Friday, April 18, 2014

Beza Aku Dulu & Sekarang

Orang kata lepas dah kawen nie life bujang kau akan berpusing ke 360 darjah. yeke? aku tetiba nak tulis entri berkenaan beza life aku sebelum dan selepas kawen.

DULU
- Handphone perlu disisi 24 hours. kalau xde meraung aku cari sampai dapat dan hidup jadi xtenang selagi xjumpa.

- Setiap sejam aku akan call tunang aku dan bertanya khabar. setiap sejam kau tanya khabar, xke sama je berita yang kau akan dapat. naik rimas dibuatnya. haha.

- Tidur sorang2. kau nak buat apa atas katil pun xde orang nampak. nak menonggeng nak golek nak kentut ke apa der hal. haha 

- Kerja rumah bereh ibu aku aku buat. 

- Masak? hmm masak mee segera jelah kalau lapar.

- Keluar rumah sorang2 tunang aku xnak teman sebab buzy memanjang.

- Keluar rumah xinform pun xpe. bukan ada apa2 lagi. tapi kalau dia xinform mulalah turbo aku keluar.

- Setiap habis kelas aku akan supper dengan tunang aku dan badan aku makin chubby sebab selalu makan malam.

- Selalu lunch sama.

- Selalu berantakan a.k.a bergaduh bagaikan anjing dan kucing.

- Kerap study malam sampai subuh.

- Susah nak percaya. kesetiaan tu ada tapi kepercayaan kurang.

- Kadang2 karok macam sebulan sekali 2 bulan sekali camtu.

- Kerap tengok wayang sebab aku sangat kaki wayang.

- Kerap keluar malam sebab suka dinner sama2 dan tengok wayang midnight. feeling tu datang bila tengok horror movie. ketaq!

- Suka jalan jauh2 macam ke genting atau jalan malam2 naik kereta sampai aku tidur dan baru hantar balik rumah. aku suka jalan2 naik kereta menikmati keindahan alam di malam hari. cewah!

- Aku seorang pekerja kilang di bahagian akaun.

- Setiap hari ahad kami akan meluangkan masa bersama. 1 hari berjalan dan aku xsuka hari itu aku diganggu oleh panggilan2 dari customer dia. fedup!

- Tak memahami kerjaya tunang aku. 

SEKARANG
- Solat berjemaah kalau sempat. rasa tenang dan best sangat berimamkan suami.

- Handphone entah kemana. kadang2 pagi lepas suami aku pergi kerja baru aku tercari2 handphone aku. ibaratnya aku akan ingat h/p bila suami aku xde.

- Jarang cas handphone.

- Sangat jarang call. kalau dulu sejam sekali, sekarang sehari sekali jer. aku bagi peluang dia buat kerja. bagi dia rindu lebih kat isteri dia nie. auwww! shuweeet! haha.

- Tidur dah berteman. aku nak kentut pun xselesa daa. kang tetiba bau dia boleh pulak tanya. "Sayang kentut eh?" pastu terus tekap muka dengan bantal. xkan aku nak tahan. sakit perut ooo. sebab tu sekarang aku letak pewangi ambi pur kat bilik. nyaman je bau.

- Lupa assignment2 apa yang ada dan perlu submit. sampaikan classmate aku cakap "Zurin, please spent your time." haha. orang baru kawen biasalah. dia xrasa lagi bolehlah cakap camtu. huhu.

- Kena bangun pagi JIKA di rumah mak mertua. kalau rumah aku pukul 9 pagi selalunya baru bangunlah. rumah mak mertua kena belajar masak pepagi kena buat breakfast. talam dua muka kah aku?

- Tak pernah study malam. katil tu bagaikan memanggil2 untuk aku golek2 atas dia.

- Touch n go ada orang reloadkan. weehuuuu!

- Minyak kereta pun ada orang tolong isikan weehuuuu lagii!

- Dah xkeluar dinner lepas kelas sebab malam dah jumpa. xde function nak dinner. haha.

