Tuesday, May 20, 2014

Anugerah Terindah

Kepada pasangan2 yang baru berkahwin semestinya tidak sabar2 nak pregnant kan..ada yang nak bunting pelamin lah..ada yang planning lah..depend orang..kalau aku, untuk first baby aku xkan planning..kalau cepat alhamdulillah..kalau xde rezeki kita cuba lagi next month..kalau tengok entri aku yang lepas, aku ada cakap yang aku nak sangat baby kan..so alhamdulillah sangat2 lepas cek urine test beberapa hari yang lepas ada double line..syukur sangat2..sekarang nie aku nak cerita pengalaman pergi checkup kat klinik dan pengalaman test urine..ada kisah disebalik kisah nie..

Ok aku start period last month on 17 Apr dan untuk period2 sebelum nie memang aku xpernah kira dan tanda..aku pun xtahu kitaran haid aku tu berapa hari..kalau normal 28 hari, ada yang 30 hari, ada yang 35 hari, ada yang xteratur pun..aku xtahu aku di kategori yang mana..tapi nasib aku tanda tarikh first period aku bila..

Dan aku assume kitaran haid aku normal sebanyak 28 hari..so aku tandalah on 15 May aku akan period..kalau lewat sehari aku akan check! nampak xberkobar2 tahap xmenyaboooo?? aku lebih kepada tawakal kalau xde rezeki bulan nie xpe aku akan cuba untuk bulan depan..tapi yelah hati seorang isteri yang baru berkahwin pastinya nak sangat rasa pengalaman mengandung di awal perkahwinan kan? ikut oranglah tapi aku nak yang macam tu..biarlah orang kata pergilah enjoy dulu, pergilah honeymoon dulu..ahh anak adalah anugerah yang paling indah dari enjoy dan honeymoon tu semua..

Seminggu sebelum tarikh 15 May tu mulalah badan aku xsedap..loya, penat tanpa sebab dan lapar berpanjangan..tapi kalau nak cek macam awal lagi kan..tapi aku ape der hal..cek jelah..ikut kata hati..yeayhhh! tapi apakan daya hampa di tengah jalan..huhuhu..negative lorhh..tulah sapa suruh cek awal2 sangat! membazir je pregnancy test tu..dah lah mahal kalau setakat berapa kupang je hari2 aku check..dah nama pun xmenyabo2..

Bila dah negative aku pun malaslah nak fikir dah..tapi xgive up..nak cuba jugak check lagi..beli lagi pregnancy test sampai berpek2..alahai kesian suamiku..duit dia yang rabak! hahahaha..aku test balik pada 14 May sehari sebelum due period keluar..still negative! dalam hati berkata..xpelah mungkin belum lagi..nak sedapkan hati nie..menguji kesabaran betullah..

Dan subuh2 aku bangun esoknya aku cek lagi..orang kata nak check air kencing kena pagi2 before kencing sebab air kencing tu pekat..so bolehlah detect..bila aku check negative jugak..mungkin aku salah kira kitaran haid kot..terdetik nak tunggu 17 May sebab first period aku kan on 17 Apr..kita xtahu hormon kita nie kadang2 lari tanpa dikejar pun sebenarnya..huhuhu..

Aku ada cek sekali on 17 May tu tapi still xnampak..esoknya aku cek lagi still xnampak..tapi bila dah buang dalam tong sampah, terdetik nak ambil balik, aku tengok ada 2 line weh! tapi kabur gilerrrr...Ya Allah muncul tetiba rasa happy nak bergolek2 kat lantai (nie tipu)..bila aku compare yang semalam dan hari nie punya sangat beza..makin pekat..terus rasa macam ada harapan menggunung yang perlu aku daki..cehhh! apakah kemerepekan ini??

Sejak dari peristiwa itu makin berkobar2 lah aku nak cek..hampir setiap hari..dan makin lama line tu makin pekat..dan aku confirmkan sendiri kat diri aku yang i'm pregnant!!! yehaaa!! kakak aku kata bolehlah pergi klinik ambil asid folik..so esoknya aku pergilah klinik kerajaan seperti yang diarahkan kakak aku tu..biasalah nurse2 kat klinik kerajaan kerek2 kot..layan patient pun macam nak xnak layan jer..layanlah elok2..kau tu bekerja..memang tugas kau untuk layan patient..xpayahlah nak sombong sangat..setakat nurse je pun..memanglah ramai patient yang kau kena layan..dah kata kerajaan..kalau xnak buat kerja pergi swasta..kalau ada yang terasa bila baca entri nie, harap maaf ye..ini yang aku rasa bila nak buat checkup hari tu..

