Tuesday, January 28, 2014

~Perkara yang aku suka buat bila ada masa lapang~ (Part 3)

Sampai part 3 kau..kalau diikutkan banyak je perkara yang aku boleh isi bila free tapi aku letak yang mana aku rasa otak aku boleh pikir pasal perkara tu..yelah kan nak mengarang nie kan spontan..so perkara2 yang aku suka buat yang aku terpikir disaat aku nak mengarang, perkara tu la yang akan aku tulis..haishh membebel je aku nie!! bak kata tunang aku kalau aku membebel macam enjin v-tec kereta dia..v-tec nie ala2 enjin turbola..pernah dengar kan kalau kereta ada turbo dan macam mana lajunya kereta tu bila ada turbo?? ha macam tula aku membebel katanya..mengarut je semua tu!! sekarang aku nak sambung perkara yang kelima dimana ini adalah last entri aku tentang benda yang aku suka buat bila free..bermakna aku hanya share 5 perkara sahaja dalam banyak2 perkara yang aku buat..ok jomm laayannnn..

5. Sudoku time!!

Sudoku adalah permainan yang aku suka gilerr main..ia bukanlah hanya sekadar permainan, ia juga boleh meningkatkan IQ seseorang tu bila korang kerap main..ok aku nak share sikit maksud sudoku yang aku copy paste nie..

The name Sudoku or more correctly comes from Japan and consists of the Japanese characters Su (meaning 'number') and Doku (meaning 'single') but the was not invented in Japan. Sudoku originated in Switzerland and then traveled to Japan by way of America.

kalau xsilap aku ada 3 buah buku sudoku nie tapi xhabis main pun..banyak sangat dan bagi aku, kalau nak start main sudoku nie, kau kena ada masa..sebab ada part2 dalam buku yang aku main tu, aku kena ambil masa beberapa minit untuk siapkan..kalau akula, aku xsuka orang kacau aku time main game nie sebab nak fokus..hahaha..aku selalu main bila dalam bilik tengah relek2 sambil pakai ear phone dengar lagu..baru feeling tu datang maa..nie kalau tengok tv sambil main apa nak difokuskan nya?? kejap tengok tv, kejap main sudoku, lepas tu tengok tv balik then sambung main..terteleng2 kepala..kang xpasal2 terus terteleng keras baru tahu! sudoku nie banyak jenis tapi jenis yang selalu aku main macam kat bawah nie..




yang nie nama dia sudoku puzzle biasa2 je..ada lagi yang dasyat daripada nie..aku rasa ramai reti main yang nie..sudoku selalunya ada 4 peringkat..pertama, peringkat yang senang atau gentle, maksudnya senangla nak selesaikan..senang tu maksudnya dia bagi banyak number dan senangla nak siapkan..kedua, moderate, yang nie kompleks sikit lah dari gentle kan..tapi still senang lagi nak selesaikan..may be number dalam kotak tu akan dikurangkan lah sikit bagi adventure korang nak selesaikan..ketiga, tough, tough maksudnya susahla..number dalam kotak tu sikit sangat dan korang kena tahu banyak teknik untuk nak siapkan..peringkat nie kekadang aku ambil masa lama xlama lah nak siapkan..dan last sekali expert, peringkat yang paling susah nak diselesaikan..tapi kan walaupun susah, aku nak compare sikitla kan, ada certain stages dalam buku, aku boleh buat dan ada yang aku xboleh buat..maksudnya, yang expert tadi peringkat yang paling susah kan dan aku boleh buat dengan jayanya! *mata terkelip2 sambil tersenyum kambing macam nak kena lempang* dan kekadang aku try buat yang tough, dan aku xberjaya.pelik x?? aku selalu tertanya2..ke teknik aku yang xbetul?? ok kalau nak tau jenis2 sudoku yang lain?? jommm tengok gambar kat bawah..


~overlap~


     
~samurai~


                 
~killer~ 


~kakuro~ 

dasyat xsemua jenis2 sudoku nie?? aku xreti main 1 hape pun..saja share je untuk korang..kalau nak belajar main kena berguru..kalau setakat instruction dalam internet aku xboleh jalan lah..depends orangla..aku xsegenious itu..sudoku nie pun aku kenal masa belajar kat matrik..tu pon kawan aku yang ajar..tu yang asek main sampai beli buku tu..habisnya idakk ponn..sekarang nie aku nak share sikit cara-cara nak selesaikan sudoku nie..

ok first sekali korang kena tahu rules sudoku nie..xboleh ada nombor yang sama dalam satu kotak (3x3), dalam 1 row dan dalam 1 column..dan semua kotak2 kecil atau sel perlu diisi nombor dari 1-9..
                                                  

dia ada teknik..aku malas sikitla nak mengarang kan..so aku link kan jela cara-cara nak solve k--->How to solve sudoku..kalau korang xpaham yang aku link nie, boleh je google yang lain..ok sudoku nie jugak baik untuk kesihatan terutama boleh menyembuhkan penyakit Alzheimer..macam xcaya kan??? game je kot..tapi bagus untuk otak..bak kata sorang mat salih nie:

"Adults with hobbies that exercise their brains ... are less likely to have Alzheimer's disease," said Craig Atwood, research director for the Wisconsin Alzheimer's Institute. “Sudoku, is considered one such intellectually stimulating activity."

 Pada sesiapa yang belum cuba untuk main sudoku nie, tryla..challenge diri anda untuk main level yang susah..berjinak2 jinaklah dengan game nie sebab xrugi weyhhh..improve IQ korang tau..lepas tu try buat IQ test tengok improve ke x (padahal aku xbuat apa pun!) ok sampai kat sini sajalah story mory pasal sudoku nie..aku rasa sampai sini jela pasal tajuk nie..sebenarnya banyak je yang aku pikir tapi bila buat 1 pun da berjela2 panjang jadi aku pun da lupa nak letak apa..so hanya 5 nie jela dan aku kategorikan perkara2 nie semua yang paling aku suka buat bila free..ok korang jumpa next entri!! ^_^

1 comment:

  1. takyah tau rules laa, bce entri psl sudoku ni je pn da feninn huhuhu

    ReplyDelete