Wednesday, April 16, 2014

Serapat Rapat Kita Dengan Mak Mertua Masih Ada rasa Janggal Walaupun Sedikit

Ada orang cakap menantu perempuan xkan ngam dengan mak mertua..xkan baik dengan mak mertua..tapi aku ok je dengan mak mertua aku..xdelah ngam sangat tapi boleh berborak2..kalau duduk berdua boleh bergurau2lah orang kata..alhamdulillah mak mertua aku baik orangya..walaupun aku xreti masak, mak mertua aku ajar masak..tapi caranya sedikit berbezalah dengan mak sendiri masak sebab mak mertua aku orang terengganu..bila masak xletak ajinomoto dan belacan..susah bagi aku nak ikut cara mak mertua sebab baru lagi kan..lama2 insyaAllah boleh..pelan2 kayuh..walaupun xcerdik bab masak memasak nie, setiap kali memasak, aku akan ke dapur dan tengok cara mak mertua aku masak walaupun aku xberapa nak ketch up sangat..*tetibe terasa diri nie lembap*

Mak mertua aku nie pandai buat lawak..kadang2 terkeluar juga gelak setan aku..aku kalau dah gelak memang xcoverlah..xhipokrit orang kata..buat apa nak hipokrit depan mak mertua sedangkan dengan mak sendiri perangai kita lain..mak mertua sama je macam mak sendiri tapi yelah xlah se"ngam" dengan mak sendiri walaupun aku ngam dengan mak mertua aku..

Masalah besar bila dengan mak mertua adalah komunikasi..biasalah orang terengganu ada loghat2 dia..manalah aku faham 1 hape..kadang2 aku "huh? huh? huh?" wahahaha..kelakar bila ingat balik..

Walaupun hanya beberapa hari aku duduk dengan mak mertua, aku dah selesa dengan environment dalam rumah..tapi kadang kala aku rimas jugak sebab kena bertudung setiap masa bila ada ipar2 aku..bila rasa dah panas aku akan ke bilik dan sejukkan badan duduk bawah kipas..hehehehe..ada x yang pernah rasa keadaan macam aku? tapi aku belum boleh tinggal dengan keluarga mertua tanpa suami aku..aku belum boleh biasakan diri..xpe one day aku akan cuba..

Tapi ngam2 aku dengan mak mertua aku pun, kadang2 aku terdetik kalau aku xtolong masak atau bangun lambat ke, apa pulak yang mak cakap ye..aku xnaklah mak cakap aku malas asik tidur je..xpernah masak..mintak dijauhkanlah perkara sebegitu..bukan dengan mak mertua je, alhamdulillah dengan ipar2 pun aku dah semakin rapat..beza layanan sebelum dan selepas kawen..alhamdulillah sangat2..

So apa perkara yang boleh merapatkan kita dengan mak mertua? nie pada siapa yang xberapa nak rapat dengan mak mertualah ye..setelah difikir2 jawapannya adalah anak..anak itulah penghubung sillaturahim..nenek mana xgembira bila dapat cucu? mesti akan sayang cucu sama macam sayang menantu..ye x? ada ke nenek yang xgembira bila dapat cucu? tu yang xsuka betul menantu yelah kot..

Aku tulis berdasarkan pengalaman aku di rumah mak mertua sejak 2 minggu dah aku kawen..ini life aku..life orang mungkin berbeza dengan aku..

Memandangkan rumah aku dan rumah mak mertua xjauh, aku akan keraplah balik rumah aku dan kerap jugak balik rumah mak..(aku panggil mak mertua "mak", mak aku "ibu")

Kadang2 bukan xnak lama2 kat rumah mak, cuma hiburan tu xde..haih rasa macam jahat sangat pulak cakap camnie..huhuhu..maklumlah kat rumah astro PVR yang boleh rekod dan ada banyak cerita feveret yang aku xsempat tengok..so sebab tu aku balik..hiburan tu kena ada maaa..sebab kita yang kena happykan diri kita sendiri kalau x sapa? makhluk mana yang free2 nak happykan kau orang? rumah mak mertua xde astro beyond, xde PVR, xde Fox Movies, xde channel One..*banyaklah pulak cekadak kau kat rumah orang!*

Pada sesiapa yang xberapa nak rapat dengan mak mertua, aku rasa mungkin korang kena behave..ambillah hati mak mertua macam selalu ke dapur tengok dia buat apa..borak2 dengan dia..jangan asek berkepit dengan laki kau je..ringan2kan lah mulut tu berborak bertanya ke atau apa2 saja yang boleh buat situasi kau pada masa itu x janggal..mudahkan senyuman jangan asek cemberut je (bahasa jawa)..rapat2kanlah diri tu dengan bapak mertua juga..dengan ipar duai ke biras ke..yang penting kena pandai bawak diri di rumah orang..anggap rumah mak mertua ibarat rumah sendiri..jangan pulak setiap pagi mak mertua je buat air untuk kau..ringan2kan tulang buat apa yang patut kat dapur tu..kadang2 tu pun cara mak mertua tengok kita sama ada rajin ke malas ke etc..

Pada menantu2 yang dah sehabis baik dah dengan mak mertua tapi tetap mak mertua xboleh terima, xpelah ujian Allah pada sesiapa yang tabah menghadapinya..pelan2lah ambil hati mak mertua..banyakkan doa supaya lembutkan hati dia untuk terima dan anggap kau macam anak sendiri..mungkin makan masa tapi kena banyak bersabar..

Selalunya perkara camnie terjadi pada menantu perempuan kan? menantu lelaki selalu lantak kau lah labu..xsuka sudah yang penting anak kau dibawah kuasa veto aku..ewah2! tapi memang ye pun..kalau lelaki nie kurang sedikit sensiviti terhadap perkara sebegini..mereka lebih "let it go jelah" ignore je mak mertua..tapi kalau perempuan sampai nangis lebam2 mata..tu maknanya wanita berjiwa lembut dan jangan sesekali kaum adam nie mempermainkan dan mempersendakan kaum hawa eh..dayus! eh dah lari jauh dah ni..(^___*)

P/s: Aku tulis entri nie sebab tetibe teringat kat mak mertua dan malam nie pun aku tidur rumah mak..happy ada 2 mak..xtermasuk mak tiri ke mak angkat ke terangkat tercampak ke ok..nie betul2 the real mothers..chow dulu!

No comments:

Post a Comment