dengan buat zumba sekali. Baru syiiookk Bai! Nak letak gambar treadmill kiteeww tapi Xtaulah xboleh nak upload (sebenarnye kau malas kan zurin?)

Terjebaknya aku nak treadmill tu Sebab badan naik mencanak2 lepas bersalin anak second ni. Dulu time areeq xdelah macam ni. Risau hati ni. Tu yang tersurvey treadmill kat mudah. Kat mudah je mampu. Nak beli baru memang idakk lah. Harga sakit jantung kau. Masa aku survey tu ada 3 orang nak jual. Ni treadmill y Vivaldi brand takasima. Antara treadmill takasima yang paling murah. Harga pasaran sekarang dalam Rm2000 plus kot ke lagi mahal aku xsure tapi paling murah ada sorang Chinese ni bukak harga Rm1000 je. Yang lain tu above Rm1000.

Tanpa minta keizinan suamiku aku pun mesej lah cina tadi cakap nak tengok Dulu condition bagai. Lepas mesej baru bagitahu. Kihkihkih. Then Dia suruh datang weekend. Kami pun datang lah tengok. Treadmill tu Dia beli dah 4 tahun tapi condition 9/10 lah. Reason nak jual Sebab jarang guna dan menyemak kot kat living hall rumah Dia. Bila dah tengok dan dah decide nak beli husband aku suruh mintak kurang. Kalau Jadi beli Dia nak Bagi sekali blender buah. Kirenye harga include blender tu lah. Mula2 kitorang mintak RM500 tapi husband Dia Xnak pastu Dia offer RM700 include blender tapi husband aku pulak Xnak. Nego punya nego Dia Jadi jual dengan harga RM650 include blender tu RM150. Jadinya kitorang dapat harga treadmill RM500 lah. Ok kan? Ok sangat weyh! (aku Tanya aku jawab sendiri)

Hampir 2 minggu jugakla baru ambik treadmill tu bawak rumah. Aku start guna Isnin hari tu. Biasalah treadmill dah 4 tahun bila lari lama2 macam ada bunyi2 sikit. Aku mampu lari 30 minit je. Pancit beb! Dah lah xpernah workout sekali workout heavy pulak tu mana tak kepancitan aku nih. 3 hari je lari atas treadmill then semalam and hari ni aku buat zumba. Badan Jangan cakaplah satu badan sakit. Kaki lenguh. Muscle dah biasa relax sekarang kita train plak die terkejut beruklah. Tu yang lenguh sakit semua.

Aku ni diet sesuka hati. Xde Atkins lah kalori lah bagai. Kalau Bab makan aku cutoff Makanan berminyak, junkfood, Makanan manis, proses food dan ais je kot so far. Biskut2 manis tu kengkadang termakan jugak tapi sikit jela. Aku ambil jugak nasi sesenduk (Sebab breastfeeding), sayur pakchoi (suka hati aku lah nak eja cmne kan), ayam bakar. Hari2 tu je menu nya. Hari2 workout xtinggal dalam hampir seminggu ni lah. Hopefully akan bersemangat untuk workout. Everyday is a workout day! Yeahhh!

Doakan aku Berjaya kurus Ok! Jauh lagi journey ni. Target 60 kg tapi Xtaulah bila boleh cecah angka 6 tu. Cuma sekarang ni nak kecik sikit lah before raya. Target 70 kg Dulu. Pelan2 kayuh. In shaa Allah.

My Wishlist

Dalam hidup ni banyak sangat Benda yang aku nak capai. Aku percaya bukan sahaja malahan semua orang ada target nak capai sesuatu atau wishlist lah orang kata. Aku pun Salah seorang yang ada wishlist tu di mana aku rasa kadang2 mampu ke aku? Bila boleh termakbul nya impian tu? Giteww lah lebih kurang. Jom aku nak share some wishlist yang aku berhajat sangat tuh.

1. Nak ada rumah sendiri

Like seriously semua orang mengimpikan rumah sendiri yang selesa. Sama jugak macam aku. Aku tak kesah rumah besar ke kecik ke yang penting selesa. Kalau boleh nak rumah setingkat je. Rumah tinggi ni kang Nanti kalau dah Tua dah tak larat nak naik Jadi nya kat atas tu Sapa yang duduk? Hantu lerr jawabnyaa. Kalau boleh jugak aku nak rumah kampung. Actually Ibu aku ada wakafkan tanah untuk anak2 Dia so aku berhajat sangatlah untuk buat rumah kat sana. Best weyh duk kampung. Boleh berkebun, Bela ayam, tanam sayur etc.

