Monday, June 13, 2016

Petua, Suruhan Atau Amalan Orang-orang Tua Yang Mengarut

Korang pernah tak ditegur oleh nenek moyang ke atau orang2 tua macam "Jangan mandi sambil nyanyi nanti kawen dengan orang tua" "Jangan makan leher ayam nanti asek teleng je kepala tu atas pelamin" atau kalau Masa mengandung pulak banyak sangat lah aku dengar karut marut nya contoh nya macam "Jangan ikat rambut kuat2 Nanti susah nak bukak jalan" "Jangan letak tuala melingkar kat leher nanti anaknya terbelit tali Pusat" "kalau nak buka plastik tu buka betul2 tak boleh main koyak je Nanti kena czer" Huh??? Betul ke? Korang percaya ke? Aku tak percaya lah. Kalau terjadi pun hanyalah kebetulan je. Dah tertulis kot qada dan Qadar.

Macam baru2 ni kakak ipar aku baru je lepas bersalin anak sulung. Comel sangat macam baby girl padahal boy. Hehe. Excited nak tengok baby macam nak bersalin lagi. Choyyy!! Haha. Ok ceritanya dalam adik beradik aku anak2 aku je yang uri nya dibasuh oleh bapa diorang sendiri. Yang lain2 tu semua mak aku yang basuh kan. Bagi aku dah Jadi bapa kot Belajar2 lah basuh uri anak sendiri. Sampai bila nak suruh mak aku kan. Alhamdulillah Allah Bagi aku suami yang serba Serbi boleh. Pandai betul kereta (memang kerjaya Dia), pandai menukang, pandai masak, pandai betul kan apa2 yang Rosak kat rumah ni, pandai jaga anak tidurkan anak, pandai buat kerja rumah kecuali basuh pinggan Dia tak suka, pandai jaga orang sakit, jaga aku dalam pantang, banyak lagi lah yang suami aku pandai. So setakat basuh uri tu doesn't matter lah bagi dia.

Point Dia kat sini bila orang2 tua yang basuh macam2 amalan yang merepek lah dia percaya. Dah basuh uri tu kalau nak tanam kena letak duit biar murah rezeki budak tu. Kena letak pensil plak biar pandai katanya. Abes kalau nak pandai masak kena tanam dengan tong gas?? Kalau nak pandai skill macam menjahit ke kena tanam dengan benang ke mesin jahit gitu?? Mengarut kan? Kan semua tu dah tertulis. Kenapa orang2 tua suka percaya benda karut marut bila kita fikir logik akal pun memang Mengarut nau nau.

Honestly keluarga aku terutama nenek aku percaya sangat benda tu. Dia pergi letak duit dalam uri anak buah baru aku tu lah. Kalau lah benda ni terjadi dekat family belah suami memang dah kena sekolah dengan kakak ipar Haku. Ke mungkin kurang pengetahuan agama? Wallahu'alam...yang aku percaya kalau uri tu sebaiknya tanam dekat tepi masjid Bagi budak tu bila dah besar rajin pergi masjid. Uri kan Ibarat kawan baby dalam perut. Itu berdasarkan apa yang suami aku bagitahu lah Sebab uri adik Dia bapa mertua aku tanam dekat masjid. Memang nampaklah bila adik ipar aku balik rumah mesti rajin solat di masjid.

Aku tak pernah menidakkan Sebab orang tua so papehal aku respect Sebab Dia nenek aku. Tapi apa Benda yang Dia cakap yang tak masuk akal tu aku dengar jelah tak delah buat pun. Tak boleh melawan Sebab Dia banyak makan garam dari kita. Makanya Iye kan aje ye Kawan2..^__^

Ke korang ada pendapat lain? Boleh lah share kot2 ada lagi petua atau Amalan2 yang diamalkan oleh nenek2 korang. Kat atas ni Cuma pendapat 2 sen saya saje. 😁

No comments:

Post a Comment