Saturday, April 12, 2014

~My 2nd Honeymoon - Redang Island~

Wehuuuuuu!!! kenapa aku happy sangat nie?? sebabnya nak cerita sikitlah pengalaman berbulan madu aku..huhuhu..memandangkan aku dah upload gambar honeymoon aku kat fb, so sekarang nie nak upload kat blog pulaklah..ia menjadi 2nd honeymoon sebabnya 1st honeymoon aku di Genting Highland hari tu..malaslah nak upload sebab 1 malam je pun..dan xde gambar sangat pun nak tangkap..aku suka tidur kat sana sebab sejuk gilerrrr dan berkabus..perjalanan nak naik atas tu berkabus je..suka tengok..tu yang ajak suami aku pergi tidur kat sana..then pagi tu kami naik cable car dan jalan2 kat indoor je memandangkan outdoor kat dah ditutup untuk renovation..ok2 aku nak cerita pasal honeymoon kat Redang pulak nie..

Masa Kejadian: 05.04.14 - 07.04.14
Tempat Kejadian: Redang Island, Terengganu

Hari pertama: 5 April 2014
Sebenarnya xplan pun nak ke redang masa awal2 nak kawen dulu..plan nya honeymoon ke 1 Malaysia..contoh, pergi Cameron, Penang pastu masuk Langkawi dan banyak tempat lagilah nak pergi..mungkin ambil masa seminggu lebih kot..plan nya cenggitu..kebetulan pulak ada sepupu belah suami aku kawen pada 4 Apr yang lalu, dan akan ikut rombongan menghantar ke Kerteh, Terengganu, kami decide nak pergi..dah alang2 kat Terengganu kan ape lagi jomlah masuk Redang..suami aku pun on kan je..sepupu suami aku tu nikah malam Jumaat dan kami bertolak korang tahu pukul berapa??? pukul 4 petang hari jumaat tu jugak..dan betapa pecutnya suami aku bawak kereta sebab 4 jam je dah sampai Terengganu..lenjan kereta aku punya pasal lah tu..xpe yang penting service kereta nanti free...wahahahaha (gelak kejam)

Ok sekarang aku nak cerita terus lah ekspedisi aku ke Redang eh..kalau xbanyak je nanti aku nak merapu tapi nanti jadi out of topic pulak..so straight to the point k..kami memulakan ekspedisi kami ke Merang sebab nak naik boat dari sana..first impression bila bercakap pasal jeti nie, mati2 aku ingat jeti Merang tu macam ada sebuah bangunan yang besar umpama jeti dari Kuala perlis ke Langkawi..bila sampai je kat Merang aku tanyalah suami aku, mana jeti nya?? suami aku pun xtahu sebab xpernah pergi..so kami stop kan kereta kat tepi dan tanya orang..tapi dalam hati aku bila sampai je kat jeti tu, memang dah agak dah nie jetinya sebab nampak boat2 banyak terdampar..bayangan jeti tu xde bangunan besar, cuma ada jeti papan yang ada kerusi2 dari papan dan tangga papan untuk turun ke boat..tu je..sangat mendukacitakan aku..hahaha..suami aku pun keluar kereta dan tanya orang..lama jugak deal dengan orang tu pasal pakej itu ini..dan setelah kami bincang berdua kami setuju untuk ke Redang..tapi yang xbestnya dapat chalet yang katil single ada 3 buah dalam 1 bilik..yang lain full!! mahal lah berbanding katil queen kan? kira 3 orang punya harga lorrhhh..tapi xpelah nak merasa jugak pergi redang sebab orang kata air dia cantik..so kami setuju jugaklah walaupun mahal sikit..sekali sekala kannnn...kami duduk kat chalet paling cikai sekali iaitu Redang Lagoon dan satu2nya chalet melayu..yang lain semuanya hotel yang gah2..