2. Treadmill

Di Kala badan seperti di pam2 beso nye ni memang nak sangatlah treadmill. Senang nak jogging kat rumah. Sambil jogging sambil jaga anak ye dakk?? Ekeke. Lepas bersalin yang ke 2 ni memang badan susah nak turun. Laki aku masak sedap sangat kot time pantang sampai kadang tu bertambah jugak lah pinggan ku. Kihkihkih. Niat bukan untuk kurus je tapi untuk lebih healthy. Senang nak solat xdelah mengah2. Teringin jugak nak pakai baju saiz kecik. Ni asek cari baju plus size je sampai bile? Hidup perlu ada perubahan. Sampai bila perlu duduk di takuk lama? (betul ke aku cakap? Hentam je lah labu)

3. Convocation

Semua student nak sangat abes belajar cepat dan konvo. Aku suka konvo Sebab Ibarat nya kita diiktiraf lah gituuhh. Salah satu Sebab Sambung master Sebab nak konvo lagi. Haha. Bila terfikir lagi 2 sem je nie then konvo lerr kiteeww... Yeehuuu!! Senang lah kau cakap. Nak hadap thesis lagi yang tajuk pun masih pening2 ayam. No preparation at all. Itulah orang kata habuan nya kita akan dapat bila bersusah2 dahulu. Macam konvo lah lepas rasa disaster nya belajar sampai kadang macam zombie, mata panda pun kena pergi faculty nak kena siapkan assignment. Bila dah habis dah konvo kita rasa lega sangat. Rasa bangga pun ada Sebab kita mampu mengharungi liku2 sedih happy nervous Masa belajar Dulu. Hmm nak konvo cepat weyh!

4. Percutian

Biasalah lepas2 pantang nie nak lah jugak bercuti hirup udara segar (segar ke? Berjerebu je adalah). Plan nya nak pergi cameron bulan ni tapi banyak kekangan nya so terpaksa di batalkan lah percutian yang entah berapa kali entah pergi cameron tu. Nak sangat pergi cameron tu Sebab teringin nak menginap kat kampung taman sedia yang dah viral kat Facebook tuhh. Tempat xpernah pergi kan tu yang saja nak Tengok2 apa yang ada. Mungkin lepas raya in shaa Allah.

5. Sambung Phd kat overseas

Aku tau bukan Senang belajar buat research lagi2 master aku in coursework. Orang kata susahla kau nak Sambung phd Sebab phd based research. Macam aku ni kategori xde skill in research lah dari segi writing, buat proposal etc. Berbanding dengan master student based research yang di mana kalau nak Sambung phd xperlu struggle atau tak zero lah dalam segala skill Sebab diorang ada pengalaman. Tapi bila fikir sampai bila kau nak duduk di comfort zone je? Cuba challenge diri untuk keluar dari comfort zone dan ia Salah satu cara untuk kau improve diri sendiri. Mungkin lepas tu kau lebih confident nak cakap depan orang ramai, lebih tegas menyuarakan pendapat, lebih fluent in English, banyak ilmu yang kau dapat mungkin dan banyak lagi manfaat. Sebab tu aku nak sangat Sambung phd kat overseas walaupun aku tau bukan Senang nak sesuaikan diri kat negara orang. Dengan communication, sistem pembelajaran, environment, negara 4 musim dan banyak lah lagi. Sambil2 belajar boleh travel Europe kan. One of my Wishlist Jugak!

Kalau ikutkan wishlist aku memang banyak tapi cukup lah 5 je. Tengah xrajin nak menulis. Abaikan perenggan yang kejap bold kejap xbold tu. Entah kenapa entah. Biasalah pakai phone payah sikit nak Edit2. Sebenonye entri ni dah siap lama. Aku saja lah nak tambah gambar. Entah Xtaulah size beso ke hape xboleh upload ke apa. Last2 aku delete post ni then buat balik. Rajin ke rajin? Angguk cepat! Penat tau Taip 2 kali.

Tuesday, May 10, 2016

Wanita Bekerjaya vs Suri Rumah

Sebelum nak tulis pasal entry throwback tu aku nak sangat luah kan apa yang aku rasa dan sedikit pendapat mungkin..kadang2 kan bila aku duduk sorang2 atau tengah nyusu kan anak ke tetibe terlintas atau teringat orang2 yang pernah kantoi mengata aku..Hina aku depan2..kadang2 meleleh jugakla ayaq mata aku nie..sobs sobs..Kadang2 aku tak paham kenapa segelintir manusia nie tak suka betul tengok wanita2 yang tak bekerja ni aka suri rumah sepenuh Masa..lagi2 suri rumah yang kau kutuk depan2 tu berpelajaran tinggi (Haku lerr tu)..apa Hina sangat ke tak keje jaga anak kat rumah?? Laki I pon xpenah bising kau nak kecoh pehal?? Lempang kang!

