Tuesday, July 8, 2014

Specialnya Kucing di Mata Aku


Siapa yang xsuka kucing tu memang kejam?? hakhakhak..kejam xayat aku?? huahuahua..kucing nie comel tau..aku xpaham pada orang yang geli dengan kucing..suka dera kucing..kucing nie antara haiwan feveret aku..sebab mereka nie comel..suka gesel2 kat kaki..suka ngiau ngiau..*xkan mengembek plak* hahahah.. meh aku cerita sikit sejarah aku dengan kucing..

Dulu masa umur aku kecil lagilah aku lupa berapa tahun aku ada bela sekor kucing nie nama dia khaty..bulu kucing nie kaler oren2 sunkist gituhh..hehe..dia jantan..tak silap aku family aku jumpa khaty nie tengah2 jalan atau dia yang suka datang rumah mintak makan..kucing nie bila orang dah bagi makan sampai ke sudah asek datang rumah je mintak makan..tapi aku xkisah pun sebab bukan dia mintak ikan fresh2, ikan goreng ke..sekadar bagi sisa2 kita pun diorang akan makan..so janganlah dera mereka..janganlah kedekut sangat nak bagi makanan..rezeki kau akan datang bergolek kalau kau pemurah tau..xkirelah dengan manusia atau binatang..hokeyy teremosi plak..straight to the point!

Memori yang aku ingat bila aku bela khaty nie 1 je..khaty nie dengar kata..aku xbela kucing dalam rumah sebab kucing jantan suka kencing merata bila dah musim mengawan..aku xsuka sunat2kan kucing. berdosa..aku bela kat luar rumah je..kang dia lapar dia pandailah cari tuan dia..ada 1 hari tu kakak aku ke aku sendiri ke yang ada cakap kat dia sebelum aku lepaskan dia keluar..

"khaty esok balik kul 6 petang ye..nanti aku bagi makan kat kau tau"

Kau tahu dia balik pukul berapa? esoknya bukan pukul 6 petang pukul 6 pagi dia balik mintak makan..sweet kan? sobss..sedeh bila ingat khaty..

Aku pun xtahu kenapa kucing yang datang rumah mesti kaler oren..kucing yang nie plak kakak aku bagi nama kiki..kiki nie kucing dari kampung kakak aku bela..disebabkan dia dah ada anak makanya dia turunkan amanah untuk aku bela si kiki nie..kalau x aku bela kiki nie dengan lagi sekor adek beradik dia koko..bulu koko nie pulak kaler hitam2 coklat..ekor dia mahal..sebijik ekor tupai..disebabkan aku bela diorang nie kat luar dan disebabkan diorang nie xbiasa dengan environment rumah aku makanya diorang nie hilang..agaknya tengah2 menjelajah kawasan tetiba lupa rumah..adesss..

Sedeh jugaklah masa aku tahu diorang hilang tu..3 hari kot adek aku cari tapi hanya terjumpa kiki je..koko da lenyap..tapi adek aku kata pernah nampak koko kat taman rumah aku jugak lah..mungkin orang bela lah kot..so sejak adek aku jumpa dia, dia dah xhilang..ada je kat depan rumah suka panjat pokok lah..part yang paling best bila ibu aku balik dari kerja, bunyi je motor ibu aku tu terus je dia berdesup turun pokok masuk rumah mintak makan..kadang2 bila aku rindu dia aku bukak je sliding door rumah dan panggil je nama dia, dia akan turun dari pokok tu sambil mengiau...pandai kan?? macam mana aku nak benci kucing kalau kucing aku bela semuanya manja2, pandai2 belaka..sobss..

Yang specialnya kiki nie adalah kucing yang pertama aku bawak dia tidur sama dengan aku..walaupun bulu dia gugur sikit aku xkisah pun sebab dia xkencing merata..kalau nak kencing atau nak keluar dia kejutkan aku dari tidur..cara dia kejutkan dia jilat2 muka aku..bila aku sedar aku bukak kan pintu bilik untuk bagi dia keluar..dah keluar pandai2lah kau nak kencing ke hape kiki..hahaha..kadang2 kalau dia nak tidur automatik dia masuk bilik aku dan tidur atas katil..ishh manusia betul lah kau nie kiki..huahua..

One day rumah aku buat renovation..keadaan rumah kucar kacir dan family aku decide untuk duduk kat kampung sementara tu..tapi silapnya aku xbawak kiki..lama duduk kampung sampai dia terbiar xmakan..kadang2 bila balik rumah dia xde..kalau ada aku bagi dia makan..sedeh je bila panggil2 nama dia dia xdatang..adalah 1 hari tu aku balik rumah dia ada duduk kat sofa..for the last time lah aku nampak dia masa tu..aku usap2 dia..dia gemuk walaupun xbagi makan..agaknya orang lain bagi makan lah kot..bila hari2 berikutnya aku balik aku dah xnampak dia sampailah rumah aku siap renovate..mungkin dah mati..kucing kalau nak mati dia akan jauh dari tuan dia..

*kiki memang suka tidur dalam kotak kasut*

*Badan mengerekot macam nie pun dia boleh tidur*

Kucing aku yang ketiga nie pun datang dari kampung jugak..nama dia kelakar sikit sebab nenek I kan orang jowo..bagilah nama dia ceplos..hahaha..sempena nama ada 1 cerita kat tv9..nenek aku dah xnak bela so akulah yang macam mpk dok kutip kucing2 kurang kasih sayang nie..ekeke..

Walaupun ceplos nie kurus tapi dia comel sangat..bulu kaler hitam2 belang gituh..aku suka usik dia bila dia masuk je rumah nak ke dapur aku suka picit ekor dia sampai dia meraung..kejam kan I?? geram weyh tengok ekor kucing macam nak digantung2..hahaha..ceplos nie memilih ikan..mentang2 kucing bela asik nak ikan tongkol je..ikan sardin dia xmakan..ikan tongkol feveret ceplos..kalau aku bagi nasi habes semangkuk..sabo jelah..

Kucing nie adalah kucing yang banyak buat aku bankrupt..sebabnya ceplos nie suka gaduh..bila dah gaduh kaki dia luka dan bernanah..bila dah nanah asek terbaring lesu mintak simpati aku kat depan rumah..aku memang xboleh tengok binatang cedera sikit aku dah nak nangis dah..cepat2 aku bawak pergi klinik haiwan untuk keluarkan nanah tu..mula2 Dr tu nak buat depan aku tapi aku xsampai hati so dia buat kat belakang..ala2 bilik bedah konon2 nya..mulalah aku terdengar dia menjerit melalak..luluh hati aku masa tu..

Bayangkan kos rawatan kucing lagi mahal daripada manusia tau x..RM150 aku kena caj masa tu..kopak kopak..nasib baik PT ada..kihkihkih..banyak ubat Dr tu bagi dan aku je yang berani bagi ceplos makan ubat..family aku yang lain tengok je..part yang kelakarnya bila nak ubat luka kat kaki dia aku akan pakaikan macam kon kat kepala dia untuk elak dia gigit akulah..berlubang kot kaki dia masa tu tapi aku selamber badak je titis ubat kat kaki dia..ala2 doktor terlatih kot..puihhh!

2x aku ubat kaki dia lepas luka yang pertama tu dah baik pastu bernanah balik..mana aku xkopak..pandai plak tu bila dah luka xboleh nak jalan duduk rumah baring macam nak mintak penampar..hahaha..aku jugak yang kesian bawak lagi pergi klinik.. sampai kat klinik sampai terkencing atas baju aku sebab nampak anjing besar..pastu pandang muka aku macam xbersalah..eeiyyhhhh!

Ceplos nie kalau nak masuk rumah dia akan cakar2 sliding door sampaikan ibu aku terjaga..kadang2 awal2 pagi sebelum subuh dah cakar2 pintu..adooiii lah ceplosss..macam2 perangai..tapi yang aku pelik ceplos nie makin besar makin xbalik rumah..pastu hilang macam tu je..aku assume dah matilah..macam tu je kisah aku dengan kucing2 aku..

aku xde gambar ceplos xboleh nak share dengan korang..

Yang keempat nie aku bagi nama kiki jugak sebab dia kaler oren..yang nie bukan datang dari kampung..mak dia beranak kat belakang rumah aku dalam 4 ekor kot..tapi semua mati kecuali si kiki nie..aku bela dia pada baby..aku rajin bagi dia makan bila dah besar sikit..kiki yang nie plak banyak fans konon nya..bukan aku je yang bela jiran aku pun ada bela dia jugak dan bagi nama merah..kalau family aku xde rumah dia akan ke rumah jiran aku nie mintak makan..pandai betul..dulu bela dia nie dalam rumah dan dia pun boleh lah sesuka hati nak masuk rumah ke xnak ke tapi bila dah asek kencing merata ibu aku terus haramkan dia dari masuk dalam rumah..kalau dia datang aku just bagi makan kat luar rumah jelah..kalau dia nak masuk rumah dan aku xbagi dia akan duduk je atau baring ke tidur ke kat betul2 sliding door rumah..kadang2 kesian je aku tengok..sampaikan kalau sliding terbukak pun dia takut nak masuk sebab nanti kena marah..tapi pandai bagi salam before masuk rumah..hmmmm...

Kiki nie suka sangat gaduh..kat kawasan rumah aku nie macam ada 1 kucing conquer kawasan ke hape bila nampak kucing baru je dia akan kejar..eiiyhhh macam nak tembak je kucing tua tu..dala jahat..si kiki nie daripada setakut takutnya dia dengan kucing tua tu sampai dah jadi berani sebab asek gaduh je..bila nampak kucing lain je dia lah duk mulakan dulu perang..

Tapi sekarang kiki dah lama sangat xbalik rumah..sebelum dia hilang dia balik dalam keadaan kurus kering tinggal tulang je..aku rebuskan ikan kembung 2 ekor dan bagi dia makan..seriously sadis giler aku tengok keadaan dia..bila dah lama xbalik nie aku macam biasalah assume je dia dah mati sebab umur pun dah tua..badan luka sana sini..kurus kering pulak tu..errmmm dah matilah tu tapi xtau kat mana..




Aku banyak bela kucing tapi xpernah sekor pun mati kat rumah..semuanya pergi dari aku..sedeh tau..tapi lagi sedeh kalau mati depan mata..menangis xingat dunia aku jadinya..agaknya kucing juga memahami perasaan tuan dia bila dia dah nak mati..sebab tu dia pergi..sobs sobs sobs...

P/s: Sayangilah binatang..jauhilah sifat dera mendera binatang sebab mereka pun makhluk Allah jugak..aku teremosi sebab dah lama xbela kucing..sedeh sebab zaman sekarang nie macam2 keluar kat media pasal penderaan ke atas binatang..menangis bila tengok video ke gambar ke..sesungguhnya pada siapa yang mendera binatang percayalah binatang nie akan bercakap menegakkan keadilan semasa di akhirat nanti..itulah kebenarannya..


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH...semoga murah rezeki awak... Sy suka kucing tp malas jaga..huhuu... umah ayah sy bnyk kucing...so time balik tu la main2 ngan kucing... Penah kucing ayah sy kena culik nasib baik jmpa..tp last2 ilang gitu je..x tau la kena culik lg ke ape..sedey tau.. Sekian.. btw..like thz post.. =D

    ReplyDelete