Thursday, January 23, 2014

Who am I????

Who am I??I am spiderwoman..hahaaha..melawak pulak ko kan zurin..zurin tu nama panggilan aku..nama betul aku ialah Zurina bt Mohd Yusoff..aku dilahirkan di kampung akula kg jawa klang..orang klang ni..huhu..ak dilahirkan di dalam rumah tau guna mak bidan lagi..kau hadooo??hahaah..tapi tapi tapi bila dekat sekolah rendah sampaila sekarang bila kena isi-isi form apa2 tentang tempat lahir aku akan isi aku lahir dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang..tak tau la kenapa automatik tangan tu akan tulis nama hospital tu (sengal jugak ko kan zurin!)..ok seterusnya aku ada 4 orang adik beradik semuanya dan aku yang ketiga..kakak aku yang sulung tu da kawen da pon dan ada sorang anak..anak buah aku comel gileeeerrr macam nak gigit2 pipi dia..hahaa..next entry aku akan tulis pasal anak buah aku tu k..yang lain belum kawen lagi termasuk aku..aku ada sorang kakak, sorang abang dan sorang adik..pakej cukup lengkap!

ok pendidikan awal aku di sekolah kebangsaan taman klang utama dekat je dengan rumah..kalau jalan kaki 10 minit kot sampaila sebab dulu sekolah masa form 4 form 5 jalan kaki je pergi sekolah tu..orang kata exercise kan memecahkan lemak2 terkumpul tapi tak pecah2 pon sampai sekarang..makin mengembang2!!hahah..ok tu sekolah rendah, sekolah menengah aku bersebelahan dengan sekolah rendah & nama sekolah pon sama je cume tambah "menengah"..haha! masa belajar takdelah pandai sangat tapi aku bersyukur sangat sebab lepas je SPM aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Perlis in accounting field..nie ibu aku la beriya2 suruh apply matrik..bak kata ibu aku sape dapat belajar kat matrik tu semua pandai..nak takutkan akula tu sebab kalau tak dapat masuk akan dilabel tak pandai..tu yang gigih apply tu (gigihla sangat padahal kakak aku yang applykan. uhuks!) kesimpulannya aku pon pandaila ye??? (minah nie perasantan betul!!) takdela bagi aku pandai ke tak ke tu depends on cara seseorang tu belajar..macam mana someone tu beri tumpuan pada pelajaran die..faktor utama rajin atau tak je and solat 5 waktu cukup alhamdulillah..ha ok nak cerita sikit pasal pengalaman bekerja sebagai jurutol nie..before aku diterima masuk ke matrik perlis, aku bekerja sebagai jurutol. ok fullstop!!entri akan datang aku akan cerita panjang pasal nie k haha.

aku kat matrik tu setahun je tapi pengalaman gilerr best beb!!dapat classmate semua yang gilerr macam aku..tingtong macam aku..tingtong2 pon diorg tip top bila belajar..aku je tak berapa nak tip top (humble pulaakkk...) ok dulu nama kelas aku A5T3 means Account 5 Tutor 3 kalau tak silapla..may be maksud secara terperincinye lagi kelas aku kelas akaun yang kelima dan kelas tutor yang dalam kelas kecil tu kelas yang ke tige..paham x??mestila tak sebab aku memandai!!aku da lupala maksudnya apa!!da 7 tahun tinggalkan KMP maaa..mana ingat..okla abaikan tentang tu..sekarang nak cerita tentang classmate aku yang semuanya gilerr kentanggg lagi giler dari kentanggg!! aku rapat dengan semua baik perempuan ataupun lelaki..dalam kelas tu ada dalam lingkungan 17 orang je kot..semua ngam!!tapi kawan baik aku sorang nie nama dia Diana..dia la yang paling rapat dengan aku dulu..happy2 moment dengan dia dan satu kelas sebenarnya banyak la contoh kitorg pernah pergi makan KFC dekat pekan Arau tu, naik basikal pusing2 KMP, joging 1 KMP tapi tak la 1 KMP tu baru je separuh da sempot terus duduk dekat kerusi tepi2 tu..haha..takpe entri akan datang aku akan share kenangan menetap di negeri orang, (bajet kat negara orang ke ape ayat tu??) belajar di matrik perlis dan course accounting yang mengantoikan aku masa sem 2!