Bila buku merah aku dah berada di tangan nurse tu dan nombor aku dipanggil macam biasalah kenalah masuk bilik tu..aku pun diarahkan supaya duduk..nurse tu tanyalah macam2 tapi dalam nada yang kereklah..naik menyampah aku nak menjawabnya..bila aku bagitahu tarikh first period aku, dia kira due date bersalin dan xlama tu ntah kemana ntah dia pergi..bila datang balik suruh aku cek urine lagi sebab kandungan awal sangat..mungkin 50 50 aku pregnant ataupun tak..wah2 aku bawak kot pregnancy test tu..kau tengok pun x tetiba xpercaya pulak..

Aku pun pergilah cek urine..dan bila nak tahu keputusan, nama aku dipanggil dan disuruh pergi ke bilik Dr pakar..mesti ada something wrong somewhere nie..bila nama aku dipanggil aku pun masuk..dan Dr pakar tu kata xboleh nak sah kan aku pregnant ke x sebab kabur sangat line tu..dan bila aku tengok buku yang dibawa dari makmal tadi, nurse tu bulatkan perkataan NEGATIVE! tapi bila Dr tengok balik dia bulatkan perkataan positive balik..lahabau punya nurse! aku ada tunjuk pregnancy test yang aku dah buat semalam dan bila aku cakap awal2 memang kabur tapi lama2 line akan pekat..sudah pulak Dr kata pregnancy test tu xaccurate..ah due2 lahabau! marah nie!

Bila dah bincang aku disuruh datang seminggu lagi untuk pengesahan..dan buku tu aku bawak balik bagi kat nurse yang mula2 layan aku tu..bila dia nak tulis tarikh appointment yang akan datang, dia kata "saya xrasa minggu depan line tu dah pekat..rasanya awak boleh datang sebulan lagilah dari tarikh sekarang"..suami aku pun mintak sebulan sebab biar betul2 pekat baru boleh checkup..xdelah aku pun nak mengamuk sakan..

Aku tersangatlah xpuas hati dengan layanan nurse2 tadi dan aku decide nak check pulak kat private clinic atas arahan kakak aku jugak..dia kata awal2 pergi kat private..klinik kerajaan xkan layan kalau awal2 camnie..tapi result pon sama!! ada 2 line tapi 1 xberapa nak jelas..Dr kata xboleh terima sebab line nya kena sama saiz dengan line lagi satu lah..kena sama pekat lah..lagipun aku baru 2 hari lewat period tu yang dia xnak confirm berapa bulan..haih dua2 doktor annoying! jangan ikut ye perangai aku yang cepat berapi nie..hahaha..

Masuk je dalam kereta aku rasa nak menangis..memang aku menangis betul lah..yelah aku rasa badan aku lain sangat..tanda2 pregnant tu ada..tetiba pergi jumpa doktor semua xnak confirmkan..gerammm!! last2 bila suami aku dah pujuk baru aku cool sikit..tapi tetap ketidakpuasan hati tu berleluasa dalam diri!

Hari nie 20 May aku bangun pagi dan terus check guna clearblue..pregnancy test yang digital punya tu..99% accurate..selama nie bergantung pada line je kan..ha amik kau terus boleh bagitahu "pregnant" atau "not pregnant" dan boleh bagitahu weeks lagi..nak sangat puas hati kan so aku pun test lagi pagi nie..dan hasilnya...

Taraaaaaa!!!!!!

Sangat berpuas hati dengan clearblue nie..kalau aku tunjuk nie pun xconfirm jugak memang aku pangggg jer sekali! hahahaha..asal lah aku garang sangat nie..pembawakan budak ke?? ooppss! hehehe..

Cara baca 2-3 tu maksudnya kalau pergi jumpa doktor, doktor akan cakap kandungan aku baru 4-5 minggu macam tu..kalau nak guna nie, semua instruction ada dalam kotak..cara baca pun dia tunjuk sekali..kiranya 2-3 nie dia baca kita punya ovulasi bila agaknya..aku xsure kat situ..

Bila dah confirm pregnant nie, aku mulalah menggedik nak cari nama2 yang terbaik untuk anak aku nanti..dan aku dah jumpa dah pun! tinggal tulis kat surat beranak je..over excited kan?? haha..

Rutin aku sekarang nie lebih kepada nak cari tahu surah2 apa yang patut dibaca ketika mengandung, makanan apa yang sesuai dan semuanya pasal mengandung lah..serius weh seronok xterhingga bila dah tau diri ini dah berbadan dua dan bakal menjadi ibu xlama lagi..bukan aku je, suami aku pun seronok xterhingga sampai aku wakaf jelah pipi nie kena cium je memanjang..ooppsss! censoreddd! hahaha..

Aku xkisahlah baby girl or baby boy pun yang penting baby sihat dan sempurna sifat insya Allah..

P/s: Nak bermadah pujangga dengan baby dalam perut nie tapi xde bakat..xpelah yang penting anak ibu nie sihat2 belaka kat dalam tu dan ibu xsabar nak tunggu anak ibu nie keluar..ibu dan abah sayang baby so muchhhhh!! muahhhh!!




No comments:

Post a Comment