Wednesday, March 5, 2014

Bibimbap Ko-Hyang *Thumbs Up*

Disebabkan aku puasa hari nie dan dah sangap sangat nak makan bibimbap, makanya aku dan zaty ke Sunway Pyramid petang tadi untuk berbuka puasa bersama walaupun aku sorang je yang puasa..hikhik..Ko-Hyang terletak di dalam sunway depan ice skating dekat dengan lif dekat dengan roti Auntie Anne's dekat dengan dengan MCD..floor berapa aku xhengat..alah kalau dah jalan2 nanti mesti jumpa punyalah..kedai kecik je dan meja sangat kecik ok..letak je 2 mangkuk bibimbap yang gedabak besar tu dah penuh dah meja..belum masuk air..kalau ada yang nak cuba makan kat sana sila pesan air ALOE VERA..sedap gilerrr! ok aku maka bibimbap dan zaty try dol sot bibimbap..apa bezanya? bezanya bibimbap panas dan dol sot bibimbap sejuk..panasnya macam baru angkat dari kuali dan terus hidang..akan ada bunyi "ktik ktik" menandakan ia sangat2 lah panas..naseb xmelecur lidah aku oii..

*ini view kedai tu*~ too small rite?

*bibimbap*~ sooo nyummyyyyy!

*dol sot bibimbap*

Korang nampak xbeza 2 makanan nie walaupun nama lebih kurang sama?? bezanya bibimbap nie mangkuknya hitam sebab dimasak bersama mangkuk2 nya sekali dan terus hidang kat aku..mangkuk tu ibarat kuali..macam makan sizzling, kan dihidang bersama plate yang ibarat kuali jugak..sebab tu panas..dol sot bibimbap nie nasinya sejuk..tinggal letak lauk2 kat atas dan dihidang..

cara aku makan bibimbap nie aku gaul je semua yang ada..segala sampah sarap tu aku gaul dengan telur2nya sekali..zaty mintak extra sos dan aku apa lagi, mengextrakan lagi lah sos tu dalam mangkuk aku..serius sedappp! sedaplah pada aku yang boleh terima makanan korea..mungkin xsedap pada mereka yang xsuka makanan korea kan..boleh duduk korea nampaknya nie..kekekeke..

Makanan yang aku nak sangat try next time adalah..

*This is a korean lempeng - Pa Jeon* 

Sumber pengetahuan dari zaty sdn bhd..korea pun ada lempeng ok..aku ingat malaysia je pandai makan lempeng..tapi lempeng diorang sedikit special lah..ada lauk2 kat dalam..kitanya lempeng murni sangat..hanya sekadar tepung je..ada macam2 perasa contoh, boleh order lempeng nie dengan sayur atau mixed ke..kalau mixed dia akan campur dengan kimchi, ayam dan daging *ada lagi rasanya tapi apa entah* boleh jugak order letak ayam sahaja atau daging sahaja..sedap xsedap tunggulah aku rasa dulu orait..

Sumber gambar: Google jer..

p/s: Esok aku xnak puasa sebabnya ada stocktake kat sparepart department..penat woohhhh! so alarm, aku akan matikan kau sekarang jugak supaya kau xbunyi2 mintak aku bangun pukul 5.30 pagi nanti..




No comments:

Post a Comment