Dari Merang ke pulau redang memakan masa selama 45 minit..agak lama jugak dalam boat..asik terhantuk je perut nie kena ombak..kalau orang pregnant bahaya naik boat..mahu gugur dibuatnya..sebab tu aku nak honeymoon before I pregnant..barulah boleh rasa nak freedom2 sikit..huhuhu..dalam boat xramai pun orang..hanya aku dan 1 pasangan dari Taiwan..ke ada lagi?? entah lehh aku lupa..penyakit aku kalau naik kereta ke atau apa2 je yang memakan masa yang lama nak sampai, aku akan........kkkrrrrrrrr...pehe dok?? ngorok lah..tidur yang teramat lena..bunyi boat tu macam dalam mimpi aku naik cruise je tahu...sampai kan h/p aku jatuh dari tangan dan terkena kaki aku barulah aku sedar sebab rasa pedih2 kat kaki..hehehehe..masa aku sedar tu xsampai2 jugak..lama benor kan..tapi aku xdelah sambung tidur..aku mulalah menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah..nampak pulau2, air laut yang cantik..dan xlama lepas tu sampailah kami ke Pulau Redang..

Perkara pertama check in dulu dan letak barang2..kami sampai dalam pukul 2.30 petang dan kebetulan masa tu memang masa untuk pergi snorkeling!!! mula2 aku macam xnak pergi sebab letih tapi macam rugi pulak sebab dah bayar..chalet kami hanya provide snorkeling trip sebanyak 3 kali..so dengan letih2 tu jugaklah kami join jugak..agak ramai jugak petang tu..dari pulau ke tempat snorkeling hanya beberapa minit je..xlama mana pun..aku ingatkan kami akan ke pulau lain dan snorkeling kat tepi2 je..maksud aku tu kitorang akan berjalan untuk masuk kat air..rupa2nya dia bawak kitorang pergi kat tengah2 laut kat tepi batu dan bila nak snorkeling, kitorang kena terjun dari boat..weyhh aku dah lama stop belajar berenang dan dah lama xberendam..keberanian apakah yang aku akan hadapi, tempuhi, hayati, ada lagi ke?? dan sebagainyalah..ada lagi ke keberanian dalam badan aku nak terjun kat laut dalam..so pelan2 aku turun kat dalam air dan kaki memang sah2 xcecah dasar..suami aku pakaikan gogle dan slow2 aku masukkan kepala dalam air..mak aiiiiii!! dalamnya!! aku dah mula panik..aku pegang je lifejacket suami aku padahal aku pun pakai lifejacket jugak..aku takut bukannya apa, sebab aku terkejut dalam benor airnya..cantik memang cantik..tapi seriously aku xmenikmati keindahan dasar laut tu sebab takut..biasalah dah lama xberendam badan pun keras je dalam air..tu yang aku rasa macam nak tenggelam timbul je badan aku nie..xlama lepas tu aku pun naik ke boat balik...hurrmmmmm serius xhappy for the first snorkeling..aku hanya tengok suami aku je snorkeling sorang2...huhuhuhu..

Kami kat situ hanya sejam je dan lepas habis beronok2 snorkeling selama sejam kami pun balikkkkk!!!! kegembiraan tersangat sebab dapat tidur!!! wuuhuuuuuu!!! turun je dari boat kami terus ke bilik dan kkkkrrrrrrrr.... sebelum tu kami pergi melantak dulu..nak tidur kena perut kenyang..prinrip aku daa..

Malam tu kami dijamu dengan BBQ..tapi yang xbestnya kitorang lambat ke kafe dan BBQ dah nak habis..sempat ambil sotong dengan beberapa ketul ayam yang kecik2 pulak tu..tapi puaslah sebab kebulur gilerr tidur xingat dunia..hahahahaha..aku sebenarnya kan sengal2 sikit sebab xpernah pergi pulau dan kena buat BBQ sendiri..mati2 aku ingat ada orang akan serve tau..aku pun berdiri je tengok ada sorang abang tu..aku ingat dia kerja kat kafe tu dan akan serve orang..tapi asal dia buat xtahu kat aku?? bila aku tengok suami aku ambil alat nak bakar tu dan mula susun2 sotong dan ayam, barulah imaginasi aku mati yang ingatkan ada orang serve..wahahaha..aku pun pergilah tolong susun2 jugak dan bakar....dan akhirnya kami pun melahap xingat dunia...then habis makan balik bilik dan tidur kumpul tenaga untuk snorkeling esok pagi..berenang perlukan tenaga tau walaupun pakai life jacket..ekekekeke...

