Wednesday, August 17, 2016

Master Journey - Lulus killer Subject Yang Paling Aku Takut!

Assalamualaikum. Apa khabar semua readers?? Harap baik2 saja ye. Kembalinya saya nak menulis sebab nak try wifi. Baru beli konon kan. Haha. Lagi 3 minggu masuk sem baru iaitu sem yang ke 7. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun setengah dah belajar. Rasa macam baru jer register. (ceh ni tipu!). haha. Happy ada sedih pun ada rasa nie. Happy sebab tinggal 3 subject je lagi. Sedih sebab biler tengok kawan2 dah habis rasanya aku pun patutnya dah habis tapi extend 2x sebab bersalin xboleh nak buat apa lah kan. Hurmmm. 

Biasalah bila belajar bidang apa2 pon korang mesti ada subject killer kan? Subject yang korang takut nak carry plus subject tu confirm susah lah. Yes aku nak story subject yang aku rasa takut giler nak register sem tapi dah xde pilihan aku register lah jugak. Aku jenis ambil subject senang dulu yang susah belakang2. Nielah padahnya bila dah xde pilihan kan. Nak xnak kena hadap susah ke xpaham ke gasak lah kau.

1. Econometrics

Tengok nama pun dah xpaham kan ape kejadah lah nanti aku kena belajar ni. Econometrics maksudnya mathematic economy. Kau apply economy in math field. Aku lupa term nye sebab dah 2 sem lepas kan (sebenarnya malas nak cari). Tapi maksud econometrics tu lecturer aku yang terangkan sebab aku ada tanya dalam lab apa yang di ajar. Aku malas lah nak terang banyak subject nie cuma aku nak cakap aku takut sangat nak register bila dengar ramai student repeat subject nie. Subject ni susah nak paham lah, Lecturer strict susah bagi markah lah. macam2 weyh. Banyak kan komplen? Budak master pon manusia tau. So sebab tu aku register dah last2 sem bila dah xde pilihan. Terpaksa nama nya nie. Lagi 1 aku pernah masuk kelas ni dalam 2 minggu. Dulu kelas 100% dalam lab. Lecturer xsilap masa tu Prof Said. Dah namanya Prof kan korang imagine jelah mengajar xmenulis langsung. Bercakap je tengok buku. Seriuously aku xgenius. Then aku dropped the subject!

 Sem 5 hari tu aku register subject ni dan lecturer pun dah bertukar kepada Dr Siti Meriam. Bila dah bertukar kepada wanita kau tahu2 jelah ramai pulak yang cakap Dr ni kedekut markah lah, strictlah berbanding Prof Said. Tapi betullah lecturer wanita memang camtu berbanding lecturer lelaki. Pengalaman mengajar aku. Ceh ceh ceh. Hahaha. Tapi kalau luck kau baik ok je xkisah laki ke perempuan. Sepanjang perjalanan 1 sem bersama Dr nie aku rasa subject nie ok je. Susah xsenang nak paham tu betul tapi memang kena rajin pergi kelas xboleh ponteng, Kalau ponteng sehari kau akan tertinggal 1 chapter. 1 chapter tu kau ingat senang nak catch up? susah tahap dewa! So aku memang xpernah ponteng plus semua assesment aku buat dan hantar on time. Kadang2 effort tu yang lecturer nie tengok.

Bab exam pulak aku rasa aku xperform subject nie tapi terkejut jugaklah sebab LULUS ok!! Alhamdulillah sangat3 dah xpayah nak repeat. Senak rasa kalau repeat. Siapa suka repeat kan? Tulah maksud aku EFFORT tu penting. Effort tu maksudnya kesungguhan kau. Attendance, assessment and segala mak nenek quizes and tests. 

2. Data Mining

Subject nie aku pernah masuk 2 sem berturut2 dan aku dropped pun berturut2 jugak. Tak paham langsung sebab pertama lecturer ajar laju dan kedua ia perlu menggunakan software. Serius xboleh borak sikit leka sikit memang kau akan kebelakang. Aku akan rasa menyampah bila asyik nak tanya kawan sebelah kena buat apa. Ntah aku rasa macam sengal bodoh xberguna langsung. Last choice dropped jelah. Subject nie juga berangkai. Maksudnya task minggu nie akan dibawa ke minggu hadapan. Habis kalau xsempat siapkan task kau nak bawak apa minggu depan? Bawak jelah jasad otak ke laut keehhnnn. Hahahaha. 

Aku register subject ni sem 5 jugak dan aku dah target nak duduk depan sekali! Azam sem baru katakan. Lecturer nya cina dan pantang kalau student lagi lambat dari dia. Dia nak tengok effort student. Seeee aku dah cakap effort tu penting! Macam biasa aku sampai kelas 6.20 ptg dan tempat duduk depan sekali masih kosong. Aku terus berjalan mendapatkan tempat tersebut. (macam tulis novel plak derr). Tempat aku tu betul2 depan lecturer dan row aku duduk tu hanya aku sorang je. Tak ade geng sebelah. Nebes gak lah. Kalau2 dia tanya soalan ke kan aku xleh jawab plus xleh nak tanya geng sebelah. Tunduk jelah jawabnya. 

Pengalaman duduk depan dan consentrate sepanjang lecturer ajar sangat2 membantu aku untuk faham subject nie. Aku xtipu! Aku rasa best dan seronok nak pergi kelas. Semua assignment xde masalah untuk aku siapkan. Macam biasa aku hantar ontime dan xpernah ponteng kelas. Dan yang paling luar biasa aku antara student yang disebut2 oleh Dr Yap (nama lecturer). Bangga kejap. Bila dia ingat nama maksudnya kita nie dah tunjukkan effort yang baguslah kat kelas dia. Giteeww. hehe.

Meh nak tunjuk result sikit. Hahahahaha



Ok guys nasihat aku, dalam apa jua dan dimana saja korang belajar, ingat effort tu yang penting. Lecturer ni pun manusia punya hati dan perasaan. Xperlu nak kisahkan dia garang ke, kedekut markah ke dan apa2 sajalah perangai mereka, ingat kita ni tuntut ilmu dengan mereka. Lecturer nie perangai nya macam tu sebab nak tengok kita berjaya. Faham apa yang dia ajar. Ikutkan jelah apa yang dia suruh. Once kita tunjuk effort kita akan berjaya. Trust me!

P/s: EFFORT is KESUNGGUHAN. Kesungguhan dalam apa jua perkara yang kau nak achieve. Tapi bila ada nya penyakit MALAS, EFFORT kau akan melayang begitu sahaja. Sekian. Selamat malam!