untuk pengetahuan umum bahawasanya sijil matrik nie tak laku kalau student nak mohon sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi..so sesiapa lepasan matrik wajib kena sambung degree di mana2 universiti kalau tak menganggur tanam jagung belakang rumah jela..macam aku, disebabkan subjek akaun tu terlebih pandai sangat sampai terkantoi masa sem 2, so aku try untuk apply course yang aku minat selain akaun adalah math..aku apply di serata universiti di malaysia termasuk UiTM dihatiku..hahaha..kenapa uitm dihatiku???sebab dalam banyak2 U, uitm je yang sudi menerima aku untuk jadi student dia..course aku masa degree ialah Mathematics Management ke Management Mathematics macam tula...(BI aku pon boleh tahan sengal nya kan??) aku belajar dekat uitm shah alam je..masa sem 1 je duduk kolej mawar..masuk sem 2 je ulang alik naik kereta dari rumah..dulu naik kancil yang umur kereta tu dalam lingkungan 7 tahun kot..kalau aku racing sampai stereng kancil tu gegar2, aku boleh sampai uitm dalam 10 ke 20 minitla (eh yeke??) dan bersyukur sangat sebab ibu aku sanggup pinjamkan kereta untuk aku menimba ilmu ketika itu..uhuks terharu gituu..sayang ibu muchukkss2..hahaha..

rasenye da panjang sangat da perkenalan diri ni..(nie perkenalan diri ke ape nie??aku rase da boleh buat cerpen tajuk tentang aku!!) so aku pendekkan la sikit. lepas je habis pengajian aku, aku menjadi seorang trainee di salah sebuah syarikat terkemuka di malaysia nie iaitu di Wisma Sime Darby..selama 4 bulan aku menjadi trainee di situ..kalau nak tahu aku nie selalu kena marah dengan mentor aku yang bekerja di situ..aku pun tak taula kenapa selalu kena marah..agaknya aku suka tanya banyak soalan kot kat dia..yela da diajar tak paham kenala tanya kan..kan orang kata jangan bodoh sombong..hahah..tapi terima kasih jugak pada akak tu sebab aku mula gigih untuk catch up semua apa yang di ajar..maksudnya kerja2 aku la..tapi jangan kena marah hari2 baru nak fokus! salah kefahaman di situ..alhamdulillah 2 minggu aku bekerja di situ, akak tu puji aku dan mengatakan aku ada improvement..biasala kan budak baru nak belajar dan xpernah bekerja..lambat sikitla..dan faktor utama aku gigih sebab da xnak kena marah da dengan dia..hehe..pensyarah aku pernah nasihat.."takpe kena marah sebab dia xnak ajar awak..nanti mana tau one day awak yang kena ajar orang lain pulak"..aku ingat sampai bila2 apa yang pensyarah nie nasihat kat aku..di pendekkan cerita, hari2 terakhir aku bekerja disitu..dalam seminggu sebelum aku blaarrrr dari situ, orang atasan aku beri arahan supaya aku mengajar sedikit kerja aku atau apa yang aku buat pada department lain..sebenarnya ada bahagian kerja aku tu sepatutnya department lain yang kena buat tapi ntah kenapa kerja tu diberi pada department akaun..dan masa tu diorang nak tukar sistem dan beri semula kerja tu kepada department yang berkenaan..paham x??fuhhh jenuh mak jemah nak terangkan..see!!masin tau mulut pensyarah aku tu..hahahkkss..kesimpulannya dekat sini, usaha tangga kejayaan!!sesusah mana kita membuat sesuatu pekerjaan, bersungguh2la dan pasti ada hasilnya kelak..cceeewwaaaaahh!!ayat macam kau pun bagus sangat kan zurin!

disebabkan aku nie masih ada rase minat untuk belajar, makanya aku pun membuat keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master of Quantitative Sciences..alhamdulillah sudah setahun pengajian aku di uitm shah alam..sekarang nie tengah menunggu result yang akan keluar bulan 2 nanti..deborrr weyhhh..sebenarnye nak cerita panjang sangat pasal diri aku..pasal pekerjaan aku..oh ya! sebelum aku menyambung pengajian aku sekarang, aku bekerja di salah sebuah syarikat atau lebih senang kilang la..belajar tu adalah part time aku..pagi aku kerja malam ke kelas pulak menuntut ilmu..gitula rutin harian aku..

okla aku nak kerja. nanti aku update lagi k. insyaAllah..daaa~~



No comments:

Post a Comment