Hari Kedua: 6 April 2014
Aku dah pesan awal2 kat suami aku untuk sewa underwater digital camera tapi kedegilan tahap xboleh nak kata apa, kami pun pergilah snorkeling pagi tu ke Marine Park Centre pada pukul 9.30 pagi..kebetulan aku ternampak banner ada sewa underwater digital camera..yelah datang pulau mestilah nak kenangan bergambar..penting tau bagi aku walaupun remeh bagi suami aku..bak kata dia "xpe xde gambar yang penting dalam hati"..puihh! wahahahah..aku nak gambar!!! bila pergi snorkeling kat Marine Park tu barulah rasa nyesal xsewa camera sebab dasar laut dia sangat cantik beb!!! batu karang besar, ikan nemo banyak..banyak ikan yang cantik2 lah dan mesra alam dengan pengunjung..hulur je roti ikan2 tu akan kerumun..tapi xsyookkkk sebab aku xde gambar..kami bersnorkeling sampai ke tengah rasanya..hampir2 ke tengah tapi aku tengok cam dalam sangat je makanya aku ajak suami aku ke tepi balik..yang kat tengah tu lagi cantik pemandangan nya kalau korang nak tahu..tapi ketakutan melanda diri aku yang xkental nie..apa boleh buat daa..

Kami di Marine Park hanya sejam lebih..rasanya xpuas berendam dah kena panggil..xsedar weyh dalam air..kau akan rasa khayal menikmati dan bila kau berenang sambil menghayati, kau xsedar pun yang kau dah kat tengah laut..bila keluarkan kepala dan nampak macam dah jauh barulah panik..wahahaha..nie akulah! bila badan mula dah rasa selesa dalam air, kau xkan ingat apa kecuali swim, swim and swim!! sampai suami pun tertinggal kat belakang..hehehehe..

Sampai je kat pulau balik, kami pun pergi isi perut..schedule chalet nie bagi aku baguslah sebab lepas snorkeling balik terus boleh makan..xpayah nak tunggu2..nie kiranya terus lunch lah sebab nak snorkeling belah petang pukul 2.30 ptg dah kena berkumpul..sempatlah aku bilas badan aku balik sebab dah berendam lama kat air masin..lepas kami dah bersiap2 nak snorkeling aku ajak suami aku pergi sewa camera..suami aku kenalah setuju sebab dah nyesal pergi marine park xbawak kamera kan..xmahal pun sewa untuk 150 shots above hanya RM50 sahaja dari pukul 8.30 pagi hingga ke pukul 6.00 petang..untuk 40 shots sahaja sewa RM40 ke RM30 camtu..tapi orang bisness pandailah..bagi bateri cikai2 agaknya sebab cepat benor habisnya..tapi aku sempatlah bergambar before naik boat..nak tengok x?? teruja nak tunjuk nie..hahahahah..

*testing2..keringnya bibir aku..baru perasan*

*tadaaa..jadi pun lepas testing2..huhuhuhu..nice shot!*

Jom tengok beberapa gambar aku kat atas boat dan beberapa gambar ikan cun2..

*muka gembira naik boat*

*suami aku lagi excited siap duduk kat atas lagi*

Nampak xplastik tergantung tu?? tu lah roti nak suruh ikan2 tu makan..hingat kita je makan roti ke..ikan pun tau apa itu roti lorrhhh..



*mulut ikan tu terbukak besar nak makan roti punya pasal..kebulur ke hape..*


*ikan pelik - kepala belang kaler merah kuning badan kaler kuning..unik gilerrr*




*nie view dasar laut..camtulah dasar dia*


*suami aku tengah bagi ikan makan..nampak xdia tengah pegang plastik tu..nampak xdia berkobar2 supaya ikan tu makan roti dia*


*close up muka aku..dalam air pun sempat lagi nak berselfie..haihlah zurin..kau sedar xlaki kau mana time nie??*


*Garangnyalah muka ikan ala2 shark nie tapi mesra alam*


*Ikan belang2 kuning biru nie aku nampak sangat berleluasa kat laut nie*






*Peace yoowww!! V(^__*)V*

*Peaceee yoooowwww jugakk!! V(^_^)V*

*Aku dah xtakut jauh dari suami aku dalam air..double peace yoo oo oowww!! V(^__^)V*

