Thursday, May 12, 2016

My Wishlist

Dalam hidup ni banyak sangat Benda yang aku nak capai. Aku percaya bukan sahaja malahan semua orang ada target nak capai sesuatu atau wishlist lah orang kata. Aku pun Salah seorang yang ada wishlist tu di mana aku rasa kadang2 mampu ke aku? Bila boleh termakbul nya impian tu? Giteww lah lebih kurang. Jom aku nak share some wishlist yang aku berhajat sangat tuh.

1. Nak ada rumah sendiri

Like seriously semua orang mengimpikan rumah sendiri yang selesa. Sama jugak macam aku. Aku tak kesah rumah besar ke kecik ke yang penting selesa. Kalau boleh nak rumah setingkat je. Rumah tinggi ni kang Nanti kalau dah Tua dah tak larat nak naik Jadi nya kat atas tu Sapa yang duduk? Hantu lerr jawabnyaa. Kalau boleh jugak aku nak rumah kampung. Actually Ibu aku ada wakafkan tanah untuk anak2 Dia so aku berhajat sangatlah untuk buat rumah kat sana. Best weyh duk kampung. Boleh berkebun, Bela ayam, tanam sayur etc.

2. Treadmill

Di Kala badan seperti di pam2 beso nye ni memang nak sangatlah treadmill. Senang nak jogging kat rumah. Sambil jogging sambil jaga anak ye dakk?? Ekeke. Lepas bersalin yang ke 2 ni memang badan susah nak turun. Laki aku masak sedap sangat kot time pantang sampai kadang tu bertambah jugak lah pinggan ku. Kihkihkih. Niat bukan untuk kurus je tapi untuk lebih healthy. Senang nak solat xdelah mengah2. Teringin jugak nak pakai baju saiz kecik. Ni asek cari baju plus size je sampai bile? Hidup perlu ada perubahan. Sampai bila perlu duduk di takuk lama? (betul ke aku cakap? Hentam je lah labu)

3. Convocation

Semua student nak sangat abes belajar cepat dan konvo. Aku suka konvo Sebab Ibarat nya kita diiktiraf lah gituuhh. Salah satu Sebab Sambung master Sebab nak konvo lagi. Haha. Bila terfikir lagi 2 sem je nie then konvo lerr kiteeww... Yeehuuu!! Senang lah kau cakap. Nak hadap thesis lagi yang tajuk pun masih pening2 ayam. No preparation at all. Itulah orang kata habuan nya kita akan dapat bila bersusah2 dahulu. Macam konvo lah lepas rasa disaster nya belajar sampai kadang macam zombie, mata panda pun kena pergi faculty nak kena siapkan assignment. Bila dah habis dah konvo kita rasa lega sangat. Rasa bangga pun ada Sebab kita mampu mengharungi liku2 sedih happy nervous Masa belajar Dulu. Hmm nak konvo cepat weyh!

4. Percutian

Biasalah lepas2 pantang nie nak lah jugak bercuti hirup udara segar (segar ke? Berjerebu je adalah). Plan nya nak pergi cameron bulan ni tapi banyak kekangan nya so terpaksa di batalkan lah percutian yang entah berapa kali entah pergi cameron tu. Nak sangat pergi cameron tu Sebab teringin nak menginap kat kampung taman sedia yang dah viral kat Facebook tuhh. Tempat xpernah pergi kan tu yang saja nak Tengok2 apa yang ada. Mungkin lepas raya in shaa Allah.

5. Sambung Phd kat overseas

Aku tau bukan Senang belajar buat research lagi2 master aku in coursework. Orang kata susahla kau nak Sambung phd Sebab phd based research. Macam aku ni kategori xde skill in research lah dari segi writing, buat proposal etc. Berbanding dengan master student based research yang di mana kalau nak Sambung phd xperlu struggle atau tak zero lah dalam segala skill Sebab diorang ada pengalaman. Tapi bila fikir sampai bila kau nak duduk di comfort zone je? Cuba challenge diri untuk keluar dari comfort zone dan ia Salah satu cara untuk kau improve diri sendiri. Mungkin lepas tu kau lebih confident nak cakap depan orang ramai, lebih tegas menyuarakan pendapat, lebih fluent in English, banyak ilmu yang kau dapat mungkin dan banyak lagi manfaat. Sebab tu aku nak sangat Sambung phd kat overseas walaupun aku tau bukan Senang nak sesuaikan diri kat negara orang. Dengan communication, sistem pembelajaran, environment, negara 4 musim dan banyak lah lagi. Sambil2 belajar boleh travel Europe kan. One of my Wishlist Jugak!

Kalau ikutkan wishlist aku memang banyak tapi cukup lah 5 je. Tengah xrajin nak menulis. Abaikan perenggan yang kejap bold kejap xbold tu. Entah kenapa entah. Biasalah pakai phone payah sikit nak Edit2. Sebenonye entri ni dah siap lama. Aku saja lah nak tambah gambar. Entah Xtaulah size beso ke hape xboleh upload ke apa. Last2 aku delete post ni then buat balik. Rajin ke rajin? Angguk cepat! Penat tau Taip 2 kali.

No comments:

Post a Comment