Thursday, April 17, 2014

Akhirnya Saya Setuju Menjadi Pendidik Sementara

Aku xde buat apa2 sekarang dan rasa down sangat sebab xjumpa jawapan kepada case study aku. 

Presentation on next Monday tapi xprepare apa2 lagi. argh! nasib baik kerja grouping xdelah aku ternganga tercengang.

Disebabkan aku down sangat, jadinya aku nak tulis tentang ini. cerita ini kesinambungan kepada entri INI.

Setelah aku berfikir sehingga rentung, yes! aku bersetuju untuk menerima jawatan guru ganti bagi kakak aku di sekolah SMJK (C) Kwang Hua Klang selama 3 bulan. sekolah cina yang minoriti untuk student melayu belajar di sekolah tersebut. satu cabaran yang agak mencabar untuk aku hadapi. subjek yang akan aku ajar nanti adalah BM, Sivik dan Akaun. untuk BM dengan Sivik tu aku xrisau sangat tapi untuk akaun ye aku dah lupa semuanya dan segalanya! mampu ke nak ngajar budak kalau camni? makanya aku suruh kakak aku ajar siap2 ahad nie. sebelum perut dia meletup nak bersalin baik aku bersedia terlebih dahulu. haha.

Bila aku dah setuju nie so kenalah register permohonan jadi guru ganti nie secara online di esggs.juict.net. permohonan menjadi guru ganti bagi area selangor semua di laman web ini. ada sesiapa nak ke? cubalah nasib anda. aku saja promote sebab aku rasa sekarang banyak sekolah memerlukan guru ganti. 

So aku dah pun pergi ke laman web tersebut dan dah register password. tapi mula2 kalau dah register lepas tu nak log masuk mesti kau akan rasa pelik sebab apa ID dengan password sedangkan masa register tu dia xsuruh kau isi pun ID dan password. ini masalah besar aku sampaikan aku suruh kakak aku tengok balik web tu tapi mesej aku xberbalas2 dari tadi. malas nak layan agaknya. ah abaikan!

Abaikan sebab aku dah cari tahu camne nak log masuk. nak bertutorial di petang yang panas terik lagi bahang ini. jom!

First kamu masuk ke laman web yang aku dah tulis kat atas dan akan ke laman utama.


Klik pada "DAFTAR ID PENGGUNA" dan akan keluar seperti gambar di bawah.


Isikan semua maklumat yang diminta dan klik "HANTAR". ok dah siap! selepas itu kamu log masuk menggunakan NOMBOR I/C untuk ID dan kata laluan. mana nak tahu? ha sebabnya aku pun xtahu mula2. macam2 perkataan aku letak tapi "Sorry please try again letter". jadi aku terpanggil untuk buka emel aku. dan seperti yang diharapkan aku dapat emel dari web ini. dalam emel tu diberitahu untuk log masuk perlu menggunakan no i/c. aku try letak no i/c untuk kedua-duanya dan boleh! bawah kata laluan tu kamu kena scroll dan pilih "PEMOHON".

Untuk penganggur dan suri rumah tangga yang berjaya macam aku dan dah bosan duduk melepak kat rumah jomlah cuba nasib anda. register je dulu, panggil xpanggil belakang kira yang penting data anda sudah ada dalam data pemohon mereka. kalau ada kekosongan mereka akan panggil untuk interview kat PPD. jangan lupa fotostat sijil2 yang berkenaan. macam aku kena fotostat sijil degree, SPM dan transkrip. oh ya! sijil SPM aku dah lama hilang sejak aku kat matrik lagi. so aku pergi mintak kat Putrajaya di alamat :-

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BLOK E11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PRESINT 1
62604 PUTRAJAYA
TEL: 03 88843526 / 3528

Nak ambil sijil2 peperiksaan betul2 dihadapan pintu utama di bangunan tersebut. ada 1 kaunter kat situ. sijil aku siap kurang dari 30 minit ok sebab mungkin xramai orang yang datang. sangat pantas dan cepat. bayaran RM10 akan dikenakan terhadap 1 sijil. tapi yang paling buat aku menyampah adalah parking. so kalau nak ambil pergi pagi2 jangan tengah hari buta baru nak pergi. confirm kau akan berlegar2 kat situ sebab xde parking punya pasal. aku sampai dalam pukul 11.30 pagi dan ada 1 je parking kosong. bernasib baik sangat. 

Aku saja nak ambil pengalaman mengajar dan hopefully aku boleh mengajar dan semua student boleh faham apa aku ajar dan suka cara aku mengajar insyaAllah. manalah tahu ini adalah jalan masa depan aku. macam aku pernah cakap di entri yang dulu, kita yang mencorakkan hidup kita dan masa depan. cerah dan gelapnya masa depan bergantung kepada kita. mungkin perjalanan aku baru nak mula. 

P/s: Rasa teruja pulak nak ngajar. student cina pulak tu. camne lah aku handle kelas tu nanti ye. 1 perkataan je yang boleh gambarkan perasaan aku ialah nervous!




2 comments:

  1. Alhamdulillah, terbukak jugak hati nk mengajor ye.. hehehe..happy teaching kakak!

    ReplyDelete
  2. xjadilah syera..rasa takut, rasa xboleh bawak..pendirian masih xtetap lg..insyaallah kalau ada kekosongan time cuti sem nti akk join kot..hehehe..beriye2 tulis entri tp xjadi..hahahahahaha..

    ReplyDelete