- Setiap kali keluar kena inform kalau x rasa macam derhaka giler kat suami aku.

- Kena masak tapi aku hanya mampu buatkan air milo dan teh tarik setiap pagi. xde bahan nak masak camner kan.

- Dah kena basuh baju sendiri, baju suami. kena rajin kat rumah sebab xkerja. tolong ibu aku buat kerja rumah tapi bab lipat kain, kita serah pada yang pakar. wahahaha.

- Dah automatik rajin kemas bilik kalau x, ibu aku pernah cakap "Kau ni zurin kemaslah bilik tu dah macam kapal pecah tau x, kucing beranak pun xnampak". rasa macam diri ini pemalas giler. tapi sekarang dah berubah menjadi insan yang rajin. cett!

- Jarang gaduh. kalau gaduh kita setel cara baik.

- Dah makin memahami kerjaya suamiku.

- Kena taat dan ikut cakap suami. kadang2 aku perlukan tolak ansur juga.

- Dah ada 2 mak, 2 abah, 7 anak buah, ramai ipar2 (adik beradik dia 10 orang), ramai biras2 (5 orang dah kawen, maknanya aku ada 5 orang biras) dan aku menantu perempuan pertama selepas abg dia bercerai.

- Suri rumah tangga yang berjaya. mungkin xlama gelaran itu sebab nak jadi guru ganti pulak lepas nie.

- Selalu ikut kemana suami aku pergi selain ke workshop.

- Kena belajar masak, siang ikan, basuh ayam, etc. hmmm.

- Dah jarang keluar dengan Zaty. bukan xboleh zaty je yang xajak2 aku keluar. ingat lepas kawen aku kena kurung ke?

- Suami sentiasa boleh teman mana aku nak pergi atas urusan2 tertentulah. kalau ngengader nak jenjalan jangan harap.

- Aku happy dan makin sayang sangat suami aku. rasa nak nangis kalau dia nak pergi kerja. sobs. podah!

- Ada tanggungjawab yang lebih besar. kadang2 aku rasa bila berborak dengan suami aku bagaikan kami xkawen lagi. (xrelated tapi saja nak cakap)

- Aku nak sangat baby walaupun aku tahu bersalin itu sangat perit. bagi aku orang perempuan perlu rasa nikmat mengandung dan peritnya bersalin. laki xboleh tau. xke rare tu?

- Aku nak honeymoon lagi sebab sekarang nie dah bebas nak kemana2 xde orang tanya dah.

- Aku xboleh tidur kalau xde suami di sisi walaupun dia ngorok sangat kuat bagaikan enjin kapal mahu berlepas. wahahaa. gelak keji!

- Kalau xboleh tidur aku suka rakam suami aku ngorok dan esok pagi aku bagi dia dengar sebabnya dia xpercaya dia ngorok. bukti itu penting untuk menguatkan sesuatu perkara. hell yeahh!

~ HABIS DAH~

Life kau akan berpusing straight 360 darjah tu depends orang. aku xdelah totally berubah. mungkin hanya 180 darjah je sebab aku belum buat apa yang aku nak lepas kawen nie. masih banyak perkara yang aku belum realisasikan. dan aku rasa diri aku masih bujang bila suami aku pergi kerja. sebab aku still terperuk kat bilik dengan laptop, dengan kpop, berblogging, facebooking, download lagu, tengok mv kpop kat youtube dan banyak lagi. kehidupan aku masih sama. 

P/s: Kehidupan aku masih sama cuma bezanya ada suami jer di sisi. macam kau make up tapi muka kau xberubah. hanya ada warna jer. itulah kehidupan. life setiap manusia xpernah sama dan akan berbeza. ini life aku sekarang dan aku bersyukur.













2 comments:

  1. kak zurin, nk kentut tuu tgk kiri kanan ye.. muahaha

    ReplyDelete
  2. skg nie xpndg kiri kanan pun..tutup mata pun akk lepas je das2 yang dah sedia nak meletup..hahahahah..

    ReplyDelete