Thursday, May 12, 2016

Let's workout!

Bosan sangat malam ni xtau nak buat apa so update bloglah. Kan aku ada cakap di previous post aku nak treadmill kan. Sebenarnye Hajat aku tu last week lagi dah tercapai! Aku dah pon start diet hari Isnin hari tu. Serious Penat lari atas treadmill and bosan jugak kadang2. So aku variety kan exercise aku dengan buat zumba sekali. Baru syiiookk Bai! Nak letak gambar treadmill kiteeww tapi Xtaulah xboleh nak upload (sebenarnye kau malas kan zurin?)

Terjebaknya aku nak treadmill tu Sebab badan naik mencanak2 lepas bersalin anak second ni. Dulu time areeq xdelah macam ni. Risau hati ni. Tu yang tersurvey treadmill kat mudah. Kat mudah je mampu. Nak beli baru memang idakk lah. Harga sakit jantung kau. Masa aku survey tu ada 3 orang nak jual. Ni treadmill y Vivaldi brand takasima. Antara treadmill takasima yang paling murah. Harga pasaran sekarang dalam Rm2000 plus kot ke lagi mahal aku xsure tapi paling murah ada sorang Chinese ni bukak harga Rm1000 je. Yang lain tu above Rm1000.

Tanpa minta keizinan suamiku aku pun mesej lah cina tadi cakap nak tengok Dulu condition bagai. Lepas mesej baru bagitahu. Kihkihkih. Then Dia suruh datang weekend. Kami pun datang lah tengok. Treadmill tu Dia beli dah 4 tahun tapi condition 9/10 lah. Reason nak jual Sebab jarang guna dan menyemak kot kat living hall rumah Dia. Bila dah tengok dan dah decide nak beli husband aku suruh mintak kurang. Kalau Jadi beli Dia nak Bagi sekali blender buah. Kirenye harga include blender tu lah. Mula2 kitorang mintak RM500 tapi husband Dia Xnak pastu Dia offer RM700 include blender tapi husband aku pulak Xnak. Nego punya nego Dia Jadi jual dengan harga RM650 include blender tu RM150. Jadinya kitorang dapat harga treadmill RM500 lah. Ok kan? Ok sangat weyh! (aku Tanya aku jawab sendiri)

Hampir 2 minggu jugakla baru ambik treadmill tu bawak rumah. Aku start guna Isnin hari tu. Biasalah treadmill dah 4 tahun bila lari lama2 macam ada bunyi2 sikit. Aku mampu lari 30 minit je. Pancit beb! Dah lah xpernah workout sekali workout heavy pulak tu mana tak kepancitan aku nih. 3 hari je lari atas treadmill then semalam and hari ni aku buat zumba. Badan Jangan cakaplah satu badan sakit. Kaki lenguh. Muscle dah biasa relax sekarang kita train plak die terkejut beruklah. Tu yang lenguh sakit semua.

Aku ni diet sesuka hati. Xde Atkins lah kalori lah bagai. Kalau Bab makan aku cutoff Makanan berminyak, junkfood, Makanan manis, proses food dan ais je kot so far. Biskut2 manis tu kengkadang termakan jugak tapi sikit jela. Aku ambil jugak nasi sesenduk (Sebab breastfeeding), sayur pakchoi (suka hati aku lah nak eja cmne kan), ayam bakar. Hari2 tu je menu nya. Hari2 workout xtinggal dalam hampir seminggu ni lah. Hopefully akan bersemangat untuk workout. Everyday is a workout day! Yeahhh!

Doakan aku Berjaya kurus Ok! Jauh lagi journey ni. Target 60 kg tapi Xtaulah bila boleh cecah angka 6 tu. Cuma sekarang ni nak kecik sikit lah before raya. Target 70 kg Dulu. Pelan2 kayuh. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment