Thursday, July 3, 2014

Sem 3 Done!!

Weehuuuuu!! hola oulsss! dah lama gilerr xupdate blog nie..bulan lepas langsung xbersentuh blog nie sebab busy nak final exam..walaupun aku just ambil 2 paper tapi bagaikan 20 paper hokey! poyos kan..huahuahua..okla apa yang menyebabkan aku cakap bagaikan 20 paper tu sebab beza degree dan master adalah assessment dia..pada sesiapa yang further study tu akan fahamlah apa yang aku cakap..

Masa buat degree dulu penatnya dekat kelas yang berlambak satu hari kena attend..dan assignment xberapa pun..kadang2 1 subjek hanya ada 1 assignment or project je (ada jugak lebih) depends on lecturer nak bagi banyak mana..tapi sebanyak mana subjek yang aku ambil, aku boleh survive..paling banyak 6 subjek aku pernah ambil dan yang paling letih bila ada subjek yang jam kredit nya 4..fuhh letihh wooo!

Tapi master nie aku seorang part timer dan aku boleh pilih subjek yang mana yang aku nak ambil dulu..xkiralah walaupun aku baru sem 1 tapi aku nak ambil subjek sem 3 pun xde hal..xde sapa nak kisah..dan aku boleh plan aku nak habis bila..dan ini yang membuatkan ramai sangat orang pelik dengan aku sebab rata2 bila orang tanya habis study bila dan aku akan jawab....ntah! hahahahaha...dan orang tu akan curiouslah kenapa entah pulak..kau study tapi kau xtahu habis bila..pelik bagi diorang tapi normal bagi aku dan orang2 yang pernah alami kes yang sama macam aku..ada ke?? seronok kan study boleh pilih2 nak study apa..boleh planning sendiri nak habis bila..time degree dulu boleh ke?? no way lah! semua subjek dah ditetapkan kena ambil sem tu jugak and no choices..tulah bezanya..dan paling ketara perbezaannya adalah segala2 yang aku buat aku keseorangan..benda yang sebenarnya senang tapi aku rasakan susah sebab......I'm alone..sobs sobs..beginilah part timer..

Bila korang nampak title kat atas tu korang tahulah yang aku baru habiskan sem 3! yuhuuuuuu! seronok macam habis study dan dah nak grad ke apa..last paper aku berakhir pada 1 Julai yang lepas..dua2 paper nie adalah subjek membaca..fiuuhhh! tepu sungguh otak aku dikala mood menghafal membuak2..ekeke..subjek yang aku ambil sem 3 nie adalah International Business dan Strategic Management..kedua2 subjek nie sangatlah related tentang cara kita nak build company for businesses..aku kalau bab baca mambaca nie bukak je buku terus menguap 20x..xtahulah penyakit apa yang ada dekat aku bila nak menghafal je rasa mengantuk..normal kan..

Environment dalam kelas IB seronok..dapat lecturer yang sungguh sporting, ceria, suka bercerita, pelawak kadang2..dan dia suka mengata isteri dia sikit2..hahaha..first time masuk kelas IB aku dah tertarik pada lecturernya..ooppss! bukan orang tapi cara dia mengajar..dan sebab itu aku decide untuk ambil IB for this semester..and pada kelas yang terakhir dia ada bagi some advices pada kami2..

"Ada student bila belajar, 1 sem dia xtahu apa2..normal lah tu..saya pun pernah jadi student..kita akan realize apa yang kita dah belajar bila dah habis exam..barulah oowwhhh ini yang aku belajar selama nie.." (very understanding!)

"Buatlah apa yang kamu nak buat dan yang penting solat 5 waktu xboleh tinggal.." (message noted!)

2 pesanan dia nie aku xkan lupa sampai bila2..dan Dr Ainul Azreen (he's a male) adalah lecturer yang paling aku sayanglah..walaweeiii!! (mampos kalau laki aku tahu)..cara dia mengajar xguna pun buku..lebih kepada berfikiran terbuka dan berfikir secara general..ibarat buku xde kata macam tu tapi dia ada kata macam tu..dia nak student dia jangan belajar secara konvensional iaitu ikut sangat apa buku kata..hafal ayat2 dalam buku..kadang2 kita boleh fikir sendiri logik ke tak perkara tu...contohnya kalau berdasarkan buku dia cakap macam nie tapi xsemestinya kita kena jawab macam nie jugak..kita boleh jugak jawab ikut relevan ke xrelevan perkara tersebut..kebanyakan assessment yang diberikan lebih kepada case study..ha kalau jawapan case study ada dalam buku ke?? xkan..pikirlah sampai rentung nak jawab assessment tu..

1 ayat yang aku boleh describe Dr Ainul - pengalaman membawa seribu pengetahuan (he's know every single thing!)  

Pesanan aku - Thanks Dr kerana sudi mengajar kami CS771, sudi memberi ilmu yang xterhingga nilainya..sabar dengan kerenah kami yang kadangkala xberi perhatian dalam kelas, ada yang suka berborak bila Dr mengajar, dan banyak lagilah kekurangan kami..thanks sebab suka bercerita dan suka buat lawak2 yang buat kami gelak berdekah2..jujur yang kami boleh kata..thanks kerana sudi memeriahkan kelas dan buat kami semua xmengantuk dengar Dr mengata lah bercakaplah..seronok sangat..thanks for everything dan saya wakil warga CS771 xkan lupakan Dr!!

Fuhh rasa nak nangis pulak macam tulis surat nak putus cinta..ekekekeke..

Environment dalam kelas SM pulak ternyata sangatlah berbeza sungguh..Dato Dr Prof Abdul Halim Nawawi nie macam strict sikit..xde nak lawak2 gelak2..cara pembelajaran lebih kepada buku..walaupun beliau strict dan punctual, tapi bila aku terlambat sikit hantar assignment, Dato ok je..xde nak bebel macam sesetengah lecturer perempuan..aku just mintak maaf dan Dato seorang yang cool...aku pun xsangka sebab aku ingat Dato akan marah aku..tapi ternyata tidak sama sekali..Dato sekadar angguk2 je dan aku pun terus keluar dari bilik..simple..kita xboleh nak tengok orang tu dari luaran je..dalaman kita xtahu..kehnnn?? hahaha.. Dato nie lebih kepada kita kena buat apa yang dia nak..contoh dia nak format sekian2, kita xboleh nak ubah buat format sekian2..kena ikut jugak sebab probability dia xnak terima project kita tu sangatlah tinggi kalau xikut arahan..susah macam mana pun, xde masa macam mana pun..we need to survive dan hasilkan output yang memberangsangkan untuk dia..sebab dia yang bagi markah pada kita maaa...

1 word yang aku boleh describe Dato - Amazing!! (sebab beliau ada gelaran Dato, Dr dan Prof..ingat senang nak dapat ke??)

Pesanan aku - Thanks sebab xputus2 dan sabar dengan kerenah kami warga CS771..saya wakil warga CS771 memohon maaf sekiranya ada satu2 masa yang membuatkan Dato marah dengan kami sebab asek bercakap je bila group lain present kat depan..thanks kerana terima assignment2 kami yang xseberapa jawapannya tu..hopefully Dato sabar dan tenang dalam menghadapi saat2 menanda kertas exam kami..kami sudah buat yang terbaik dan itulah jawapan yang terbaik dari kami..thanks sebab bagi kuiz setiap minggu dan setiap chapter..itu menjadi motivation untuk kami xtidur kat kelas..terima kasih yang xterhingga pada Dato atas segalanya and we love u!!

Bagi aku senang bekerja sama dengan lecturer lelaki sebab mereka nie xbanyak songeh..senang2 je bagi full mark, senang2 je bagi lulus kat student walhal student tu failed..senang tolak ansur..xmacam lecturer perempuan yang mudah membebel kalau xhantar assignment..kalau A, A lah xboleh nak B ke C ke..ibarat macam tu lah..

Another 6 subject....another 3 semester to go!! In shaa Allah..

P/s: Kalau nak belajar, belajar lah sehingga ke negara China..klise sangat kan..tukarlah..kalau nak belajar, belajar lah sehingga anda bosan nak belajar..belajarlah sehingga anda tua..belajarlah sehingga anda rasa nak muntah menghadap buku, project dan etc, belajar xikut peringkat umur..asalkan minat dan ia xmenjadi penghalang untuk anda berjaya di kemudian hari..minat itu penting untuk membawa ilmu hingga ke penghabisan...mulakan dengan minat yang mendalam dan habiskan apa yang anda mulakan..

3 comments:

  1. Salam puan :)
    Saya berminat nk sambung master in quantirative sc ni.boleh share tak overall course ni cane?bnyk baca ke ngira.hee
    Thank you in advance :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. wasalam..maaflah lambat sgt reply..boleh2 nanti saya buat 1 entry berkenaan course saya ye..tp kne btol2 free baru boleh buat sbb entry nanti mesti agak pnjg..

    ReplyDelete