*Apakah yang sedang kamu buat nie abg bucukkkk + masaam mencuka..ekekeke..*





*Ikan nie memang selalu inteprem..xsabo dah nak lahap roti tu*

*Nie pun dia jugak..kan aku cakap dia nie berleluasa conquer kawasan*



*Serpihan2 roti beterbangan untuk dimakan oleh ikan2 yang buas*


*Ikan kat tengah tu macam shark..hasil tangkapan gambar yang sesuka hati aku*





*Kami beromantika dalam air..sempat ok..ikan je tengok pun..auuwwwww!! winnk winkk~~

*Nak tangkap kami dua tapi nampak muka aku je..abg..abg xde rezeki nak masuk dalam gambar nie k*

On the way nak balik pulau dalam boat sempat bergambar..



Yeayyhhh dah sampai kat pulau!! disebabkan air laut bergelora petang tu, boat kami terpaksa park dekat jeti Laguna Resort..resort paling mahal dan ada jeti sendiri untuk tetamu dia turun kat situ k..yang lain2 boat hantar kat tepi2 je..dan pandai2lah kau turun sendiri..masa nak turun dari boat kami terpaksa cross 4 boat sebelum ke darat..dan yang paling menyakitkan hati dan badan aku sekalian, kitorang kena pijak karpet getah dengan panas teriknya petang tu..korang bayangkan karpet getah kalau berjemur kat tengah panas, panas nya kalau kau bakar ikan kat atas tu pun ikan boleh rentung tahu..nie kau kena pijak dan terpaksa pijak untuk turun kat jeti..mahu xmelecur kaki aku..bagaikan pijak bara api yang tengah membara..pulak tu empat2 boat ada karpet getah yang terdampar cantik untuk dipijak..memang rasa macam nak terjun laut balik nak sejukkan kaki..kalau aku tahu turun kat situ, dah siap2 bawak seliper jepun..

Kalau korang nak tahu Laguna Resort nie letaknya di tepi dan paling hujung antara deretan hotel yang ada..dan kami kena berjalan sebanyak berapa kilometer aku xpasti tapi dalam 15 minit ke 20 minit ada kot..jauh siooott..dan sampai je kat Laguna apa lagi..berposing bagaikan kami duduk kat resort tu..gah lah sikit kan..meh tengok gambar yang ada..

*Kaki aku tengah kepanasan tu sebenarnya tapi aku tahan*

*Suami aku lagi cerdik..mentang2 seluar dia labuh bolehlah alas tapak kaki tu..xaciiii!! ciss!*


*Kegembiraan terserlah sebab dapat berlagak kat hotel mewah*



*Saranghae oppa..(^___^)*

*Time to makan..makan jumput dan minum teh ada, neskepe ada, kopi ada, air kosong pun ada..mana 1 mau? (ala2 mamak cakap) lai lai lai pilih pilih..hehehe*

*Muka penat jerr..siannn*


*Saranghaeeee..my namja, my chingu, my oppa..saranghaaeeee!!*



*Buang tebiat ke hape nak kiss tu..ada2 je laki aku nie..huhuhu..*

Jom snorkeling lagi!!! kali nie aku snorkeling betul2 kat depan chalet aku..cantik sioott ikan2 dia..suami aku beli lagi roti untuk bagi ikan tu makan..berselera siootttt..







*Gogle ketat sangat sampai menghalang mata aku nak bukak besar*



Time gambar last nie bateri dah kong gilerr tapi suami aku try on jugak dan dapatlah tangkap 1 gambar aku yang sempat bukak mata nie..actually masa tengah bersnorkeling tu dan tengah2 suami aku tengah bagi ikan makan, ada 1 ikan yang gilerr besar ngaapppp roti kat tangan suami aku..bila aku nak tangkap bateri kong..adeesssss!! rugi oooooo!! ikan tu sekor je yang aku nampak..entah dari mana datangnya pun aku xtahu..masa dia makan roti tu terus je ikan tu berenang2 dan hilang..lepas tu datang balik tapi bateri dah kong..aku tengok jelah dan ikan tu menjadi tumpuan orang2 yang tengah bersnorkeling jugak..haihhh macam nak tangkap nak bela kat rumah bagi air tawar lepas tu mati teruss..hahahaha..