Aku pernah alami situasi di Hina depan2 oleh orang yang lebih Tua dari aku disebabkan aku tak bekerja je pon..ayat die lebih kurang cenggini *kau belajar tinggi pon bukan nya keje* sentap seh! Disebabkan rasa hormat aku diam jela..speechless xtau nak cakap apa..mungkin Dia tau hidup aku ni xberapa Senang dengan suami keje sendiri dan masih xmampu nak beli rumah..kemon baru setahun jagung kawen kot..apa tetibe lepas kawen nak duduk rumah sendiri tahap bungalow ke?? Puiiihh lah! sebab tu disuruh keje bantu suami..errkk Ok fine! Tapi at least aku xpernah kacau hidup orang..xpernah menyusahkan orang..kau yang sakit mata kot tengok life aku..(hidung tengah kembang kempis nie tahan marah)

Ni aku nak Bagi Sebab musabab kenapa aku xkeje atau dilabel pemalas barangkali (mungkin kot kita xtau hati orang)..aku kalau boleh nak keje sekitar klang je Xnak aku jauh2 dengan minyak tol bagai..kalau naik ktm pagi2 dah keluar rumah rushing drive Sebab nak kejar train yang xkan tunggu kau walaupun dah mengah2 lari naik jejantas tapi xsempat lepas tu sampai ofis badan bau kambing (nie pengalaman intern kat sime Darby)..Sebab tu aku Xnak keje KL walaupun aku tau aku boleh dapat gaji yang lebih lumayan..kalau naik kereta pulak tau lah KL tu cmne..xkoserr mak nak ngadap Jem pagi petang siang malam..so disebabkan faktor2 ini jadilah aku pekerja di kilang diaper kat area dekat dengan rumah..boleh tak Xnak cerita pengalaman kerja kat situ Sebab rasa berdosa pulak asek nak mengata..banyak pahitnya dari yang manis..kalau nak cerita boleh bukak another entry Sebab Panjang alkisah keje kat situ..tapi xnaklah..mengaibkan orang Xbaik weyh..

Ape aku nak cakap ni dah lupa dah..ok aku sebenarnye dah buat entri berkenaan aku resign Dulu tapi malas nak link Sebab Taip kat hp xsyokk..sesiapa yang ikut life aku kat blog ni tau lah..Aku berhenti keje seminggu lepas kawen dengan alasan nak fokus study sebabnya aku ada paper repeat Masa tu..rasanya bila keje berat sangat nak pikul tanggungjawab sebagai pelajar dan pekerja at the same time. Aim aku lepas master apply lecturer pulak untuk nak pengalaman bekerja tu..Jadi nya bila ada Mulut2 puaka yang bising2 suruh aku keje memang rasa annoying lah..aku ada matlamat hidup aku sendiri aku nak Jadi apa lah akan datang..lagipun aku dah xminat keje ofis Ok! Got it?!

Panjang xmukadimah?? Yang ni baru cerita betul..Manfaat duduk di rumah sebagai suri rumah:

1. Dapat tengok anak membesar depan mata
Moment yang ni memang sayang kalau terlepas Sebab anak kita membesar sekali je..rasa bahagia bila dapat tengok Dia mengiring lah merangkak lah..at least sebagai Ibu bila orang Tanya *eh anak kau dah pndai apa?* automatik kau akan ingat bila Dia dah pandai mengiring bila Dia start merangkak.. Berapa bulan pulak Dia dah pandai buat semua tu..bahagia kan?? Nanti ada lah sesi compare mengompare (ayat apa nie?) anak memasing..tu biasa syndrome mak mak..dah Jadi mak baru paham..Nanti Dia dah besar dah xde dah moment nie..

lagi satu anak kita akan lebih Rapat dengan kita Sebab satu hari asek tengok muka kita je kan..asek berkepit je..lagi2 yang nyusu badan tu yang tahap xboleh lepas nenen.. Mengempeng 24 jam macam anak 2nd aku..letih weyh! The best moment ever..itulah Makanan yang terbaik untuk Dia..letih2 pon anak kan..kena la berkorban..istilah Rapat tu aku boleh sinonim kan dengan kita lebih peka, Tahu atau paham perangai anak kita..kalau Dia meragam kita dah tau Dia nak apa..kalau tidur asek kejap2 bangun Kita boleh tau Dia kenapa..tidur ntah mengigau ke tetibe bangun berjalan ke pun kita boleh tau kenapa..xdelah kita nie pelik dengan perangai anak yang macam2..Sebab dah hari2 mengadap Jadi Tarzan Jadi singa kat rumah tu..