Puas bersnorkeling kami pun pergi pulangkan kamera dan burn gambar dalam disk..total gambar yang kami ambil sebanyak 240 shots ok!! xsedar pun..tapi agaknya bateri cepat kong sebab aku view semua gambar yang kitorang tangkap..orang tu dah pesan jangan view atau delete sebab bateri memang nyawa2 ikan je dia bagi..tapi xpelah 240 shots banyak tu..nie gambar seberapa je aku bagi..

Suami aku berangan malam terakhir kami kat sini, dinner kami akan dihidangkan BBQ..tapi salah tafsiran mu wahai suamiku..makan makanan berlauk je ok..oh ya chalet nie provide hanya 1 hidangan BBQ sahaja..hehehe..lepas je makan kami ke bilik untuk mandi dan bersiap2 untuk jalan2 cari souvenir untuk kawan dan family..sambil jalan2 di tepi pantai kami pun.....

Bergambar sakannn, riang dan happpyyyyy...feeling loved with my hubby bucukkk..ekekekek..




*Abg suka an buat muka cenggitu..bajet comel lerr tuu..hehehe*

Malam terakhir kami decide nak pergi jalan2 kat tepi laut..jalan kat sepanjang hotel tengok souvenir lagi..masuk je kedai souvenir kami beli seliper..seliper aku dah teruk..so esok berseliper barulah kiteeee...kitorang duduk kat kerusi yang omputih suka duduk nak berjemur tu..tangkap gambar di malam hari..sekejap je jalan2 sebab panas..suami aku kata baik duduk bilik sejuk ada air cond..hahaha..

Hari Ketiga: 7 April 2014 
Kami perlu checkout pukul 9.30 pagi..pagi tu jugak kemas barang2..baju basahlah, baju xgunalah..beg aku macam nak tidur seminggu dengan seterika nya lagi..almaklumlah aku kan bertudung bawal..so kena rajin bawak iron kemana2..hehehe..lepas checkout kami diberitahu oleh owner chalet boat akan sampai pada pukul 10.30 pagi dan kami perlu berjalan ke Laguna Resort lagi macam semalam disebabkan air laut bergelora..tapi xpelah berseliper..xdelah rasa panas melecur kaki aku dah..sambil jalan2 kami singgah beli aiskrim kat kedai souvenir..setiap hotel ada 1 kedai souvenir tapi barang2 kat dalam tu sama je..aku tertarik macam nak beli pun ada gogle snorkeling tu..tapi aku pikir bila pulak aku nak bersnorkeling..kalau rumah tepi laut xde ikan buat apa..xkan nak bersnorkeling kat swimming pool pulak..

Jalan punya jalan kami sampai sudah di Laguna Resort dan bergambar sekejap..

*Beze x kaler kulit tangan dengan kaki?? apa function sunburn yang aku pakai tu?? xberkesannn! cisss bedebah!! dah lah mahal!!*




*Woww my peruutt..sudah ada isikah?? hahahah..hoii banyak nya aku makan sampai borooiii camtu???!!! (marah kat diri sendiri)*

Kenangan honeymoon di Redang..seronok dan menyeronokkan tapi nak hotel best duit pun nak best jugaklah..dapat jugak jejakkan kaki di Redang..sebenarnya dah lama nak pergi tapi xsangka akan honeymoon kat sini..Oh Redang! aku rasa sekali jelah aku jejakkan kaki kat sini..banyak lagi tempat lain yang aku teringin nak pergi..mungkin next honeymoon..kemanakah kamiiiii???

P/s: Next honeymoon aku tuntut dengan suami aku nak pergi ronda 1 Malaysia..bukan sesuka hati tau..suami aku yang dulu nak honeymoon cmnie..aku cuma merealisasikan je impian dia dan impian aku jugaklah..wahahahah..nanti aku boleh update lagi kat blog..kan seronok baca ada gambar2 cantik..asik tulisan berjela2 buat apa..ok shiooww!!



























No comments:

Post a Comment