2. Boleh uruskan rumah dengan sempurna
Memang boleh kalau anak dah pandai main sendiri..kalau ada baby macam aku nie plus dengan areeq yang umur setahun 4 bulan tu memang bye2 la rumah..kau xsanggup nak tengok keadaan rumah sendiri..nie rumah ke reban ni??(yang ni tipu! Melampau sangat eh!)..Dulu Masa pregnant memang sempat kemas rumah Sebab areeq dah pandai main sendiri..tapi budak besar tu suka mengexplore so kemas pun xguna Nanti Dia punggah balik last2 xjadi keje membutalah aku di dalam bilik..tapi Bab kemas dapur sapu sampah mengemop lipat kain sidai kain basuh kain tu aku champion..Bak kata laki aku supermom kan?? Supermom ke aku?? Motip nak cakap cmtu?? Perli ke ape??

Tapi majority manusia ni mentality Dia Mesti ingat suri rumah nie banyak Masa boleh relax tenang tengok TV Xd buat apa ke kan..banyaklah kau banyak Masa jadahnya!! Aku nak mandi makan pun kadang2 xsempat tau!! Kau ape tau?? Ok Sambung..lagi2 suami2 yang bile balik rumah kalau tengok rumah bersepah Mesti salahkan isteri cakap *awak bukan buat apa pon kat rumah nie*..Jantan macam ni elok Bagi Dia rasa keje suri rumah tu cmne..jaga anak kemas rumah semua..lagi2 kalau yang ada anak 3 4 tahun yang tengah aktif hyper yang ditegur xmakan saman..sumpah aku cakap laki xkan sanggup..sebab tu Allah jadikan wanita tu multitasking..walaupun lemah dimata lelaki tetapi kental sebagai Ibu..Bagi aku respectlah suri rumah suri rumah yang sanggup berhenti keje untuk jaga anak jaga makan pakai kamu wahai suami..so husband respect I cepat!! (Bajet laki aku Baca je)

Bagi Ibu2 yang bekerja pulak aku paham..kita xboleh nak samakan kehidupan orang ni dengan orang tu..mungkin orang ni rezeki die lebih dari segi kewangan yang boleh membuatkan si isteri tak keje jaga anak kat rumah..mungkin yang orang ni pulak rezeki die lebih Pada anak yang ramai yang membuatkan si isteri perlu bekerja untuk membantu meringankan beban suami..Ibu mana yang sanggup hantar anak kat pengasuh?? Mungkin si Ibu terpaksa bekerja untuk membantu suami hakikatnya dalam hati rasa sendu bila hantar anak kat pengasuh..sekarang macam2 kes pengasuh kejam dera anak..takut dengar..hati2 lah ye pilih pengasuh..Jangan tersalah pilih..

Aku tak mengagung2 kan sangat keje suri rumah atau menyalahkan Ibu2 yang bekerja Sebab xboleh jaga anak sendiri..itu pilihan masing2..masing2 ade prons and cons..kalau boleh diberi pilihan semua wanita Xnak keje duduk rumah jaga anak tapi banyak faktor dan kekangan yang tak boleh seseorang tu berbuat demikian..k..Hanya pendapat saya semata..Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati (eh merepek ape aku nie?)

P/s: Sebab tu kerja suri rumah tu kerja yang paling mulia..Siapa kata suri rumah xbekerja? Buat kerja rumah tu bukan kerja ke? Jaga anak bukan kerja? Cuma xberbayar je..kalau kena bayar kopak kau laki2 Sebab kerja suri rumah 24 jam! Kalau aku kayaaaa... Lalalalala..

Monday, May 9, 2016

#Throwback 2015

Rasa rasanya macam nak buat throwback untuk tahun 2015 lah..dah lama sangat tinggal Dunia blogging..Rasa rindu pula..Rasa banyak sangat aku nak cerita tapi tak ada masa..sejak anak dah masuk 2 nie memang tak ada masa nak bukak lappy main tenet bagai..dok layan anak je..so sekarang rasa nak aktif balik sementara belum masuk sem lagi..Ok tu je nak bagitahu.. Stay tune!

P/s: banyak sangat kenangan tahun 2015 yang aku tak share lagi antara nya percutian, perkembangan areeq, wishlist aku, kelahiran anak ke 2 dan banyak lagi..semua untuk readers tersayang (cett bajet ghetiss sgt!!)